9 Nov 2009

Era Najib Altantuya : Mengata Dulang Paku Serpih

Salam satu Malaysia. Terima Kasih kepada semua yang sudi melawat kami di Baganutama. Rupanya artikel mengenai Abu Bakar Cik di sini menjadi persoalan sesetengah pihak.

Apa yang didakwa oleh penulis-penulis blog terhadap Ust Abu Bakar Chik dalam Mesyuarat Khas PAS Pusat adalah bohong dan tidak benar. Kononnya Ust Abu Bakar Chik menyergah dan mengherdik Tok Guru dengan biadab, mengatakan Tok Guru nyanyuk, orang tua dan perlu letak jawatan sebagai Mursyidul Am.

1] Penulis tidak pernah guna perkataan herdik walaupun maksud dia lebih kurang dengan word sergah. Nampaknya Misbahul Munir ada buat sedikit penambahan dari artikel penulis. Bohong ?? Terpulang pada perawi cerita. Mari kita teruskan point by point.

Saya sangat kenal dengan semua AJK PAS Pusat berbanding dengan penulis-penulis blog. Saya boleh telepon semua AJK untuk mengetahui cerita yang sebenar,...

2] Ini bukan hujah. Penulis pun kenal dengan semua AJK.

Walau bagaimanapun saya hubungi juga beberapa orang Jawatankuasa Harian dan AJK PAS Pusat yang sangat rapat dengan saya untuk mengetahui kebenaran dakwaan dalam blog tersebut. Ternyata semua dakwaan dalam blog tidak betul, Ust Abu Bakar Chik tidak pernah mengeluarkan kata-kata seumpama itu, tidak keluar ucapan Tok Guru Nyanyuk, orang tua, letak jawatan dan sebagainya sebagaimana yang didakwa oleh blog.

3] Orait. Betul ke Abu Bakar Cik tidak pernah mengeluarkan kata-kata seumpama itu ?? Kenapa tidak Abu Bakar Cik yang sendiri tampil mengeluarkan statement penafian terhadap artikel penulis ?? Kenapa perlu Misbah yang pertahankan Abu Bakar Cik ?? Bukankah Abu Bakar Cik seorang pemberani mempertahankan TG Hadi semasa mengkritik secara bersopan-santun dan berhikmah terhadap Prof. Aziz Bari semalam ?? Jika dengan Aziz Bari yang dijemput semalam sebagai tetamu dalam seminar khas pun boleh ABC berkata demikian, inikan pula dengan Tok Guru yang puluh tahun dia selalu berjumpa.

Ust Abu Bakar Chik sama macam AJK yang lain bersuara menyatakan pandangan terhadap isu-isu yang dibincangkan, beliau ada menegur Tok Guru supaya tidak menulis dalam blog bagi menyatakan pandangannya terhadap masalah dalaman parti, dan Tok Guru menerima terguran tersebut dengan hati terbuka.

4] Point ini dinantikan oleh semua. Bagaimana cara teguran Abu Bakar Cik terhadap Tok Guru ?? Bukan setakat blog sahaja. Banyak perkara yang telah diperkatakan oleh dia. Abu Bakar Cik memang desak Tok Guru letak jawatan. Seperti gesaan penulis dalam artikel yang lalu, sila Abu Bakar Cik nafikan sendiri. Tok Guru menerima teguran dengan terbuka ?? Kenapa Tok Guru secara tiba-tiba tinggalkan mesyuarat ?? Walhal mesyuarat itu diadakan khas untuk beliau. Beliau pencetus kepada mesyuarat itu. Tidak relevan lagi mengadakan mesyuarat tanpa kehadiran Tok Guru.

Keesokan hari Tok Guru ditanya oleh wartawan di Bachok, Kelantan tentang mesyuarat khas yang diadakan, Tok Guru menyatakan kepada wartawan beliau sangat puas hati dengan perjalanan mesyuarat, Tok Guru menjawab ringkas "biasalah dalam mesyuarat, ada tegur menegur, saya ditegur, Presiden PAS juga saya tegur, Hasan Ali juga ditegur". Beliau sangat puas hati dengan perjalanan Mesyuarat Khas tersebut dan bersetuju dengan keputusan mesyuarat untuk mengadakan Seminar Memperkasakan Parti bagi menggantikan EGM yang dicadangkan.

5] Ini cuma statement politik dari Tok Guru yang licik. Tidak mungkinlah dia nak beritahu isi dan intipati mesyuarat kepada wartawan arus perdana secara terus. " Ambo didesak letak jawatan malam tadi," takkan lah Tok Guru nak cakap macam tu. Tun Mahathir pun didesak letak jawatan jugak semasa jadi PM dulu. Tapi dia cerdik dengan tidak berterus-terang. Tok Guru pun cerdik sama.

Kepada penulis blog yang mengaku ahli dan penyokong PAS, tulislah dengan jujur, jangan tulis hanya sekadar untuk mendapat hit yang tinggi setiap hari,

6] Penulis adalah penyokong Pakatan Rakyat. Ahli PAS ?? Ha Ha Ha. Den raso nak muntah jap. Tulis sekadar dapat hit yang tinggi setiap hari ?? Untuk apa ?? Laman ini tidak punya apa-apa iklan pun samada iklan ubat tenaga batin atau iklan perniagaan yang lain. Bukan jadi kaya pun den menulis kek sini. Ringkas cerita blog ini tidak punya kepentingan apa-apa pun.

