23 Dis 2009

Isu Hasssan Ali : Keputusan Yang Dinanti

Hari ini dilaporkan Lembaga Disiplin PAS Pusat bersmesyuarat untuk menetapkan keputusan ke atas isu Datuk Dr. Hassan Mohd. Ali berhubung dakwaan menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Pengerusinya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata, beliau berharap isu berhubung siasatan berkenaan tidak diperbesarkan bagi menjaga maruah dan kepentingan parti, lapor MSTAR.

"Insya-Allah kami akan bermesyuarat malam ini bagi meneliti dokumen-dokumen yang berkaitan dalam siasatan ini.

"Kami akan sama-sama mengkaji semua butiran yang ada dengan teliti bagi memastikan keadilan diberikan kepada semua pihak," katanya ketika di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai perkembangan terkini siasatan yang dijalankan pihaknya ke atas beberapa pemimpin PAS Selangor.

Menurut beliau jawatankuasanya akan mengadakan mesyuarat pada pukul 9 malam ini di Ibu Pejabat PAS Pusat.

Jawatankuasa disiplin berkenaan dianggotai lima orang ahli.

Selain itu Tuan Ibrahim berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan dengan telus bagi memastikan keadilan untuk semua pihak.

Malah jelasnya, siasatan yang adil juga akan mencerminkan imej dan maruah parti.

"Saya harap semua pihak bersabar, jangan buat sebarang andaian kerana kami berjanji akan menjalankan siasatan dengan adil dan telus.

"Kita harus ingat, apa jua tindakan dan keputusan badan disiplin ini akan mencerminkan maruah parti," katanya.

Menurutnya jika Hassan dan beberapa pemimpin lain yang disiasat itu didapati bersalah, mereka masih mempunyai peluang untuk memberikan penjelasan dan membela diri.

"Terpulang kepada hasil siasatan nanti, setakat ini hanya diperingkat pertuduhan, kalau benar-benar ada kes nanti baru kita akan panggil Datuk Hassan dan yang lain-lain itu untuk memberikan keterangan," katanya.

Ulasan GB

GB sebelum ini telah mengeluarkan sekurang-kurangnya tiga tulisan menyentuh soal Lembaga Disiplin PAS. Ia kemudiannya dirangkumkan di dalam tulisan ini.

Setakat ini tiada sesiapa pun dari kalangan pimpinan yang menjawabnya. Ini menjelaskan bahawa ada sesuatu yang tidak kena di dalam perlantikan Jatawatankuasa Disiplin PAS.

Tuan Ibrahim menyatakan "pihaknya akan menjalankan siasatan dengan telus bagi memastikan keadilan untuk semua pihak" dan ianya dipersoalkan apa dan mana ketelusannya jika nama seluruh lima orang anggota jawatankuasa itu sendiri tidak bersdia untuk didedahkan kepada umum.

Malah kenyataan-kenyataan beliau yang sebelum ini yang bias itu pun belum terjawab.

Keputusan yang akan diumumkan itu pun tidak dapat dipastikan boleh dikuatkuasakan atau pun tidak apabila keseluruhan jawatankuasa disiplin itu sendiri dipersoalkan kesahihannya di sisi Perlembagaan PAS.

PAS perlu memperkasakan Jawatankuasa Disiplin Parti dengan melantik mereka yang benar-benar berwibawa, yang tidak mempunyai sebarang jawatan dan kepentingan di dalam parti sepertimana yang diamalkan oleh lain-lain parti politik di dalam negara ini di samping mempastikan ianya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan PAS.

Tiada ulasan: