3 Jul 2009

Sepatutnya Tumpuan Kita Ialah Manek Urai....

Aku sebenarnya dah malas sampai tahap gaban dah. Tah apa nak jadi politik Malaysia ni, tak faham aku. Dah rasa tak larat nak ikut. Aku dah sampai malas nak fikir.

Patutnya sehari dua ni banyak benda boleh aku ulas, boleh aku tulis kat sini. Terlalu banyak sebenarnya, atau lebih tepat lagi terlampau banyak.

Tambah pulak hari ni, dengan isu babi di kedah, isu Cikgu Bad 'putus' hubungan dengan DPP, isu wacana dah jadi kerjasama, isu bubar DUN Perak pun riuh jugak.

Patutnya masa ni semua kepala dok tumpu kat Manik Urai, PRK Manik Urai memang la tak berapa penting untuk politik Malaysia. Apa pun keputusannya Kelantan tetap akan PAS Perintah. Cumanya sapa yang kalah akan dapat malu.

Kalau PAS kalah dah tentu-tentu kena kutuk dengan Umno dan penyokong Pakatan Rakyat pun akan ada jugak yang kalau tak belasah berdepan pun tapi perli-perli mesti ada punya.

Kalau Umno yang kalah, itu biasa, habih-habih pun riuh la sehari dua. Lepas tu senyap la balik, kalau nak riuh balik pun tunggu ada PRK pulak. Aku rasa akan ada lagi PRK lepas ni, mungkin banyak lagi kut sebelum sampai PRU 13.

PRK Manik Urai pun aku tak tau lagi boleh pi ka dak. Patutnya aku dah ada kat sana, tapi apa boleh buat, keadaan belum mengizinkan dan besar kemungkinan jugak.

Balik pada cerita politik semenjak dua menjak ni, aku malas dah nak layan sebenarnya, lagi baik aku 'layan' kerja yang banyak tertangguh, yang tak siap laig, yang patutnya siap semalam-semalam.

Mungkin lepas ni aku dah malas nak ulas dah isu-isu politik ni kut. Aku rasa aku nak main copy & paste aja laa. Tak larat nak 'buang' masa buat ulasan, kecuali kalau ada isu-isu yang menarik minat aku nak 'layan'. -cenangau


3 ulasan:

Budiman berkata...

Siapa saja yang menang atau memerintah, jadikanlah rakyat sebagai top priority. Kita semua tahu hal ini. Kami sudah bosan dengan berita2 hot news politik yang langsung tidak menguntungkan rakyat. Semoga yang terbaik untuk kita. Amin..

tok iskandar berkata...

tok nak sentuh sikit tentang apa kebendanya wacana yang dipromosikan pemuda PAS kepada pemuda UMNO.pada hemat tok,eloklah direntikan dan fokuskan kepada PRK Manek Urai.Ada jugak faedahnya daripada menimbulkan kekeliruan pada jemaah parti.media totok umno bazir masa je korang salahkan pasal korang sendiri tahu keja media totok umno ni.macam citer P Ramlee dalam 3 Abdul.Sorang tu penyangak sorang lagi penyamun.dah kena dah penyamun jual penyangak.tok tak kata pemuda PAS penyangak..ini tok ambik contoh dalam citer P Ramlee.

Lain kali buat lah keja yang menampakkan kebijaksanaan korang dan kesian tok tengok TG Nik Aziz yang bermati-matian menolak kerajaan perpaduan @ UG.Lepas ni berentilah citer pasal kerajaan perpaduan@UG atau wacana ilmiah.tumpukanlah dulu kepada prk manek urai.

hari ni kecoh pemuda umno melaka serang pemuda PAS dan DAP pasal bukak kaunter pendaftaran ahli di pasar malam.ini tindakan tak cerdik pemuda umno dan nampak sangat tak kreatif.kenapa korang tak bukak kaunter pendaftaran kat shopping complex ke,arkib mara ke...ada gak faedahnya daripada serang pemuda PAS dan DAp kat pasar malam.

ada lagi ke mereka yang cerdik dalam pemuda UMNO sekarang.spesis macam ni Pemuda PAS nak buat wacana ilmiah...bazir masa adalah.

kat negara kita bukan fenomena babi semakin gempak.bukan setakan selsema babi,siap kandangnya sekali jadi sajian media totok umno.patutnya selsema babi jadi okus utama mereka.kandang babi tu dari zaman kerajaan BN x ada permit.tok heran kenapa x mintak permit pulak.tok tak nak komen lebih pasal bab makanan ni perut masing-masing.cuma jangan menyusahkan orang lain.boleh bincang secara bijaksana.bagi umat islam babi tu haram tapi bagi bukan islam itu makanan mereka dan ada yang dah jadi makanan ruji mereka.macam tok kata tadi berbincanglah secara berhemah.dulu DAP Kedah pernah persoal tindakan kerajaan PAS Kedah laksana polisi kuota 50% untuk bumiputera dalam sektor perumahan.siap komen dalam media totok umno lagi.cubalah hormat-menghormati sesama rakan komponen.masa kerajaan negeri pulau pinang yang diterajui GERAKAN buat banyak kondo sampai orang melayu kena pindah dan keluar dari Pulau,DAP tak bising pulak.kita tahukan siapa yang mampu beli kondo.berapa kerat sangat melayu yang mampu beli kondo.Masa PRU yang lepas DAP pernah berebut kerusi dengan PKR dalam parlimen pokok sena.tak salah tok kerusi Dun Derga.pasal tak ada kompromi,DAP dan PKR letak calon masing-masing bertanding dan akhirnya calon GERAKAN menang tipis.jika dicampur kedua-dua undi mereka,PR akan dapat satu kerusi Dun lagi.nasib baik Mahfuz Omar menang sebagai MP Pokok Sena.

Kadang-kadang kita kalah kat BN kerana kurang cerdik serta bodoh sombong.Jika inilah yang berlaku,BN akan memerintah negara ini 50 tahun lagi....percayalah.Kenapa?tak percaya.....

sb dehlawi berkata...

Saya setuju... lebih2 lagi puak penjilat UG dan puak baju biru menyamar ahli pas. Mereka banyak guna emosi daripada fakta untuk berdepat