24 Dis 2009

Mencari Kebenaran....

Sdra semua, semoga sentiasa dalam rahmat Allah,

Berikut ialah dari laman web pas “Memperkukuh Pakatan Rakyat

Wujudnya Pakatan Rakyat bertujuan Islah dengan berasaskan masyarakat majmuk, ianya lahir daripada kesedaran bersama di kalangan parti-parti yang bersatu untuk menangani masalah negara dan masyarakat, yang membebani seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, ideologi politik, semuanya hasil dari kegagalan Barisan Nasional (BN) yang berterusan dan terus berkuasa dalam tempoh yang begitu panjang, setelah setengah abad negara mencapai kemerdekaan.

Selepas pru 12, TGHH menyebut “Giliran Pas menerajui ummah”:


Konvensyen medan perkukuh Pakatan - Presiden PAS

SHAH ALAM, 19 Dis - Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mahu konvensyen yang berlangsung hari ini memberi natijah terbaik kearah keutuhan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP untuk terus memperkasa Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau dalam ucapan perdananya pada konvensyen pertama Pakatan Rakyat hari ini menekankan betapa pentingnya Pakatan Rakyat mencari pendekatan terbaik untuk terus diberi kepercayaan oleh rakyat melakukan perubahan.

-------
Konvensyen lulus Dasar Pakatan Rakyat

SHAH ALAM, 19 Dis: Tepat jam 5.30 petang 19 Disember, bertempat di Auditorium MBSA, Dasar Pakatan Rakyat diluluskan sebulat suara dalam konvensyen pertamanya.

Ia diluluskan apabila semua perwakilan berdiri dan mengangkat tangan tanda setuju apabila ditanya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan cadangan Lim Kit Siang.

-------

Pas tidak bermusuh dengan Umno

Sinar Harian (20/12/09): Pas sedia bekerjasama dengan Umno untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan Umno, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu.

-------
Pendaftaran Pakatan Rakyat di tangan ROS - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 22 Dis - Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menjelaskan semula apa yang dimaksudkan oleh beliau dalam kenyataannya baru-baru ini adalah Pakatan Rakyat masih belum dapat didaftarkan secara rasmi kerana ia masih dalam proses pertimbangan Pendaftar Pertubuhan atau ROS.

@@@

apakah, pada TGHH, proses pendaftaran dan proses pertimbangan itu dua perkara yang berbeza, yang tidak ada kena mengena di antara satu sama lain?

-------

PAS akan lancar kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat'

KUALA LUMPUR, 14 Dis - PAS akan melancarkan kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam.

-------
Pas tidak bermusuh dengan UMNO

PUTRAJAYA- Pas sedia bekerjasama dengan UMNO untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan UMNO, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu.

@@@

Apa tujuan kempen ‘umno pengkhianat rakyat’ sedangkan ‘pas tidak bermusuh dengan umno’? Apakah kempen tersebut bertujuan untuk memberitahu rakyat akan kebejatan umno terhadap rakyat. kalau ia bukan untuk memberi kesedaran kepada rakyat supaya rakyat tolak umno dan undi pakatan rakyat, khususnya pas di mana pas bertanding menentang umno. tercapaikah matlamat kempen tersebut dengan kekeliruan yang timbul dari ‘pas tidak bermusuh dengan umno’ dan sedia berkerjasama dengan umno?

-------

Blogger jangan syok sebar fitnah-Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 20 Dis : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengingatkan para blogger supaya tidak ghairah menyebarkan maklumat yang boleh memecahbelahkan masyarakat biarpun maklumat tersebut difikirkan benar.

Bercakap sewaktu merasmikan konvensyen blogger di Taman Melewar hari ini, Hadi berkata tidak semua yang benar boleh didedahkan apatah lagi jika yang benar itu boleh membawa kepada mudarat yang besar terhadap masyarakat.

"Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat.

@@@

kebenaran boleh menjadi jahat? apakah kerana kebenaran yang dinyatakan itu memalitkan pemimpin pas lalu ia bersifat jahat? lalu jahatkah Allah apabila mengkhabarkan “binasalah kedua tangan abu lahab dan sesungguhnya dia akan binasa”? na’uzubillah!
-------

"Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul," katanya.

@@@

saya serahkan pada kalian semua untuk nyatakan dimanakah tempat yang betul, yang TGHH maksudkan?

------

Ada sesetengah blogger katanya syok apabila diberikan sesuatu maklumat lalu menyebarkannya tanpa memikirkan kesan negatif tersebut kepada masyarakat.

@@@

‘kesan negatif kepada masyarakat’, tak boleh. ‘kesan negatif ‘terhadap pas, ok? agak bengkok sedikit pemikiran sebegini!

-------

Ada dikalangan mereka suka mendapat upah untuk menyebarkan maklumat yang bohong.

@@@

bukankah ini fitnah? ianya setaraf jika saya katakan bahawa TGHH juga turut mendapat upah dengan kenyataan2nya yang sentiasa mengundang fitnah terhadap pas! ia setaraf jika saya katakan blog antihusam turut mendapat upah, malah dibiayai dan direstui dalam kempen “mempertahankan kepimpinan ulama” menjelang muktamar ke 55 dulu!

-------

Lebih penting katanya, para blogger perlu memahami bagaimana islam mengajar kita agar teliti dalam setiap penyebaran maklumat mahupun berita.

