8 Apr 2010

Najib Akui PRK Hulu Selangor Ujian Besar BN Selangor...

PRK Hulu Selangor Ujian Besar Bagi BN Negeri

SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini, merupakan ujian besar kepada Barisan Nasional (BN) Selangor.

Sehubungan itu, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor berkata beliau mahukan semua jentera BN di negeri ini bertindak secara muafakat dan bekerja kuat untuk memenangi pilihan raya kecil itu.

Semangat setiakawan dan kerjasama di kalangan parti komponen BN perlu dikukuhkan sebagaimana Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman membina Parti Perikatan pada tahun 1955, katanya semasa menyampaikan amanat pada Konvensyen Barisan Nasional Selangor sehari di sini Rabu.

"Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Perikatan diperkukuhkan lagi oleh penggantinya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang menubuhkan BN bagi menggantikan Perikatan dan Umno tidak merampas kuasa pada ketika kekecohan itu kerana percaya dengan struktur parti seperti BN akan memberi lebih kejayaan pada Malaysia," kata beliau.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lepas akibat barah otak. Penamaan calon ialah pada 17 April.

Beliau berkata apabila menjadi anggota BN, ini tidak bermakna parti-parti komponen akan sentiasa mendapat apa yang dihajati.

Bagaimanapun, bagi menawan semula Selangor daripada pembangkang, Najib berkata BN perlukan kerjasama semua parti dan tidak ada parti boleh melakukannya berseorangan bagi meraih sokongan dan undi daripada kaum lain termasuk Orang Asli.

Kekalahan BN Selangor dalam pilihan raya umum 2008 sudah tentu menjadi waktu yang amat mencabar, amat menguji ketahanan dan daya juang untuk menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran, katanya.

"BN Selangor masih kuat dan bersemangat untuk meneruskan perjuangan malah keazaman, iltizam politik kita bukan sekadar meneruskan perjuangan tetapi untuk kita memahami, menginsafi dan menghayati bahawa rakyat Selangor telah menolak BN pada pilihan raya umum yang lepas," katanya.

Namun, Najib berkata penolakan pengundi Selangor terhadap BN diangap sebagai sementara sahaja dan sebagai mesej dan peringatan bahawa sebenarnya mereka tidak mahu pembangkang tetapi mahu BN berubah.

Beliau berkata: "Mesej yang berikan pada kita pada 2008, jalan dibuai dengan keseronokan, jangan dibuai dengan slogan, faham dengan kuasa rakyat, mereka boleh mengubah.

Kalau kita berubah, InsyaAllah, mereka tak suka pembangkang, hari ni saya diberitahu (seseorang) saya bukan nak pembangkang tetapi nak BN berubah."

Ada pengundi yang sedar dan tahu bahawa pembangkang itu indah khabar dari rupa dan masalah mereka lebih berat daripada apa yang dialami oleh parti komponen BN di mana ada di kalangan pemimpin-pemimpin kanan mereka meninggalkan parti kerana tidak sefahaman lagi dengan pucuk pimpinan, katanya.

Oleh kerana itulah, Najib berkata sentimen, kesedaran rakyat dan angin sedang bertiup kencang ke arah BN.

Pada konvensyen itu, Najib bersama pemimpin BN pusat dan negeri membacakan ikrar yang dipanggil Deklarasi Darul Ehsan yang antaranya ialah berubah dan melakukan tranformasi untuk menjadi barisan hadapan dalam menjuarai isu rakyat.

Mereka juga berikrar antaranya untuk bersungguh dan ikhlas berkhidmat demi membela nasib rakyat dan mengembalikan maruah dan peranan negeri Selangor sebagai pemangkin kemakmuran ekonomi negara agar nikmat kemajuannya dapat dirasa oleh semua bangsa.

Turut hadir pada konvensyen itu ialah Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Naib Presiden MCA dan juga Pengerusi MCA Selangor Datuk Seri Ir Donald Lim Siang Chai, Presiden PPP, Datuk M.Kayveas, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Pengerusi Konvensyen BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed.- BERNAMA

Ulasan GB

Macam BN dah nak kalah jer keadaannya... tapi PR jangan lena. Teruskan bekerja bersungguh-sungguh untuk pastikan BN benar2 kalah nanti.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Baru nak sedar bahawa BN patut berubah? 52 tahun tak ada perubahan? Bila kerajaan PR berkuasa di Kedah yang dulu banyak tempat mundur, sekarang dah nampak perubahan termasuk bekas MB Mahzir Khalid juga yang nampak rajin turun padang sekarang. Kalau ada tempat yang dilanda bencana, dia sampai. Dulu jangan harap, asyik ke luar negara saja. Sekarang bukan main lagi nak tunjuk prihatin takut Shafie Apdal tunjuk kuasa di Kedah setelah tempat dia mundur.

Tanpa Nama berkata...

tumbangkan najib musuh utama untuk berlaku adil dimalaysia

Tanpa Nama berkata...

berubah le tu.. masa nak pilihanraya aje... lepas tu balik asal... janji tinggal janji, kaki pembohong, lanun penyagak, putar alam...