7 Nov 2009

Era Najib Altantuya : PAS Perlukan Usaha Pembaharuan - Dr Abu Hassan

Data yang dikeluarkan Dr Abu Hasan Hasbullah, salah seorang panel dalam seminar politik Pas, menerusi kajiannya benar benar mengejutkan.

Beliau yang mengkaji pola demografi keadaan politik Pas pasca PRU13 nanti jelas menunjukkan satu usaha pembaharuan perlu dilakukan sekiranya Pas mahu mengekalkan kerusi sedia ada.

Data yang diperolehi merangkumi setiap lapisan masyarakat di seluruh Negara bagi mengkaji kestabilan politik Pas selepas pilihanraya yang lalu.

“Sudah tiba masanya masayarakat di Negara ini tanpa mengira destinasi politik masing masing untuk membincangkan nasib masyarat di Malaysia”, katanya.

Beliau turut menambah “Anggaplah penyelidikan saya ini satu pandangan membina. Saya setuju bahawa 1bentuk pemilihan, pembentukkan gerakan, pembangunan jentera bagi memastikan cita-cita Pas tercapai”.

Kajian menunjukkan golongan muda mengiktiraf sistem parti Pas, namun terdapat beberapa faktor lain dalam pimpinan Pas yang menggusarkan mereka.

Walaubagaimanapun kedudukan Musyidul Am Nik Aziz Nik Mat sebagai pemimpin tertinggi parti itu diiktiraf dan masih kukuh di kalangan pendukung setia parti dan masyarakat umumnya.

Rata-rata pola yang dibentangkan berbentuk pyramid iaitu dengan peratusan tahap lemah yang sangat tinggi.

Ini meliputi semua aspek merangkumi pentadbiran, pimpinan, strategi politik dan ideologi parti itu sendiri.

Berbanding PRU12 dengan statistik yang menunjukkan 70% bersetuju dengan kebijaksaan strategi Pas,kajian kali ini menunjukkan kemerosotan sebanyak 20% dari aspek itu.

Selain itu,sebanyak 50% yang berpendapat Pas bermasalah dari segi kepimpinan dalam parti.

Kajian Dr Abu Hasan Abdullah turut menyentuh persepsi media yang meliputi media dari blog, jurnal dan juga facebook terhadap parti ini.

Data yang diperolehi amat mengejutkan kerana sebelum ini golongan media mula positif dengan Pas.

Namun, data terbaru menunjukkan peningkatan peratusan negative yang amat tinggi daripada media, iaitu sebnayak 213% penolakkan kepada parti ini.

Selain itu, kajian Dr Abu Hasan menunjukkan, tindakan Pas bergabung dengan Pakatan Rakyat bagi memperkuatkan benteng melawan Umno menjelang PRU13 adalah wajar.

Namun, Pas tidak perlu bergabung membentuk sebuah Parti baru bersama Pakatan Rakyat kerana menurut Dr Abu Hasan,Pas mampu berdiri sendiri sebagai satu parti yang kuat. - laporan : TVS imej : idhamlim

4 ulasan:

hussin berkata...

tantawi! cepat, cepat, ni agen mana pulak ni?

dILA berkata...

ini agen yahudi yang telah menggunakan statistic & membuat kajian berat sebelah untuk memutarbelit & menipu pemimpin/ ahli PAS yang wala & maksum. pandangan kajian ini mesti ditolak 200% kerana Dr Abu Hassan tidak ada tauliah untuk bercakap hal2 politik. beliau hanyalah ahli akademi yg bekerja dari pejabat yg empuk, tidak tahu penat-lelah pas selama ini.

-----

ps- hangpa tunggulah hukuman dari rakyat kat PR13 nanti...dah berbuih kami rakyat cakap tapi hangpa semua tak peduli, masih lagi macam katak bawah tempurung - PRIMITIF

Awanama berkata...

Tantawi & kuncu2 akan kata itulah agen 007 buatan umNO, yg mahu memecahbelahkan PAS.

Jika ada 50% ahli2 PAS mcm ini, yg tidak dapat menerima hakikat kehendak rakyat, sy blh katakan PRU13 bye2 utk PAS!

Kalau mahu menjadi sebuah parti yg kuat buatlah perubahan.

Awanama berkata...

Kesimpulan hasil dari seminar yang diadakan adalah :-

"Jika Geng UG tiga-empat kerat dalam PAS itu tidak bersedia utk mengundurkan diri secara terhormat, maka adalah selayaknya pada PRU akan datang kita pastikan geng-geng ini akan dikalahkan dengan undi protes"