Beliau turut memberi contoh bagaimana islam mementingkan empat orang saksi sebelum mengabsahkan sesuatu fitnah, manakala jika tiada empat orang saksi, sebarang fitnah itu tidak dikira sah biarpun ianya benar-benar belaku.

@@@

Ketelitian dalam menyampaikan maklumat bukan dikhusukan kepada blogger sahaja. bagaimana dengan pemimpin? bagaimana boleh berlaku penafian kepada ‘pertemuan dalam gelap dengan umno’? apakah pengakuan oleh orang yang ditemui masih memerlukan 4 orang saksi?

-------

Penulisan dengan menyebarkan maklumat yang baik katanya akan menghasilkan pahala yang berpanjangan, manakala penyebaran berita dengan niat jahat menghasilkan dosa berterusan.

@@@

Maklumat baik bagi siapa? Baik walaupun mengampu? Bagaimana TGHH boleh pasti bahawa setiap yang ditulis blogger berniat jahat? Sungguh mudah bagi hadi menghukum dan berhukum! setiap pendedahan oleh blogger adalah berniat jahat walaupun apa yang didedahkan itu benar kerana ia tidak menyokong TGHH. Apakah semua blogger, mulai dari hari ini, mesti memuji setiap kenyataan hadi khususnya berkaitan perpaduan demi ‘melayu-islam’ hasil ijtihad ‘pertemuan dalam gelap’?

-------

"Jihad paling afdal adalah bercakap benar," katanya lagi.

@@@

1. bertemu dgn umno, dinafikan.

2. org yg ditemui kata dah TIGA kali berjumpa.

3. nasha pun tambah, dipersetujui oleh majlis syura ulama.

dimanakah “jihad paling afdal adalah bercakap benar”, dalam pocet ? jihad yang semudah itu pun, “berkata benar” tak mampu nak dilaksanakan? semuanya songsang. hasil ijtihad ‘pertemuan dalam gelap’ mengatasi segala2nya!!!

-------

Beliau turut mengakui bahawa peranan blog cukup penting di kurun ke 21 ini.

Ianya telah dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.

Suhubungan itu, melibatkan diri dalam aktiviti blog sekarang ini adalah satu kemestian yang perlu dipelajari.

"Wajib mengambil peluang dari perkembangan teknologi ini dan perli di lakukan dengan akhlak," katanya.

Blogger yang disifatkan beliau sebahagian dari dunia media mampu mempertahan mahupun menjatuhkan kerajaan.

"Tulisan blog boleh menjadi senjata tajam jika diguna untuk membela islam, tetapi boleh menjadi racun berbisa merosakkan masyarakat jika disalah guna," katanya.

@@@

Ni saraf TGHH bodek bloggers. tulisan jadi senjata tajam bila bela islam, tapi racun berbisa jika salah guna. bagaimana pula dengan ucapan2/kenyataan TGHH sendiri? Tak nampakkah dengan perkembangan muktakhir akibat tindakan TGHH yang tidak sedikit mencemar imej pas. Peduli apa dengan imej pas, gitu? peduli apa dengan persepsi, gitu? Bloggers semua kena bela TGHH, Islam / PAS tak payah, gitu? hmm, ‘biar pas kalah asal Islam menang? strategi paling distinction pernah saya terserempak. “strategik” perkataan yang paling saya benci dari mulut pemimpin pas!

------

Para penulis blog juga tegasnya perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan agar penyebaran sebarang maklumat memberi manfaat kepada semua.

@@@

Macamlah bloggers ni semuanya bodoh, padan muka hangpa semua? takkan hadi tak faham, yang lemah tu siapa? Semua pihak tak nafi TGHH dalam ilmu agamanya. Setaraf jika tidak lebih dari Nik Aziz. tapi TGHH dilihat sangat lemah dalam ilmu politik, berbanding bloggers.

------

Manakala penganjuran konvensyen blogger PAS ini juga katanya langkah terbaik untuk memastikan bloger mempunyai matlamat jelas dan tahu untuk berperanan secara strategik.

"Oleh kerana kewajipan ini besar, maka adalah lebih baik ianya ditanzimkan (diorganisasikan)", katanya.

@@@

Senang nak kawal (cucuk hidung macam lembu, maa) bloggers macam stail umno kawal media. ni bukan tahap pemikiran hadi. agak2 pemikiran siapa. harakah dah terkawal…sampai berita mursyidul am pun digelapkan? penulisan dr zul pun ditarik balik?

apa pas nak jadi macam kat bawah ni:

"PAS Selangor at a crossroads?"

Jahatkah niat saya dengan komen2 di atas? jahat2 lah. kepada Allah saya berserah.

wallahu’alam. - Hussin

3 ulasan:

Awanama berkata...

presiden dan timbalan presiden Pas, patut disingkirkan untuk memperkuatkan PAS menentang UMNO

siapa kita berkata...

Salam,

lihat sunnah rasul pada zahir dan akhlak nya , Lihat APA DIA MAKAN, BAGAIMANA DIA MAKAN, APA DIA PAKAI BAGAIMANA PAKAIANNYA, LIHAT APA DIA NAIK , APA KENDERAANNYA
Apakah ada kehambaan pada akhlak dan perkataannya
Nanti kamau akan kenal si ASI Atau KABAIR

www.nuruliman.com.my

ANAKDAGANG berkata...

BELITAN PEMIMPIN AKHIRNYA MENJAHANAMKAN PARTI. KEMBALIKAN PAS KE FITRAHNYA KEMBALI. NO TO UG!