1 Jan 2010

Kes Dr.Rosli Allani : Bagaimana Sebenarnya Sikap Parti?

Kes pasangan bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir dan isterinya, Ilyani Mohd Noor yang diarah mahkamah supaya tinggal berasingan selepas kesahihan perkahwinan mereka menuntut parti menentukan pendiriannya.

Dr Rosli dan Ilyani telah dilaporkan berkahwin di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor pada 26 Disember 2008.

Bagaimanapun, berikutan timbul keraguan mengenai status perkahwinan mereka, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu pada 9 November lalu mengeluarkan perintah 'mufarakah' melarang pasangan berkenaan tinggal bersama sehingga kes itu.

Surat perintah tersebut turut memberi kebenaran kepada penguat kuasa agama jajahan dan Polis Diraja Malaysia untuk mengambil tindakan jika mendapati pasangan itu masih tinggal bersama.

Harakahdaily di dalam tulisan Rizal Tahir pada 22 Disember lalu seperti melakukan pembelaan ke atas Dr Rosli. Berikut ialah petikannya:


Dr Rosli dalam sidang medianya memberitahu, walaupun beliau yakin berada dipihak yang benar, namun demi menjaga nama baik parti dan persepsi masyarakat ke atas PAS, beliau bersedia melepaskan jawatan berkenaan serta merta.

Pengumuman perletakan jawatannya itu dibuat memandangkan beliau tidak mahu parti Islam yang didokonginya itu dikaitkan dengan masaalah peribadi yang dihadapinya kini.

Sebagai penjelasan, Dr Rosli mengakui perkahwinannya tidak direstui bapa mentua isteri keduanya walaupun telah berulangkali menyatakan hasrat untuk memperisterikan IIyani Mohd Nor apabila terbit rasa kasih antara keduanya.

“Pada masa yang sama juga isteri pertama saya sendiri telah memberi persetujuan untuk saya berpoligami dan hasrat suci saya itu disuarakan melalui naluri jiwa yang tulus dan suci kepada keluarga isteri kedua saya.

“Namun biarpun demikian bapa mentua saya itu, Ghazali @Mohd Nor Che Man, masih tidak merestui perhubungan kami biarpun berulangkali dinyatakan hasrat tersebut,”ujarnya.

Untuk meneruskan hasrat tersebut biarpun mendapat halangan, sambungnya beliau meneruskan juga perkahwinan itu melalui wali hakim.

Menurutnya, pernikahan cara tersebut dilakukan setelah beliau diberi jaminan oleh seorang rakan yang pernah memegang jawatan sebagai seorang imam muda di sebuah masjid negeri bahawa perkahwinan yang diuruskan olehnya itu tidak bersalahan dengan undang-undang syarak.

“Tanpa diduga sewaktu mencari penyelesaian, saya telah menjadi mangsa sindiket perkahwinan yang diuruskan oleh bekas imam berkenaan dengan memberi sijil dan kad perkahwinan yang tidak didaftarkan walaupun beliau menjanjikan sebaliknya,”ujarnya lagi.

Tambah Rosli lagi, setelah menyedari apa yang berlaku, beliau meminta maaf serta memberi penjelasan kepada bapa mentuanya, namun malangnya ‘dia’ tidak melayannya.

“Setelah perkara ini terbongkar, isteri saya telah diperintahkan oleh bapanya supaya tidak keluar dari rumah selama sebulan, tetapi pada 2 Disember lalu, isteri saya itu telah merayu lagi pada bapanya untuk menyelesaikan perkara itu dengan baik, malangnya bapa mentua saya itu menolak hasrat berkenaan,”ujarnya.

Pada masa yang sama, Rosli memandang serius terhadap beberapa buah kenyataan yang telah disiarkan oleh beberapa akhbar harian hari ini yang telah mencemarkan imej, maruah dirinya apa lagi mendakwa isterinya berada dalam keadaan tidak sedar sewaktu berkahwin dengannya.

