9 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Dari Mahazalim Ke Greenboc (Updated)

Membaca berita utama Harakahdaily bertajuk "Presiden PAS arah guna IT lawan persepsi buruk", tiba-tiba saya merasa terharu lantaran saya merasakan seruan itu persis satu seruan ejekan dan hanya cuba mempersendakan blogger yang memang telah selama ini bekerja untuk parti tanpa disuruh dan diminta oleh sesiapa, hatta oleh Presiden parti sekalipun.

Sejak bila PAS mengiktiraf blogger? Hati kecil saya bertanya kerana selama ini, pimpinan PAS Pusat tidak pernah melakukan apa-apa pun untuk mempastikan kelansungan peranan blogger.

Dari muktamar tahun ke tahun sejak zaman reformasi lagi saya belum pernah dengar di dalam mana-mana ucapan dasar Presiden parti mengiktiraf golongan pejuang siber, sekalipun di luar, hakikat yang wujud, pejuang siberlah yang telah "bermati-matian" membantu dan menolong PAS dan Pakatan Rakyat (dulu Angkatan Perpaduan Ummah) untuk memenangi pilihanraya umum dan kecil.

Di dalam setiap kali pilihanraya, di belakang tabir siber, para pejuang siber akan menyengkang mata bersama komputer masing-masing mencari bahan, mengolah berita, mengumpul imej dan yang lebih hebat, mengadun dan mengedit video untuk disiarkan bagi melawan segala dakyah dan propaganda media massa arus perdana.

Mujur kini sudah ada blog dan beberapa peralatan yang memudahkan tugas-tugas itu dilaksanakan dengan pantas dan tuntas. Seorang rakan di sebuah blog boleh "copy and paste" lima artikel dalam tempoh 3 minit untuk siaran di blognya.

Tidak seperti di zaman awal perjuangan siber, dimana ketika itu belum wujud istilah blog dan blogger, yang mana keadaan lebih memeritkan dimana setiap pejuang siber perlu "belajar bahasa pemperogramman web" bagi menghasilkan portal-portal bagi tujuan penyebaran maklumat alternatif.

Dimana nak cari berita, nak olah, nak tetapkan koding web, nak tentukan design dan layout dan seumpamanya. Sebuah berita kadang-kala memerlukan 2-3 jam untuk diterbitkan sekalipun hanya dibaca di dalam tempoh 5-6 minit sahaja.

Tanpa rasa untuk berbangga diri, izinkan GB mengkisahkan pengalaman GB supaya masing-masing tahu dan faham dan kemudian boleh berlaku adil terhadap para blogger. Supaya jangan mudah untuk menuduh para pejuang siber dengan pelbagai tohmahan negatif atau melabelkan mereka pemfitnah secara wewenaangan atau semata-mata untuk mengejar hits bagi mempopularkan diri dan blog masing-masing.

GB telah berada di alam siber sekitar tahun 1996 - 2 tahun sebelum hari Anwar Ibrahim dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Pada masa itu GB melihat ketidak-adilan dan kezaliman berharajalela. Pemalsuan fakta dan berita begitu ketara dilakukan oleh media massa arus perdana dan sebagai seorang ada ada serba sedikit ilmu IT (yang dibelajar secara sendirian) dan mempunyai talian internet, maka GB merasakan satu kewajipan untuk memulakan perjuangan siber.

Pada waktu itu, talian internet adalah secara dail-up dengan akaun-akuan tmnet dan jaring. Pada awal-awal zaman internet tiba ke Malaysia, sebuah modem berkelajuan 16Kbps berharga RM300-RM400!

Bayaran talian internet begitu mahal watu itu - seminit 3 sen dan bayangkan jika terpaksa menggunakan talian itu sepanjang hari... 8 jam sehari. (8x60x0.03x30hari=RM432 sebulan)

Tetapi hati gundah gelana apabila masyarakat tidak memperolehi maklumat yang adil di zaman itu. Suara-suara parti pembangkang tidak tersebar dan pada pendapat GB, adalah menjadi fardhu kifayah bagi mereka yang berkebolehan untuk tampil memulakan penyebaran maklumat yang seimbang menggunakan alam siber sebagai media.

