31 Dis 2009

Parti Bulan Menghadapi Zaman Gerhananya?

Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku esok - Jumaat 1 Januari 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431 Hijriah, bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Menurut kenyataan JAKIM hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi. Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi.

Saya bukan tukang tilik apa lagi mempercayai khurafat yang boleh menyebabkan akidah saya tergelincir. Tapi secara kebetulan tahun 2010 disambut oleh parti Pas dengan pelbagai kenangan tidak manis sepanjang tahun 2009. Seolah-olah sedikit demi sedikit sepanjang 2009, gerhana bulan sudah melanda parti bulan (Pas).

Sebenarnya 2009 dimulai dengan sinar cemerlang untuk Pas apabila memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 dengan majoriti lumayan yang sekaligus merampas kerusi itu dari tangan BN. Ia kemudian disusuli dengan kemenangan Pas untuk kerusi Parlimen Bukit Gantang dan DUN Penanti beberapa bulan kemudian, semuanya dengan majoriti yang amat lumayan.

Tapi lepas itu Pas mengalami ujian demi ujian dari Allah. Bermula dengan isu kerajaan perpaduan, perang dingin antara dua puak dalam parti sehingga timbul cabar mencabar untuk letak jawatan, kemenangan tipis dalam PRK Manek Urai, kekalahan dalam PRK Teluk Kemang, isu amalan kronisme dalam kepimpinan tertinggi Pas dan terbaru pengunduran dua personaliti penting di pejabat Menteri Besar Kelantan. Walaupun pihak-pihak yang didakwa bertelagah enggan mengaku mereka bertelagah, namun masih ramai yang percaya jika tiada angin mustahil pokok bergoyang. Walaupun memang benar media arus perdana memainkan peranan untuk membesar-besarkan ribut kecil dalam cawan, tapi ramai berpendapat ribut dalam cawan atau ribut dalam tangki besar adalah tetap ribut juga yang tidak boleh dipandang ringan.

Oleh itu apabila 1 Januari 2010 - permulaan tahun baru - disambut oleh gerhana bulan, parti bulan (Pas) perlu melihatnya dari sudut positif. Pemimpin-pemimpin parti bulan perlu melakukan banyak kerja supaya tiada gerhana bulan lagi yang melanda Pas. Gerhana bulan yang berlaku di Malaysia pada awal pagi 1 Januari 2010 nanti hanya gerhana separa bukan gerhana penuh di mana bulan hilang terus di ufuk langit. Bayangkan jika gerhana bulan penuh melanda parti bulan pada 2010, alamatnya Pas mungkin akan berpecah menjadi parti serpihan, pakatan pembangkang di bawah PR akan musnah dan mungkin gulung tikar dan BN akan tertawa besar sambil membayangkan kabinet baru yang akan ditubuhkan di negeri-negeri yang kini dikuasai oleh PR. Dan jika itu berlaku.... pemenang PRU ke-13 sudah boleh dijangka!

Justeru selain bersolat sunat gerhana pada 1 Januari 2010, kepimpinan Pas perlu merenung kembali antara kepentingan diri sendiri, kepentingan keluarga, kepentingan parti dan kepentingan rakyat terbanyak yang masih mengharapkan perubahan pucuk pimpinan di peringkat federal dalam PRU ke-13 menjadi kenyataan.

Kepada kepimpinan Pas, jangan biarkan gerhana bulan esok 1 Januari 2010 menjadi petanda gerhana penuh yang memusnahkan parti bulan pada 2010 ini!! -Pendikargunung

6 ulasan:

LuqmanJB berkata...

Jika Pak Lah dilihat tokoh yang paling lemah yang Malaysia prnah miliki, Hadi dilihat Presiden yang paling hampeh yang PAS pernah miliki. Dan maaf cakap, dua-dua tu dari satu species..

Gerhananya PAS disebabkan oleh TGHH yang telah mengkhianati parti.

Buat penat saja kamu blogger PAS berjuang. Renung saja PRK Bagan Pinang, sekalian ramai blogger PAS berkempen di siber, PAS cuma raih dua ribu undi lebih.

Diantara kelemahan Hadi paling menonjol:

1) Isu UG
2) Kenyataan-kenyataan salah TGHH seperti
a) ubat tamat tempoh (kempen PRU 2004)
b) kaum Iban masih pakai cawat (selepas PRK Batang Ai)
c) isu pertambahan kerusi di kawasan majoriti Melayu
d) PR belum didaftarkan
e) fitnah yang benar
f) PAS tak memusuhi UMNO
3) Berada di luarnegara sewaktu parlimen bersidang dan sewaktu isu besar melanda parti
4) Perlantikan Mustapa Ali sebagai Setiausaha Agong PAS
5) Perlantikan Tuan Ibrahim sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin
6) Berada di majlis-majlis UMNO/BN
7) Pengacau kepada PR. Banyak masalah yg dibawanya dislesaikan org lain spt DSAI dan TGNA

Sekali lagi, binasanya PAS adalah di tangan Hadi dan para penyokongnya yang gila babi.

Awanama berkata...

sedih ambo memikirkan Hadi ni...

Awanama berkata...

yang gerhana bukanlah PAS tetapi blog yang celaka yang menjadi talibarut umno.

ameno tetap parti celaka

Awanama berkata...

blog yg celaka pula ialah blog yang sokong Hadi yang nak ke UMNO celaka.

ag berkata...

luqmanjb sedikit tambahan

lantik su agung dr trg

lantik su politik dr trg

lantik pengarah penyelidikan dr trg

lantik pengarah gerak saraf dr trg (ini yg paling lawak ustaz abu bakar chik)

banyak lagi

sb dehlawi berkata...

betul tu.