16 Sep 2013

Dr. Mahathir Kata Umno Mengidap “Sakit Tua Dan Bakal Mati”


Menjelang pemilihan Umno hujung tahun ini, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati parti Melayu itu agar melantik pemimpin muda kerana ia (UMNO) sedang menghidap "sakit tua" dan bakal "mati".

"Ini naluri manusia. Lambat-laun manusia akan menemui ajalnya," kata Dr Mahathir.

Beliau yang pernah berkhidmat selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri menegaskan hanya dengan pemimpin muda, Umno akan dapat meneruskan legasi mereka memerintah negara ini.

"Pembaharuan umat manusia ialah melalui zuriat. Anak kita, cucu kita, cicit kita akan kekalkan kita secara tidak langsung di dunia, akan sedikit sebanyak meneruskan sumbangan kita yang terdahulu," katanya dipetik dari akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Meskipun jelas Dr Mahathir, beliau cuba untuk menyedarkan Umno berhubung perkara itu, ada pihak yang memandang serong terhadapnya, malah menuduh beliau mempunyai agenda tersendiri.

"Malangnya ada pihak yang berpendapat tulisan saya mempunyai agenda tertentu, kononnya kerana saya ingin kekalkan kepimpinan saya melalui anak saya.

"Jika saya ingin tolong anak saya, sepatutnya saya berusaha semasa saya jadi Perdana Menteri," kata bekas Presiden Umno itu lagi.

Tegasnya, hanya jika Umno diperbaharui oleh generasi muda barulah parti Melayu itu dapat meneruskan perjuangan-perjuangan yang diamanahkan kepada Umno.

"Ahli Umno mestilah ditambah melalui kemasukan generasi muda yang bersemangat kebangsaan... demikian juga dengan kepimpinan Umno di semua peringkat, terutama di peringkat pusat, di dalam Majlis Tertinggi.

"Ahli-ahli badan ini mestilah terdiri sebahagiannya daripada yang muda," katanya.

Umno dahulu kata Dr Mahathir sentiasa bersemangat dan bercita-cita besar demi bangsa termasuk menewaskan Malayan Union kerana pemimpin mereka kebanyakannya adalah golongan muda.

"Saya masih ingat mereka yang menjadi pengasas Umno, mereka muda-muda belaka. Purata usia mereka belum pun setengah abad. Ramai yang hanya dalam lingkungan tiga puluhan. Mereka memiliki kecergasan minda orang muda, bersemangat, memiliki cita-cita besar untuk bangsa mereka.

"Dan Umno pun bertenaga, aktif kerana mudanya pemimpin dan ini memberi harapan kepada bangsa Melayu," katanya.

Pemimpin Umno sekarang bagaimanapun tegas Dr Mahathir masih enggan berundur meskipun sudah berusia, malah sanggup merasuah demi terus kekal sebagai pemimpin.

"Masa mereka sudah terlanjut... sumbangan mereka semakin merosot. Ya, menjadi pemimpin memang sedap. Segala kemudahan dapat dinikmati.

"Lagi pun sedap sungguh kerusi yang diduduki. Memuaskan sungguh kuasa yang dimiliki. Kenapakah pemimpin perlu undur, tarik diri," katanya.

Tetapi Dr Mahathir mengingatkan agar pemimpin-pemimpin ini harus sedar akan pentingnya mereka tidak melampaui masa mereka.

"Lambat-laun orang akan berasa bosan, bahkan naik meluat akan pemimpin yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman tetapi masih tidak terima kebenaran," tegasnya.

Malangnya kata Dr Mahathir, ramai yang begitu mudah tergoda dengan sogokan wang.

"Tak banyak... RM200 pun boleh mengalih pemikiran sesetengah ahli Umno. Mereka bukan menjual undi. Sebenarnya mereka menjual bangsa, menjual maruah diri mereka," tegasnya.

Beliau juga menyeru agar amalan berkenaan dihentikan kerana apabila pemimpin yang dipilih adalah perasuah, mereka tidak akan teragak-agak menjual bangsa.

"Ingatlah negara kita dahulu lebih besar tetapi kerana duit ia sudah jadi kecil. Ia akan jadi lebih kecil lagi jika perasuah memimpin negara ini.

Orang Melayu yang menjadi tunjang perjuangan Umno tegas Dr Mahathir juga turut tidak mempercayai Umno, dan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO).

"Jika mereka mempunyai banyak pilihan, Umno sudah kalah Pilihan Raya Umum ke-13," kata Dr Mahathir.

Justeru, Dr Mahathir menyeru agar pemimpin-pemimpin berkenaan mengetepikan kepentingan diri, dan memberikan peluang kepada generasi muda.

"Berilah tempat kepada yang muda. Terimalah mereka ke dalam parti. Pilihlah mereka dan tolaklah yang sudah tua.

"Hanya dengan cara ini sahaja barulah perjuangan Umno untuk bangsa, agama dan tanah air dapat diteruskan," katanya. -TMI

[VIDEO] Suspek Sudah Bagitahu Dia Nak Bunuh Orang


Dia pernah kata nak bunuh orang', kata ipar

Lans Koperal Fadzly Omar, 29, yang menembak mati isteri dan bapa mentuanya sebelum menembak dirinya sendiri pernah menyatakan dia akan menembak seseorang sambil menunjukkan pistol dipinggangnya.

Perkara itu diberitahu abang iparnya Ezam Abdul Kadir, 34, ketika mereka bersembang pada hari raya bulan lalu.

Ezam memberitahu pemberita pada mulanya beliau menganggap perkara itu sebagai gurauan adik iparnya itu tanpa mengesyaki apa-apa.

"Saya fikir dia mahu menembak penjenayah atau peragut. Saya tidak sangka dia benar-benar melakukan perkara itu," katanya di rumah mayat hospital di sini.

Dalam kejadian antara pukul 7 hingga 7.15 malam tadi itu, suspek bertindak menembak bapa mentuanya Abd Kadir Md Arif, 66, di rumah bapa mentuanya di Jalan Sialang, Padang Lerek 1 di sini sebelum menembak dirinya sendiri.

Sebelum itu suspek dengan menggunakan Revolver .38 menembak isterinya Norakmal Abdul Kadir, 28, di Pondok Polis Felda Chemplak, Labis, Segamat sebelum memandu kereta dengan membawa anak lelakinya yang berumur dua tahun ke rumah bapa mentua yang terletak kira-kira 90 kilometer dari situ.

Ezam berkata sebaik tiba di rumah bapa mentuanya, adik iparnya itu lalu masuk ke dalam rumah dan meminta beliau dan adik perempuannya Norzafira, 26 keluar dan meninggalkan dia bersama bapanya di ruang tamu.

"Sewaktu saya di dapur dan baru hendak menyuap kuih ke dalam mulut, saya terdengar bunyi letupan seperti bunyi mercun. Saya menjenguk ke luar tingkap dan saya dapati tiada sesiapa pun yang bermain mercun.

"Saya rasa tidak sedap hati dan terus keluar dari dapur dan masuk ke ruang tamu dan ternampak ayah dan adik ipar saya terlentang berlumuran darah," katanya.

Beliau berkata bapanya yang masih bernafas segera dikejarkan ke hospital oleh orang ramai dan meninggal sebaik tiba sementara adik iparnya itu mati di tempat kejadian.

Ezam mengakui hubungan antara suspek dengan isteri suspek agak dingin sejak kebelakangan ini kerana si isteri dikatakan tidak tinggal bersama suspek di Pondok Polis Felda Chemplak, Labis.

