14 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Murugiah Didesak Lepas Jawatan Timbalan Menteri

Timbalan Menteri yang sibuk-sibuk membuka kaunter untuk menerima hampir aduan peniaga berhubung tuntutan ganti rugi yang kononnya terjejas akibat perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sekitar ibu negara, 1 Ogos lalu hari ini didesak melepaskan jawatannya.

Ahli-ahli Parti Progresif Penduduk (PPP) Selangor, sebulat suara menggesa Senator Datuk T Murugiah meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa serta merta.

Ketua Penerangannya, yang juga Ahli Majlis Tetinggi (PPP) S Subramaniam, berkata, Murugiah perlu meletakkan jawatan setelah pemecatan beliau daripada PPP sah mengikut perlembagaan parti itu.

Menurut beliau, Murugiah perlu menghormati keputusan yang diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini.

“Jika beliau ‘gentleman’ dia perlu letak jawatannya sebagai menteri kerana dia juga telah dipecat daripada parti seperti yang telah diumumkan Menteri Dalam Negeri.

“Kita berterima kasih kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Meneteri, Datuk Hishamuddin dan parti kompenen BN yang lain yang sentiasa menyokong PPP di bawah pimpinan Datuk M Kayveas,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Hadir sama beberapa pemimpin tertinggi parti itu termasuk, Ahli Majlis Tertinggi merangkap Ketua PPP Ampang, Datuk Thajudeen Mohedeen, Ketua Bahagian Kuala Selangor, S Abel Sinnappan dan Exco PPP Selangor, G Sinnathamby. Menurut Subramaniam, pihaknya akan sentiasa menyokong mana-mana calon yang akan dilantik oleh Kayveas bagi mengantikan tempat Murugiah yang telah dipecat.

Katanya, mereka juga tidak bermasalah dan terbuka hati untuk menerima ahli yang telah keluar parti didakwa tertipu dengan Murugiah untuk kembali bersama dalam parti itu.

“Kita akan menerima mereka semula jika mereka ingin kembali dalam parti ini kecuali Murugiah.

“Kita juga tidak mahu selepas ini beliau dikaitkan dengan parti PPP dan jangan hadir dalam sebarang majlis atau program yang dianjurkan PPP,” katanya.

Kelmarin, Siasatan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) mendapati, Datuk M Kayveas masih Presiden parti PPP yang sah berdasarkan pemilihan majlis tertinggi parti itu bagi sesi 2005-2010 pada perhimpunan agung parti itu, 2 Oktober 2005.

Tiada ulasan: