13 Jun 2013

[VIDEO] Inilah Video Zahid Memberi Rasuah Yang Dimaksudkan Rafizi


PPKR sasar batalkan kemenangan Zahid dengan bukti video rasuah

PETALING JAYA, 12 Jun — PKR berusaha untuk membatalkan kemenangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) di Bagan Datoh pada dengan pendedahan bukti video pemberian rasuah untuk mengundi oleh menteri tersebut, kata pemimpin parti hari ini.

Ketiga-tiga video tersebut yang boleh didapati di internet, kononnya menunjukkan Menteri Dalam Negeri tersebut mengakui memberi RM100 kepada 23,000 orang dan 5kg beras dengan “pelekat” untuk diberikan kepada pekerja kempen parti pemerintah Barisan Nasional (BN).

Klip tersebut merupakan bukti utama ke atas kedua-dua petisyen pilihan raya yang difailkan untuk mencabar keputusan pilihan raya di Bagan Datoh yang menyaksikan Zahid menewaskan calon PKR Madhi Hassan dengan majoriti tipis 2,108 undi.

“Zahid fikir dia pintar. Dia mendakwa dia memberi rasuah kepada pekerja-pekerja parti. Undi yang dia dapat hanya 17,000 tetapi dia mengakui telah memberikan kepada 23,000 pekerja parti jadi ini bermakna 6,000 pekerja parti tidak mengundinya.

“Dia sebenarnya mencari kelemahan dalam undang-undang untuk memberi rasuah.. semua orang tahu mustahil untuk anda memiliki 24,000 pekerja kempen,” kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di sini.

Dalam salah satu video yang boleh didapati laman perkongsian video popular Youtube, Ahmad Zahid dilihat “melantik” pengundi yang beliau label sebagai penyokong “BN tegar”di dalam dewan semasa tempoh kempen Pilihan Raya 2013 bulan April lalu.

Semasa berucap kepada penyokongnya itu, naib presiden Umno itu berkata: “Tidak ada keperluan untuk membeli beras Anda tidak perlu untuk membeli beras, BN akan memberinya kerana anda adalah pekerja parti”.


Dalam satu video yang lain, Ahmad Zahid sekali lagi dilihat bercakap mengulangi ucapannya itu, tetapi kali ini menafikan tindakan memberi wang dan beras kepada pengundi adalah satu bentuk rasuah.

“Mereka mengatakan bahawa kita memberi wang dan beras dan itu adalah rasuah. Kami memberi kerana kita telah melantik mereka sebagai jentera, kerana mereka adalah jentera BN. Adakah itu rasuah?” Katanya.

Menurut Edmund Bon, peguam yang mengetuai tindakan mahkamah terhadap Menteri Dalam Negeri tersebut, menyifatkan perbuatan itu jelas satu bentuk rasuah dan melanggar Akta Pilihan Raya.

“Ini sudah menjadi bukti kukuh untuk membatalkan keputusan pilihan raya,” kata Bon dalam sidang akhbar yang sama.

Dalam petisyen kedua yang telah difailkan seorang pengundi bernama Azmi Sulaiman, beliau membuat petisyen bagi membatalkan keputusan dengan memetik Seksyen 19 dan 21 Akta Pilihan Raya yang melarang calon daripada menggunakan sejumlah pekerja kempen.

Pengakuan Ahmad Zahid yang mengatakan parti telah melantik 23,000 pekerja kempen didakwa oleh beliau telah melanggar dua undang-undang.

Kedua-dua petisyen difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini dan ia adalah antara antara 35 petisyen lain yang difailkan oleh pembangkang dalam usaha untuk membatalkan keputusan pilihan raya di 24 kerusi parlimen dan 10 kerusi negeri.


Walaubagaimanapun, pemimpin pembangkang tersebut mengakui bantahan yang terbesar dalam sejarah pilihan raya di Malaysia mungkin akan menjadi sia-sia.

“Secara umumnya, undang-undang tidak menyebelahi pihak yang membuat petisyen,” kata Bon sambil menambah banyak petisyen tidak mungkin dapat melalui perbicaraan penuh kerana ianya akan ditolak atas alasan teknikal.

