31 Dis 2009

Harga Roti, Gula Naik Sempena Tahun Baru 2010

Raikan sambutan tahun baru 2010 anda dengan kenaikan harga barangan asas.

Berkuatkuasa 1 Januari depan, harga roti putih dinaikkan ekoran daripada tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberhentikan subsidi dan memansuhkannya daripada senarai barang kawalan.

Harga roti biasa meningkat 40 sen manakala bagi harga roti klasik combo melonjak 50 sen dari harga asal.

Sementara itu, gula naik 20 sen bagi setiap kilogram bermula esok. Harga gula mengikut kenaikan terbaru ini adalah RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak.

Menteri Hal-Ehwal Pengguna Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata kenaikan ini berpunca dari lonjakan harga gula mentah di pasaran dunia.

Mengulas perkara ini, Setiasaha Agung FOMCA Muhammad Sha'ani Abdullah berkata kerajaan seharusnya prihatin kepada tekanan kos kehidupan rakyat hari ini.

Beliau menambah kebajikan rakyat harus didahulukan dalam suasana kemelut ekonomi yang belum menamppakan sebarang tanda-tanda pemulihan.

“Kami tidak begitu selesa dengan kenaikan harga roti pada tahun baru ini kerana masih banyak usaha-usaha kerajaan tidak dilaksanakan lagi untuk mengurangkan beban kos beban rakyat. Dalam keadaan ini kerajaan harus fikir semula sebarang penarikan balik subsidi-subsidi kepada barangan pengguna supaya ini tidak menjadi satu beban kepada rakyat," katanya.

Mengulas isu yang sama, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin berkata PKR mengecam kenaikan harga barangan asas ini yang disifatkan sebagai hadiah tahun baru Perdana Menteri Najib Abdul Razak kepada rakyat termiskin.

"Ini saya lihat sebagai suatu hadiah dato najib sebagai Perdana Menteri yang juga yang memimpin kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat. Tentunya ini bukan yang menyenangkan rakyat dan sudah pasti memberi beban dan ini sudah tentu bercanggah dengan slogan 'Rakyat Didahulukan'," katanya. -TVS



8 ulasan:

sb dehlawi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Biasalah namapun BN
BARANG NAIK

Ahmad Tarmizi berkata...

Assalamuakaikum GB...

Rasa nya yang umum tu bukan menteri lah GB. Datuk Mohd Zain Mohd Dom hanya lah Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Menteri & Timbalan Menteri mungkin ada kerja lain atau memang menyorok kerana tak berani nak umum dan buat ulasan.
Terima Kasih.

C++ berkata...

Bhai GB,

Raja Gula yang baru bukan Felda ... tapi Synergy Drive Kedua ... ader gua tuliskan isu nih...

Tanpa Nama berkata...

ahli UMNO bodo! Naik pi lah berapa banyak pun, nescaya depa akan tetap sokong UMNO... Sampai bilakah ahli-ahli UMNO akan sedar?

Unknown berkata...

biasalah rakyat di dahulukan, apa2 pun rakyat yang kena dulu

Tanpa Nama berkata...

Bila gula nak dinaikkan harga, maklumat mengenai bahaya mengambil bahan tu dengan kadar yang banyak digembar-gemburkan! Sebelum itu tak ada pun. Sepatutnya dulu lagi hal ini diperkatakan! Inagat! Mencegah adalah lebih baik darimerawat.

Anak PR Selangor berkata...

Naik 20 sen weh... Berapa tonne metrik pulak di konsume oleh 23 juta Malaysia satu hari..

Tak lama lagi ada le yang jadi miliyoner kalau tak bolioney.

Bijak bijak.... 1Malaysia

Habis sapa yang kena...

Siapa lagi kitalah rakyat 1Malaysia....apa nak dikata????

Penyokong PR siap ajarkan mereka ni terutamanya PM 1Malaysia pada PRU 13. (sorilah getik sangat dah)