Dan dari situlah segalanya bermula... Laman Reformasi MAHAZALIM!

Namanya itu dipilih sebagai menggambarkan satu watak dan perwatakan buruk seorang Perdana Menteri yang licik lagi hipokrit darjah tertinggi. Melakukan grand design untuk menjatuhkan Timbalan Presidennya apabila beliau menghidu Timbalannya itu telah cuba untuk merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO ketika itu.

Anwar dipecat dan gerakan refomasi bermula.

Diringkaskan, Anwar ditahan dan diperlakukan dengan pelbagai siri kezaliamn polis sewaktu ditahan polis sehinggalah diheret ke mahkamah dan dipenjarakan.

Setiap hari ketika itu GB terpaksa mengikutinya dengan mengulas dan melaporkan hal tersebut sehinggalah Laman Refomasi Mahazalim mendapat hits tertinggi di dunia ketika itu... dengan 2 juta pengunjung setiap malam, dikunjungi terutama oleh rakyat Malaysia yang dahagakan berita alternatif, mengalahkan lamanweb-lamanweb lucah yang menjadi lamanweb popular di dunia waktu itu.

Berkerja sendirian setiap malam berbulan-bulan lamanya. Tugas penyebaran maklumat alternatif kemudian dibantu oleh pendatang-pendatang baru alam siber dengan portal-portal mereka, Mahafiraun, Marhaen, Mindarakyat dan lain-lain. Pada waktu itu tak timbul soal plagiat dan ciplak. Do whatever to distribute information as many and as fast as possible. Tujuan utama di alam siber, sebarkan maklumat sebanyak dan secepat yang mungkin sebelum minda masyarakat diracuni oleh media massa arus perdana.

GB terpaksa ke Kuala Lumpur beberapa kali mengikuti siri jelajah ceramah-ceramah Anwar untuk mendapatkan berita dan sentiasa diburu ketakutan kerana "Mahazalim" sentiasa menjadi buruan....

Banyak ketika GB terpaksa bermalam di dalam kereta usang GB waktu itu di Hentian Sebelah atau R&R berhari-hari kerana khuatir untuk pulang ke rumah. Pada waktu itu tiada hanfon, tiada streamyx, tiada boradband dan sebuah laptop termurah berharga RM6,000 - di luar kemampuan GB untuk memilikinya.

Untuk mengemaskinikan berita terpaksa meminjam talian telefon di rumah saudara-mara untuk dipasangkan kepada komputer 486 ketik itu.. dengan hard-disk cuma berkapasiti 20MB. Terpaksa ditambah berkali-kali. Kos 20 MB hard-disk ketika itu RM400 sebjji.

Tak perlu dikisahkan pahit maungnya perjalanan menjadi pejuang siber waktu itu dengan belantan terkena di kepala sewaktu melarikan diri dari hambatan FRU, semburan asid kimia, dn kamera yang telah berkali-kali ditukar kerana dirampas atau tercampak sewaktu menyelamatkan diri. (Kamera belum digital waktu itu!) Kos kamera dan filem juga wang untuk mencuci file perlu sentiasa ada setidak-tidaknya RM200-RM300.

GB tidak berkemampuan untuk menanggung segala kos.... dengan pekerjaan seorang ..., berapalah pendapatan GB waktu itu...

Tapi tugas dah dimulakan. Genggam bara api biar sampai jadi arang. Alang-alang seluk pekasam biar sampai lengan.


Tetapi dalam 1999 - apabila GB terpaksa akur dengan sunnatullah, bahawa kita ini di alam syahadah bukan alam batin, GB jatuh sakit. Tubuh zahir memerlukan penjagaan. Bertemankan seorang isteri setia dan ibu yang pengasih GB harungi juga melakukan tugas dengan setiap malam. Bahawa Perdana Menteri itu mesti ditentang habis-habisan. Bahawa kezaliman polis perlu dihentikan. Bahawa laporan media massa perlu dijawab dan dikembalikan dengan kebenaran, bahawa institusi kehakiman perlu diletakkan di tempatnya yang lebih wajar.

