9 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Dari Mahazalim Ke Greenboc

Membaca berita utama Harakahdaily bertajuk "Presiden PAS arah guna IT lawan persepsi buruk", tiba-tiba saya merasa terharu lantaran saya merasakan seruan itu persis satu seruan ejekan dan hanya cuba mempersendakan blogger yang memang telah selama ini bekerja untuk parti tanpa disuruh dan diminta oleh sesiapa, hatta oleh Presiden parti sekalipun.

Sejak bila PAS mengiktiraf blogger? Hati kecil saya bertanya kerana selama ini, pimpinan PAS Pusat tidak pernah melakukan apa-apa pun untuk mempastikan kelansungan peranan blogger.

Dari muktamar tahun ke tahun sejak zaman reformasi lagi saya belum pernah dengar di dalam mana-mana ucapan dasar Presiden parti mengiktiraf golongan pejuang siber, sekalipun di luar, hakikat yang wujud, pejuang siberlah yang telah "bermati-matian" membantu dan menolong PAS dan Pakatan Rakyat (dulu Angkatan Perpaduan Ummah) untuk memenangi pilihanraya umum dan kecil.

Di dalam setiap kali pilihanraya, di belakang tabir siber, para pejuang siber akan menyengkang mata bersama komputer masing-masing mencari bahan, mengolah berita, mengumpul imej dan yang lebih hebat, mengadun dan mengedit video untuk disiarkan bagi melawan segala dakyah dan propaganda media massa arus perdana.

Mujur kini sudah ada blog dan beberapa peralatan yang memudahkan tugas-tugas itu dilaksanakan dengan pantas dan tuntas. Seorang rakan di sebuah blog boleh "copy and paste" lima artikel dalam tempoh 3 minit untuk siaran di blognya.

Tidak seperti di zaman awal perjuangan siber, dimana ketika itu belum wujud istilah blog dan blogger, yang mana keadaan lebih memeritkan dimana setiap pejuang siber perlu "belajar bahasa pemperogramman web" bagi menghasilkan portal-portal bagi tujuan penyebaran maklumat alternatif.

Dimana nak cari berita, nak olah, nak tetapkan koding web, nak tentukan design dan layout dan seumpamanya. Sebuah berita kadang-kala memerlukan 2-3 jam untuk diterbitkan sekalipun hanya dibaca di dalam tempoh 5-6 minit sahaja.

Tanpa rasa untuk berbangga diri, izinkan GB mengkisahkan pengalaman GB supaya masing-masing tahu dan faham dan kemudian boleh berlaku adil terhadap para blogger. Supaya jangan mudah untuk menuduh para pejuang siber dengan pelbagai tohmahan negatif atau melabelkan mereka pemfitnah secara wewenaangan atau semata-mata untuk mengejar hits bagi mempopularkan diri dan blog masing-masing.

GB telah berada di alam siber sekitar tahun 1996 - bermula di hari Anwar Ibrahim dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Pada masa itu GB melihat ketidak-adilan dan kezaliman berharajalela. Pemalsuan fakta dan berita begitu ketara dilakukan oleh media massa arus perdana dan sebagai seorang ada ada serba sedikit ilmu IT (yang dibelajar secara sendirian) dan mempunyai talian internet, maka GB merasakan satu kewajipan untuk memulakan perjuangan siber.

Pada waktu itu, talian internet adalah secara dail-up dengan akaun-akuan tmnet dan jaring. Pada awal-awal zaman internet tiba ke Malaysia, sebuah modem berkelajuan 16Kbps berharga RM300-RM400!

Bayaran talian internet begitu mahal watu itu - seminit 3 sen dan bayangkan jika terpaksa menggunakan talian itu sepanjang hari... 8 jam sehari. (8x60x0.03x30hari=RM432 sebulan)

Tetapi hati gundah gelana apabila masyarakat tidak memperolehi maklumat yang adil di zaman itu. Suara-suara parti pembangkang tidak tersebar dan pada pendapat GB, adalah menjadi fardhu kifayah bagi mereka yang berkebolehan untuk tampil memulakan penyebaran maklumat yang seimbang menggunakan alam siber sebagai media.

Dan dari situlah segalanya bermula... Laman Reformasi MAHAZALIM!

Namanya itu dipilih sebagai menggambarkan satu watak dan perwatakan buruk seorang Perdana Menteri yang licik lagi hipokrit darjah tertinggi. Melakukan grand design untuk menjatuhkan Timbalan Presidennya apabila beliau menghidu Timbalannya itu telah cuba untuk merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO ketika itu.

Anwar dipecat dan gerakan refomasi bermula.

