29 Okt 2009

Era Najib Altantuya : MB Selangor Usul ADUN P. Klang Letak Jawatan

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat usul kepada Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat menyarankan supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah meletakkan jawatan.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata usul berkenaan dibuat atas keprihatinan kerajaan negeri terhadap aduan penduduk Pelabuhan Kelang mengenai prestasi Badrul Hisham.

Walaupun diberikan surat tunjuk sebab sebelum ini, Badrul gagal memperbaiki prestasi kerja beliau selain enggan membuka semula Pusat Khidmat beliau untuk penduduk setempat.

Badrul juga enggan berjumpa dengan pimpinan kerajaan negeri ataupun parti dan tidak melayan panggilan telefon atau SMS yang dihantar kepada beliau mengenai isu berkenaan, kata Nik Nazmi.

“Datuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil keputusan untuk menyatakan kepada Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat agar YB Badrul diminta letak jawatan kerana gagal menunjukkan prestasi yang baik selaku wakil rakyat Pelabuhan Klang,” katanya.

Nazmi berkata kerajaan negeri telah menerima banyak aduan mengenai mutu kerja Badrul sebelum ini.

“Kerana banyak aduan, kita telah memberi surat tunjuk sebab, apabila dia (Badrul) membalas surat tunjuk sebab, dia menyatakan kesedian untuk berjumpa. Tetapi sampai hari ini kita cuba berjumpa dengan dia tetapi tidak berjaya, tidak dapat menghubungi beliau malah penduduk pun sukar untuk berjumpa dengannya,” kata Nik Nadzmi.

“Jadi sebab itu kita ambil keputusan untuk minta dia letak jawatan,” katanya.

Nik Nazmi berkata usul berkenaan tidak dibawa ke Speaker Dewan kerana Menteri Besar tidak mahu memecat Badrul sebaliknya hanya mahu beliau meletakkan jawatan secara sukarela.

Menurutnya kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab kerana ia hanya mengekang usaha kerajaan negeri dalam memajukan Selangor. -TVS



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Beginilah pemimpin kena tegas, bukan macam Presiden PAS dan kumpulan UG...nak buat seminar?????

Tanpa Nama berkata...

Langkah pemulihan Pas tidak berkesan selagi kumpulan UG masih berkuasa......

Tanpa Nama berkata...

Biarkan dia dengan keadaan seperti 'ayam berak kapur' tuh. PKR dengan persetujuan MB lantik sahaja sebuah jawatankusa yang peranannya menggalas tanggungjawab kepimpinan ADUN berkenaan. Tempoh kuasa jawatankuasa itu ialah sepanjang ADUN itu 'ketungauan' atau sehingga ADUN dibubarkan semula, mana satu yang terdahulu. Gaji atau apa-apa imbohan ADUN itu perlulah ditentukan mengikut peraturan mana yang sesuai atau jika perlu diwujudkan suatu peraturan atau kaedah untuk menangani hal yang seumpama ini. Hal ini mungkin akan berulang lagi suatu hari nanti. Senang, peraturan sudah pun ada.

Ternyata ADUN itu tidak bertanggungjawab. Lemah jiwa. Macam anak manja. Orang seperti itu mana layak galas jawatan yang besar tanggungjawabnya. Dia nak kemanapun pedulikanlah. UMNO si bakul sampah itu pun belum tentu sudi menerimanya.

Rakyat hendak melihat bagaimna Kerajaan Selangor mampu mengatasi hal demikian untuk membuktikan bahawa rakyat lebih diutamakan secara sikap, bukan slogan. Siapa pun pernah tersilap. Namun bagaimana kita memanfaatkan kesilapa itu untuk meningkatkan kebaikan.

Wassalam

tok iskandar berkata...

Suara tu tak lain dan tak bukan adalah suara ketua perhubungan umno selangor yang juga PM kita @ 1 Malaysian.

Pakatan Rakyat Selangor kerana pertahankan kerajaan mereka habis-habisan kerana di mana najib jadi ketua perhubungan umno negeri,di situ kerajaan pakatan rakyat tumbang.ambik contoh Perak.

sehari dua lagi mungkin badrul ni masuk umno.tok cadangkan jika ini berlaku eloklah dia dihadapkan ke selcat dan lepas tu digantung setahun.tak payah buat pilihanraya.bazirkan duit je.kita tengok nak ke tak nak najib terima dia lepas tu.

tok iskandar berkata...

Sejak najib jadi ketua perhubungan umno selangor,kerja-kerja menggasak kerajaan pakatan rakyat semakin agresif
dap disiasat oleh sprm dan polis dengan kes rasuah dan kongsi gelap
PKR dengan risiko beberapa adunnya nak keluar parti
PAS dengan tuduhan pembentukan kerajaan perpaduan.

kerja-kerja ini sedang berjalan dan berterusan
eloklah mulai sekarang kesemua pimpinan tertinggi pakatan rakyat membentuk persediaan menyerangbalas agar umno di mana-mana negeri tumbang
kita tidak boleh defensif dan blogers sekalian ditagih untuk membantu
UMNO kuat kerana ada 3 M,money,machinery dan media.
tapi kena ingat rakyat lagi kuat.people power atau gerakan reformasi datang daripada rakyat marhain.kemudian ada beberapa kerat yang hijack nama ni lepas tu jadi musang berbulu ayam.
jangan lupa jaga speaker,timbalan speaker dan adun-adun pakatan rakyat selangor yang lain,tok bimbang ada yang kena kidnap nanti
tapi tok lebih bimbang kedah yang kena serang.selangor ni sebagai decoy je...umpanlah cakap orang kita