Dan apabila keadaan kesihatan menjadi lebih kritikal, GB terpaksa menyerahkan baton kepada orang lain. Puas mencari pengganti, tiada di dalam jemaah sendiri yang tampil, tetapi seorang sahabat dari Keadilan bersetuju mengendalikannya.

GB berrehat tetapi mengikut perkembangan. Alhamdulillah Mahazalim2 tidak menghampakan.

Sewaktu itu belum ada harakahdaily, belum ada malaysiakini. Kalau adapun Tranungkite yang diusahakan Pemuda PAS Dungun yang menyalin bulat-bulat kandungan Mahazalim. Apa perasaan GB waktu itu? Marah? Oh tidak, malah gembira, terlalu gembira kerana ada sahabat sekalipun tidak mampu menghasilkan portal sendiri tetapi sudah boleh "menyalin-tampal" dan "menyebarkan" apa yang GB telah usahakan.

Diringkaskan, 1999 - Pilihanraya Umum. APU menang besar. PAS dominan di dalam APU. Mahazalim2 yang menggantikan GB mengendalikan Laman Refomasi turut bertanding dan berjaya menjadi Ahli Parlimen, dan GB hanya mampu melafazkan kesyukuran dan GB membawa diri dengan menanggung kesakitan tidak boleh bergerak dari tempat tidur waktu itu. Tiada siapa mengetahui kecuali isteri dan ibu serta saudara-mara terdekat.

Aduhai, tiada sumber pendapatan berbulan-bulan lamanya. Kadangkala 3 beranak ini tepaksa makan cekodok setiap waktu makan tengahari dan lempeng setiap kali malam. Tetapi rasa berdosa menyelubungi diri kerana lelaki ini yang bernama GB ini kenapa dayus, tak boleh diharapkan untuk menanggung seorang isteri dan seorang ibu pada ketika itu.

Takdir Allah, GB melayari lamanweb sebuah universiti yang menawarkan kursus ijazah sarjana, GB memohon dan diterima dengan tidak tahu dimana nak membiayai ongkosnya.

PTPN muncul dan menawarkan GB pinjaman - alhamdulillah dan bermula era baru, GB menjadi pelajar semula. Sebahagian wang digunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga. Di univeristi inilah juga GB berkenalan dengan beberapa rakan terdiri dari golongan pensyarah yang sama-sama cintakan agama... tetapi mereka tidak mengenali inilah "mahazalim" yang mereka sibuk ceritakan selalu dengan GB.

Diringkas, GB berjaya, memadailah dengan segala kekurangan ynag GB ada untuk tamatkan pengajian dengan 3.56. Untuk membawa isteri dan ibu ke majlis graduasi itu pun jauh dari istilah mampu!

GB berkerja selepasnya, tetapi tak sesuai dengan jiwa GB.. kerana di sebuah syarikat yang dikuasai oleh sebuah parti yang tidak sejiwa dengan GB. Berhenti. Mula berniaga. Tak pandai berniaga dan tak ada bakat marketing. Lintang pukang. Hutang kelilingpinggang pulak. So, pilih free lancer sambil menjadi seorang pensyarah part-time di sebuah universiti. Tak berapa sen, memang tidak memadai untuk survive, jauh sekali kaya-raya.

Malaysiakini, harakahdaily, malaysianinsider, TKO telah menggantikan portal-portal reformasi. Syukur kerana perjuangan yang dirintis oleh GB telah kini diinstitusikan sedemikian rupa. Dan kewujudan puluhan malah ratusan blog dari negara ini dengan TVPAS, MalaysikiniTV dan TVAntara sebagai penyalur media berbentuk audio-visual menyebabkan GB merasa gembira dan puashati.

Namun GB masih terkilan, PAS dan PR belum melakukan yang terbaik untuk mengiktiraf media baru ini. Sehingga semalam Presiden PAS dengan tidak menjiwai apa yang diucapkannya sendiri, meminta PAS menggunakan IT sepenuhnya untuk melawan segala tohmahan sehingga melahirkan persepsi buruk terhadap PAS.

GB hanya menjawab di dalam hati kecil GB, kami telah melaksakannya sebelum Tuan Presiden meminta kami melakukannya. Malah portal-portal reformasi pernah meletakkan Tuan Presiden sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen dan sebagai MB Terengganu satu ketika. Syariatnya, blog-blog mengembalikan Presiden kami ke Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang dan memenangkan sekalian ramai wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk dinobatkan sebagai YB-YB supaya berkhdmat demi agama, bangsa dan tanahair. Siapa peduli nasib kami selama ini?

Namun Allah itu Maha Kaya dan Maha Berkuasa. Mujur tauhid masih mantap dan GB tersenyum puas bersyukur dihadapanNya. Tidak sia-sia menjadi anak dan murid kepada seorang ayah yang telah lama pergi.


Presiden PAS arah guna IT lawan persepsi buruk

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta PAS menggunakan IT sepenuhnya untuk melawan segala tohmahan sehingga melahirkan persepsi buruk terhadap PAS.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis perasmian sambutan 10 Tahun Jabatan IT PAS Pusat.

"Kita memang tersekat untuk masuk dalam semua rumah rakyat negara ini, tetapi saya yakin ICT boleh melakukannya," kata Abdul Hadi dalam ucapannya itu.

Untuk melaksanakannya, beliau meminta kajian, penyelidikan dan inovasi dibuat untuk membolehkan perkara ini dilaksanakan.

"Kita mesti mendahului lawan kita dalam hal ini walaupun kita kekurangan jentera, petugas dan sebagainya," kata beliau.

Dalam ucapannya itu juga, Abdul Hadi menyelar pihak-pihak yang menggunakan IT sekarang untuk menyebarkan maklumat salah sehingga menimbulkan fitnah.

"Kena ingat, fitnah ini besar dosanya," katanya.

Turut hadir dalam majlis sambutan ini adalah Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.

Arahan Abdul Hadi ini diadakan sehari selepas seminar memperkasakan PAS yang banyak mendapat imput baru untuk memperkasakan parti Islam itu. -harakahdaily


22 ulasan:

kawan berkata...

t/kaseh kerane berjuang utk menyebarkan kebenaran,moga2 allah beri ganjaran yg setimpal.kite kene sama2 ingat istiqomah itu penting,xde gune hebat mula2 penghujung kite hancur .jgn hebatnye kite ,kiter mintak kiter di sangjung...

Awanama berkata...

Salam,Salam Ukhwah Perjuang Kerana Allah,

Ana kenal anta di alam kebenaran bumi putih
kita buat kerana Allah

9815

Unknown berkata...

Gb tegaskan kita tak minta pengiktirafan atau sanjungan sesiapa. Apa ada tu semua.

tetapi jangan tuduh sembarangan kata blogger penyebar fitnah dan sebagainya seperti yg diucapkan Tn Presiden di dalam ucapannya semalam. Sedang yg baik dari para blogger tidak diendahkan.

Ayiem berkata...

Salam Ukhwah salam Perjuangan,

Semuga apa yang GB lakukan mendapat keredhaan ALlah swt.

Tidak salah kita menyatakan kekesalan hati kita,tidak salah bahkan itu adalah lumrah bagi manusia fakir seperti kita.

Namun apa yang perlu kita jaga adalah niat kita berbuat demikian.

Aku secara peribadi juga merasa demikian,kadang-kadang terlintas dihati.

Berkenaan tuduhan TG Presiden itu,beliau menyatakannya secara umum dan tidak ditujukan khusus kepada blogger2 tertentu.

Teruskanlah apa yang kita lakukan dan ikhlaskanlah semuanya,semuga ianya diterima oleh ALlah sebagai amalan baik kita kepada jamaah.

Hanya pandangan peribadi,andai tersilap mohon maaf.

MC_Shaharul berkata...

tahniah gb klu ikhlas dlm perjuang..tp bg pendapat aku maksud tuan guru tue secara umum,dlm alam maya x mustahil klu ada blogger2 yg menyamar menjadi blogger pr utk memecah belahkn perjuang tue..kdg2 klu kita tgk ada sesetegah blogger ambik sumber dari blogger yg x pasti siapa dia samaada dia blogger yg menyamar atau sebaliknya,skali lg tahniah dgn perjuangan anda..just nk pendapat skit..x salah menegur pemimpin,tp klu leh biarlah blogger tegur scara berhemah..

Anak PR Selangor berkata...

Selepas DSIA dipecat dan dizalimi oleh PM Mahafiraun.. saya tidak percaya lagi kepada media arus perdana. Rasa geram,marah, sakit hati bila terjadinya peristiwa itu. Dimana saya nak dapatkan berita alternatif. Dari situ saya melayari Mahazalim siang dan malam dan saya berasa puas dialam siber ni ada sorang pejuang yang hebat. Berita menyedihkan saya baca yang Mahazalim jatuh sakit. Berita yang keluar selepas itu hanya macam asal ada shj. Tp sy tak kisah asalkan saya dapat membaca mahazalim. Dan kemudiannya muncul mahazalim2.

Alhamdulillah tuan GB telah melakukan perjuangan dan beristiqamah dalam perjuangan tersebut dan dimana sejak itu juga mengajar saya untuk berjuang bersama dengan menceritakan kepada rakan-rakan sepejabat.

Tuan GB teruskan perjuangan tuan dan kami menyokong tuan.

pendikar gunung kriang berkata...

Tidak sangka, saudara adalah Mahazalim yang pernah mengendalikan Laman Reformasi (LR) yang pernah menjadi kegilaan saya di era reformasi dahulu. Saya ketika itu adalah peminat fanatik saudara, apa tidaknya, buka saja PC, LR adalah yang pertama dilayari. Ketika itu ramai rakan-rakan berteka-teki siapa saudara, tapi tiada siapa yang sebenarnya tahu siapa insan Maha Gigih dan Maha Berani di balik nama Mahazalim itu. Apa yang kami tahu, setiap pagi ada berita segar dan terkini mengenai apa yang berlaku pada malam dan hari sebelumnya yang saudara hidangkan yang pasti tidak akan ada dalam media arus perdana. Bila saudara digantikan oleh Mahazalim II, ada yang berkata saudara sebenarnya telah ditahan SB dan ada pula yang dengan nada sedih berkata saudara mungkin telah menemui Yang Esa!!

Kini saudara telah mendedahkan separuh dari diri saudara, terima kasih! Apa yang saudara lakukan sebelum ini bagi menegakkan kebenaran sangat dihargai. Biarlah mereka yang saudara bantu tidak menghargai apa yang telah dilakukan, atau tidak nampak apa yang dilakukan; tapi Allah Maha Mengetahui apa yang telah saudara lakukan.

Teruslah berkata benar, biarpun ia amat pahit!!

Sokong PR berkata...

GB, u r the man!

Teruskan perjuangan. Jangan gentar untuk berkata benar walau di hadapan siapa pun hatta sang musang yang cuba berjubah ayam..

perompak harta rakyat berkata...