7] Oklah. Penulis dan Misbah sama-sama mengaku tidak berada dalam dalam mesyuarat. Masing-masing mengaku mendapat sumber dari orang yang berada dalam mesyuarat itu. Dan publik tidak tahu samada penulis atau Misbah yang berkata benar.

Tetapi publik boleh mengkaji qorinah-qorinah ini.

>Apa sebab Tok Guru tinggalkan mesyuarat pada malam itu dengan begitu sahaja ?? Wartawan langsung tidak tahu menahu. Kenapa dalam sidang media, semua orang tutup mulut tentang ketidakhadiran Tok Guru dalam Press Confrence ?? Padahal mesyuarat itu khas untuk Tok Guru. TG Hadi sikit pun tak menyatakan ketidakhadiran Tok Guru pada wartawan. Muka semua AJK(yang interframe bersama Presiden) dalam sidang akhbar tersebut adalah sengal dan tidak ceria. Tiada satu pun senyuman ikhlas dari mereka. Senyuman hanya dibuat-buat.

>Intipati mesyuarat tidak diketahui ramai. Kenapa tidak dedahkan minit mesyuarat kepada pengundi iaitu kami rakyat Malaysia ?? Di mana ketelusan yang dilaung-laungkan selama ini.

>Untuk berlaku adil, semasa mesyuarat memang ada ketika lebih dari seorang yang akan bercakap. Jadi untuk mendapatkan perhatian dari ahli mesyuarat dalam bilik itu, seseorang akan meninggikan suara untuk bercakap. Dalam kes ini ABC telah meninggikan suaranya dalam menyatakan pendapat sebab nak dapatkan perhatian yang lain. Bila bersuara tinggi dalam meeting, ia boleh juga didefinasikan sebagai sergah. Ini terpulang pada penafsiran masing-masing. Tetapi apa perlu meninggikan suara dihadapan Tok Guru ??

>Untuk sekian kalinya seperti artikel yang lalu, ABC perlu nafikan ini semua. Benarkah anda mendesak Tok Guru meletak jawatan ?? -ali_baganutama

Ulasan GB

Ust Misbah menulis:

Kepada penulis blog yang mengaku ahli dan penyokong PAS, tulislah dengan jujur, jangan tulis hanya sekadar untuk mendapat hit yang tinggi setiap hari

Petikan asal tulisan Misbah

Kononnya Ust Abu Bakar Chik menyergah dan mengherdik Tok Guru. dengan biadab, mengatakan Tok Guru nyanyuk, orang tua dan perlu letak jawatan sebagai Mursyidul Am


Petkan asal tulisan Ali

Ketika masing-masing menyatakan hujah, tiba-tiba Abu Bakar Chik(ABC) telah menyergah TG Nik Aziz.


Ali jawab:

Penulis tidak pernah guna perkataan herdik walaupun maksud dia lebih kurang dengan word sergah. Nampaknya Misbahul Munir ada buat sedikit penambahan dari artikel penulis

Justeru itu perhatikan tulisanmu sendiri yang lebih bersifat pembohongan dari orang yang anda tuduh berbihong.

Kepada Ustaz Misbah, yang mengaku dirinya jauh lebih dikenali oleh setiap AJK PAS Pusat dari Datuk Presiden sehinggalah semua AJK PAS Pusat berbanding-banding penulis blog-blog tersebut., tulislah dengan jujur, jangan tokok-tambah dan jangan tempelak orang lain sebelum memerhatikan diri sendiri.

1 ulasan:

Awanama berkata...

Salam,

saya sedih yang amat sangat dengan perkembangan terbaru ulama dan umara....

terkenang lagu nyanyian arwah ustaz Asri Nadamurni berkenaan huru-hara. minta GB siar dalam blog. Jazakallah...

Lagu “Huru Hara”
Artis “Nadamurni”

Huru Hara Berlaku Dimana-mana
Krisis Terjadi Disetiap Tempat dan Masa
Peperangan Menggila Membunuh Manusia Memusnahkan Harta
Kemiskinan Kemelaratan Dimerata Dunia

Penzaliman Terjadi Diseluruh Dunia
Kerosakkan Akhlak Menghilangkan Kemanusiaan
Kasih Sayang Hilang Dari Hati Manusia
Jiwa Manusia Kosong dan Menderita

Dimana Pergi Hidup Dalam Ketakutan
Kerana Manusia Telah Ganas Macam Haiwan
Bahkan Kejahatan Manusia Lebih Merbahaya
Dengan Akalnya Manusia Merosak dan Memperdaya

Aduh Dimanakah Kita Dendak Pergi Lari
Kemanakah Kita Mahu Selamatkan Diri
Kemanakah Oh Kemana Kita Mahu Mengadu
Kepada Siapakah Nak Minta Penyelesaian

Orang Kaya Tak Boleh DiHarap Lagi
Orang Besar Juga Sama Sahaja
Para Ulama Bukan Lagi Contoh Masyarakat
Cerdik Pandai Petah Bercakap Tiada Modelnya

Wahai Tuhan Kami Kasihanilah Kami Ini
Jgn Biarkan Kami Dalam Derita Lagi Sengsara
Seorang Penyelamat Datangkanlah Segera
Membawa Rahmat dan Karomah Jua Berkatnya