14 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : Ktrngn Forensik Mengarut

Teori Dr. Khairul Azman Ibrahim iaitu Pakar Perunding Kanan, Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah pada prosiding inkues yang menyimpulkan Teoh Beng Hock bunuh diri jelas tidak mempunyai asas dan mengarut.

Kesimpulan yang dibuat oleh Khairul Azman tersebut tidak disokong dengan sebarang ujian dan pemeriksaan asas justeru ia tidak dapat dipertahankan, kata peguam Gobind Singh Deo, peguam kepada mendiang Teoh.

Menurut Khairul Azman, ada kemungkinan teoh telah memanjat tingkap lalu terjun, namun telah dipersoalkan oleh peguam Gobind untuk beliau tunjukkan bagaimana hal tersebut boleh dilakukan TANPA mengabaikan faktor akan wujud kesan genggaman di tingkap jika Teoh memanjat lalu terjun.

Khairul mengakui tidak menemui sebarang kesan di kawasan tingkap.

Sebelum daripadanya, Khairul mengemukan tiga teori sebab-sebab kematian Teoh.

"Pada pendapat saya terdapat tanda-tanda si mati bunuh diri. Pendapat ini boleh dibincangkan berdasarkan tidak ada kesan pergelutan yang jelas.

"Buktinya ialah tak ada kesan darah, barang pecah, barang berterabur di tempat tersebut dan juga pen yang terdapat pada baju masih berada di tempat poket tersebut.

"Dan juga hasil DNA, tidak terdapat kesan-kesan DNA yang sama dengan pegawai-pegawai SPRM. Dan, kesan kecederaan yang dialami tidak menunjukkan apa-apa pergelutan dan ia boleh diterangkan sabagai kesan yang dialami disebabkan oleh kesan jatuh," jelas beliau.

Kira-kira 10 minit sebelum itu beliau mengemukakan tiga kemungkinan mendiang mati iaitu jatuh dengan tidak sengaja, terjun sendiri atau ditolak.

Dr. Khairul yang menyambung keterangan pagi ini selepas 'berehat' dua hari berkata, "terdapat tiga cara kemungkinan si mati boleh mati."

Pertama Teoh mungkin terbunuh dengan jatuh secara tidak sengaja dan keduanya mungkin si mati terjun sendiri ataupun dengan perbuatan sendiri.

"Ketiganya ialah si mati mungkin dicampak atau ditolak," kata beliau.

Prosiding bermula hari ini dengan saksi ke-10, Pakar Perunding Kanan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Dr Khairul Azman Ibrahim menyambung keterangan dan telah ditangguhkan pada hari Isnin.

1 ulasan:

JimAlifSiin berkata...

..dengan adanya keterangan bagi kemungkinan yang ketiga, telah wujud satu keraguan bagi pihak terdakwa!

SPRM JAHANNAM!!!