28 Dis 2009

Banjir Di Jeddah Bulan Lalu : Pegawai Datuk Bandar Ditahan

Kira-kira 40 pegawai Arab Saudi dan kontraktor ditahan bagi membantu siasatan berhubung banjir 25 November lalu di Jeddah yang meragut 120 nyawa, menurut laporan media negara itu hari ini.

Saudi Gazette melaporkan lapan pegawai atasan pejabat Datuk Bandar Jeddah dibawa polis semalam bagi membolehkan penyiasatan peringkat awam dilaksanakan susulan kemarahan orang ramai berikutan bencana itu.

Antara mereka yang ditahan ialah pembantu kepada Datuk Bandar Jeddah, empat ketua jabatan dan bekas ketua bahagian projek bandar itu.

Ia susulan penahanan 30 atau lebih pegawai, juru runding dan kontraktor yang mana mereka akan dihadapkan ke jawatankuasa penyiasatan.

Jawatankuasa itu yang ditubuhkan atas arahan Raja Abdullah, diketuai Putera Khaled al-Faisal, Gabenor paling berkuasa di Makkah, termasuk Jeddah. - AFP

Ulasan GB

Peristiwa banjir di Jeddah sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita semua.
Diantara beberapa Ayat Al-Quran dan hadith untuk renungan bersama:

“Tidak akan datang hari Kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” Hadith Riwayat Ahmad

”Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.” Surah Al-A’raaf : Ayat 96

”Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di malam hari di waktu mereka sedang tidur? Atau apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di waktu matahari sepenggalahan naik ketika mereka sedang bermain? Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiadalah yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang rugi. Dan apakah belum jelas bagi orang-orang yang mempusakai suatu negeri sesudah (lenyap) penduduknya, bahawa kalau Kami menghendaki tentu Kami azab mereka kerana dosa-dosanya; dan Kami kunci mati hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (pelajaran lagi)?” Surah Al-A’raaf : Ayat 97-100



Tiada ulasan: