23 Dis 2009

Mahathir, Pengecut Yang Berlagak Berani

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahahtir Mohamed mengalu-alukan cadangan Penasihat DAP, Lim Kita Siang agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan beliau melenyapkan wang sebanyak RM100 bilion dalam projek- projek mega dan rasuah selama 22 tahun pemerintahannya.

“Saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan suruhanjaya tersebut,” katanya.

Beliau berkata, suruhanjaya tersebut tidak harus membataskan siasatan kepada beliau seorang, malah juga kepada Tun Abdullah Badawi.

“Pembatalan projek Jambatan Bengkok yang menghubungkan Johor – Singapura dan projek landasan kereta api Johor Bahru ke Padang Besar melibatkan jumlah wang yang banyak termasuklah pembinaan projek hydroelektrik di Bakun serta Jambatan Pulau Pinang.

“Ia harus meliputi bagaimana wang pembayaran Petronas sebanyak RM270 bilion dibelanjakan dalam tempoh lima tahun Abdullah pemerintahannya,” katanya di blognya, semalam.

Kelmarin, Kit Siang menggesa kerajaan menubuhkan siasatan diraja bagi menyiasat Mahathir yang dikatakan punca pembaziran di atas tindakannya semasa menjadi Perdana Menteri seperti didedahkan dalam buku ‘Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times’ yang ditulis oleh bekas pengarang urusan Wall Street Journal Barry Wain.

Tetapi Bernama melaporkan Mahathir telah berkata, beliau mempunyai hak untuk menyaman dua individu dan sebuah portal berita kerana menuduhnya membazirkan RM100 bilion bagi projek-projek mega sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri.

Beliau berkata, ia bergantung kepada keputusan SuruhanjayaDiraja yang dicadangkan pemimpin DAP Lim Kit Siang, bagi menyiasat sama ada beliau telah membelanjakan wang tersebut bagi projek-projek mega dan amalan rasuah sepanjang tempoh itu.

"Bergantung kepada keputusan suruhanjaya (yang dicadangkan), saya berhak untuk saman (penulis) Barry Wain, Lim Kit Siang dam Malaysiakini.com kerana membuat fitnah bagi jumlah yang akan diumumkan kemudian," katanya dalam blognya semalam.

Wain merupakan penulis buku "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times", menganggarkan bahawa Dr Mahathir telah membazirkan sehingga RM100 bilion sepanjang menjadi Perdana Menteri.

Dr Mahathir berkata, Wain mesti menyediakan bukti kukuh berkenaan mana-mana amaun yang didakwa telah "hangus" itu.

Ugutan Mahathir untuk menyaman pihak yang mendedahkan isu berkenaan membuktikan beliau seorang penngecut walaupun pada awalnya kelihatan berani untuk disasat oleh sebuah Suruhanjaya.

Mahathir sepatutnya tidak perlu mengeluarkan ugutan tersebut sebelum siasatan dimulakan. Ini, suruhanjaya pun belum terbentuk, beliau telah mengeluarkan kenyataan untuk menyaman. Dan kita sedia faham institusi kehakiman yang kita warisi ini telah lama hancur musnah kredibilitnya akibat dari kerja tangan Mahathir sendiri.


Tiada ulasan: