8 Apr 2010

Dakwaan DSAI Terbukti Benar, Asiasoft, Agen Yahudi Kini Dihalang Masuk Bukit Aman

Musa Hassan: Asiasoft tidak lagi dibenar masuk Bukit Aman

Asiasoft, syarikat didaftarkan di Singapura dan berpangkalan di Tel Aviv, tidak lagi dibenarkan memasuki ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini.

Menurut beliau, siasatan berhubung dakwaan itu telah dijalankan dan pihaknya tidak lagi membenarkan syarikat tersebut memasuki PDRM bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran.

“Dah lama kita siasat... bila isu ini timbul balik dan didedahkan di Parlimen kita siasat lagi, malah kita juga telah menyekat kemasukan syarikat tersebut,” katanya.

Difahamkan siasatan berhubung isu tersebut pernah dijalankan polis selepas menerima laporan polis yang dibuat pada 14 Julai 2008 oleh seorang wartawan bebas Johari Ismail.

Kelmarin, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kononnya terdapat perisik Israel di Bukit Aman.

Anwar dalam perbahasan di Dewan Rakyat berkata, beliau mempunyai dokumen bahawa perisik Israel mempunyai akses kepada maklumat strategik negara melalui Asiasoft (M) Sdn Bhd, yang merupakan subkontraktor bagi projek menaik taraf sistem komunikasi dan teknologi PDRM.

Beliau mendakwa kehadiran dua bekas pegawai tentera Israel dalam syarikat itu disedari oleh pegawai tertinggi PDRM dan juga Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Menurutnya Syed Hamid telah diberi taklimat berhubung perkara itu pada 23 Nov 2008 di bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Dalam penjelasannya kepada Bernama hari ini, Musa mengingatkan semua ahli politik supaya tidak mempolitikkan isu keselamatan negara untuk menarik perhatian rakyat.

Beliau berkata, isu berkaitan keselamatan negara bukan satu isu yang boleh dipolitikkan untuk meraih sokongan rakyat kerana ia merupakan satu isu sensitif yang boleh mengancam kesejahteraan negara.

“Sebagai ahli politik sepatutnya mereka boleh bezakan yang mana isu boleh cakap dan yang mana tak boleh kerana ini melibatkan soal keselamatan negara.

“Sudah banyak kali kita ingatkan mereka dan sepatutnya mereka faham,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Johari dalam satu sidang media berkata pendedahan Anwar di Parlimen bertujuan menarik perhatian rakyat dengan cuba mempolitikkan isu keselamatan negara.

“Ini soal keselamatan negara jadi jangan politikkan isu ini kerana ia boleh menggugat kesejahteraan negara. Dia (Anwar) sanggup mengeluarkan isu lama untuk kepentingan peribadi tanpa memikirkan kesannya kepada negara,” katanya.

Beliau mendakwa isu tersebut pernah dikeluarkan oleh pengendali blog MalaysiaToday Raja Petra Kamaruddin dalam blognya pada tahun 2008 tetapi tidak mendapat perhatian umum.

Sementara itu di lobi Parlimen, Anwar berkata polis perlu meneruskan siasatan berhubung dakwaannya itu dan beliau sedia bekerjasama membantu siasatan.

Ulasan GB

Katakanlah benar sudah ada laporan polis yang dibuat pada 14 Julai 2008 oleh seorang wartawan bebas Johari Ismail, mengapa tiada siasatan? Mengapa apabil DSAI dedahkan maka kini baru nak halang Asiasoft masuk ke ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM)?

Mempolitikkan isu keselamatan? Masih nak berdalih untuk dengan membuat tuduhan sedemikian. Siapa sebenarnya yang menggadaikan aspek keselamatan selama ini dengan membenarkan agen yahudi itu memasuki PDRM bagi menjalankan kerja-kerja pengkomputeran?

Oleh itu dakwaan DSAI terbukti BENAR. Ketua Polis Negara perlu bertanggungjawab dan letak jawatan SEGERA.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Baru nak bertindak? Kalau tak disuarakan di Parlimen barangkali tak siapa ambil tahu. Tapi rahsia sulit kerajaan Malaysia dah bocor!!

Tanpa Nama berkata...

ini KPN musa hasan aaa....gua tarak percaya sama lu laa...lu auta manyak laa...

Tanpa Nama berkata...

bukan orang lain yg bocorkan, tapi mangkok2 dalaman juga lepas tu cari lah pak sanggup yg boleh dibayar utk mengaku buat kerja tu...

Tanpa Nama berkata...

Aku dah kata jangan percaya ngan UMNO/BN!

Mengapa rakyat malaysia bodoh sangat? Mengapa mereka payah nak nampak sapa yang benar sapa yang salah?

Mengapa mempertaruhkan masa depan negara, generasi kita kepada ancaman kuasa paling jahat dunia? kenapa melutut kepada rejim zionist? YA Allah!

Tanpa Nama berkata...

Bercakap tentang "Keselamatan Negara", adalah sesuatu yang pelik bin hairan bin ajaib, bilamana siasatan yang mendalam tidak dibuat sebelum pemberian kontrak dibuat.. Mengapa selepas ada laporan dibuat, dan kemudian didedahkan baru tindakan diambil? Kalau camtu, dah berapa banyak rahsia keselamatan negara bocor..? Apa dia orang ingat keselamatan negara ni benda kecik macam jual kacang putih ke, boleh cincai-cincai.. Tulah akibatnya kalau semua kontrak/tender diberi atas kapasiti "Kabel kuat", bukan betul-betul dah disiasat latar belakang syarikat terbabit...

Tanpa Nama berkata...

apa perlunya nak siasat pd siapa tender nak dibagi janji poket penuh, peduli apa dengan rakyat.. yg sokong tak ramai tapi nanti yg merananya banyak.. sampai anak cucu cicit kita yg nak rasa susahnya nanti.. BERSAMALAH KITA BERJUANG DEMI MENEGAKKAN KEBENARAN DAN ISLAM AGAMA ALLAH.