Pemimpin-pemimpin PR mendakwa Pilihan Raya 2013 keputusan adalah telah dirancang untuk memihak kepada BN.

Rancangan seterusnya adalah mengheret Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke mahkamah, yang mungkin merupakan tindakan sivil terbesar terhadap pengendali pilihan raya dalam sejarah Malaysia, pembangkang juga telah menggerakkan “Black 505” dan menganjurkan beberapa perhimpunan besar-besaran di seluruh negara untuk meningkatkan tekanan pembaharuan dalam pilihan raya.

Sejurus selepas pilihan raya 5 Mei 5, pasukan PKR #siasatPRU13 membuat satu siri pendedahan mengenai apa yang didakwanya bukti penipuan pilihan raya.

Langkah tersebut dilihat bertujuan memberi tekanan kepada Putrajaya untuk melaksanakan reformasi pilihan raya, bermula dengan menambah baik SPR.

Namun, SPR telah menafikan dakwaan tersebut.

Rafizi juga berkata, PR akan meneruskan bantahan sehingga semua syarat bagi pembaharuan pilihan raya dipenuhi walaupun terdapat segelintir pemimpin pembangkang berkata sebaliknya dan mahu “pandang ke depan” dan melawan melalui saluran lain. -TMI





Najib Bakal Hadapi Undi Tak Percaya, Ku Li Ambil-Alih Jawatan PM?


Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan lebih ramai ahli Parlimen daripada kedua-dua gabungan bertelagah minggu ini dalam usaha untuk dipilih sebagai perdana menteri selepas Parlimen bermula pada 24 Jun, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan, putera raja Kelantan itu telah mengaturkan mesyuarat di rumah a la White Housenya di Langak Golf di sini untuk membincangkan strategi mendapatkan cukup angka dalam Parlimen ke 13 untuk mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau hanya memerlukan 112 undi, termasuk dirinya, jika usul diluluskan bagi 222 anggota Dewan Rakyat memilih perdana menteri. Akan tetapi masih diragui sama ada beliau boleh mendapatkan cukup sokongan untuk menjatuhkan Najib.

“Sesetengah ahli Parlimen bersetuju Ku Li adalah satu-satunya boleh menyediakan kepimpinan,” kata sumber yang biasa dengan mesyuarat tersebut kepada The Malaysian Insider merujuk kepada nama samaran putera raja Kelantan itu.

“Kita bercakap tentang sokongan dari PAS dan DAP juga,” tambah beliau.

PAS dan DAP masing-masing memenangi 21 dan 38 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 5 Mei yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, lebih rendah tujuh berbanding 140 dimenanginya pada Pilihan Raya 2008.

Sekutu PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), PKR mendapat 30 kerusi Parlimen dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai calon gabungan itu bagi jawatan perdana menteri jika mereka menawan Putrajaya.

Satu sumber lain mengatakan Tengku Razaleigh dilihat sebagai calon kompromi oleh ahli-ahli Parlimen BN yang tidak menyokong sama ada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Anwar untuk jawatan tertinggi itu.

“Pemilihan untuk ahli-ahli Parlimen BN yang tidak gembira mudah. Ku Li atau Muhyiddin akan tetapi memilih TPM bermakna penerusan polisi Mahathir. Tiada beza diantara Najib dan Muhyiddin.

“Ku Li sebagai PM akan bebas daripada polisi seperti itu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider merujuk kepada pesaing ahli Parlimen Gua Musang itu, perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kem Mahathir sudah memberikan tekanan kepada Najib untuk membuang penasihat-penasihatnya yang mana strategi mereka menyebabkan prestasi buruk BN dalam PRU13. Najib masih belum melantik semula setiausaha politiknya yang kalah akan tetapi ahli strategi “bilik perang” kekal bertugas, dengan dua daripada mereka masing-masing dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.

Pelantikan Kabinet Najib bulan lepas menyebabkan kemarahan beberapa ahli Parlimen terutamanya dari Sabah dan Sabah yang merasakan mereka layak diberikan jawatan tinggi kerajaan.

Difahamkan Najib telah menjanjikan sesetengah daripada mereka jawatan dalam agensi kerajaan beberapa minggu lagi.

Akan tetapi beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah Isnin malam bagi membincangkan pilihan masa depan mereka.

Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen.

BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen.

Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.

Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. -TMI

Pembuat Kereta Nafi Dakwaan Utusan Mengenai Penurunan Harga


Pembuat kereta Volkswagen dan Peugeot kedua-duanya telah menafikan penurunan harga tahun ini seperti dilaporkan oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia tiga hari lalu sebagai bukti gabungan pemerintah itu menunaikan janji pilihan raya mereka.

Utusan telah melaporkan Volkswagen, Peugeot, Honda dan pembuat kereta tempatan Proton dan Perodua telah menurunkan harga sepuluh model mereka sehingga 11 peratus bermula Januari tahun ini, menyiarkan senarai harga sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga kereta dalam manifesto Pilihan Raya 2013.

“Sila ambil perhatian, harga di imej itu tidak tepat. Harga Golf memang RM157,888 semenjak dilancarkan. Bukan RM169,888,” kata wakil dari Volkswagen Malaysia di akaun Facebook mereka merujuk kepada salah satu model Golf.

Seorang pengguna sebelum itu memuat naik laporan Utusan, yang mendakwa harga Golf telah dikurangkan sehingga 7.1 peratus dari RM169,888 ke RM157,888.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, seorang pengedar untuk pembuat kereta Jerman itu mengesahkan harga Golf Mark 7 1.4 TSI yang dilancarkan sejak awal tahun ini memang berharga bermula dari RM157,888.

Peugeot Malaysia juga telah memberi respon di laman Facebook mereka mengenai dakwaan Utusan harga bagi model 308 telah diturunkan sebanyak 11 peratus dari RM115,663 ke RM102,888.

“Tanpa sebarang prejudis, tiada apa-apa dikeluarkan oleh kami, kami tidak dirujuk sebelum artikel itu dicetak dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan laporan berita itu. Harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308,” kata pembuat kereta Perancis itu.

Seorang pengedar Peugeot memberitahu The Malaysian Insider model facelift 308 VTi semenangnya berharga RM102,888 semenjak ianya dilancarkan pada pertengahan tahun lepas dan harga 308 Turbo adalah RM121,888.

Utusan juga melaporkan Honda Jazz Hybrid kini berharga RM89,900 selepas diturunkan sebanyak 2.5 peratus dari RM92,187.

Semakan dengan pembuat kereta dari Jepun itu mengesahkan model versi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) di kilang Alor Gajah sememangnya dijual pada RM89,900 semenjak dilancarkan tahun lepas. Manakala model versi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dilancarkan sebelum ini berharga RM94,800.

Akhbar Melayu itu juga melaporkan penurunan harga bagi model syarikat tempatan seperti Persona, Preve, Saga dan Exora dari Proton, dan Alza, Viva, dan Myvi dari Perodua.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengulangi ikrar pilihan raya untuk mengurangkan harga kereta melalui akaun Twitter lewat bulan lepas, berjanji harga kereta akan dikurangkan secara berperingkat sehingga 2017.

Pada hari sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan telah berjanji untuk mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun, seperti yang digariskan dalam manifesto pilihan raya BN.

“Malah, sejak Oktober tahun lalu, harga 10 model popular di negara ini telah turun secara purata 7.3 peratus,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu, pertama selepas Mustapa dilantik semula ke dalam Kabinet.

Kedua-dua BN dan pembangkang Pakatan Rakyat telah berikrar harga kereta lebih murah menjelang pilihan raya Mei, walaupun melalui mekanisme berbeza.

Setelah Bergelar YB, Rafizi Mahu Terus Dedahkan Pelbagai Isu


Pertama kali akan berada di Dewan Rakyat secara rasmi, pelbagai isu rakyat akan diperjuangkan demi memastikan cita- citanya untuk melaksanakan perubahan terhadap negara ini menjadi realiti.

Apabila diberikan mandat menjadi Ahli Parlimen Pandan, ia dijadikan tiket untuk terus mendampingi rakyat tanpa mengabaikan perjuangan politiknya dan menganggap membuat bising serta bermain angka adalah hobinya. Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NORSHAHZURA MAT ZUKI dan JAMILAH HAMZAH serta juru foto, SAFWAN MANSOR bersama Pengarah Strategi PKR, RAFIZI RAMLI.

Apakah yang akan disumbangkan dalam Dewan Rakyat nanti?

Saya akan mendapatkan lebih banyak maklumat yang mungkin selama ini tidak diketahui umum. Saya banyak menghabiskan masa dengan membuat analisa data dan maklumat ekonomi.

Ahli Parlimen kita mempunyai pelbagai latar belakang dan tidak ramai berminat dengan data dan angka yang banyak. Saya akan memberikan tumpuan untuk mendapatkan maklumat yang banyak kerajaan supaya kita tafsir, terjemah dan analisa kemudian kita akan membawanya kepada rakyat.

Contohnya maklumat terbaru ialah mengenai pendapatan isi rumah rakyat yang terbaru dan dibuat pada tahun 2012. Sehingga sekarang, kita tidak tahu apa- apa. Ia adalah perkara sulit yang tidak dibentangkan kepada rakyat sedangkan rakyat perlu tahu berapa sebenarnya purata pendapatan isi rumah Melayu dan perbezaan dengan bangsa lain.

Ini adalah contoh peranan yang boleh dimainkan dengan baik. Maklumat yang orang tidak berminat ini kita dapatkan supaya ia boleh dibawa kepada pengetahuan umum.

Adakah YB akan lebih banyak mendedahkan lebih banyak isu selepas ini dan apakah isu tersebut?

Isu yang akan dibawa ada dua jenis iaitu isu rapat atau hobi kita. Antaranya ialah perkara yang telah dibawa iaitu turun harga kereta, pendidikan, masalah melibatkan orang muda dan pengumuman terbaru untuk tidak memberikan jaminan pekerjaan kepada siswazah perguruan.

Banyak rakyat datang tanya dan meminta pertolongan kita serta memberikan maklumat kepada kita. Itu pun isu yang akan dilihat dan saya akan membawanya dari semasa ke semasa. Ketika ini saya didatangi banyak pemandu teksi yang mengemukakan dua isu.

Pertamanya ialah mengenai janji permit peribadi tetapi ia tidak peribadi. Apa yang dijanjikan ialah permit peribadi tetapi apa yang perlu lakukan ialah memohon dan kena membeli kereta jenis proton Exora.

Permit sah hanya tujuh tahun. Ini bermakna mereka perlu membayar lebih daripada sekarang dan perlu bertukar kereta setiap tujuh tahun. Keduanya, pada tahun 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan mengenai rebat pemandu teksi tukar kereta baru supaya banyak kereta baru.

Bagaimanapun rebat itu belum dibayar, sepatutnya dibayar 2012. Dari semasa ke semasa, pada sidang baru nanti, selain isu biasa yang dibawa secara peribadi, apa yang di bawa oleh rakyat kita kena bawa.

Saya juga akan menumpukan perhatian kepada isu ekonomi, soal pendapatan rakyat, jurang miskin kaya dan isu yang wang 1Malaysia iaitu sebanyak RM7 bilion diletakkan di luar negara sedangkan ia dipinjam dari dalam negara tetapi dipindahkan ke luar negara. Tata kelola dan urus tadbir yang baik. Saya juga akan membawa isu SPR dan dakwat kekal.

Adakah YB yakin, petisyen yang dikemukakan PR mampu mengubah keputusan PRU13?

Ia bergantung kepada keputusan mahkamah, tidak boleh baca bagaimana hakim akan menangani dan mengadili petisyen- petisyen ini. Saya perlu bersandarkan kepada rekod petisyen lepas iaitu hanya satu peratus sahaja peluang di bicarakan.

Pada tahun 2008, 29 petisyen difailkan seluruh negara hanya satu sahaja dibicarakan sebelum ditolak manakala 28 itu ditolak ketika difailkan. Petisyen ini sukar kerana standard bukti yang diperlukan terlalu tinggi. Jika tafsiran yang sama diperlukan, ia susah kecuali Hakim mengambil pendirian lain.

Apakah isu yang difokuskan?

Bergantung kepada setiap tempat dan undang- undang pilihan raya. Undang- undang pilihan raya, setiap isu mesti salah satu asas yang ditetapkan undang- undang pilihan raya.

Pertamanya ialah rasuah khusus iaitu calon ditangkap ketika memberikan wang, ini tiada. Keduanya, rasuah umum dan ini biasanya berlaku seperti beri makanan, kena dapat saksi kerana asas memfailkan petisyen ialah jumlah saksi boleh menukar keputusan pilihan raya.

Jika hanya membawa dua tiga orang sahaja, itu tidak cukup, maka ditolak. Ketiganya ialah kesalahan- kesalahan pilihan raya termasuklah borang 14 salah kira, 'black out' dan peti undi hilang. Kita hanya boleh memfailkan mengikut kawasan tertentu bukannya seluruh Malaysia.

Contohnya Segamat, beberapa soal dakwat kekal, pengundi tidak boleh undi, 2,000 pengundi di Segamat perlu mengundi di tempat lain walaupun mereka tinggal serumah yang sama.

Ini adalah kerana untuk mengurangkan pengundi Cina. Mereka tidak boleh mengundi di Segamat untuk mengurangkan pengundi Cina. Bukti kuat dan hanya berlaku di Segamat.

Di Parlimen Balik Pulau pula ialah jumlah kertas undi yang dikira melebihi kertas undi yang dikeluarkan.. Di Ketereh kesalahan pilihan raya iaitu peti undi awal dibuka tanpa arahan mahkamah. Setiap satu kerusi, ada kesalahan yang khusus.

Adakah bukti yang sedia ada mencukupi untuk memfailkan petisyen pilihan raya?

Pada pandangan saya, maklum balas, bukti itu mencukupi pada pengiraan mahkamah, itu adalah keputusan Hakim, kita kena tunggu. Oleh itu, kita mengambil pendirian, sementara kita memfailkan di mahkamah, kita juga akan memberikan maklumat- maklumat penipuan ini melalui media kepada rakyat kerana kita juga mahu menguji rakyat sama ada boleh terima atau tidak bukti.

Selepas sebulan, rakyat memang berkata berlaku penipuan contohnya di Besut, pegawai SPR buat laporan polis, mengaku bahawa undi dirampas. Saya memujuk dia untuk tampil.

Kalau ada keputusan begitu, biar dia tampil dan saya rasa mahkamah tidak menerima bukti ini tidak mencukupi, saya yakin rakyat boleh terima bahawa ini bukti kukuh, penipuan telah berlaku.

Jika petisyen tidak berjaya, adakah PKR akan membuat rayuan?

Kalau ikut undang-undang mahkamah, apabila memfailkan petisyen, mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan keputusan pilihan raya dan mengarahkan pilihan raya diadakan semula.

Kalau ada pilihan raya semula, hanya di kerusi Parlimen tertentu sahaja kecuali SPR atau kepimpinan kerajaan di Putrajaya merasakan bahawa mandat mereka rapuh dan tidak kuat dan perlu mendapatkan mandat baru.

Walaupun 29 kerusi dipanggil pilihan raya semula, keadaan mana majoriti BN rendah hanya 22 Parlimen sahaja, mungkin ada kesan kepada mandat kerajaan di Putrajaya. Ada kemungkinan- kemungkinan itu, hanya pilihan raya 29 kawasan yang difailkan petisyen. Sama ada membuat rayuan atau tidak, saya akan merujuk balik majlis pimpinan dan pimpinan PKR kerana kos tinggi.

PKR akan memfailkan 19 petisyen, berapakah keyakinan YB untuk menang?

Kesemua 19 kerusi tersebut mempunyai bukti yang kukuh, kita akan bentangkan bukti ini mengikut Parlimen melalui media dan sebagainya. Berdasarkan keputusan mahkamah lepas, di pihak PKR tujuh kerusi buktinya lebih dekat standard bukti yang ditetapkan SPR.

Tujuh kerusi tersebut apabila kesalahan dibuat SPR atau pihak lawan terlalu besar untuk dilupakan. Tujuh kerusi mempunyai peluang besar untuk terus ke peringkat perbicaraan.