Oh, saudara GB adalah mahazalim..... dah lama saya cari Mahazalim tapi tak jumpa.... kadang2 saya terfikir napa Mahazalim dah takde... kadang2 pulak saya terfikir dia dah tukar nama ke?..... Mahazalim masatu jadi perbualan orang (yang celik it) termasuklah sampai kat Mesjid kat tempat saya praktikal 8-9 tahun lepas......

saya juga adalah seorang dari berjuta peminat mahazalim yang pada waktu itu masih student di UPM.... masatu mahazalim adalah satu-satunya sumber yang saya percaya memandangkan ditempat saya susah nak dapat akhbar harakah, suara keadilan pada masatu rasanya masih belum ujud, kalau tak silap tahun 1998 selain harakah satu lagi akhbar alternatif ialah 'Ekslusif'.....

tapi napa tukar nama GB dan tak teruskan ngan nama glamer saudara? rasanya dengan Mahazalim tu saudara boleh dapat top 5 dalam Mesia ni......

Awanama berkata...

Teruskan perjuangan, jangan undur macam kumpulan UG, Yang tak betul hentam saja, yang betul kita puji...

Martoiriat berkata...

Salam perjuangan buat GB..
Assalamualaikum.. Dizaman era reformasi dulu,
saya sentiasa layari laman Mahazalim. Apa tidak
nya laman Mahazalim itu telah memberi segala2
maklumat yg cepat dan memaparkan berita2 kezaliman yg berlaku dinegara kita. Ketika itu,
saya anggap tiada berita yg bolih menandingi
berita2 dari laman Mahazalim, sehingga saya
layarinya setiap malam dgn penuh minat. Saya
tidak tahu insan mana yg penuh berani melaporkan
berita2 yg penuh sensasi, sehinggakan saya
menjadi benci kpd kezaliman kerajaan hari ini.
Selepas itu Laman Mahazalim, hilang entah kemana,
saya tercari2...
Hari ini, baru saya tahu bahawa Mahazalim adalah
insan yg sama dgn GB, saorang insan yg saya
minati dari era reformasi hingga kahari ini.
Syabas.. Pengorbanan dan perjuangan GB sangat
mulia dan penuh dgn rintangan. Meski pun manusia
tidak menghargai perjuangan GB ini dialam siber
tapi tuhan tetap bersama2 dgn insan yg ingin
menegakkan kebenaran dan keadilan.
Memang apa yg GB curahkan dilaman ini, cukup bagi
saya utk memberi simpati kpd GB, semoga GB akan
terus disayangi manusia dan diredhai tuhan
sepanjang perjuangan GB. Teruskanlah perjuangan
ini hingga keahkir hayat GB. Tuhan tetap bersama2
dgn kita...

Awanama berkata...

tegak bulu roma saya membaca tulisan saudara ini,rupanya GB adalh mahazalim.

saya terharu membaca,mahazalim,laman reformasi adalah pembuka era IT reformasi dulu.jika dibandingkan dgn GB mungkin saya 10% sahaja tapi saya faham maksud GB.saya juga telah cuba sedaya upaya mengendalikan web yg mengunakn geocities,hampir 5 jam sehari berdepan PC sehingga isteri dan anak mula complain.

skg saya juga di cop golongan liberal oleh jemaah parti saya sendiri.say hanya mampu bersedih...bila mengenangkan nya...

Awanama berkata...

salam,
teruskan perjuangan GB....
Anggaplah ini asam garam kehidupan....
Berjuanganlah demi Allah, demi kebenaran dan demi keadilan....

kembara putih berkata...

Subhanallah GB rupanya Mahazalim. Saya antara berjuta2 peminat laman web saudara dulu. Saya selalu print dan photostet artikel2 dari mahazalim dan sebarkan kerana pada masa tu bukan semua orang ada komputer dan internet. Terima kasih la saudara kerana jasa baik dan pengorbanan selama ni. Budi saudara tiada harganya. Terharu saya baca kisah saudara, semoga tuhan memberi rahmat kepada saudara.

aliman berkata...

