3 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Bersepai Hasrat UMNO BN Untuk Lihat Undi PR Berpecah

Hasrat UMNO BN untuk melihat undi Pakatan Rakyat berpecah berkecai apabila calon Bebas yang bercadang untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Shahruddin Abdul Hamid menghadapi masalah untuk menyerahkan borang pencalonannya semasa proses penamaan calon pagi ini.

Beliau yang masuk ke pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pada pukul 9.15 pagi tadi keluar kira-kira 10 minit kemudian.

"Saya hadapi sedikit masalah kerana pencadang yang saya kemukakan bukan dari DUN Bagan Pinang.

"Hanya penyokong saya berasal dari DUN ini," katanya ketika ditemui di sini.

Bagaimanapun, menurut bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, beliau akan berusaha untuk mendapatkan pengganti kepada pencadangnya.

"Saya akan mencari pengganti, saya yakin dalam masa kurang 30 minit ini, saya akan dapat pengganti," katanya.

Tetapi sehingga waktu penyerahan borang pencalonan ditutup pada pukul 10.00 pagi, batang tubuh Shahruddin tidak muncul-muncul.

Media UMNO BN sejak beberapa hari lalu memberikan liputan meluas terhadap Shaharuddin yang kononnya keluar dari Parti Keadilan Rakyat untuk bertanding tiket Bebas kerana dikatakan tidak puashati dengan kerusi DUN yang ditandingi oleh PAS.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas penyandangnya Azman Mohammad Nor yang mewakili BN pada Pilihan Raya Umum Mac 2008 meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (SSH), awal bulan lalu.

Allahyarham yang bertanding pertama kali, memenangi kerusi berkenaan dengan memperolehi 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail. Beliau menang dengan majoriti 2,333 undi.

Bagan Pinang terletak dalam Parlimen Telok Kemang yang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga daripadanya milik pembangkang iaitu Chuah dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR). Satu lagi kerusi iaitu DUN Linggi dimenangi BN.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pak din ni gila nak jadi calon .....sampaikan tak sempat nak kenakan butang baju dia....kesian pak din pencacai..