14 Ogo 2009

Era Najib Altantuya : DSAI Bidas UMNO BN Perkuda Agensi Kerajaan

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah tindakan kerajaan UMNO Barisan Nasional menggunakan agensi polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam mendera pimpinan yang tidak mempunyai sebarang kesalahan.

“Kita juga rasa pimpinan UMNO dan Barisan Nasional menggunakan polis dan juga SPRM untuk mengancam dan mendera pimpinan termasuk juga yang tiada sabit atau kes sama sekali. Paling terakhir terhadap YB Anthony Loke didakwa menghina Islam padahal tidak ada perkataan yang boleh dipertanggungjawabkan pada hal itu," kata Datuk Seri Anwar.

“Kita boleh keluarkan puluhan kenyataan pimpinan UMNO yang menghina agama dan menghukum agama tidak pun disiasat dan cuba difitnah kepada pimpinan lain dan digunakan isu perkauman soal Cina soal kononnya kita, saya dan Tengku Saadi seolah menyokong DAP dan fahaman Cina dan sebagainya,” kata Anwar.

Terdahulu Anthony Loke dituduh atas dakwaan bahawa beliau telah memburukkan Kesultanan Perak dan menghina Islam sedangkan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang berbau hasutan atau menghina Islam.

Anwar turut mengatakan bahawa beliau percaya akhbar Utusan Malaysia akan mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya merupakan pengkhianat lagi kerana menyokong Anthony Loke. -TVA




Tiada ulasan: