15 Sep 2013

Semua Jijik Dengan Utusan, Bagi Free Pun Orang Tak Mau


Utusan tak jadi pilihan walau diedar percuma

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia tidak menjadi pilihan hari ini kepada tetamu yang hadir pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera 2013 walaupun ianya diberikan secara percuma.

Majlis yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu mula dibanjiri pengunjung seawal 7 pagi lagi namun setelah jam 5 petang, kira-kira 2,000 naskhah masih tidak diambil pengunjung.

Akhbar dengan muka hadapan bertajuk 'Ekonomi Bumiputera diperkasa' berharga RM1.50 senaskhah dan bertarikh hari ini berbanding akhbar berbahasa Inggeris edisi semalam yang turut diedarkan percuma pada majlis sama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan perasmian bangunan Utusan baru semalam menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat milik Melayu dan Bumiputera untuk membeli iklan daripada akhbar berkenaan bagi membantu kelangsungan Utusan.

"Saya harap kepada badan kerajaan, GLC dan syarikat Bumiputera menghargai Utusan dengan memberikan pengiklanan lebih kepada Utusan. Ini sahaja dapat letakkan Utusan di atas landasan lebih kukuh," katanya.

Najib turut menambah, sebagai ketua kerajaan, beliau yakin, peranan akhbar berkenaan akan akhirnya membawa kepada pengukuhan Malaysia sebagai negara bangsa.

Utusan sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila laporan muka hadapan akhbar berkenaan memaparkan tajuk "Apa Lagi Cina Mahu" sejurus selepas Pilihan Raya Umum 2013.

Laporan berkenaan menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak yang mengkritik penerbitan berkenaan.

Kenyataan Najib itu dilihat sebagai restu kerajaan kepada akhbar berhaluan kanan itu. Perdana menteri itu juga turut berkata, pihaknya akan menukar nama Jalan Enam di hadapan bangunan baru Utusan Melayu kepada Jalan Utusan, bersempena dengan nama syarikat penerbitan tersebut. -TMI

ULASAN GB

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan apabila ia berjalan.

Apabila akhbar berkenaan terus-terusan dengan corak pemberitaan mereka yang sarat dengan fitnah, lucah dan perkauman, mereka akan terhukum dengan sendirinya.

Bodoh sebodoh-bodohnya, Tak pernah mahu belajar dari kesilapan, tak pernah belajar dari hukum alam. "Sunnatullah" itu hendak didilawannya.

5 ulasan:

Amuraria berkata...

akhbar kegemaran spesis 'NFC' ;) ABU jangan lupa !

BaDiN berkata...

Inilah akhbar Lidah Syaitan,Peminat Iblis shj yang sanggup beli untuk mengisi tabung sekular.Akhbar yg tidak melambangkan KeMelayuan tapi kebodohan.Orang mati pucuk amat sesuai utk akhbar ini membelinya.

Awanama berkata...

Kalau dia bagi free ambil sahaja jimat kos untuk jadi pembungkus nasi lemak. So kepada peniaga nasi lemak ambil banyak - banyak jadikan ia pembungkus nasi lemak yang confirm orang buka dan buang ke dalam tong sampah.

News paper Harakah simpan dia sebagai rujukan.

Awanama berkata...

Saya bimbang sesuatu yang tak baik/pekara negetif meracuni pemikiran anak anak saya justru saya dah lama tak membazirkan duit beli kertas tandas cap Meloya, lebih lebih lagi selepas harga petrol dilaporkan TIDAK NAIK- CUMA KHABAR ANGIN SAJA, jadi kenalah berjimat kerana setiap kali isi minyak moto kena bayar lebih dari biasa tapi surat habag kata minyak tak naik

Nampakgaya khabag angin ni angin jeneh kentot kot, pasai apa bau dia hangit semacam, kot angin kentot jeneh besembog dengan taik kot, patot la busuk sangat.

Ih ni kalau sorat habag lagu ni orang gila pon tak mau baca. Bahaya buleh jadi mereng otak jadi sasau.

Awanama berkata...

Kadang2 terfikir kerja utusang lebih kurang sama kerja carsberg. Terfikir je...