24 Mei 2009

Nizar Zambry : UMNO BN Tidak Akan Bubarkan DUN

Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak akan dibubarkan pada masa terdekat kerana Barisan Nasional (BN) takut berhadapan dengan rakyat dalam pilihan raya.

Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya berkata, mustahil BN memilih jalan penyelesaian dengan membubarkan DUN Perak untuk mengadakan pilihan raya kerana mereka sendiri berasa tidak yakin untuk menang.

“Saya percaya majoriti pemimpin BN mempunyai pendapat sama iaitu tiada jalan keluar dalam menyelesaikan isu Perak selain pembubaran DUN.

“Namun, Presiden BN, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan memilih jalan tidak menguntungkan parti kerana gejala simptom takut menghadapi pilihan raya dan rakyat masih menghantui BN,” katanya semalam.

Menurutnya, keengganan BN meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti jelas menunjukkan mereka 'trauma' dengan kekalahan.

“Mereka telah mengambil jalan mengaku kalah sebelum bertanding, inikan pula menghadapi pilihan raya di seluruh Perak. Tetapi jika BN inginkan masalah kemelut ini selesai, inilah jalan paling sesuai," katanya.

Menurutnya, tanpa pembubaran DUN, kemelut Perak tidak akan berjaya diselesaikan jika tidak mengembalikan kuasa kepada rakyat kerana penyelesaian melalui mahkamah dilihat semakin menambahkan lagi konflik.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang BN penakut

Tanpa Nama berkata...

wai koya,shut up la you.I can't understand why anwar ibrahim got no other people ka to be the ket penerangan.Thian still the best.....Anwar thought all lawyers can be a gud leader,pooorrah...

Abah berkata...

Anonymous said...

wai koya,shut up la you.I can't understand why anwar ibrahim got no other people ka to be the ket penerangan.Thian still the best.....Anwar thought all lawyers can be a gud leader,pooorrah...


Ini komen yang tidak komen membina malah menjatuhkan. Sepatutnya beri lah komen yang sesuai atau membina. Sekurangnya beri cadangan siapa yang layak, sebagai Ketua Penerangan.

Saya kira DSAI sudah mengambilkira siapa yang palaing layak sebagai Ketua penerangan tsb. Ini tidak bukan dan tidak lain dari Pn Latifah Koya.

Anda siapa?

FikirBulat berkata...

biar la abah oi..dh nama pun anonymous..heran,kebanyakan (x semua tp ramai) pelawat aaaaameNOOO akan gunakan profile anonymous..ngape ek?klu blog2 depa,kebanyakannya (x semua tp bnyk) xkn bg gunakan anonymous..ade yg siap kena daftar members dl br leh komen..kecilnya hati depa..hehe..