Diringkaskan, Anwar ditahan dan diperlakukan dengan pelbagai siri kezaliamn polis sewaktu ditahan polis sehinggalah diheret ke mahkamah dan dipenjarakan.

Setiap hari ketika itu GB terpaksa mengikutinya dengan mengulas dan melaporkan hal tersebut sehinggalah Laman Refomasi Mahazalim mendapat hits tertinggi di dunia ketika itu... dengan 2 juta pengunjung setiap malam, dikunjungi terutama oleh rakyat Malaysia yang dahagakan berita alternatif, mengalahkan lamanweb-lamanweb lucah yang menjadi lamanweb popular di dunia waktu itu.

Berkerja sendirian setiap malam berbulan-bulan lamanya. Tugas penyebaran maklumat alternatif kemudian dibantu oleh pendatang-pendatang baru alam siber dengan portal-portal mereka, Mahafiraun, Marhaen, Mindarakyat dan lain-lain. Pada waktu itu tak timbul soal plagiat dan ciplak. Do whatever to distribute information as many and as fast as possible. Tujuan utama di alam siber, sebarkan maklumat sebanyak dan secepat yang mungkin sebelum minda masyarakat diracuni oleh media massa arus perdana.

GB terpaksa ke Kuala Lumpur beberapa kali mengikuti siri jelajah ceramah-ceramah Anwar untuk mendapatkan berita dan sentiasa diburu ketakutan kerana "Mahazalim" sentiasa menjadi buruan....

Banyak ketika GB terpaksa bermalam di dalam kereta usang GB waktu itu di Hentian Sebelah atau R&R berhari-hari kerana khuatir untuk pulang ke rumah. Pada waktu itu tiada hanfon, tiada streamyx, tiada boradband dan sebuah laptop termurah berharga RM6,000 - di luar kemampuan GB untuk memilikinya.

Untuk mengemaskinikan berita terpaksa meminjam talian telefon di rumah saudara-mara untuk dipasangkan kepada komputer 486 ketik itu.. dengan hard-disk cuma berkapasiti 20MB. Terpaksa ditambah berkali-kali. Kos 20 MB hard-disk ketika itu RM400 sebjji.

Tak perlu dikisahkan pahit maungnya perjalanan menjadi pejuang siber waktu itu dengan belantan terkena di kepala sewaktu melarikan diri dari hambatan FRU, semburan asid kimia, dn kamera yang telah berkali-kali ditukar kerana dirampas atau tercampak sewaktu menyelamatkan diri. (Kamera belum digital waktu itu!) Kos kamera dan filem juga wang untuk mencuci file perlu sentiasa ada setidak-tidaknya RM200-RM300.

GB tidak berkemampuan untuk menanggung segala kos.... dengan pekerjaan seorang ..., berapalah pendapatan GB waktu itu...

Tapi tugas dah dimulakan. Genggam bara api biar sampai jadi arang. Alang-alang seluk pekasam biar sampai lengan.

Tetapi dalam 1998 - apabila GB terpaksa akur dengan sunnatullah, bahawa kita ini di alam syahadah bukan alam batin, GB jatuh sakit. Tubuh zahir memerlukan penjagaan. Bertemankan seorang isteri setia dan ibu yang pengasih GB harungi juga melakukan tugas dengan setiap malam. Bahawa Perdana Menteri itu mesti ditentang habis-habisan. Bahawa kezaliman polis perlu dihentikan. Bahawa laporan media massa perlu dijawab dan dikembalikan dengan kebenaran, bahawa institusi kehakiman perlu diletakkan di tempatnya yang lebih wajar.

Dan apabila keadaan kesihatan menjadi lebih kritikal, GB terpaksa menyerahkan baton kepada orang lain. Puas mencari pengganti, tiada di dalam jemaah sendiri yang tampil, tetapi seorang sahabat dari Keadilan bersetuju mengendalikannya.

GB berrehat tetapi mengikut perkembangan. Alhamdulillah Mahazalim2 tidak menghampakan.

Sewaktu itu belum ada harakahdaily, belum ada malaysiakini. Kalau adapun Tranungkite yang diusahakan Pemuda PAS Dungun yang menyalin bulat-bulat kandungan Mahazalim. Apa perasaan GB waktu itu? Marah? Oh tidak, malah gembira, terlalu gembira kerana ada sahabat sekalipun tidak mampu menghasilkan portal sendiri tetapi sudah boleh "menyalin-tampal" dan "menyebarkan" apa yang GB telah usahakan.

Diringkaskan, 1999 - Pilihanraya Umum. APU menang besar. PAS dominan di dalam APU. Mahazalim2 yang menggantikan GB mengendalikan Laman Refomasi turut bertanding dan berjaya menjadi Ahli Parlimen, dan GB hanya mampu melafazkan kesyukuran dan GB membawa diri dengan menanggung kesakitan tidak boleh bergerak dari tempat tidur. Tiada siapa mengetahui kecuali isteri dan ibu serta saudara-mara terdekat.

