28 Nov 2009

PAS Perlu Ambil Tindakan Ke Atas Nik Amar!

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak sepatutnya ditekan untuk menamakan penggantinya dan semua kenyataan pemimpin PAS mengenai perkara itu mesti dihentikan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Jangan paksa Tuan Guru mencadangkan penggantinya. Beliau tentu mempunyai perkiraan, perhitungan dan kebijaksanaan sendiri untuk memilih masa yang sesuai untuk mencadangkan siapa penggantinya," kata beliau.

Mahfuz menyifatkan tindakan berbalas-balas kenyataan mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media memberi tekanan kepada Tuan Guru menamakan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan.

Walaupun tindakan menyuarakan pandangan mengenai perkara itu adalah hak demokratik masing-masing, kata beliau, tetapi berbalas-balas kenyataan sesama sendiri mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media boleh mengakibatkan implikasi yang lain.

"Lebih dari itu, semua pihak jangan membelakangi tertib organisasi di dalam PAS.

"Dari segi peraturan berorganisasi di dalam PAS, Tuan Guru atas sifatnya sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan boleh mencadangkan nama penggantinya kepada dan di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk dipertimbangkan.

"Begitu juga, ahli-ahli mesyuarat yang lain di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat juga boleh mengemukakan cadangan untuk dipertimbangkan.

"Tetapi, dari segi kaedah berjemaah di dalam PAS, keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang dipilih oleh muktamar," katanya.

Bagaimanapun, kata Mahfuz, pandangan dan hasrat Tuan Guru sebagai pemegang jawatan itu kini dan lebih dari itu sebagai Mursyidul Am biasanya diberi keutamaan untuk dipertimbangkan oleh mesyuarat tersebut.

Mahfuz juga menjelaskan, setiap kali PAS mendapat kerusi majoriti di mana-mana negeri selepas pilihan raya, nama orang yang mendapat kepercayaan parti untuk menjadi Menteri Besar di kemukakan oleh Presiden PAS kepada Sultan negeri yang berkenaan.

"Presiden PAS pula mengemukakan nama tersebut kepada Sultan yang berkenaan setelah dipersetujui oleh mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat,"kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz meminta semua pihak agar memberikan kepercayaan kepada Tuan Guru untuk memilih masa yang sesuai bagi mencadangkan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan dan juga kepada mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat untuk mempertimbangkan cadangan beliau dan membuat keputusan mengenainya.

"Saya yakin semuanya akan berjalan dengan lancar mengikut tertib berjemaah dan berorganisasi di dalam PAS," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, demikian harakahdaily dipetik.

Ulasan GB

Kenapa PAS tidak terus mengambil tindakan disiplin seperti memberikan amaran kepada Nik Amar Nik Abdullah yang pertama mencetuskan isu pengganti ini?

Mengapa pimpinan PAS terlalu banyak memberikan "reservation" kepada golongan UG yang kerap kali menimbulkan masalah kepada parti?

Kenapa hanya yang anti-UG sering diberikan amaran untuk tutup isu UG sedangkan pemimpin pro-UG bebas untuk berbicara dan melakukan kerja sesuka hati untuk memecah belahkan jemaah?

GB sudah ulas mengenai kes Nik Amar ini di SINI.

3 ulasan:

hussin berkata...

"Mengapa pimpinan PAS terlalu banyak memberikan "reservation" kepada golongan UG yang kerap kali menimbulkan masalah kepada parti?

Kenapa hanya yang anti-UG sering diberikan amaran untuk tutup isu UG sedangkan pemimpin pro-UG bebas untuk berbicara dan melakukan kerja sesuka hati untuk memecah belahkan jemaah?"

kumpulan mana yang menguasai pas hari ini? sudah terang lagi bersuluh. percayalah, selagi mereka tidak dibersihkan, pas tidak akan ke mana. begitulah bisik hati kecilku.

siapa yang menggantikan muktamar khas yang disaran tgna dengan mesyuarat khas? demi menjaga parti, konon. amat dangkal sebab yang diberi. begitulah bisik hati kecilku.

selamatkan pemimpin yang berbohong atau selamatkan parti? selamatkan pemimpin yang berbohong untuk selamatkan parti? selamatkan pemimpin yang berbohong, selamatkah parti? perghhhh!

Awanama berkata...

Tak usah berlapik-lapiklah... senang cerita projek UG ni direstui sepenuhnya oleh TGHA, jadi sebab tu lah kita tengok kenapa bila geng UG buat hal tidak ada apa tindakan yg dikenakan tetapi sebaliknya kepada geng anti-UG...

Awanama berkata...

org yg sebeginilah yg sebenarnya menjadi duri dlm daging. hebat peranan mereka. jika dosa yg dilakukan nampak didepan mata seperti banyaknya rm dan harta benda, panasnya bakaran api neraka dapat dirasa, maka tak siapa berani melakukan kemungkaran. Tapi... ingatlah wahai manusia... janji Allah tetap benar... jgn nanti bila Allah sudah tidak mahu ampunkan dosa... baru nak sedar.. atau dipadang mahsyar nanti ditunjukkan Allah muka2 yg hitam legam kerana dosa2 yg dilakukan. Kerana didunia lagi ada yg dah nampak yg muka mereka2 ini sudah tidak ada cahaya ketenangan lagi....