"Adik saya akan pergi tinggal bersama pada setiap petang Jumaat selepas habis kerja dan pulang ke Tangkak pada petang Ahad. Petang Jumaat lalu, dia seperti biasa pergi menemui suaminya di Labis bersama anak lelakinya dan arwah ada meminta saya tinggalkan wang RM10 untuk bekalan ke sana. Itulah kali terkahir saya jumpa arwah," katanya.

Sementara itu ibu mentua suspek Rogayah Alip, 62, berkata menantunya itu seorang yang pendiam dan jarang bercampur dengan anggota keluarga mereka.

Beliau berkata semasa kejadian, beliau baru tiba di rumah setelah keluar membeli barang keperluan dapur bersama salah seorang anak lelakinya Mohamad Syarazi, 25.

"Sebaik keluar dari kereta, makcik terdengar bunyi dua kali letupan. Ingatkan bunyi mercun tetapi makcik terkejut apabila anak perempuan makcik Norzafira yang sedang bermain dengan anak lelaki arwah menjerit apabila ternampak ayah dan abang iparnya terbaring dengan berlumuran darah di dalam rumah," katanya.

Jenazah Norakmal dan Abdul Kadir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Gontang, Tangkak selepas waktu maghrib manakala jenazah Fadzly dibawa pulang ke Felda Palong 3, Negeri Sembilan. - Bernama


Menteri Gila Publisiti, Lampu Isyarat Pun Nak Dirasmikannya

Ini yang dikatakan mencari publisiti murahan sehinggakan lampu isyarat pun perlu dirasmikan.

Belum lagi kita persoalkan tentang "kos" perasmiannya.

Sungguh menjelekkan. Rasanya di negara-negara yang mundur dari Malaysia pun, seperti di Papua atau di negara-negara Afrika Selatan, tidak ada menteri mereka melakukan perasmian untuk lampu syarat. Hanya di Malaysia!

ISU TAHALUF SIYASI: Haram Untuk Menentang Keputusan Muktamar


Kaji semula hubungan dengan PKR, cadang ulama PAS

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib mencadangkan agar parti Islam itu mengkaji balik tahaluf siasi (kerjasama politik) yang dibuatnya dengan PKR.

"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Harun.

Cadangan itu dikemukakan beliau melalui ucaptama kepada Multaqa Ulama Semalaysia yang diadakan di Kota Sarang Semut, Alor Setar kelmarin.

Hampir 1,000 pemimpin PAS di kalangan ulama menyertai perhimpunan yang diadakan menjelang muktamar PAS ke 59 22 November depan di Shah Alam, Selangor.

Sebelum ini, tiga muktamar PAS berturut-turut meluluskan usul agar hubungan dalam Pakatan Rakyat diperkukuhkan.

Dalam pilihan raya lalu PAS menang 21 kerusi Parlimen dan hilang kerajaan negeri Kedah berbanding PRU-12 menang 23 kerusi Parlimen dan menang di Kedah.

Bagi melaksanakan kajian ini Harun dalam kertasnya itu mencadangkan agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu ekoran tahaluf siasi dengan PKR.

"Pertukaran, perebutan dan penyerahan kerusi potensi PAS kepada PKR juga antara faktor yang perlu dikaji kembali dan ia antara faktor utama yang perlu diberi perhatian," kata Harun. -TMI


Resolusi Multaqa Ulama usaha perkukuhkan PR


KOTA BHARU: Cadangan Multaqa Ulama Se-Malaysia yang mahu tahaluf siyasi bersama PKR disemak semula disifat sebagai usaha memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR).

Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, keputusan itu dianggap sebagai satu strategi bagi mewujudkan gabungan yang lebih kuat.

Veteran PAS, Subky Latiff pula menyifatkan tahaluf siyasi PAS bersama parti-parti lain bermula pada 1959, apabila PAS bekerjasama dengan Parti Negara.

“Kemudian pada 1982 PAS bersama Barisan Nasional dalam kerajaan campuran. Oleh itu tahaluf siyasi sebenarnya bukan perkara baru.

“Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah memperkukuhkan kepemimpinan ulama,” katanya pada wacana anjuran Ilham Centre di Bazar Tengku Anis malam tadi.

Resolusi Multaqa Ulama di Alor Setar semalam mencadangkan lapan perkara termasuk tahaluf siyasi bersama PKR disemak semula Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat bagi menjaga maslahah syariah.

Bekas Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohamad Hussin juga mahu Majlis Syura Ulamak berperanan lebih berkesan bagi membantu presiden membuat sesuatu keputusan.

Katanya, Dewan Ulamak perlu meneliti semula perlembagaan parti bagi melihat kembali peranan mereka.

“Wajar sekali PAS mengadakan semula seminar membincangkan perlembagaan parti untuk membolehkan semua pihak berperanan dalam ruang lingkup ditetapkan,” katanya pada wacana tersebut.

Wacana terbabit mengupas isu “PAS Era Ulama: Impian dan Kenyataan” menampilkan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zaiyadi Awang Noh bertindak sebagai moderator.

Tajuk tersebut diubahsuai daripada tajuk tesis PhD, Dr Kamarulzaman Yusoff. Hadir sama pelajar PhD di UKM, Mustapha Ahmad dan pengarah program Zahari Sidek.

Resolusi Multaqa Ulamak di Kedah mengundangkan reaksi berbeza terutamanya anak-anak muda yang hadir pada wacana berkenaan.

Subky juga berkata, Dewan Ulamak tidak boleh menyalahkan pihak lain sekiranya ada masalah dalam pengurusan dewan berkenaan.

Kata Khalid pula, ulama sudah mendapat kedudukan tinggi dalam parti dengan mendominasi Dewan Ulamak dan Majlis Syura Ulamak.


ULASAN GB

GB menerima banyak email dan mesej yang meminta GB mengulas isu penyemakan semula tahaluf siyasi seperti yang disarankan oleh Ketua Dewan Ulamak, Datuk Harun Taib seperti yang dilaporkan oleh media-media tempatan (dan juga merupakan salah satu resolusi Multaqa Ulamak PAS) disamping kenyataan Ketua Dewan Pemuda yang dibuat melalui laman sosialnya.

Sebenarnya sungguh mengejutkan apabila wujud suara yang meminta supaya tahaluf siyasi PAS-PKR disemaksemula sedangkan sudah diputuskan oleh tiga muktamar PAS yang berturut-turut agar hubungan dalam Pakatan Rakyat diperkukuhkan.

Maka adalah TIDAK WAJAR untuk mana-mana pihak, walaupun paling tinggi macam mana sekalipun taraf ulamaknya di dalam parti boleh membelakangkan keputusan yang telah dibuat oleh MUKTAMAR.

KEPUTUSAN MUKTAMAR adalah supreme (paling tinggi) dan hanya boleh dibatalkan jika keputusan itu didapati bercanggah dengan DASAR parti dan itu pun perlu dirujuk kepada Majlis Syura PAS yang merupakan badan tertinggi parti.

Jika di dalam soal asas berorganisasi dan berjemaah sebegini pun sudah tidak dapat difahami dan dipatuhi, apatah lagi oleh dewan-dewan yang dipenuhi oleh para ulamak, ia adalah sesuatu yang amat menyedihkan.

Seorang ahli PAS samada ulamak atau pun bukan ulamak perlu faham akan KEWAJIPAN untuk menghormati keputusan muktamar sekalipun keputusan itu berkemungkinan tidak disukai dan bukankah haram hukumnya untuk mengambil keputusan yang bertentangan dengan keputusan muktamar? Jika tidak apa gunanya bermuktamar?

Takkan di dalam yang paling basic sebegini pun para ulamak PAS tidak faham? Resolusi yang dikeluarkan sungguh memalukan status mereka sebagai ulamak dan jangan terperanjat lebih ramai nanti yang tidak menghormati ulamak PAS kerana tidak faham tatacara berorganisasi.

Jawapan daripada dua orang pemimpin tertinggi parti, iaitu Mursyidul Am dan Presiden agak melegakan dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak.

Perlu dijelaskan bahawa penyertaaan PAS melalui Tahaluf Siyasi di dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja. Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum 2008.

Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh Umno. Umno bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka.

Senjata Umno ialah perkauman, lambang Umno ialah keris tidak bersarung, politik Umno ialah politik samseng jalanan, sampai bila-bila non-Muslim tidak akan melihat keindahan Islam melalui cermin mata politik Umno yang penuh dengan habuk kebangsaan.

Di dalam Pakatan Rakyat, pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS tidak pernah ditentang. Pemimpin-pemimpin DAP khususnya seringkali datang ke pejabat saya berbincang sentiasa tentang nilai-nilai Islam. Ada yang datang mengungkapkan istilah-istilah perundangan syarak yang kadang-kadang pemimpin Umno sendiri pun barangkali tidak pernah bersua dengan istilah sebegini.

PAS wajib melangkah ke hadapan. Pengalaman sebagai gerakan Islam yang telah berusia lebih setengah abad wajar mengajar PAS bahawa untuk terus relevan di pentas politik negara, PAS wajib memahami suasana politik. Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat, jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang kita sendiri cipta. PAS membawa nama Islam di dalam perjuangannya, maka wajiblah ke atas PAS untuk mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat Malaysia.
- TG Nik Aziz


PAS tetap bersama dalam Pakatan Rakyat

ALOR SETAR: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS tidak melihat sebarang kemungkinaan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat, sebaliknya mahu memperkuatkan lagi pakatan politik tersebut.

Presiden PAS itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita pada sidang media selepas majlis penutupan Multaqa Ulamak Se-Malaysia di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut dekat sini semalam.

Mengulas resolusi multaqa yang mencadangkan supaya tahaaluf siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat disemak semula, beliau berkata sehingga kini PAS tetap bersama-sama dalam Pakatan Rakyat.

"Semua urusan termasuk penyusunan ahli-ahli parlimen seperti yang kita setuju dengan apa yang ada pada hari ini dan juga penyertaan dalam parlimen dan dewan undangan negeri, kita masih tetap bersama.

"Insya Allah itulah yang ada dalam amalan poltik Islam. PAS paling berpengalaman sejak 1951,”
ujarnya.

Tegasnya, PAS bertahaluf menuntut kemerdekaaan walau berbeza pandangan dengan Umno dan kemudiannya PAS menjadi pembangkang.

Katanya, PAS juga pernah masuk menjadi kerajaan pada tahun 1970 dan PAS terlibat dalam penubuhan Barisan Nasional pada tahun 1974.

“Tahun 1978 kita dikeluarkan kerana krisis di Kelantan, bila kerajaan campurtangan dengan membuat darurat macam di Mesir sekarang, mereka ambil alih kerajaan.

“Kita ambil balik pada tahun 1990 bila kita bersama Semangat 46 pula,"jelasnya.
-HD

Ikhwanul Muslimin: Kami Tidak Akan Menyerah Kalah


Presiden sementara Mesir Adly Mansour melanjutkan tempoh darurat kepada dua bulan lagi susulan keganasan berterusan di Kaherah.

Sebelum ini, arahan darurat tamat pada Ogos lalu namun ia dilanjutkan berikutan ribuan rakyat Mesir dan penyokong Presiden digulingkan Mohamed Mursi masih meneruskan perarakan di jalan-jalan utama sekitar bandar bagi mendesak pembebasan pemimpin itu sekali gus mengutuk rampasan kuasa tentera.

“Tempoh darurat dilanjutkan dua bulan. Kami beri amaran, tentera dan polis tidak berkompromi dengan mana-mana individu melanggar perintah ini,” katanya menerusi stesen televisyen tempatan Press TV.

Sementara itu, selepas solat Jumaat semalam, ribuan rakyat Mesir menyertai perarakan mega di Madinah Sidi Salim, Wilayah Kafr Asy Syeikh dan Syubra Al Kheymah serta di hadapan masjid Al Fath, Zagazig.

Perarakan sama turut dilakukan di hadapan Masjid Al Hamd, Tajammu’ sebelum menuju ke Masjid Salam, Madinah Nasr bagi menuntut kerajaan sementara membebaskan tahanan serta mengencam kemerosotan ekonomi dan penutupan masjid sekitar Kaherah.

Sementara itu seorang maut dan enam cedera ketika pertempuran antara pihak keselamatan dan penyokong Presiden digulingkan Mohamed Mursi, semalam.

Dipetik laporan Press TV, pertempuran tercetus selepas ribuan rakyat Mesir dan pergerakan Ikhwan Muslimin (IM) mengadakan demonstrasi di seluruh negara selepas solat Jumaat sebagai mengutuk tindakan rampasan kuasa oleh tentera sejak 13 Julai lalu.

Jurucakap IM, Essam el- Erian yang berhadapan tuduhan menghasut keganasan dan pembunuhan, nekad meneruskan demonstrasi sehingga Mursi dan ahli IM dibebaskan.

“Kami tidak akan menyerah kalah kepada mereka yang bercakap dengan ‘bahasa peluru’. Ini hak kami untuk bersuara, kami tidak gentar dengan mereka,” katanya.

15 Sep 2013

Ingatan TGNA: Jangan Bagi Pelampung Kepada UMNO Yang Sedang Kelemasan!


Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini 15 September 2013 yang memuatkan tajuk besar PAKATAN RUGIKAN PAS? dengan memetik ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang dikatakan meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula Tahaluf Siyasi (Persefahaman Politik) dalam Pakatan Rakyat.

Saya tidak menghadiri Multaqa Ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut semalam sekalipun saya benar-benar berhasrat untuk hadir. Keuzuran dan situasi kesihatan menghalang saya untuk hadir ke program yang saya sifatkan sangat bermakna itu. Justeru, saya tidak mendengar sendiri ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat seperti yang dilaporkan oleh akhbar. Berkemungkinan ia hanya ulasan akhbar dan bukannya ucapan sebenar beliau ataupun sememangnya dipetik dari ucapan beliau, wallahulam.

Walau bagaimanapun, suka untuk saya memberikan respon terhadap tajuk yang digunakan di muka hadapan Sinar Harian iaitu PAKATAN RUGIKAN PAS? Perlu dijelaskan bahawa penyertaaan PAS melalui Tahaluf Siyasi di dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja. Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum 2008.

Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh UMNO. UMNO bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka.

Senjata UMNO ialah perkauman, lambang UMNO ialah keris tidak bersarung, politik UMNO ialah politik samseng jalanan, sampai bila-bila non Muslim tidak akan melihat keindahan Islam melalui cermin mata politik UMNO yang penuh dengan habuk kebangsaan.

Di dalam Pakatan Rakyat, pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS tidak pernah ditentang. Pemimpin-pemimpin DAP khususnya seringkali datang ke pejabat saya berbincang sentiasa tentang nilai-nilai Islam. Ada yang datang mengungkapkan istilah-istilah perundangan syarak yang kadang-kadang pemimpin UMNO sendiri pun barangkali tidak pernah bersua dengan istilah sebegini.

PAS wajib melangkah ke hadapan. Pengalaman sebagai gerakan Islam yang telah berusia lebih setengah abad wajar mengajar PAS bahawa untuk terus relevan di pentas politik negara, PAS wajib memahami suasana politik. Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat, jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang kita sendiri cipta. PAS membawa nama Islam di dalam perjuangannya, maka wajiblah ke atas PAS untuk mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat Malaysia.

Saya mendegar pengalaman Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang baru pulang dari lawatan kerja di Johannesburg, Afrika Selatan. Katanya di sana zakat turut diberikan oleh orang Islam kepada bukan Islam. Di Malaysia, di bawah asnaf muallaf, hanya orang yang baru memeluk agama Islam menerima zakat. Sedangkan muallaf juga boleh jadi seorang non muslim yang hampir lembut hatinya untuk memeluk Islam dan juga seorang non muslim yang sangat tegar memusuhi Islam namun jika diberikan zakat, permusuhannya itu kendur.

Ini sebagai contoh bagaimana ada aspek pengamalan Islam secara praktikal di Malaysia masih belum tepat dengan wajahnya yang sebenar. Inilah yang perlu dibaiki dan PAS wajib memainkan peranan. Saya yakin, jika Islam difahami dengan baik tanpa gangguan daripada pihak-pihak yang berkepentingan, ia akan diterima dengan mudah tanpa sebarang syak wasangka oleh rakan-rakan daripada non Muslim.

Di sinilah letaknya misi sebenar PAS di dalam Pakatan Rakyat. Benar, kita ingin memburu kemenangan di dalam pilihanraya, tetapi juga perlu diingat PAS sebagai gerakan Islam juga memikul tanggungjawab dakwah yang besar di pentas politik. Justeru, keberadaan PAS di dalam Pakatan Rakyat sekali-kali bukan merupakan langkah yang silap, bahkan ia merupakan langkah yang sangat tepat dengan realiti politik negara.

Tahniah kepada para ulama yang bermultaqa semalam. Harapan saya agar ia dapat menguatkan iltizam kita semua di dalam memperkukuhkan PAS sebagai parti politik yang berdasarkan Islam. Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang. Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan.

Sekian.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS.
Bertarikh : 9 Zulkaedah 1434H bersamaan 15 September 2013M

[BERGAMBAR] Polis Tembak Diri Sendiri Selepas Tembak Isteri & Bapa Mertua


Ledang - Seorang anggota polis berpangkat lans koperal menembak mati isteri dan bapa mertuanya sebelum menembak diri sendiri dalam kejadian di Felda Chempelak, Labis dan di Kampung Padang Lerek 1, di sini malam tadi.

Isteri suspek berusia 26 tahun itu merupakan seorang kerani sekolah di Bandar Tangkak di sini manakala bapanya seorang imam di Kampung Padang Lerek 1, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam, anggota polis itu dikatakan terlebih dahulu menembak isterinya di kuarters Pondok Polis Felda Chempelak di Labis, Segamat sebelum pergi ke rumah bapa mertuanya di Kampung Padang Lerek 1 yang terletak hampir 90 kilometer.

Suspek, 28 tahun, dikatakan mencari ibu mertua tetapi gagal dan terserempak dengan bapa mertuanya yang ketika itu sedang bersiap-siap hendak ke masjid lalu menembaknya.

Suspek kemudian bertindak menembak diri sendiri dan rebah serta meninggal dunia di rumah bapa mertua, manakala bapa mertua yang cedera parah akibat terkena tembakan dikejarkan ke Hospital Daerah di sini tetapi disahkan meninggal dunia pada kira-kira pukul 8.15 malam.

Sementara itu seorang jiran mangsa, yang enggan dikenali, berkata beliau terkejut apabila terdengar bunyi letupan dan salah seorang anak lelaki mangsa tiba-tiba datang ke rumahnya memberitahu ayahnya ditembak oleh suspek yang juga abang iparnya.

"Saya amat terkejut dan memberanikan diri untuk melihat ke dalam rumah mangsa dan apabila masuk, saya lihat dua tubuh terbaring di ruang tamu berlumuran darah.

"Imam itu ketika itu berada dalam keadaan terlentang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan manakala suspek tertiarap di atas meja," katanya yang bertindak menghubungi polis dan ambulans sejurus selepas itu.

Katanya, sebelum itu beliau ada melihat suspek pulang ke rumah bapa mertuanya itu bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun dengan menaiki sebuah Proton Wira sebelum salah seorang anak perempuan Iman itu keluar bermain-main bersama anak suspek.

Sementara itu, jenazah suspek dan bapa mertuanya dibawa ke bilik mayat Hospital Daerah Ledang di sini manakala sepasukan anggota forensik masih menjalankan siasatan di rumah kejadian di Kampung Padang Lerek 1 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris turut berada di tempat kejadian, namun belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu. - Bernama



ULASAN GB

Inilah yang berlaku apabila pistol berada di tangan orang yang tipis imannya.

Sebelum ini di Terengganu sudah wujud pendedahan di mahkamah di dalam kes Suwardi dan Azwan, seorang anggota polis cara terang-terangan mengaku dia tidak pernah mendirikan solat, kemudian mengaku bahawa dia seorang peminum arak, sekalipun di luar waktu bertugas.

Kemudian timbul pula kes polis merogol pelajar di dalam balai polis.

Kejadian jenayah menjadi-jadi di kalangan anggota PDRM kerana ada menteri yang membelanya - katanya bilangan anggota polis yang melakukan jenayah adalah kecil berbanding jumlah anggota PDRM keseluruhannya.

Sindrom memberikan alasan sedemikian amat-amat tidak wajar kerana ia persis menggalakkan lagi perbuatan jenayah dan salahlaku polis yang sepatutnya bertindak membenteras jenayah - tetapi kini, mereka sebenarnya penjenayah.

Walau apa pun alasan polsi itu melakukan tembakan (samada beliau menghadapi masalah mental dan sebagainya) yang penting keseluruhan unit keselamatan perlu dibersihkan. Usaha untuk meningkatkan pendidikan agama di kalangan para anggotanya perlu dilakukan.

Dan Menteri KDN dan KPN, seperti GB suarakan sebelum ini, perlu ditukar kerana kedua-duanya bermasalah.

Petikan :

Dan seperkara yang perlu direnungkan ialah, kejadian jenayah berleluasa sehingga negara menjadi seperti sangkar samseng bermaharajalela sekarang ini adalah kerana kita mempunyai seorang Menteri KDN yang mempunyai rekod jenayah memukul orang awam yang kesnya masih berjalan di mahkamah.

Dan kita mempunyai seorang KPN yang diisytiharkan oleh mahkamah sebagai orang bertanggungjawab terhadap kematian tahanan di dalam penjara!

Dan nampaknya, selagi Menteri KDN dan KPN tidak ditukarkan, kita akan mendengar lebih banyak lagi kes-kes tembak menembak ini.

Bukankah bagaimana acuan begitu kuehnya? Bagaimana ketua begitu anak buahnya?

Hukum Kebenaran dan Keadilan akan terus berjalan.


Semua Jijik Dengan Utusan, Bagi Free Pun Orang Tak Mau


Utusan tak jadi pilihan walau diedar percuma

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia tidak menjadi pilihan hari ini kepada tetamu yang hadir pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera 2013 walaupun ianya diberikan secara percuma.

Majlis yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu mula dibanjiri pengunjung seawal 7 pagi lagi namun setelah jam 5 petang, kira-kira 2,000 naskhah masih tidak diambil pengunjung.

Akhbar dengan muka hadapan bertajuk 'Ekonomi Bumiputera diperkasa' berharga RM1.50 senaskhah dan bertarikh hari ini berbanding akhbar berbahasa Inggeris edisi semalam yang turut diedarkan percuma pada majlis sama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan perasmian bangunan Utusan baru semalam menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat milik Melayu dan Bumiputera untuk membeli iklan daripada akhbar berkenaan bagi membantu kelangsungan Utusan.

"Saya harap kepada badan kerajaan, GLC dan syarikat Bumiputera menghargai Utusan dengan memberikan pengiklanan lebih kepada Utusan. Ini sahaja dapat letakkan Utusan di atas landasan lebih kukuh," katanya.

Najib turut menambah, sebagai ketua kerajaan, beliau yakin, peranan akhbar berkenaan akan akhirnya membawa kepada pengukuhan Malaysia sebagai negara bangsa.

Utusan sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila laporan muka hadapan akhbar berkenaan memaparkan tajuk "Apa Lagi Cina Mahu" sejurus selepas Pilihan Raya Umum 2013.

Laporan berkenaan menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak yang mengkritik penerbitan berkenaan.

Kenyataan Najib itu dilihat sebagai restu kerajaan kepada akhbar berhaluan kanan itu. Perdana menteri itu juga turut berkata, pihaknya akan menukar nama Jalan Enam di hadapan bangunan baru Utusan Melayu kepada Jalan Utusan, bersempena dengan nama syarikat penerbitan tersebut. -TMI

ULASAN GB

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan apabila ia berjalan.

Apabila akhbar berkenaan terus-terusan dengan corak pemberitaan mereka yang sarat dengan fitnah, lucah dan perkauman, mereka akan terhukum dengan sendirinya.

Bodoh sebodoh-bodohnya, Tak pernah mahu belajar dari kesilapan, tak pernah belajar dari hukum alam. "Sunnatullah" itu hendak didilawannya.

Papagomo, Alat UMNO Untuk Tabur Fitnah, Dan Dia Pasti Binasa!


Keputusan kes Papagomo diharap akhiri politik kotor

Keputusan Mahkamah Tinggi terhadap bekas anggota polis, Wan Muhammad Azri Wan Deris aka Papagomo dan memerintahnya membayar RM500,000 dalam satu kes saman fitnah semalam akan meningkatkan rasa hormat di kalangan penulis blog terhadap undang-undang, kata peguam N Surendran.

Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa ini sudah tentu akan mengukuhkan saman fitnah jutaan ringgit yang difailkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Wan Muhammad Azri, yang lebih dikenali sebagai penulis blog Papagomo.

Surendran mendakwa Papagomo merupakan satu lagi alat Umno untuk memfitnah dan menyiarkan berita palsu tentang pembangkang dan oleh itu, beliau mengalu-alukan keputusan mahkamah tersebut bagi menamatkan pembohongan dan politik kotor.

Anwar telah memfailkan saman fitnah terhadap Papagomo kerana didakwa mengaitkan beliau dengan lelaki lain dalam satu video seks, tetapi Wan Muhammad Azri selama ini menafikan bahawa dia adalah Papagomo .

Surendran mengesahkan bahawa kes Anwar terhadap Papagomo akan didengar di mahkamah pada Januari tahun depan.

Katanya, tanpa mengira keputusan mahkamah semalam, pihaknya sudah mempunyai cukup bukti yang mengaitkan Wan Muhammad Azri dengan Papagamo .

Surendran yang juga Ahli Parlimen Padang Serai berkata adalah tidak masuk akal bagi Wan Muhammmad Azri untuk terus menafikannya.

Seorang lagi ahli politik pembangkang, Rafizi Ramli, juga sedang menimbang untuk menyaman Papagomo kerana didakwa membuat serangan yang sangat peribadi terhadap tokoh pembangkang yang seringkali tanpa justifikasi.

"Ini merupakan satu kes ujian dan mahkamah telah menghantar isyarat yang jelas kepada setiap penulis blog di luar sana yang berkelakuan seperti Papagomo."

Rafizi berkata, keputusan awalnya untuk tidak memfailkan saman adalah kerana sebagai seorang ahli politik, beliau menimbang kesan tindakannya kepada parti politiknya.

Bagaimanapun, beliau berharap lebih ramai akan tampil menyaman Papagomo atau Wan Muhammad Azri.

Rafizi, pengarah strategi PKR, tersinggung dengan Papagomo yang menulis dalam blognya mendakwa pengarah strategi PKR itu dipecat daripada jawatan di Petronas kerana isu-isu disiplin.

Ini diterbitkan sejurus sebelum pilihan raya umum pada 5 Mei, yang menyaksikan Rafizi memenangi kerusi Parlimen Pandan.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga dilaporkan telah memfailkan saman terhadap Papagomo .

Husam menyaman penulis blog itu kerana didakwa menyiarkan artikel yang mengaitkan pemimpin PAS itu dengan seorang wanita.


Papagomo juga menyiarkan gambar wanita yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual anak Lim yang berusia 15 tahun, yang kemudian didapati tidak benar, dengan wanita itu secara terbuka menafikan perkara itu.

Bagaimanapun, peguam mereka tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai status kes mereka.

Wan Muhammad Azri berdepan dengan banyak lagi masalah. Satu laporan polis telah dibuat terhadapnya bulan lalu oleh Pemuda MCA kerana didakwa membuat kenyataan rasis di talian.

"Oleh kerana Papagomo telah dikenal pasti, saya berharap pihak polis boleh mula menyiasatnya," kata ahli jawatankuasa pusat Pemuda MCA, Chong Sin Woon ketika dihubungi. -mk

ULASAN GB

Mahakamah telah memutuskan bahawa papagomo adalah seorang PENDUSTA.

The judge calls Wan Muhammad Azri Wan Deris a 'liar' for denying he is the blogger, and fines him RM500,000.


GB sudah ulas lama dulu di: Satu Hari Papagomo Tetap Kena Walaupun Polis & SKMM Tak Jalankan Kerja. Kini apa yang GB utarakan menjadi kenyataan.

Kebal macamana pun papagomo yang dili9dungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, papagomo pasti hancur binasa!

Petikan:

GB perhatikan sudah ada laporan polis / SKMM sebelum ini terhadap papagomo tentang banyak isu, salah satunya mengenai video seks.

Tetapi tak ada siasatan dilakukan, malah papagomo semakin galak menyiar gambar porno dan video lucah.

Yang penting sekarang, ialah laporan polis terhadap polis dan pegawai SKMM yang tak menjalankan kerjanya.

Mentang-mentang duduk sekapal dalam UMNO.

Tak apa, satu hari papagomo tetap kena. Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga.

Doa lagi: Ya Allah buktikan kebenaran itu kebenaran....

Doa orang yang baik-baik dan yang dizalimi akan tetap mengatasi amalan dan doa orang yang jahat-jahat.


Dan di dalam satu ulasan GB yang lain GB telah nukilkan

Keengganan beliau untuk mengakui blog itu kepunyaannya bukti awal kebinasaan papagomo! Beliau TAKUT untuk mengakui blog fitnah itu miliknya kerana tahu blog itu menyajikan berita palsu dan dusta.

Sepatutnya apabila beliau sudah tidak mengakui blog itu miliknya, pihak berkuasa sudah boleh menyiasat siapa pula yang mengemaskini blog tersebut selama ini kalau bukan papagomo sendiri, dan papagomo boleh pula didakwa kerana menipu jika sebenarnya beliau yang mengemaskinikan blog tersebut. Dusta di atas dusta!

Namun, kebal macamana pun papagomo yang dilindungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, kita akan menyaksikan papagomo pasti hancur binasa!

Bukan saja papagomo, sekalian blogger pencacai UMNO yang menyebarkan dan menyemarakkan budaya fitnah, lucah dan porno. Termasuklah polis yang selama ini bersikap double standard!

14 Sep 2013

Apa Perlu Peserta Ops Bubar Dipenjara Serta-Merta?


Mengapa deraan perlu maksimum dan ditolak penangguhan hukuman? Oleh Ahmad Lutfi Othman

Saya sukar memahami mengapa Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, Norsalha Hamzah yang bukan sahaja memilih untuk menjatuhkan hukuman maksimum penjara dua tahun dan denda RM5,000, tetapi juga telah menolak permohonan untuk menangguhkan hukuman tersebut kepada 13 individu yang terlibat dalam perhimpunan di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, 6 Februari 2009.

Dengan itu, 13 rakyat prihatin, Bad Latif Mansor, 47, Suhana Abdullah, 49, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 38; Mohd Faiz Mohd Arshad, 26; Zulhaizam Zulkifli, 29 ; Isha Riduan Ishak, 59; Adi Hilmee Mohd Nasir, 44; Yusoff Jaafar, 48; Idris Mohd Thaib, 48; Mohamad Nazeer Hameed, 48; Khairul Azmi Hassan Basri,48; Mohd Hasri Ismail, 48; dan Mohamed Ismail SM Abdul Kadir, 47 -- yang pastinya cukup terkesan dan terganggu dengan "rampasan kuasa" menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak pimpinan Dato' Seri Nizar Jamaluddin hampir lima tahun lalu -- terpaksa menjalani hukuman penjara berkuat kuasa serta merta.

Mengapa deraan paling maksimum yang dipilih, dan lebih menghairankan, mengapa ia tidak boleh ditangguh sementara menunggu proses rayuan di mahkamah lebih tinggi, seolah-olah mereka semua adalah penjenayah yang wajib dipisahkan daripada masyarakat dalam kadar segera. Lagipun kes itu merupakan kesalahan pertama, termasuk bagi ibu tunggal dan penghidap kanser. Dahsyat, 'kan?

Apakah anda pernah mengikuti kes perbicaraan antara pemimpin tertinggi Umno yang kemudiannya didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan korupsi tetapi masih dibenarkan bebas sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai, walaupun Mahkamah Rayuan telah menolaknya?

Ataupun memori anda lebih cergas daripada saya, masih mampu mengingati senarai panjang insiden hampir sama, bagi membuktikan bukan saja ada "pendakwaan terpilih" tetapi juga bentuk hukuman "pilih kasih"? Mungkin saja kes rasuah tidak dianggap lebih besar atau berbahaya berbanding "perhimpunan haram".

Penghakiman kes ini hanya menambah-burukkan lagi persepsi negatif rakyat terhadap sistem kehakiman negara. Ia juga boleh merencatkan penghormatan orang ramai terhadap Ops Cantas atau sebarang usaha pihak keselamatan untuk membanteras jenayah, sekali gus menguatkan lagi sangkaan umum bahawa "kes-kes politik" lebih dipandang serius berbanding kesejahteraan rakyat.

Belum reda kejutan pembebasan tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya Shariibuu, keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar itu turut menyegarkan kembali isu rampasan kuasa dan operasi rasuah politik terbesar, yang dipercayai digerakkan oleh Timbalan Perdana Menteri waktu itu, Dato' Seri Najib Razak, mengakibatkan kerajaan pilihan rakyat digulingkan.

Sejak lama saya meyakini bahawa politik wang, sudah tentu membabitkan "pembelian undi" -- apatah lagi apabila wakil rakyat juga dapat disogok untuk mengkhianati parti yang diwakilnya dalam pilihan raya -- merupakan transaksi korupsi paling terkutuk!

Dari sudut lain, episod hitam dan memalukan dalam sejarah politik Malaysia -- termasuk peristiwa Speaker Dun diusung keluar dan sidang Dun Perak di bawah pokok -- akan dikenang semula dan diharap menyemarakkan lagi proses mereformasikan sistem dan proses demokrasi kita.

Usah biarkan hukuman penjara maksimum serta-merta rakan-rakan kita itu berlalu sia-sia sahaja. fb ALO

Kudeta Perak : bebaskan segera peserta demontrasi

13 peserta demontrasi yang dipenjara ekoran membantah rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN) digesa dibebaskan segera, tegas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Pengarah Propagandanya, Eddy Noor Reduan berkata, ianya bagi memberi laluan kepada proses rayuan dijalankan di mahkamah rayuan.

“Ketika pembunuh dibebaskan dan perasuah serta pencuri wang rakyat berprofail tinggi diberi hukuman ringan, 13 rakyat biasa menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa di Perak dijatuhkan hukuman berat tidak setimpal.

“Kerajaan pemerintah sebelum ini menjatuhkan kerajaan sah negeri Perak melalui rampasan kuasa, hari ini menunjukkan belang taringnya menggempur rakyat menyuarakan bantahan dan selepas menang PRU13,” kata Eddy.

Eddy Noor menyeru agar rakyat negara bangkit dan memberikan sokongan kepada 13 tahanan itu yang disifatkan hukuman yang tidak adil.

“Semua rakyat khususnya anak muda diseru supaya bangkit dan lawan. Ayuh bersama SAMM Perak, turun ke penjara Tapah memberi solidariti kepada 13 saudara kita yang dianiaya oleh rejim legasi penjajah,” kata beliau.

Sementara itu, Dewan Muslimat PAS melancarkan tabung bagi membantu keluarga 13 peserta demonstrasi yang dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda 5,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala kangsar.

“Sebagai tanda solidariti dan zahirkan keprihatinan Dewan Muslimat melancarkan tabung segera ini bagi meringankan beban keluarga mereka yang pasti belum bersedia menerima keputusan ini.

“Rata-rata mereka isteri tidak bekerja dan anak-anak masih bersekolah. Sokongan dan kasih sayang semua sangat diharapkan,” kata Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah Al-Jundi dipetik Harakah Daily.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank DMPP 564025400711.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui Whatsapp: 0192135353 atau email psu1.dmpp@pas.org.my
-selangorku

Apa Agenda Najib Pertahankan Utusan?

Najib salah guna kuasa arah beli iklan Utusan, kata DAP

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) secara terang-terangan menyalahgunakan kuasa apabila menggesa semua agensi kerajaan termasuk syarikat milik kerajaan (GLC) membeli iklan dari akhbar rasmi Umno, kata DAP.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, berkata gesaan Najib itu jelas bertentangan dengan janji Perdana Menteri itu kepada rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) yang kononnya akan melakukan transformasi ketelusan dalam pentadbiran negara.

"Gesaan Najib meminta agensi kerajaan, GLC membeli iklan bagi memastikan kelangsungan Utusan adalah satu lagi agenda kerajaan menipu wang cukai rakyat,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Perdana Menteri itu dalam pelancaran bangunan Ibu Pejabat Utusan Melayu yang baru menggesa semua agensi kerajaan, syarikat GLC dan syarikat swasta terutama milik Bumiputera mengiklan lebih banyak dengan akhbar di bawah kumpulan Utusan.

