14 Sep 2013

Apa Agenda Najib Pertahankan Utusan?

Najib salah guna kuasa arah beli iklan Utusan, kata DAP

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) secara terang-terangan menyalahgunakan kuasa apabila menggesa semua agensi kerajaan termasuk syarikat milik kerajaan (GLC) membeli iklan dari akhbar rasmi Umno, kata DAP.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, berkata gesaan Najib itu jelas bertentangan dengan janji Perdana Menteri itu kepada rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) yang kononnya akan melakukan transformasi ketelusan dalam pentadbiran negara.

"Gesaan Najib meminta agensi kerajaan, GLC membeli iklan bagi memastikan kelangsungan Utusan adalah satu lagi agenda kerajaan menipu wang cukai rakyat,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Perdana Menteri itu dalam pelancaran bangunan Ibu Pejabat Utusan Melayu yang baru menggesa semua agensi kerajaan, syarikat GLC dan syarikat swasta terutama milik Bumiputera mengiklan lebih banyak dengan akhbar di bawah kumpulan Utusan.

Najib berkata, langkah itu sebagai penghargaan mereka kepada perjuangan Utusan selama ini.

Gesaan itu disokong Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin yang meluahkan rasa terkilan apabila syarikat korporat meminggirkan Utusan.

"Kami dapati perbelanjaan iklan oleh sebahagian GLC dalam akhbar Melayu terutama Utusan lebih kecil berbanding akhbar berbahasa lain, ini tidak adil,"katanya.

Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, gesaan Najib secara tidak langsung membuktikan akhbar Utusan Melayu tidak lagi menjadi pilihan kerana agenda yang sangat rasis terhadap perkauman.

Tony berkata, Najib hipokrit apabila Presiden Umno mempunyai kepentingan sendiri, menggunakan pengaruh mengambil wang rakyat demi parti sendiri.


"Najib hanya berpura-pura kononnya akan melakukan perubahan, membawa imej pembaharuan kerajaan kepada masyarakat tetapi apabila perkara melibatkan kepentingan Barisan Nasional (BN) mereka akan mendahulukan kroni,"katanya.

Pada masa sama, Tony menyelar Najib yang tidak teragak-agak memotong subsidi barang keperluan dan perkhidmatan bagaimanapun mengalakkan pembaziran dengan meminta syarikat membeli iklan dalam Utusan. -TMI

ULASAN GB

Utusan yang telah banyak kali kalah di dalam kes-kes mahkamah kerana memfitnah itu kini berada di dalam keadaan nazak jika ia tidak "diselamatkan".

Kita tak tahu apa sebenarnya agenda Najib cuba pertahankan Utusan sekalipun beliau sendiri tahu bahawa akhbar tersebut merupakan akhbar bermata satu dalam negara ini - paling kuat menabur fitnah dan paling kedepan di dalam memain sentimen perkauman.

Atau munkinkah Najib telah perhabiskan berjuta ringgit untuk "membeli" wartawan-wartawan Utusan bagi menggilap namanya seperti yang telah Najib lakukan di peringkat antarabangsa? Maka dengan itu Najib perlu lakukan sesuatu bagi memulihkan Utusan supaya "pelaburannya" itu tidak menjadi sia-sia?

Sebelum ini GB pernah menulis bahawa Utusan tak kisah disaman di mahkamah, agenda fitnah dan sentimen perkauman untuk menarik sokongan Melayu akan tetap mereka teruskan, Mereka tak kisah orang tak mengiklankan dengan mereka kerana sebelum ini mereka berkata: Tok Jib kan ada....

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

duit utusan meloya banyak dah abih bayo saman fitnah...tu sebab jibby mta glc bli iklan kt utusan...hahaha...

BaDiN berkata...

Lidah syaitan banyak yg suka sebab nafsunya kearah itu.Hanya Iblis shj yg bersekutu dgnnya.Melayu Haprak,Melayu Dayus menjadikan Utusan Melay.. sebagai talian hayat dan saluran propaganda murahan pihak pemerintah.Nama Melayu di hujung namanya patut dibuang sebab ianya tidak melambangkan Melayu Keseluruhannya dan hanya merosakkan Bangsa Melayu.Inilah akhbar melayu kampong dan tidak bagi melayu bandar.Busuknya bangsa melayu adalah kerana akhbar ini dulu kini dan selama-lamanya.Inilah surat khabar untuk ahli neraka.

Tanpa Nama berkata...

Berapa kerat manusia mahu beli News Utusan??? Rugi duit kalau iklan ia kat Utusan sebab News Papaer utusan hanya layak jadi pembungkus nasi lemak yang confirm orang buka dan buang dalam tong sampah.