Aduhai, tiada sumber pendapatan berbulan-bulan lamanya. Kadangkala 3 beranak ini tepaksa makan cekodok setiap waktu makan tengahari dan lempeng setiap kali malam. Rasa berdosa menyelubungi diri kerana lelaki ini yang bernama GB ini dayus, tak boleh diharapkan untuk menanggung seorang isteri dan seorang ibu.

Takdir Allah, GB melayari lamanweb sebuah universiti yang menawarkan kursus ijazah, GB memohon dan diterima dengan tidak tahu dimana nak membiayai ongkosnya.

PTPN muncul dan menawarkan GB pinjaman - alhamdulillah dan bermula era baru, GB menjadi pelajar semula. Sebahagian wang digunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga. Di univeristi inilah juga GB berkenalan dengan beberapa rakan terdiri dari golongan pensyarah yang sama-sama cintakan agama... tetapi mereka tidak mengenali inilah "mahazalim" yang mereka sibuk ceritakan selalu dengan GB.

Diringkas, GB berjaya, memadailah dengan segala kekurangan ynag GB ada untuk tamatkan pengajian dengan 3.56

Gb berkerja, tetapi tak sesuai dengan jiwa GB.. kerana di sebuah syarikat yang dikuasai oleh sebuah parti yang tidak sejiwa dengan GB. Berhenti. Mula berniaga. Tak sesuai dan tak ada bakat marketing. Lintang pukang. Hutang keliling pinggang pulak. So, pilih free lancer sambil menjadi seorang pensyarah part-time di sebuah universiti. Tak berapa sen, memang tidak memadai untuk survive, jauh sekali kaya-raya.

Malaysiakini, harakahdaily, malaysianinsider, TKO telah menggantikan portal-portal reformasi. Syukur kerana perjuangan yang dirintis oleh GB telah kini diinstitusikan sedemikian rupa. Dan kewujudan puluhan malah ratusan blog dari negara ini dengan TVPAS, MalaysikiniTV dan TVAntara sebagai penyalur media berbentuk audio-visual menyebabkan GB merasa gembira dan puashati.

Namun GB masih terkilan, PAS dan PR belum melakukan yang terbaik untuk mengiktiraf media baru ini. Sehingga semalam Presiden PAS dengan tidak menjiwai apa yang diucapkannya sendiri, meminta PAS menggunakan IT sepenuhnya untuk melawan segala tohmahan sehingga melahirkan persepsi buruk terhadap PAS.

GB hanya menjawab di dalam hati kecil GB, kami telah melaksakannya sebelum Tuan Presiden meminta kami melakukannya. Malah portal-portal reformasi pernah meletakkan Tuan Presiden sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen dan sebagai MB Terengganu satu ketika. Syariatnya, blog-blog mengembalikan Presiden kami ke Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang dan memenangkan sekalian ramai wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk dinobatkan sebagai YB-YB supaya berkhdmat demi agama, bangsa dan tanahair. Siapa peduli nasib kami selama ini?

Namun Allah itu Maha Kaya dan Maha Berkuasa. Mujur tauhid masih mantap dan GB tersenyum puas bersyukur dihadapanNya. Tidak sia-sia menjadi anak dan murid kepada seorang ayah yang telah lama pergi.



6 ulasan:

C++ berkata...

Bhai...

Membaca apa yang lu tuliskan mengingatkan gua dengan website gua yang bernyawa sekitar 1997 dulu dan bertahan sehingga 1999...

Memang penat untuk menghasilkan berita yang dapat menyedarkan rakyat marhaen... tapi puas hati sebab dapat memberikan sumbangan...

Bukan wang ringgit yang diminta... tapi cukup dengan sedikit penghargaan...

Perjuangan rakyat yang Mahazalim, gua dan rakan-rakan seperti PolongCyber memang gua tak dapat lupakan.... yer la ... setiap masa melawan arus ... tapi tugas ini amat penting...

Mujur juga sekarang ini dah ada Blog... mudah gak .... tapi.. nampaknya ... masih ramai yang memandang serong akan usaha yang dibuat oleh webmaster, portalmaster dan blogger nih...

Belum tentu kemanisan kemenangan yang PR dan PAS dapat la nie boleh berjaya tanpa usaha dari kami... ingat skit aaa...

Lama benar tak dengar khabar sahabat PolongCyber (Mindarakyat) ... dimana sekarang agaknya...

emkay berkata...

