23 Dis 2009

Najib Patut Didakwa

Najib Razak harus didakwa, beliau adalah Menteri Pertahanan ketika enjin jet hilang
Oleh Amin Iskandar

Malaysia kini berada dalam keadaan bahaya. Apabila orang-orang yang tidak amanah memegang pemerintahan negara, beginilah jadinya.

Heboh dan gawat negara apabila dilaporkan dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Menteri Pertahanan kini, Ahmad Zahid Hamidi mengatakan bahawa selain daripada dua buah enjin pesawat yang hilang, peralatan yang berkaitan turut lesap.

Dalam sidang medianya beliau terus memberikan amaran kepada penulis-penulis blog agar jangan mensensasikan berita ini oleh kerana kerajaan telah pun mengambil tindakan kepada pengkhianat-pengkhianat dalam kes kecurian ini. Klik disini.

Sebagai salah seorang penulis blog, menjawab kepada amaran yang dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan itu, apa yang boleh saya katakan ialah:

“Kau ingat negara ni bapak kau punya?”

Menteri Pertahanan pada ketika kesemua kehilangan enjin pesawat dan barang-barang lain ialah Mohd. Najib bin Abdul Razak yang kini bekerja sebagai perdana menteri Malaysia yang keenam. Oleh yang demikian, Najib Razak harus disiasat sekali dalam kes ini.

Beliau harus digantung daripada menjadi perdana menteri sepanjang siasatan dijalankan. Zahid Hamidi jangan ingat orang-orang Malaysia bodoh. Ibrahim Ali dan Perkasa bolehlah beliau tipu. Jangan cuba nak ugut penulis blog oleh kerana penulis blog tidak takut dengan ugutan dan terus akan menulis selagi siasatan tidak dijalankan terhadap Najib Razak.

Kedaulatan negara telah tergadai. Menteri yang bertanggungjawab pada ketika itu, Najib Razak telah cuai menjalankan tugas ataupun terlibat dalam kes kecurian ini. Jika tidak mahu spekulasi terus berjalan, gantung jawatan Najib dan siasat beliau segera! Jangan terus biarkan “rompakan-rompakan” terus dilakukan dihadapan mata rakyat!

Berkaitan:

1) Missing engines: Zahid confirms action against ‘traitors’. The Malaysian Insider

2) Missing engines a blow to Najib’s GTP, says Kit Siang. The Malaysian Insider

3) Missing Fighter Engines – A Fishy Explanation. A. Kadir Jasin

Tiada ulasan: