3 Okt 2009

Era najib Altantuya : Noh Omar Cuba Manipulasi Isu ternakan Lembu

Dakwaan mengatakan Kerajaan Negeri gagal menghulurkan bantuan kepada penternak terjejas akibat runtuhan longgokan sampah dari tapak pelupusan haram di kawasan Lembah Sungai Tua, Hulu Yam disangkal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amirudin Shari berkata, sebaliknya banyak bantuan dihulurkan Kerajaan Negeri sebaik selepas tragedi berkenaan yang berlaku pada 23 September lalu.

Menurutnya, kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar kepada media selepas melawat ke tempat kejadian Rabu lalu adalah bertentangan dengan keputusan pihaknya.

“Beliau (Noh) kata tiada apa bantuan diberikan Kerajaan Negeri termasuk kepada penternak terjejas dalam kejadian berkenaan. Sedangkan, bantuan kita berikan bukan setakat kepada penternak di situ sahaja.

“Sebaliknya, kita membantu menyelesaikan semua masalah berkaitan termasuk isu pelupusan sampah haram di situ.

“Malah, sekarang pun sudah 95 peratus kebakaran di tapak berkenaan berjaya dipadamkan, manakala asap sudah berkurangan,” kata Amirudin.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan meninjau tapak pelupusan haram berkenaan bersama Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) N Gopalan, jawatankuasa DUN Batu Caves dan wakil penduduk setempat, kelmarin.

Mengulas perkembangan berkaitan, menurutnya, walaupun masih terdapat bau gas metana akibat kesan asap sampah itu, namun beliau yakin usaha pihak terbabit dan faktor cuaca mampu memadamkan api di situ sekitar dua hingga tiga minggu lagi.

“Pejabat Tanah juga akan membuat rampasan tanah yang dijadikan tempat pelupusan sampah haram itu secepat mungkin dan esok (semalam) borang itu dihantar.

“Selepas itu pula, anak syarikat Kerajaan Negeri, Worldwide Holding Berhad akan ambil alih dan bina pusat pelupusan sampah secara sah di situ,” katanya.

Memaklumkan bantuan kepada penternak lembu terjejas, Amirudin berkata, ladang lebih sesuai telah disediakan pihak Kerajaan Negeri dengan memperuntukkan 40 hektar tanah di Hulu Selangor.

Malahan menurutnya, usaha membuka ladang ternakan lembu berkelompok berkenaan akan berjaya menyelesaikan banyak masalah penternakan lembu yang sekarang berada dalam kawasan kurang sesuai.

“Pemindahan ternakan ini akan dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Ikutkan logik, mereka perlu juga berpindah kerana kawasan berkenaan tidak selamat lagi kerana longgo kan sampah menyebabkan tanah di situ rapuh.

“Apapun kita akan mengetahui perkembangan berkaitan selepas perbincangan bersama semua pihak terlibat pada minggu hadapan,” katanya.

Katanya, memandangkan sekarang tiada lagi kawasan sesuai bagi tujuan penternakan termasuk di Batu Caves, cadangan itu disifatkan praktikal untuk dilaksanakan buat masa ini.

Terdahulu, menurut Amirudin antara tindakan awal telah diambil pihaknya untuk membantu dan menangani masalah di situ dengan tindakan turun padang pihaknya sejak hari pertama kejadian.

“Hari kedua pula Jabatan Veterinar telah bantu membuat semburan vektor menghalang penyakit, mena nam lembu dijumpai mati dan kita telah membantu menyedut air dari kolam pecah untuk memadamkan api berkenaan.

“Manakala Noh hanya turun seminggu selepas itu dan kita difahamkan, beliau hanya memberikan sumba ngan pemberian lembu kepada penternak terjejas,” katanya.

Tiada ulasan: