7 Okt 2009

Era Najib Altantuya : UMNO Dan Rasuah Macam Kembar Siam

Umno dan rasuah macam kembar siam, isu dan masalah rasuah ini tidak akan selesai selagi Umno dan BN memerintah negara ini, demikian tegas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang menyifatkan di mana ada Umno, maka akan adalah rasuah.

Beliau yang juga peguam PAS turut melahirkan rasa kesal atas kenyataan Perdana Menteri, Najib Tun Razak semasa menjawab soalan daripada sekumpulan pelajar Malaysia di Perancis dalam satu lawatannya baru-baru ini, berkenaan keputusan Umno/BN meletakkan Isa Samad sebagai calonnya di Bagan Pinang walaupun telah disabitkan kesalahan rasuah.

Najib dilaporkan berkata, kesalahan rasuah oleh Isa Samad hanyalah kesalahan teknikal sahaja. Katanya Isa hanya melakukan kesalahan teknikal parti dan bukan kesalahan daripada segi undang-undang negara.

"Kalau ianya kesalahan teknikal, kenapa jawatankuasa disiplin Umno gantung Isa Samad sehingga empat tahun,

"Takkan sebab Isa Samad popular di kalangan masyarakat kawasan itu dia layak dicalonkan BN?" soalnya mempertikaikan kewajaran jawapan Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno itu.

Tambahnya, kesalahan rasuah yang dilakukan oleh Isa Samad adalah kesalahan yang besar kerana kesalahan itu dilakukan sewaktu dia masih lagi menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

"Umno sebenarnya terdesak sehingga terpaksa meletakkan Isa Samad yang telah terbukti bersalah melakukan rasuah sebagai calon Bn di Bagan Pinang".

"Pergolakkan dalaman pemilihan calon, Umno bahagian desak mahukan Isa Samad, walaupun orang atas Umno tak setuju, terpaksa juga calonkan Isa Samad sebab nak elakkan boikot dari ahlinya sendiri," jelasnya dihadapan ribuan pengundi di tapak ekspo Kenali Kelantan di perkarangan rumah Pak Din, Bagan Pinang, malam tadi.

Jelas Hanifa, jika calon yang ditawarkan oleh BN adalah calon yang menjuarai rasuah, mana mungkin masalah rasuah ini dapat diselesaikan sehingga ke akar umbi.

Beliau mengingatkan pengundi di Bagan Pinang ini agar celik maklumat dan realiti yang sedang berlaku, agar rakyat tidak lagi berterusan ditipu oleh Umno dan BN.

Tiada ulasan: