24 Dis 2009

Beranikah Juara Ketuanan Melayu Itu Tunaikan Janji?

Dato Ahmad Ismail yang baru dibebaskan Umno kerana keceluparannya menghina kaum bukan Melayu tidak perlu diperkenalkan. Ketua Bahagian Bukit Bendera, Pulau Pinang itu terkenal kerana cuba menjuarai isu 'ketuanan Melayu', walaupun dia sendiri berketurunan India Muslim. Lelaki gempal ini juga adalah Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia.

Masih ingat apa janji Ahmad Ismail sebelum skuad sepaktakraw negara berlepas ke Vientiane untuk bertanding dalam Sukan SEA dulu? Ahmad dengan suara garang memberitahu, dia berjanji untuk menghadiahkan negara sekurang-kurangnya satu pingat emas. Jika skuad sepaktakraw gagal menggapai emas, dia sanggup meletak jawatan. Itu janji juara ketuanan Melayu itu.

Tapi skuad sepaktakraw hanya berjaya mendapat satu perak dan satu gangsa. Malah dengan pasukan kerdil yang baru belajar main sepaktakraw - Laos - itu pun Malaysia tewas 2-1. Sungguh memalukan!!!

Di mana hendak diletakkan muka apabila janji gagal ditunaikan? Sepaktakraw adalah sukan tradisi Melayu, tapi berlawan dengan budak-budak hingusan Laos itu pun kita kalah!

Dan juara ketuanan Melayu, beranikah hang tunaikan janji untuk letak jawatan? -pendikargunung


KUALA LUMPUR - Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) perlu muhasabah diri berikutan kegagalan meraih sebarang pingat emas pada Sukan Sea Laos yang berakhir minggu lalu.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong berkata, persatuan itu tidak sepatutnya cepat melatah sebaliknya perlu mencari kekurangan diri.

“Kita (MSN) sentiasa bersedia dan terbuka untuk membantu mereka,” katanya ketika ditanya mengenai kegagalan skuad sepak takraw lelaki kebangsaan itu selepas menghadiri Konvensyen Sukan Kebangsaan 2009 semalam.

Beliau berkata, bukan MSN yang menjanjikan pingat emas pada Sukan Sea tetapi mereka (PSM) yang berbuat demikian.

“Kita sebenarnya memberi sepak takraw lebih daripada yang sepatutnya diterima sukan lain seperti tinju yang memenangi dua emas pada Sukan Sea, yang pastinya akan diberikan pendedahan secukupnya selepas ini kerana berpeluang cerah pada Sukan Asia dan Komanwel,” katanya.

Sepak takraw sebelum ini gagal menyerlah di Laos apabila sekadar meraih satu pingat perak dan satu gangsa menerusi acara berpasukan dan antara regu.

Mengenai kenyataan Ahli Majlis PSM, Tengku Adnan Tengku Burhanuddin yang mencadangkan skuad kebangsaan dibubarkan jika MSN tidak mahu membantu dari segi kewangan pada tahun depan, Zolkples berkata, itu adalah hak mereka.

“Di beberapa negara, presiden atau perdana menteri meletak jawatan kerana mereka gagal melaksanakan tanggungjawab. Tepuk dada tanya selera,” katanya.

Presiden PSM Datuk Ahmad Ismail sebelum ini turut dilaporkan bersedia untuk berundur berikutan prestasi buruk yang dipamerkan oleh skuad kebangsaan itu.

Namun beliau menyerahkan kepada ahli-ahli gabungan bagi menentukan nasibnya serta pegawai-pegawai lain persatuan dalam pemilihan akan datang yang dijadualkan Februari tahun depan.- Bernama



1 ulasan:

TEKONG DARAT berkata...

jadi apa yg rakyat melayu sendiri buat untuk sukan melayu ini?...
mengagungkan futsal?...bolasepak?..
ngko kena ingat bahawa zolkples embung cakap macam tu sebab bolasepak dapat emas...
cuba bola sepak dapat perak atau gangsa atau tak dapat apa2, nak ke dia sound presiden bola supaya letak jawatan?...
aku bukan peminat ahmad ismail, tapi peminat sepak takraw...

dan kalau blog ini hanya ingin menjadi juara supaya presiden PSM letak jawatan sahaja, rentikan laa...

sukan sepaktakraw memang patut dapat lebih dari sukan lain atas kapasiti ianya sukan asal malaysia...kalau tak suka presiden sekalipun, peruntukan sepatutnya ditambah lagi...presiden buleh blah...dan kalau zolkples tau cara nak martabatkan sukan takraw dgn duit sikit, silakan...

www.tekongdarat.blogspot.com