Najib berkata, langkah itu sebagai penghargaan mereka kepada perjuangan Utusan selama ini.

Gesaan itu disokong Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin yang meluahkan rasa terkilan apabila syarikat korporat meminggirkan Utusan.

"Kami dapati perbelanjaan iklan oleh sebahagian GLC dalam akhbar Melayu terutama Utusan lebih kecil berbanding akhbar berbahasa lain, ini tidak adil,"katanya.

Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, gesaan Najib secara tidak langsung membuktikan akhbar Utusan Melayu tidak lagi menjadi pilihan kerana agenda yang sangat rasis terhadap perkauman.

Tony berkata, Najib hipokrit apabila Presiden Umno mempunyai kepentingan sendiri, menggunakan pengaruh mengambil wang rakyat demi parti sendiri.


"Najib hanya berpura-pura kononnya akan melakukan perubahan, membawa imej pembaharuan kerajaan kepada masyarakat tetapi apabila perkara melibatkan kepentingan Barisan Nasional (BN) mereka akan mendahulukan kroni,"katanya.

Pada masa sama, Tony menyelar Najib yang tidak teragak-agak memotong subsidi barang keperluan dan perkhidmatan bagaimanapun mengalakkan pembaziran dengan meminta syarikat membeli iklan dalam Utusan. -TMI

ULASAN GB

Utusan yang telah banyak kali kalah di dalam kes-kes mahkamah kerana memfitnah itu kini berada di dalam keadaan nazak jika ia tidak "diselamatkan".

Kita tak tahu apa sebenarnya agenda Najib cuba pertahankan Utusan sekalipun beliau sendiri tahu bahawa akhbar tersebut merupakan akhbar bermata satu dalam negara ini - paling kuat menabur fitnah dan paling kedepan di dalam memain sentimen perkauman.

Atau munkinkah Najib telah perhabiskan berjuta ringgit untuk "membeli" wartawan-wartawan Utusan bagi menggilap namanya seperti yang telah Najib lakukan di peringkat antarabangsa? Maka dengan itu Najib perlu lakukan sesuatu bagi memulihkan Utusan supaya "pelaburannya" itu tidak menjadi sia-sia?

Sebelum ini GB pernah menulis bahawa Utusan tak kisah disaman di mahkamah, agenda fitnah dan sentimen perkauman untuk menarik sokongan Melayu akan tetap mereka teruskan, Mereka tak kisah orang tak mengiklankan dengan mereka kerana sebelum ini mereka berkata: Tok Jib kan ada....

Blogger Mangsa Rompakan Terima Kunjungan Exco


Blogger Omak Kau, Rohani Abdul Hamid, 44 masih trauma berikutan diacu parang ketika rumahnya dirompak sekumpulan lelaki minggu lalu.

Beliau berkata, perasaan takut menyelubungi dirinya ketika malam dan bersendirian biarpun empat lelaki yang merompaknya sudah ditangkap polis semalam.

“Saya berasa seolah-olah diekori. Anak saya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 17 tahun turut trauma kerana kejadian itu berlaku depan matanya,” kata ibu tunggal itu.

Kejadian itu mendapat perhatian Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah smail yang menziarahinya di sebuah pangsapuri di Bukit Raja di sini, petang semalam.

Rodziah bimbang terhadap kejadian yang menimpa Rohani dan keluarganya dan berharap polis harus mempergiat rondaan supaya kejadian itu tidak berulang.

“Perlu ada tindakan lebih mantap dan fokus dari polis untuk melihat bagaimana perkara itu boleh diatasi, dengan peratus jenayah meningkat saban hari,” katanya.

Turut hadir, wakil Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memberi sumbangan bagi meringankan beban Rohani.

Pada 6 September lalu, Rohani yang baru pulang dari program pelancaran buku karya Ikhwanul Muslimin di sebuah hotel di Shah Alam, dirompak empat lelaki bertopi keledar, sekitar jam 2 pagi.

Beliau turut diacu dengan parang selain ada antara perompak itu cuba berkelakuan tidak senonoh terhadap kehormatannya.

Mangsa kerugian lebih RM5,000 berikutan pelbagai barang berharga termasuk komputer riba, televisyen telefon bimbit dan barang kemas dilarikan perompak itu. -selangorku


Apabila Menteri-menteri "Cap Ayam" Bersuara...


Di era Najib menjadi PM. kita dapati sungguh ramai menteri, timbalan menteri dan pegawai-pegawai kerajaan "cap ayam" dilantik dan mereka mengeluarkan kenyataan yang menampakkan taraf akalnya yang dangkal.

en yataan di atas ialah satu kompilasi yang menjelaskan hal tersebut.

Dan yang terkini tersenarai seorang lagi timbalan menteri.

Tmbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan namanya, menyatakan rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah membelanjakan cuma RM132 sebulan untuk petrol RON95. Bererti tak sampai RM5 sehari. Lucu, tetapi inilah tahap mentaliti menteri kabinet yang ada kini.

13 Sep 2013

Para Hakim Perlu Ingat Tentang Sumpah Mereka


Berdiri sendirian mengingatkan hakim sumpah mereka

Sudah sekian lama sejak hakim kanan mengingatkan secara terbuka kepada rakan hakim berkenaan sumpah yang dilakukan mereka, mempertahankan Perlembagaan - dan mereka tidak seharusnya dibuli kerajaan dan Parlimen.

Inilah yang berlaku apabila hakim menulis pendapatnya berkenaan rayuan bertaraf tinggi terhadap pendakwaan beberapa aktivis mahasiswa kerana berhimpun secara haram pada 6 Jun 2001.

Ini kali pertama dalam sejarah kehakiman Malaysia - Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer - mengatakan keperluan untuk permit mengadakan perhimpunan aman di bawah Akta Polis 1967 bercanggah dengan Perlembagaan.

Hamid berkata, dalam kes ini terdapat keperluan di bawah Seksyen 27 Akta Polis untuk mendapatkan permit namun dalam proses itu polis enggan memberikan permit.

Lima bekas pelajar universiti ditahan atas kesalahan melakukan perhimpunan haram dan didenda RM3,900 setiap seorang, empat tahun kemudian.

Keputusan itu dicabar enam tahun kemudian di Mahkamah Tinggi tetapi gagal.

Mereka kemudiannya membawa ke Mahkamah Rayuan. Minggu lalu, dua daripada tiga hakim mengekalkan keputusan berkenaan.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohamad Apandi Ali dan Datuk Linton Albert menjadi majoriti. Apandi dalam keputusan 50 muka suratnya berkata tiada merit kepada rayuan kerana Akta Polis tidak membenarkan hak perhimpunan aman dan polis bertanggungjawab mengekalkan keamanan.

Namun Hamid menolak, membuatkan peguam Edmund Bon melihat keputusan hakim sebagai "sagu hati" dengan kenyataan keputusan yang tegas.

"Diharapkan peguam perundangan akan meneruskan perkara ini kepada Mahkamah Persekutuan," kata Bon di mahkamah selepas keputusan itu.

Hamid berkata, adalah salah mempercayai hakim hilang kuasa mereka, ekoran kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1988.

Beliau berkata, mana-mana kuasa mutlak terletak pada pihak eksekutif, yang mana boleh berkompromi dengan jaminan asas Perlembagaan, mesti ditewaskan oleh mahkamah.