Menurutnya, kenyataan sedemikian seolah-olah menggambarkan dirinya seorang lelaki atau suami yang tidak baik apa lagi mendakwa dirinya telah melakukan tipu daya untuk berkahwin.

“Saya dengan sekeras-kerasnya menafikan segala kenyataan tersebut, adalah mustahil sekali untuk isteri saya pergi ke tempat perkahwinan di Subang dalam keadaan tidak sedar kerana saya dari Perak, manakala beliau datang dari Kelantan,”ujarnya.

Memandangkan berita yang disiarkan dalam beberapa buah akhbar hari ini yang jelas mencemarkan imejnya, beliau telah berbincang dengan peguam agar mereka yang terbabit memohon maaf secara bertulis dan disiarkan dalam akhbar yang sama.

Kesemua pihak terbabit termasuk bapa mentuanya disamping peguam bapa mentuanya Mohd Zaki Zainal Abidin diminta berbuat demikian dalam tempoh tiga hari bermula hari ini. -HARAKAHDAILY


Namun, kenyataan dari Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yng juga Pngerusi Jawatankuasa Disiplin PAS (?) telah mengeluarkan kenyataan Dr Rosli dan isterinya diingatkan supaya patuh kepada tuntutan agama dan tidak bertindak mengikut nafsu. Mereka berdua mematuhi undang-undang serta insaf mengenai dosa dan pahala berhubung perbuatannya. Tetapi tiada kenyataan bahawa kedua-duanya akan dihadapkan kepada Jawatankuasa Disiplin. Naib Presiden PAS itu berkata ia adalah masalah peribadi yang tiada kaitan dngan parti sekalipun tindakan Dr Rosli itu tlah pun menjejaskan imej parti.


Bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir dan isterinya, Ilyani Mohd Noor diingatkan supaya patuh kepada tuntutan agama dan tidak bertindak mengikut nafsu.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Dr Rosli sepatutnya mematuhi undang-undang serta insaf mengenai dosa dan pahala berhubung perbuatannya.

"Nasihat saya supaya Dr Rosli patuhi undang-undang, ini bukan soal main-main... soal halal dan haram.

"Jangan lupa kepada azab tuhan, situasi yang dihadapinya kini berkaitan dengan dosa dan pahala," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan Dr Rosli dan isterinya, melarikan diri dari rumahnya di Lorong Masjid Mustaqim, Telipot di sini pagi semalam selepas hampir 19 jam dikepung keluarga mentuanya.

Dalam kejadian tersebut, kedua-dua pasangan itu berjaya melarikan diri ke tempat yang tidak diketahui dengan menaiki sebuah kenderaan.

Pasangan itu yang diarah mahkamah supaya tinggal berasingan selepas kesahihan perkahwinan mereka diragui.

Dr Rosli dan Ilyani berkahwin di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor pada 26 Disember 2008.

Bagaimanapun, berikutan timbul keraguan mengenai status perkahwinan mereka, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu pada 9 November lalu mengeluarkan perintah 'mufarakah' melarang pasangan berkenaan tinggal bersama sehingga kes itu diselesaikan.

Surat perintah tersebut turut memberi kebenaran kepada penguat kuasa agama jajahan dan Polis Diraja Malaysia untuk mengambil tindakan jika mendapati pasangan itu masih tinggal bersama.

Selain itu Tuan Ibrahim juga berkata, sebagai seorang muslim yang beriman, Dr Rosli perlu akur dengan undang-undang yang ada.

"Hidup ini ada undang-undang, patuh kepada undang-undang juga sebahagian daripada ciri-ciri orang beriman.

"Soal kesahihan perkahwinan ini sangat penting, buat masa ini mahkamah belum putuskan apa-apa lagi... hanya minta tinggal berasingan.

"Cuba bayangkan kalau diputuskan ia (perkahwinan) tak sah, lagi susah jadinya, berdosa hukumnya kerana mereka masih tinggal bersama," katanya.

