31 Dis 2009

RM800 juta Masalah Diwarisi Dari Era Umno-BN

Kerajaan negeri Kelantan mendakwa situasi pihaknya diarah membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan kerana melanggar beberapa perjanjian di antara kedua-dua belah pihak sejak 45 tahun lalu berpunca daripada keputusan era pentadbiran Umno-BN.

Ketika menyatakan perkara itu di sini hari ini, Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa (gambar) berkata masalah itu berpunca daripada pembatalan projek pada tahun 1975

“Masalah itu berpunca daripada pembatalan projek pada tahun 1975 iaitu semasa pemerintahan kerajaan Umno,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat ini.

Sehubungan itu kata beliau, pihaknya akan membuat rayuan kelak.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan bila rayuan akan dibuat oleh kerajaan negeri.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Baru itu dikatakan mencatatkan sejarah tersendiri kerana jumlah ganti rugi itu adalah antara yang terbesar dalam kes sivil di negara ini.

Difahamkan keputusan itu dibuat dalam prosiding yang berlangsung semalam membabitkan Timbermine Sdn Bhd dan kerajaan negeri.

Kes itu dipercayai semula difailkan pada tahun 2004.

Jumlah ganti rugi itu termasuk RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat dalam kawasan pembalakan seluas 112,000 hektar, ganti rugi khas RM13.6 juta, bayaran gaji pekerja yang diberhentikan (RM1.74 juta), faedah lapan peratus sejak 2004 berjumlah RM240 juta dan kos sebanyak RM200,000.

Husam berkata, syarikat itu menerima konsesi daripada kerajaan negeri pada 20 Julai 1964, namun perjanjian tersebut dibatalkan semasa pemerintahan kerajaan BN pada 1975.

Beliau menjelaskan perkara itu berlanjutan di mana syarikat terbabit telah berurusan dengan kerajaan BN daripada 1982 sehingga 1989.

“Bagaimanapun syarikat terbabit menghantar tuntutan susulan mereka pada 2004 selepas kerajaan negeri bertukar tangan,” kata beliau sambil menyifatkan masalah itu adalah perkara lama yang sepatutnya diselesaikan kerajaan negeri sebelum ini.

Kata Husam, walaupun kes tersebut tidak berpihak kepada kerajaan, namun kerajaan bersetuju untuk membuat rayuan bagi mendapatkan keputusan di sebaliknya.

“Bukan bermakna sekarang kita kena bayar RM800 juta kerana rayuan akan dikemukakan terlebih dahulu,” katanya. - Mohd Zuharman

3 ulasan:

Awanama berkata...

Husam lagi jawab. Geng yang benci kat Husam tu buat apa. Bila orang jawab diaorang marah. Aku tak faham apa yang dia nak dengan kerabat jawatan dalam Pas ni. Lepas tu kalau orang buat lebih sikit dia marah.

ubatnyamuk berkata...

biasa la tuh..bila ada org perform lebih sikit mula la xpuas hati. takut populariti jauh ditinggalkan. cuba tanya YB Rantau Panjang apa yg menimpanya sebab buat persedian bantuan banjir setahun lebih awal.

p/s: dalam UMNO berebut nak glamour, dalam PAS bising xnak bagi org lain glamour.

Bajukumbang berkata...

sila baca dan komen http://bajukumbang.blogspot.com/