20 Jul 2009

Tatkala Negara Bincangkan Isu kezaliman UMNO, Ketua Pemuda PAS Sibuk Dengan Wacananya

Tatkala negara sedang sibuk dengan isu kezaliman UMNO BN yang mengatur strategi untuk merampas kuasa di negeri-negeri Pakatan Rakyat menggunakan SPRM dan lain-lain agensi, Ketua Pemuda PAS pula sibuk dengan wacana ilmiahnya yang pernah diutarakan sebelum pilihanraya Manek Urai.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi di dalam satu berita yang disiarkan oleh MSTAR menyatakan beliau yakin pertemuan pertama wacana ilmiah dengan Pemuda Umno pusat dapat diadakan sebelum bulan Ramadan hujung Ogos ini.

Kata Nasrudin, sekurang-kurangnya pertemuan pertama dapat diadakan bulan depan.

"Ya, sebelum bulan puasa bermula," kata beliau ketika dihubungi di sini.

Sehubungan itu kata Nasrudin, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan mesyuarat selepas 26 Julai ini untuk membentuk jawatankuasa teknikal ke arah merealisasikan wacana membabitkan Pemuda PAS dan Umno.

Banyak pihak terkejut dengan sikap Ketua Pemuda PAS ini dan ia seolah-olah memberikan Pemuda UMNO satu talian hayat setelah UMNO sendiri menerima kritikan hebat dari rakyat ekoran kes kematian Teoh Beng Hock di bangunan SPRM kelmarin.

Hal ini mengingatkan kita akan hal yang serupa mengenai kenyataan Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dengan kenyataannya yang tersiar di dalam Berita Harian sehari sebelum pilihanraya Manek Urai berlansung dimana beliau telah menyatakan walaupun mungkin sukar untuk melaksanakan Kerajaan Perpaduan, beliau yakin matlamat untuk menyatukan Pas dan Umno boleh dicapai.

Kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin Parti, Tuan Ibrahim Tuan Mat yang sebelum ini mengeluarkan arahan keras menghalang ahli-ahli PAS berbicara mengenai Kerajaan Perpaduan nampaknya hanya sah kepada pihak yang menentang Kerajaan Perpaduan, tetapi sebaliknya memberikan ruang seluas-luasnya kepada pihak yang menyokong isu tersebut tanpa dikenakan apa-apa tindakan.

Tuan Ibrahim telah mengeluarkan arahan tersebut setelah tulisan YB Dr Dzulkefli Ahmad yang telah menjelaskan dari sudut ilmiah menjelaskan kenapa Kerajaan Perpaduan tersebut perlu ditentang tersiar di dalam Harakah yang kemudiannya telah dikeluarkan diatas arahan pihak atasan parti sehinggakan berpuluh ribu naskah Harakah terpaksa diulangcetak lantarannya.

Malah harakahdaily sendiri telah mengeluarkan dan mencedok tulisan-tulisan yang seolah-olah "bergembira" PAS menang tipis di Kelantan.


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ape le nasrudin ni......masuk umno le lagi bagus

wan afiq berkata...

Inilah penyakit yang melanda sesetengah pemimpin,jikalau diri ketua pemuda benar - benar ikhlas untuk membicarakan aspek perbincangan ilmiah, perkukuhkan la dahulu kesepakatan antara 3 pemuda di dalam pakatan rakyat..itu pun belum terlaksana,

masih banyak perkara yang boleh di bincangkan bersama dalam usaha menangkis serangan umno/bn seperti biro yg memantau aspek keseragaman komunikasi/media cetak/aspek tarbiyah modal insan dikalangan ahli/sudut memperkukuhkan simpanan kewangan parti masing2/bentuk2 kebajikan rakyat

apa yang dihajati oleh ketua pemuda sebenarnya x lebih daripada gila publisiti

sb dehlawi berkata...

Kepada Nasruddin Tantawi, Ketua Pemuda Pas. bagi aku dia ni sememangnya tidak pandai berpolitik kerana tidak tahu mengagak masa yg sesuai untuk berwacana dengan umno bN. Ketika seluruh kompenen PR sedang berkonfik dengan BN berubung kmatian Teoh, Tantawi mempromosikan diri dengan wacananya supaya sekali lagi mendapat liputan meluas akhbar yg sudah hilang arus perdana seperti pernah dirasakan oleh Nasha ketika cuba mempromosi kerajaan perpaduan. Pada masa sama, Pihak kerajan yg begitu tertekan dengan isu kematian teoh kini empunya point untuk meredakan tekanan dengan membesarkan isu wacana yg dibawa tantawi. Kita tidak tahu sejauh mana kejujuran atawi untuk berwacana tetapi kita tahu bahawa Umno akan menjadikan isu ini untuk meretakkan lagi hubungan PR dengan memainkan isu-isu perdamaian melayu islam, kerajaan peraduan atau sewaktu dengannya. Ingat Tantawi kkuatan Pas teletak di atas batu jemalang pemimpin Pas seperti kamu. jika kamu suka lihat pas berterusan berpecah maka teruskan agenda yg sudah semestinya akan dimanipulasikan oleh umno untuk menyambung zuriatnya di malaysia..fikir2kanla tantawi.

zakwan berkata...

Boleh tapi jangan pemuda PAS sahaja
Jemputlah AMK dan DAPSY menyertai wacana ilmiah dgn pemuda UMNO

Dalam wacana ini,harap Nasaruddin bertanya pd Khairy atau Razali Ibrahim bahawa adakah UMNO sanggup membawa reforms kpd institusi2 negara spt SPRM,PDRM dan SPR?
Adakah kerajaan pimpinan UMNO sanggup mengambil langkah2 drastik demi memulihkan kewibawaan badan2 tersebut dgn memecat Musa Hassan,Ahmad Said Hamdan,Gani Patail dan lain2 lagi utk memulihkan keyakinan rakyat terhadap UMNO?

Unknown berkata...

Adakah kerajaan pimpinan UMNO sanggup mengambil langkah2 drastik demi memulihkan kewibawaan badan2 tersebut dgn memecat Musa Hassan,Ahmad Said Hamdan,Gani Patail dan lain2 lagi utk memulihkan keyakinan rakyat terhadap UMNO?

...Jangan lah selalu bermimpi di siang hari....

Tanpa Nama berkata...

muka dia pun nak macam Nakhaie, masuk umno sudah lah...