28 Dis 2009

Kerajaan Malaysia Dalam Ketakutan

Kes kehilangan enjin jet F-5E baru-baru ini telah menjadikan banyak pihak tertanya-tanya: mengapa beriya-iya benar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyatakan tidak akan ada "cover-up" terhadap siasatan kes berkenaan.

Ini ikuti pula dengan kenyataan Peguam Negara, Abdul Gani Patail bahawa beliau memberi jaminan pejabat beliau akan berusaha habis-habisan bagi menyelesaikan kes itu.

"Ini perkara serius. Setahu saya, ia melibatkan dua enjin dan apa yang lebih teruk lagi ialah kehilangan itu hanya diketahui kira-kira setahun kemudian. Saya mahu siasatan penuh dibuat. Saya berpendapat orang ramai berhak mengetahuinya," kata beliau.

Uniknya, dengan usaha yang dilihat masih untuk melindungi pihak tertentu, Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi menyatakan tiada pegawai kanan terlibat dalam kejadian kehilangan dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik TUDM). Sebaliknya beliau menjelaskan, hanya Pegawai Lain-Lain Pangkat (LLP) yang didapati terlibat.

"Setakat ini yang kita tahu hanya Pegawai LLP terlibat, maknanya pangkat sarjan ke bawah, dalam siasatan tidak ada pegawai kanan yang terlibat", katanya.

Pihak Amerika Syarikat telah meminta Malaysia menyediakan laporan lengkap kehilangan dua enjin pesawat tempur, F-5E, milik TUDM dua tahun lalu.

Difahamkan, permintaan dibuat atas kapasiti AS sebagai negara pengeluar pesawat dan mahu menggunakan laporan itu untuk siasatan kerana membabitkan isu keselamatan.

Pada Jun dan November 2007, dua enjin pesawat F-5E yang berpangkalan di Skuadron 12 Scorpion Butterworth, Pulau Pinang dilaporkan hilang ketika proses penyenggaraan rutin.

Kecurian itu dipercayai didalangi orang dalam syarikat penyenggaraan pesawat dan skuadron tersebut.

Kehilangan enjin pertama dilaporkan di Gudang Material Udara I, Sungai Besi manakala enjin kedua sebaik sahaja meninggalkan pangkalannya di Butterworth untuk ke ibu negara.

Ia dipercayai dijual sebagai komponen alat ganti kepada sindiket antarabangsa di luar negara.

Bagaimanapun, kehilangan kedua-dua enjin bernilai RM100 juta itu hanya disedari setahun kemudian sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada 4 Ogos 2008.

Jika Malaysia gagal untuk menyediakan laporan lengkap terhadap kehilangan jet enjin tersebut sepertimana yang diminta oleh pihak berkuasa Amerika, Malaysia akan menjadi negara yang diperhatikan.

Maka itu Najib, Gani Patail dan Zahid kini terpaksa seorang demi seorang keluarkan kenyataan tentang komitmen kerajaan membongkar kes itu, bukan untuk rakyat Malaysia mendengarnya, tetapi untuk AS!

Ada petunjuk Kerajaan Malaysia dalam ketakutan di dalam hal ini.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dah lama hilang dan dah lama BN tutup dari pengetahuan rakyat!!!

Tanpa Nama berkata...

AS pengeluar pesawat tu? Entah-entah masa dihantar ke Malaysia ia adalah pesawat palsu. Kapal selam yang baru dibeli tu aslikah?