4 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Pecat Hassan Ali Segera!

Nik Aziz) You ‘re not God…!” -Dr.Hasan Ali
“(Nik Aziz) You ‘re not God… sekarang Tok Guru berrrrrblooooogggg. Tok Guru tidak berjumpa sendiri saya… dia dengar cakap (Prof.) Aziz Barri. Kalau Tok Guru panggil saya, berlaaarrriiii saya ke Kota Bharu,” sinis Dr. Hassan Ali.

“Kalau dia tak masuk dalam PAS, saya dah dapat 10 juta (ringgit) dengan kredibilitinya sebagai pakar motivasi dan sebagainya. Dengan saya masuk PAS, saya rugi… dah rugi boleh pula bala-bala bila orang kutuk saya dalam blog-blog. Sebenarnya tak berbaloi saya masuk PAS ini… bila terlibat dengan PAS, pintu rezeki saya ditutup…” ucapan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali sewaktu bertemu ahli-ahli PAS Anjung Tengah pada 1 November lalu.

Saya begitu tidak selesa dengan ucapan Pesuruhjaya PAS Selangor begitu menyalahkan PAS sebagai punca pintu rezekinya ditutup.

Sekiranya Dr. Hasan berasa susah di dalam PAS, lebih baik keluar dari PAS untuk mengejar kesenangan.

Dalam PAS masih ramai ahli-ahli yang ikhlas dan yakin soal rezeki itu adalah urusan Allah, bukan urusan PAS dan bukan urusan sesiapa termasuk Umno.

Firman Allah yang bermaksud, “Berjihadlah kamu dengan erti kata jihad yang sebenar-benarnya. Sesungguhnya Allah telah memilih kamu dan sama sekali Allah tidak akan menjadikan kamu sempit dalam agama kamu…”

Rasa tidak selesa membawa saya bertanya sendiri seorang kawan karib Dr. Hasan Ali dari Terengganu. Menurut kenalan itu, sepanjang Dr. Hasan roadshow di Terengganu, beliau bukan tidak dibayar.

Dr. Hasan Ali telah dibayar RM3 ribu dalam satu hari aka dua program motivasi Kerajaan PAS Terengganu.

Sebagai contoh, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK) mengesahkan Dr. Hasan dibayar RM2 ribu hingga RM3 ribu untuk satu-satu program motivasi (sejam). Setiap hari, lazimnya Dr. Hasan ada dua hingga empat jam program bersama kerajaan negeri.

Seorang bekas pembantu kewangan negeri Kelantan memberi tahu saya, Dr. Hasan Ali dibayar RM2 ribu oleh kerajaan negeri dalam setiap program motavasi selama sejam.

Adakah Dr. Hasan menipu ahli-ahli PAS semata-mata dendamnya kepada Tok Guru? -zainulfaqar

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak ikhlas dengan PAS keluar saja hasan ali, dah tak senada dengan TGNA... Kaunselor memang pandai cakap tapi tak pandai buat...

Tanpa Nama berkata...

Hasan ali kumpulan pemimpin pak pandir dan angan-angan mat jenin dalam pas, tak seperti TGNA..

Tanpa Nama berkata...

Singkir hasan ali supaya senang dia masuk UMNO...

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak singkir hasan ali bagaimana pas nak menang PRU13...

Tanpa Nama berkata...

aku setuju....dr phd x pandai memimpin....sembang lebih, implementation failed

Tanpa Nama berkata...

begitulah dunia...kalau awak cari salah orang dan pecat orang ikut nafsu..orang pun akan usaha cari salah awak..orang pun boleh buat awak tak selesa

Tanpa Nama berkata...

Apa yang dicakap semakin nak jadik dah.. jeng.. jeng jeng... Kejap lagi akan ditubuhkan'Persatuan Bekas ADUN Pakatan Rakyat'.

Pengerusinya Hasan Ali. Dapat lah semuala 'daki dunia' yang dia keluhkan telah hilang selepas masuk PAS...

Kesihan Hasan Ali, rupanya dah lama tak dapat ke luar negeri bersama keluarga. Begitulah peribadi dan perasaan seorang yang mengaku jendak perjuangkan Islam. Rupanya diri sendiri masih berselaput dengan daki dunia nak bercakap hal-hal perjuangan ISlam.. Penipu..

Nabi pernah mengingatkan sesiapa yang hendak bersama NAbi (memperjuangkan Islam) Nabi sabdakan : 'Bersedialah untuk miskin dan Syahid". Jika ini tidak ada pada orang PAS terutama para pemimpinnya elok awal-awal masuk UMNO/BN. Supaya tidak menyesal seperti Hasan Ali dan orang-orang yang simpati terhadapnya.

Belum pernah terjadi di dalam sejarah Islam mana-mana pejuangnya yang masih 'menjilat daki dunia' di berikan kemenangan oleh Allah swt, MELAINKAN ORANG ITU aLLAH BIARKAN MELUTUT SEMULA KEPADA DUNIA YANG DICINTAINYA. NANTI DENGAN DUNIA DAN DIA SEKALI ALLAH HUMBANKAN KEDALAM NERAKA JAHANNAM ITU. Peliharalah kami dari azab neraka mu Ya Allah.. aamin.

Ternyata PAS beserta kepimpinannya bukan lah jemaah yang Nabi maksudkan yang bakal menggemilangkan ISlam kali ke-2. Siapakah pemimpin yang Nabi saw maksudkan itu. Apakah jemaah nya. Bagaimana pula para pengikut pemimpin yang Nabi sabdakan itu. Sudahkan pemimpin dan jemaah berkenaan berperanan sekarang...?

Pandai-pandailah anda mencarinya. KEBENARAN HANYA SATU.

Martoiriat berkata...

Semenjak penyertaan Hassan Ali dlm bidang politik
dan menanggotai jemaah PAS, aku fikir PAS akan
menjadi bertambah kuat, memandangkan Hassan Ali
merupakan saorang pakar motivasi. Dengan popularitinya yg dikenali ramai, aku yakin beliau
bersama2 PAS akan terus berjuang demi menegakan
kebenaran dan keadilan. Ketika itu, aku sanjung
dan menghormati beliau sebagai saorg pakar
motivasi yg terkenal memileh PAS sebagai wadah
perjuangannya. Tapi selepas desas desus 'Kerajaan
Perpaduan" bersama2 UMNO, yg dikaitkan dengan
Hassan Ali, aku kira Hassan Ali telah belok dlm
perjuangannya bersama2 PAS. Selepas itu tenggelam
timbul.. dan tenggelam timbul isu UG ini sehinga
kecoh dibuatnya. Kemudian timbul pulak isu
SELCAT yg membuat K'jaan Selangor bermasaalah
dgn Hassan Ali dan apa tah lagi membuat kenyataan
terbuka melalui ahkbar2 arus perdana mengutuk
K'jaan Selangor yg beliau sendiri sebagai
exconya. Kalaulah begini jadinya, PAS pusat se
harusnya bertanggung jawab dan Hassan Ali mesti
diambil tindakkan dgn segera. Kalau terbukti
beliau bersalah, pecat saja beliau daripada
jawatan exconya atau buang saja drp PAS. Lebih
merumitkan lagi apabila beliau berada dlm PAS,
dan akan dibuatnya berbagai2 masaalah menjelang
PRU13 ini.Ini akan menjejaskan PAS sendiri di
kalangan raayat malaysia dlm PRU akan datang.

Puyot berkata...

Boleh jadi dia pegang 'Hubbul dunya minal iman' kot?!