24 Apr 2010

Najib, Muhyiddin Di Hulu Selangor Sekali Gus Bukti Umno-BN Amat Terdesak

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata pimpinan Umno-Barisan Nasional amat terdesak sehinggakan terpaksa memancing pengundi di Hulu Selangor dengan pelbagai habuan termasuk wang tunai.

"Kita tidak pernah melihat sebuah pilihan raya kecil yang menyaksikan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri terpaksa berada dalam kawasan pilihan raya pada masa yang sama". Ini adalah kerana kebangkitan rakyat yang jelas menentang Umno-BN amat menakutkan Najib.

"Sokongan kepada Pakatan Rakyat semakin meningkat dikalangan rakyat Malaysia tidak kira sama ada orang Melayu, Cina, India, Orang Asal dan penduduk pribumi Sabah dan Sarawak," kata Dr Muhammad Nur pada ceramah "Pidato Solidariti Rakyat" di Bilik Gerakan KEADILAN Perak di Kampung Dumut, Kalumpang semalam.

Turut hadir dalam program tersebut termasuk Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak, Mustaffa Kamil Ayub, Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

"Umno-BN ingin mengajar rakyat Malaysia dengan "gula-gula politik" yang hanya bersifat sementara. Mereka menjadikan wang sebagai keutamaan perjuangan mereka sedangkan Pakatan Rakyat berusaha untuk mengembalikan wang kepada rakyat", tambahnya.

Beliau menegaskan tekanan yang diberikan kepada Pakatan Rakyat tidak akan memecahkan perpaduan di kalangan penyokongnya, bahkan berdasarkan pengalaman yang dilalui akan mengukuhkan lagi solidariti dan perpaduan di kalangan para penyokongnya.

Pakatan Rakyat yang kini mentadbir Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim telah berjaya membuktikan kejayaan hasil dari program ekonomi dan kebajikan walaupun baru memerintah negeri ini dalam tempoh 2 tahun.

"Selain itu, negeri Kedah dibawah pimpinan Ustaz Azizan Razak berjaya mengawal perbelanjaan dan menarik pelaburan sehingga mempunyai lebihan perbelanjaan negeri sebanyak RM18 juta.

"Perkara ini tidak pernah berlaku sewaktu Kedah berada dalam pentadbiran Umno-BN, kerana kebiasannya mereka akan berhutang dengan kerajaan pusat. Kita mengucapkan tahniah kepada pimpinan Ustaz Azizan di atas kejayaan beliau kerana berjaya menjadikan Kedah lebih sejahtera," kata Dr Muhammad Nur lagi.

Mengulas khutbah Jumaat semalam, beliau mengingatkan pengundi Hulu Selangor mendengar pesanan khutbah yang menyarankan jemaah untuk memilih pemimpin yang adil dan amanah.

"Zaid Ibrahim merupakan contoh terbaik pemimpin yang berani dan bertanggungjawab. Kita jarang berjumpa seorang Menteri yang sanggup meletakkan jawatannya atas dasar prinsip. Bahkan kesemua ahli Parlimen Pakatan Rakyat mempunyai rekod yang baik dalam perkhidmatan mereka.

"Umno-BN menuduh kita sebagai menggadaikan maruah dan hak orang Melayu. Namun sebenarnya mereka yang hipokrit dengan slogan besar, tetapi gagal untuk melaksanakan agenda perubahan.

"Selepas gagal untuk melaksanakannya, kini Umno-BN meniru pula dasar dan polisi Pakatan Rakyat," tegas beliau.

Beliau yakin dengan kemenangan Pakatan Rakyat dan berharap kombinasi ahli Parlimen Pakatan Rakyat bersama Zaid kelak dapat memperjuangkan nasib pengundi Hulu Selangor di Parlimen. -SK

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hari terakhir kempen pilihanraya Hulu Selangor. Najib dan Muhyiddin bagaikan 'santa clus' yang muncul memberikan gula-gula berupa wang dan peruntukan itu dan ini. Dari manakaha duit itu ? Itulah sebahagian drpd RM 362 billion yang telah menjadi hutang negara yang bakal diselesaikan termasuk pengundi Hulu Selangor.

Tanpa Nama berkata...

ahaha orang FELDA dapat pampasan dah.. ahahaha

kalau zaid kalah..tak heran der...dah masuk FELDA dah najib.. ehehe

Tanpa Nama berkata...

najib tak pernah kempen menunjukkan sangat terdesak

Tanpa Nama berkata...

UMNO jangan menganggap orang India macam hamba yang boleh diperbodohkan!

Tanpa Nama berkata...

semoga allah tumbangkan mereka kerana kejahatan dan penipuan mereka