8 Apr 2010

Dia Calon Terbaik PR Untuk PRK Hulu Selangor

Menurut sumber dalaman parti, Ketua Umum KEADILAN Anwar Ibrahim mengesahkan bekas menteri undang-undang itu adalah calon terbaik untuk mengekalkan kerusi tersebut.

"Zaid seorang tokoh yang dikenali. Semua orang kenal beliau dan agak popular, termasuk di kalangan bukan Melayu. Anwar sedar hal ini.

"Tambahan pula, Zaid dilihat sebagai ahli politik yang berprinsip, sejak beliau melepaskan jawatan menteri. Orang ramai menghormati pendirian beliau ini," kata sumber dalaman itu.

Pada 2008, Zaid menentang keputusan kerajaan pusat untuk menahan tiga individu – seorang pemimpin pembangkang, seorang blogger terkenal dan seorang wartawan – di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Apabila diminta untuk akur kepada keputusan kerajaan, bekas ahli parlimen Kota Bharu itu meletak jawatan. Zaid seorang peguam kemudian bertukar menjadi ahli politik bertindak keluar Umno dan menyertai KEADILAN pada tahun berikutnya.

Sementara itu, sumber itu berkata kemenangan Zaid dalam pilihan raya kecil nanti, akan melonjak namanya bagi memainkan peranan yang lebih penting dalam parti dan Pakatan Rakyat.

"Anwar mewawancara beberapa calon tetapi beliau telah menetapkan Zaid sebagai pilihannya. Kepimpinan parti akan membuat pengumuman tentang hal ini lewat minggu ini," katanya KEADILAN yakin bahawa bekas menteri itu boleh menarik sokongan ketiga-tiga kaum di kawasan majoriti Melayu itu.

Kawasan parlimen itu mempunyai segolongan besar pengundi berbangsa Cina dan India serta dianggap sebagai tempat menguji sentimen rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Zaid: Biar kepimpinan parti membuat keputusan (tajuk kecil) Apabila dihubungi, Zaid enggan mengulas. "Saya serahkan perkara ini kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat pengumuman rasmi," kata beliau.

Kerusi parlimen Hulu Selangor menjadi kosong berikutan kematian Dr Zainal Abidin Ahmad dari KEADILAN pada 25 Mac lalu.

Penamaan calon ditetapkan pada 17 April dan hari mengundi pada 25 April ini.

Pada pilihan raya umum 2008, Zainal telah menewaskan G Palanivel, ahli parlimen di kawasan itu selama tiga penggal dan juga timbalan presiden MIC dengan kemenangan tipis 198 undi.

Barisan Nasional dijangka meletak Palanivel untuk bertanding sekali lagi walaupun terdapat beberapa bantahan daripada kalangan Umno.

Beberapa pemimpin Umno merasakan bahawa calon Melayu lebih berpeluang memenangi kerusi itu berbanding calon dari MIC, yang dilihat telah hilang sokongan dari masyarakat India.

Juga terdapat spekulasi beberapa puak dalam Umno yang tidak berpuas hati akan meletakkan calon bebas.

Tiga tokoh lain menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas.

Teratas dalam senarai ialah pemimpin tempatan yang berpengaruh V Chandran.

Chandran, bekas ketua bahagian MIC Hulu Selangor, yang dipecat dari parti baru-baru ini, adalah penyokong kuat Palanivel.

Dua lagi calon ialah Presiden Majlis Belia India Malaysia A Rajaratnam dan T Ananthan, bekas pekerja Tamil Nesan yang gagal memenangi kerusi Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat dalam pilihan raya MIC yang lalu.

Dalam satu wawancara baru-baru ini, kedua-dua Chandran dan Ananthan mengisytiharkan bahawa mereka mahu "mengajar" (presiden MIC) Sammy Vellu.

Hampir 53 peratus atau 34,020 dari sejumlah 64,500 pengundi berdaftar di Hulu Selangor adalah Melayu, 16,964 (26.3 peratus) pengundi Cina dan 12,453 (19.3 peratus) India. -FMT

3 ulasan:

Awanama berkata...

Calon anak tempatan tak ada ka..kalau boleh cari la anak tempatan. Bimbang org yang lantang macam Zaid telah banyak berjaya kepada PKR contoh Ezam, Lokman Nor Adam, Zuldin dll. Zuldin MP B.Baru orang luar. Dia duk K.L buat onar kat pengundi..org kampung juga naya..lu fikir la sendiri..pinjam kata2 nabil.

Awanama berkata...

Pakatan Rakyat tidak ketandusan calon yang ikhlas dan jujur, tak macam UMNO

Awanama berkata...

Hanya bekas ahli UMNO saja yang tahu kepincangan UMNO. Masihkah ingat perihal berkaitan kaki botol dalam UMNO yang disentuh di parlimen baru-baru ini? Ada yang melenting. Belum lagi didedahkan siapa batang tubuh berkaitan. Nampaknya ada orang yang terasa pedas lepas makan cili. Maaf la.