7 Okt 2009

Era Najib Altantuya : DPPP Pantau Undi Pos

Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) akan memastikan undi pos tidak lagi memihak kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN), menerusi penubuhan Jawatan kuasa Khas Undi Pos buat pertama kalinya.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan Ketua Penerangan DPPP, Suhaizan Kaiat, mendapat kerjasama semua Pemuda dalam Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, yang menjadi masalah ialah kertas undi tidak sampai kepada anggota tentera dan lebih malang, ada orang lain yang mengundi bagi pihak mereka.

“Perkara itu pernah didedahkan Kapten Major (B) Abbu Kassim, kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, baru-baru ini yang memaklumkan bahawa dia antara yang diarahkan untuk memangkah ‘dacing’ bagi anggota tentera lain.


“Undi Pos sememangnya tidak relevan lagi pada zaman ini dan ia dilihat mengancam ketelusan demokrasi,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Nasrudin berkata, undi pos akan diberi perhatian utama pada pilihan raya kecil N31 Bagan Pinang. Bilangan undi pos 4,604 (yang berdaftar) di Bagan Pinang adalah antara jumlah undi pos terbesar bagi sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurutnya, kemenangan UMNO dalam pilihan raya umum pada Mac 2008 di DUN itu dengan majoriti 2,333 undi kerana dibantu undi pos. UMNO berjaya memperoleh 3,080 undi pos, manakala Pas hanya 1,189 undi.

“UMNO dan BN mengalami trauma akibat kekalahan demi kekalahan dalam siri pilihan raya kecil lalu. Kini mereka bergantung harap untuk pulihkan maruah yang tercalar dengan adanya undi pos yang tinggi di DUN Bagan Pinang.

“Kerana terlalu yakin boleh menguasai undi pos untuk memenangi kerusi DUN itu, BN sanggup melupakan janji dan komitmen mereka untuk meletakkan calon yang bersih, berwibawa dan berintegriti,” katanya.

Beliau berkata, rasuah dan integriti bukan lagi persoalan yang menjadi timbang tara BN dalam perjuangan kerana memburu kemenangan semata-mata.

Menurutnya, perkembangan itu didorong oleh keyakinan BN yang tinggi untuk menang dengan bergantung pada undi pos seperti mana sebelum ini.

“Hadirnya Pas bersama rakan-rakan PR yang lain adalah untuk membawa pulang tropi kemenangan, bukan lagi sekadar mencongak peluang untuk mengurangkan majoriti UMNO di DUN itu.

“Saya minta semua pemuda bekerja keras. Jangan terlalu yakin dan selesa tetapi jangan pula terlalu lemah. Laksanakan tanggungjawab mengikut gerak kerja dan tindakan yang diatur,” katanya.

1 ulasan:

Anak Perelih berkata...

satu lagi.. ramai askar di PD tahu yang ISA ni salah seorang yang makan duit rasuah towkey babi atau dia tu towkey babi...