Shabas tuan GB, Saya terharu membaca tulisan saudara dan perjuangan yang panjang itu.Tetapi itulah hakikat sebuah perjuangan. Onak dan duri,adat dalam perjuangan.Rasullullah adalah contoh terbaik , ikutilah sejarahnya dan amatilah perjuangannya moga-moga pengorbanan kita ini terlalu kecil dibandingkan dengan baginda.
Pejuang-pejuang mutahir seperti muhajirin di Afgan, pejuang Hamas di Palastin, Pejuang moro di Filipina dll adalah perjuangan ikhlas mereka untuk agama dan generasi akan datang. Ingatlah saudara hati ini memang mudah terasa jika segala pengorbanan kita tidak diindahkan oleh orang lain, tapi allah maha kaya, dan adilnya.... Saudara diuji sedemiakan rupa bagi meningkatkan martabat saudara. Janganlah inginkan sedikit pujian sehingga kita menggadaikan perjuangan ini. Allah maha mengetahui. Memanglah saudara sayangkan parti kita iaitu pas. Segala pergolakan itu biasa. Pas tertegak atas dasar islam jadi tiada siapa yang dapat memusnahkan Islam. Jadi bulatkan hati pada perjuangan . Takbir!!!!

Awanama berkata...

Tahniah kami sokong laman blog ni 100%, kebenaran akan terserlah, jangan putus asa...Semoga berjaya.

Awanama berkata...

Zaman sekarang bila kita dedahkan kebenaran, kita kena puji atau kita kena keji, macam kumpulan UG hentam bloggers...Tak patut!!Tak patut!!! Kami sokong bloggers macam grenboc...

Awanama berkata...

Tahniah Kelab Greenboc, perjuangan anda dihargai kami...Jangan undur kebelakang, jasamu dikenang.

poya berkata...

Salam GB..
Kisah perjuangan GB dialam siber sungguh menarik
sekali. Banyak masa dan waktu telah GB korbankan
utk memaparkan kebenaran dan keadilan. Apa yg GB
paparkan disini sungguh bermakna buat saya yg
cintakan kebenaran dan keadilan sebagaimana yg di
tuntut dlm islam.
Rupanya GB adalah insan yg sama dgn MAHAZALIM,
laman yg saya ikuti semenjak era reformasi lagi.
Semenjak kehilangan laman MAHAZALIM, saya ingat
laman ini hanya diciptakan utk era reformasi
saja. Rupa2nya tidak...Insan yg mengendalikan
MAHAZALIM di era reformasi suatu ketika dulu,
masih lagi wujud dialam siber..
GB.. teruskanlah perjuangan ini, walaupon pengor-banan ini tidak pernah dihargai.. tuhan tetap
bersama2 dgn org2 yg benar..

kerispuaka berkata...

Saudara yg dihormati...

teruskan perjuangan...
saya adalah di antara yg membaca artikel2 Mahazalim..Laman Reformasi suatu ketika dulu...
semoga Tuhan memberikan kebahagiaan & kemulian kepada Saudara..

mie berkata...

As salam GB

saya adalah antara peminat utama mahazalim & sentiasa ternanti-nati info terkini dpd laman web ini

apapun, setinggi penghargaan diucapkan atas pengorbanan yg telah Saudara/keluarga lalui.

ingatlah, barangsiapa yg mengerjakan kebaikan walau sebesar zarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya(al zalazalah;7).

mudah-mudahan segala penat lelah/pengorbanan/keringat/ penderitaan yg saudara alami mendapat ganjaran yg berlipat kali ganda di sisiNya, ameen

teruskan usaha suci saudara & ingatlah dunia ini adalah tempat ujian

mangchikla berkata...

semoga Allah membalas jasa tuan. Saya tertanya tanya siapa 'Mahazalim' ini dan hari in Allah memberi rezki utk memberitahu GB rupernyer. Ingat ingat luper ada satu statement di website tersebut 'aku yang di pukul oleh FRU' atau lebih kurang maksud. Ada satu ketika Mahazalim di 'hacked' dgn diletakkan gambar 'lucah'. Ingat2 luper yg hacked itu sorang student perubatan luar negara di Eropah rasanya. Wallahu 'aklam. Wlubgpn, semoga Allah membalas jasa jasa GB, jzakallahu khair.