Ditanya sama ada tindakan Dr Rosli itu akan menjejaskan imej PAS, Tuan Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti itu berkata: "Beliau telah meletakkan jawatan dalam parti... kini hanya ahli biasa.

"Lagipun perkara ini adalah isu peribadi dan tak libatkan PAS sebagai parti politik." MSTAR


Bapa mertua Rosli dilaporkan telah membuat laporan polis mengenai "kehilangan" anak perempuannya yang dipercyai masih bersama Rosli dan telah meminta pihak berkuasa mencari anak perempuannya itu. Bapa mertua Rosli sebelum ini telah melakukan kepungan di rumah sewa mereka di Telipot tetapi pasangan itu berjaya melarikan diri dengan sbuah kenderaan yang tidak diketahui arah mana yang dituju.


Mufarakah: Bapa Mentua Dr Rosli Buat Laporan Polis

KOTA BAHARU: Bapa mentua bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kader, semalam membuat laporan polis bagi mendapatkan bantuan pihak berkuasa mencari anak perempuannya.

Mohd Noor Che Man, 58, bersama anak lelakinya, Mohd Izhan dan dua wakil dari firma guaman Baldape, Harvinder & Co membuat laporan itu di Balai Polis Kota Baharu jam 4.30 petang semalam.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Mohd Noor berkata beliau bertindak demikian kerana berharap dapat menemui semula anak perempuannya Illani, 30, yang juga isteri Dr Rosli setelah mereka melarikan diri daripada kepungannya di rumah sewa mereka di Lorong Masjid Mustaqim, Telipot, tiga hari lepas.

"Saya bimbang keselamatannya kerana dikhuatiri peristiwa yang menimpa keluarganya itu boleh menjejaskan mentalnya," katanya.

Beliau berkata selain itu, beliau bertindak demikian kerana kedua-duanya didapati melanggar perintah mahkamah dan sebagai orang Islam sepatutnya mereka tidak bertindak demikian, kerana dengan perbuatan itu telah menyalahi hukum Islam.

Berita mengenai perkahwinan Dr Rosli Allani dan anaknya itu disiarkan secara meluas oleh media setelah rumah sewanya dikepung selepas dia mengingkari perintah mahkamah supaya tinggal berasingan berikutan kesahihan perkahwinan mereka oleh diragui oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

Pada 21 Disember lepas, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu mengarahkan pasangan itu tinggal berasingan sementara (mufarakah) kerana meragui perkahwinan mereka yang dikatakan dijalankan oleh satu sindiket di sebuah masjid di Selangor. -BERNAMA


Kes ini menjadi bahan yang dimanipulasikan media dan memberikan keuntungan kepada pihak yang selama ini memusuhi PAS Kelantan.

Siapa di belakang bapa mertua Dr.Rosli di dalam membuat laporan polis itu tidak perlu diambil peduli. Yang timbul ialah apakah perintah mufarakah oleh Mahkamah Tinggi Syariah itu dipatuhi oleh pasangan berkenaan.

Dan parti sepatutnya mengambil sikap untuk menyelesaikan masalah ini sesegera mungkin dengan menasihatkan Rosli dan pasangannya untuk mematuhi perintah mahkamah berkenaan supaya isu ini tidak berlarutan sehingga menjejaskan reputasi dan imej parti.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dr Rosli perlu dipecat dari Pas sekiranya didapati bersalah melarikan anak perempuan orang dan berkahwin secara sendiket. Bekas imam muda masjid negeri juga perlu dipecat dari Pas sekiranya terbukti beliau memainkan perana aktif dalam perkahwinan sindiket.

kembara putih berkata...

Dr Rosli tidak perlu berdegil. Jika mahkamah telah mengarahkan agar tinggal berasingan sementara kes diselesaikan, kamu perlu patuh. Kalau dah jodoh kamu, lambat laun bersatu juga. Jadi jangan tunjukkan keras kepala kamu. Ikut nafsu lesu.