"Bukan kuasa hakim mengatakan kuasa pejabatnya ditarik Parlimen kecuali mahkamah tidak mempunyai kuasa kehakiman," katanya.

Beliau berkata, kehakiman yang menurut perintah tidak seharusnya kekal sebagai penahan kebebasan dan mengakibatkan tiada kuasa undang-undang.


Kuasa kehakiman diterima sejak pembentukan Perlembagaan dan tidak boleh dibuang. Hamid menjelaskan menjadi tanggungjawab orang ramai memulakan langkah menghalang kehakiman menurut arahan untuk memastikan kehakiman bebas mempertahankan Perlembagaan.

"Kehakiman yang menurut arahan akan secara tidak langsung membentuk ketidakstabilan dan mengancam keharmonian serta keselamatan,"
katanya dalam keputusan 77 muka surat.

Hamid turut menyuarakan alasan pandangan yang mengatakan kuasa kehakiman dibuang oleh Parlimen "berdasarkan emosi dan salah tafsir Perlembagaan." Beliau berkata, perkara itu tidak seharusnya berlaku, terutama apabila sumpah hakim adalah menjaga, memelihara dan mempertahankan Perlembagaan.

Hamid menambah sebarang usaha menyingkirkan kuasa kehakiman adalah bercanggah dengan asas Perlembagaan.

"Asas struktur perundangan turut tidak membenarkan Parlimen menolak doktrin pemisahan kuasa antara kehakiman, eksekutif, dan pembuat dasar.

Selain itu, Parlimen katanya, tidak boleh memaksa mahkamah menjadi hamba kepada eksekutif
. -TMI

ULASAN GB

GB sudah mengulas sebelum ini. Petikan:

Ini satu jenayah serius. Bagaimana boleh seorang hakim bertindak memplagiat keputusan hakim lain dari negara lain di dalam mengadili kes yang dia sepatutnya melakukan pengadilan secara serius di dalam menegakkan kebenaran dan keadilan?

Lebih memalukan ialah beliau adalah seorang hakim di Mahkamah Rayuan.

Apakah ini standard dan darjat hakim-hakim yang ada di Istana Keadilan negara?

Seorang pelajar pun jika ditangkap memplagiat hasil kerja orang lain, belaiu akan diberikan markah kosong, malah tindakan disiplin diambil menghlangnya menduduki peperiksaan / menyerah tugasan untuk beberapa tahun. Inikan pula seorang "hakim". Binatang punya manusia!

Dahulu pernah Suruhanjaya Diraja Siasatan Kes Lingam, seorang hakim bernama Mokhtar Sidin yang bersikap durjana menggunakan sepenuhnya apa yang ditulis oleh peguam VK Lingam dalam penghakiman rasmi hakim berkenaan.


Hakim-hakim ini terlupa bahawa merekasudah sumpah untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.

Sabda Rasulullah s.a.w.

Hakim terdiri dari tiga golongan. Dua golongan hakim masuk neraka dan segolongan hakim lagi masuk surga. Yang masuk surga ialah yg mengetahui kebenaran hukum dan mengadili dengan hukum tersebut. Bila seorang hakim mengetahui yang haq tapi tidak mengadili dengan hukum tersebut bahkan bertindak zalim dalam memutuskan perkara maka dia masuk neraka. Yang segolongan lagi hakim yang bodoh yang tidak mengetahui yang haq dan memutuskan perkara berdasarkan kebodohannya maka dia juga masuk neraka. {HR. Abu Dawud dan Ath-Thahawi}

Gadis Mati Di Malam Pertama Perkahwinannya

Sanaa - Yaman. Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun di bandar Meedi, wilayah Hajjah, barat laut Yaman meninggal dunia pada malam pertama perkahwinannya dengan lelaki berumur 40 tahun, pada minggu lalu.

Ketua Dewan Rakyat Yaman dan aktivis hak asasi manusia, Arwa Othman berkata, mangsa yang dikenali sebagai Rawan mengalami pendarahan dalaman yang teruk dan rahimnya turut pecah selepas melakukan persetubuhan pertama dengan suaminya. "Mereka membawanya ke klinik tetapi doktor gagal menyelamatkannya. "Pihak berkuasa juga belum mengambil sebarang tindakan terhadap keluarga pengantin cilik itu mahupun suaminya. Pemimpin puak juga dikatakan cuba untuk menutup kes tersebut selepas ia tersebar secara meluas," jelasnya lagi. Menurut Al-Arabiya, difahamkan kebanyakan keluarga miskin di negara itu mengahwinkan anak perempuan mereka pada usia yang muda kerana ingin menjimatkan kos selain mahu mendapatkan wang hantaran bagi menyara hidup pada masa depan.


Kanak-kanak perempuan 8 tahun mati di malam pertama perkahwinannya


KUWAIT CITY - Warga Yaman meminta kerajaan menjatuhkan hukuman berat untuk sebuah keluarga selepas seorang anak perempuan yang baru berusia lapan tahun meninggal dunia di malam pertama perkahwinannya.

Gadis kecil itu ternyata dinikahkan dengan seorang lelaki dengan usia lima kali lebih tua darinya. Demikian berita dari harian terbitan Kuwait, Al Watan, Ahad (8/9/2013).

Gadis kecil bernama Rawan itu meninggal dunia diyakini akibat menderita luka di alat kelaminnya dan pelbagai pendarahan dalam.

Para aktivis hak asasi manusia di Yaman mendesak polis tempatan untuk menangkap pengantin lelaki, keluarga Rawan, dan membawa mereka ke mahkamah untuk mempertanggungjawabkan perbuatannya.

Para aktivis berharap jika kerajaan menangani kes-kes yang berlaku di bandar Hardh, Wilayah Hajjah ini, maka boleh menjadi alasan kuat untuk menghentikan amalan perkahwinan awal di negeri itu.

Setelah harian Kuwait Al Watan menyiarkan kisah itu, para bloger di negeri kaya minyak itu mengecam keluarga Rawan dan pengantin lelaki.

Seorang bloger dengan identiti Angry Man berkata, si pengantin lelaki sangat layak dihukum seberat-beratnya kerana kejahatan yang dilakukannya.

"Semua yang menyokong jenayah ini harus dihukum," ujar Angry Man.

Bloger lain mengatakan, seharusnya keluarganya menyedari bahawa Rawan masih terlalu muda untuk berkahwin.

"Keluarganya dan pengantin lelaki seharusnya menunggu beberapa tahun sebelum menikahinya," kata bloger bernama Sad.

"Keadaan ini sangat tidak adil dan semua perkahwinan seperti ini harus dihapuskan meski mereka meyakini hal ini sebagai sebahagian budaya mereka," tambah Sad.

Sementara itu, bloger dengan nama Bu Omar mengaku sangat terganggu mengetahui kisah tragis Rawan ini.

"Keluarga Rawan bukan manusia. Mereka tak pantas mempunyai anak," kata dia.
-kompas

ULASAN GB

Inilah akibat tidak menyalahgunakan "sunaah" Rasulullah untuk nafsu.

Sekalipun dikatakan baginda menikahi Aisyah sewaktu Aisyah masih muda, namun, Rasulullah tidak pernah meniduri Saidatina Aisyah sehinggalah Siti Aisyah haid atau datang bulan.

Dan Rasulullah mengahwini isteri-isterinya jelas sekali bukan kerana nafsu.Dan Rasulullah mengahwini isteri-isterinya jelas sekali bukan kerana nafsu.