Salam GB

Moga2 air mata saya yg tumpah tatkala membaca warkah sdr ini menambahkan pahala sdr di sisi Allah. Terus berjuang...sdr tahu di seluruh negara ummat dan rakyat telah mendapat berbagai maslahah, islah dan barakah hidup drp perjuangan sdr ini.

Imam Hassan Albanna pernah berkata..jadilah kalian seperti sepohon pokok yg baik, manusia membaling kalian dgn batu, tetapi kalian menghadiahkan mereka dgn buah-buah yg lazat dan berkhasiat...

Unknown berkata...

Sambil menghormati Saudara GB sangat2, bagi saya, mampoih pi la nak iktiraf ka, dak ka.

Aku dah cakap lama dah. Kalau lawan kerajaan, Umno atau polis, mungkin masuk lokap.

Tapi kalau cuba sedarkan orang tentang pemimpin2 PAS yang tak ketahuan, akan kena maki, didoakan keluarga kita berpecah, ejen Umno, ejen Yahudi dsb. Aku siap kena kafir lagi.

Pengiktirafan tak penting. Yang penting PAS dipimpin oleh ulama yang cerdik dan baik untuk menamatkan pemerintahan syaitan!

Tu yang penting.

Unknown berkata...

Kita tak minta pengiktirafan mereka. Apa ada tu semua.

tetapi jngan tuduh sembarangan kata blogger penyebar fitnah dan sebagainya seperti yg diucapkan Tn Presiden di dalam ucapannya semalam. Sedang yg baik dari para blogger tidak diendahkan.

Tanpa Nama berkata...

Salam ukhwah dan hormat buat GB.

Banyak keadaan amat sukar untuk bercakap dan memahamkan seseorang.Pengalaman GB adalah antara pengalaman2 blogger yg dikisahkah.

Bukan utk menyanggah pimpinan Pas tapi para blogger memberi pandangan utk kebaikan serta kemajuan Pas khususnya.Banyak keadaan para pimpinan dilihat"buat pekak" dan "tidak ambil peduli" tentang unsur2 baru yg membawa kebaikan kpd Pas,islam dan negara.Contohnya bloglah...

Saya banyak bersetuju dgn GB..saya antara pendengar GB F.M dan chat kt blog GB.Saya faham haraki maksud tersurat dan tersirat GB.Sepatutnya,Pas dah lama merebut peluang SECARA PANTAS MEDIA IT INI.Ruang BLOGER / METTING / USRAH UMUM,AHLI,DEWAN2 ONLINE / PENGUMUMAN HARIAN,MINGGUAN,BULANAN ONLINE DAN BYK LAGI.

JUGA..sepatutnya Pas dah lama ada radio internet online 24 jam dan webtv online 24 jam.
Amat sukar sangatkah utk merialisasikan hal ini?
Pas tak ada pakar IT ker?

Harakahdaily...sepatutnya lebih egresif dalam memaparkan berita,menyediakan kepelbagain ruang berita melibatkan kesemua etnik dan peringkat masyarakat...dan banyak lagi ..patut direbutkan oleh Pas.

R & D Pas perlu berganding bahu dengan Majlis Syura Ulamak bagi menangani isu2 baru dan mempercepatkan tindakan2 baru utk kebaikan pas,islam dan negara.

Web pas sendiri...akhir2 nie baru ada"LINK HUBUNGI KAMI"...SULIT SANGATKAH UNTUK HUBUNGI PIMPINAN ATAU KAKITANGAN PAS? SEPATUTNYA PAS ADA PEKERJA ..KHUSUS UNTUK MENERIMA,MENJAWAB,MENYARING CADANGAN2 SECARA HARIAN DAN MEMBAWA KPD DEWAN HARIAN,ULAMAK UNTUK DI ANALISA DAN DILAKSANAKAN...sekarangpun setiap e-mail yg saya hantar ke web pas pusat(terutama bahagian ahli)..3 atau 4 bulan baru berjawab..itu pun x lengkap jawabnya...kalau begitu baik guna "POS"!!!Khidmat POS paling lama pun seminggu...

..BERUBAHLAH WAHAI PIMPINAN...USAHALAH DGN LEBIH CEMERLANG UNTUK UMMAH,PAS,NEGARA DAN RAKYAT.

..Moga Pas dan Pimpinan selalu diberi taufik dan hidayah dari Allah...

Kpd GB....harap tenang dan bersabar.Saya memahami rasa hati GB.Mungkin Allah anugerahkan kita..pimpinan sebegini...teruskan usaha GB.

Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

First time saya gunakan ruangan komen ini. Cuma baca tanpa contribute apa2 sejak 1997. Satu ayat sahaja yang saya highlight dan berikan pada GB.

"Terima kasih atas pengorbanan dan teruskan perjuangan."