Selepas membuat petisyen apakah langkah seterusnya yang akan diambil?

Daripada awal lagi ini adalah sebahagian usaha kita untuk menuntut reformasi dan pembaharuan pilihan raya. Itu menjadi isu terbesar selepas PRU13. Sentimen rakyat cukup kuat kalau berdasarkan kehadiran dan sokongan mereka kepada perhimpunan- perhimpunan aman yang telah dibuat.

Petisyen sebahagian langkah terus tuntut yakin rakyat bahawa kita perlu ada perubahan dan penambahbaikan reformasi pilihan raya. Selain memfailkan petisyen, sudah tentu kita akan bawa ke Parlimen, kita akan terus dengan sesi penerangan dan kempen dan perhimpunan aman.

Kita akan kemukakan pelbagai cadangan dan konsep baru mengenai pilihan raya adil terutamanya berkaitan persempadanan semula yang akan berlaku pada bila- bila masa. Kita akan bawa semua ini mengikut saluran dan kaedah yang ada pada kita.

Yang penting rakyat dapat pemahaman kenapa sistem dan SPR yang ada sekarang tidak berkesan untuk menjamin pilihan raya adil sehingga berlaku penipuan dan penyelewengan.

BN tidak akan berganjak kalau hanya berdebat dalam Parlimen atau berbincang. BN berganjak apabila ada isyarat jelas daripada rakyat tuntut perubahan dan pertukaran dasar. Kesemua langkah ini untuk menekan BN supaya akur dengan tuntutan rakyat mengadakan reformasi pilihan raya.

YB adalah antara pemimpin muda yang dilihat menonjol dan mungkin terlalu menonjol kerana sering membuat sidang media, adakah ini atas inisiatif sendiri atau arahan parti?

Saya sendiri ahli politik muda mempunyai pandangan lain kerana tidak besar kerangka politik lama. Kerangka politik lama kena naik bertanding dan menunggu masa lama akibatnya sebahagian besar masa politik mereka tertumpu kepada dalaman parti sahaja.

Mereka banyak menumpukan masa kepada pimpinan parti, daripada memikirkan apa yang terjadi. Kami yang muda tidak melalui sistem itu. Dalam PKR, pandangan lain kerana apa yang penting ialah apa yang rakyat fikirkan bukannya apa yang orang dalam parti fikirkan. Ahli Politik mesti ada isu berkaitan rakyat yang serasi dengan kita untuk dibawa.

Kita tidak ada akses kepada media perdana, kita hanya media Internet sahaja. Kita tidak ada pilihan lain untuk membawa isu kecuali untuk membuat laporan dan sidang media.

Ia berkesan dan itulah gaya politik baru dan rakyat menilai laporan politik dengan melihat isu mana yang rakyat bawa. Rakyat tidak menilai jawatan yang dipegang tetapi mereka melihat isu yang dibawa dan kerja- kerja yang dilakukan. Cara terbaik membawa isu yang dekat dengan rakyat.

Adakah YB akan terus aktif berkhidmat kepada masyarakat sehingga di akhir usia?

Tidak. Saya daripada awal lagi, tidak rancang untuk jadi ahli politik. Saya hanya mahu perubahan. Saya muda dan beberapa perkara yang saya mahu Malaysia berubah dan lebih adil. Selama ini, boleh berada di belakang dan hanya membantu dari segi dasar.

Sampai satu peringkat, pimpinan melihat perlu tampil ke depan. Saya tidak mahu bertanding dalam pilihan raya sebab latar belakang lain. Oleh kerana keperluan untuk menang kerusi seberapa banyak, saya perlu bertanding.

Tidak ada rancangan untuk menjadi ahli politik sampai habis. Kalau boleh saya mahu bersara 55 tahun. Apabila menjadi ahli politik muda, banyak masa bersama keluarga akan hilang.

Dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiada pilihan kerana rakyat dan pimpinan PKR memerlukan beliau. Beliau juga mempunyai pandangan yang sama kebanyakan kita. -SH

Nampaknya Pengerusi SPR Tak Mau Letak Jawatan Secara Sukarela, Tetapi Secara Paksa


Pengerusi SPR: Kami tak akan letak jawatan

KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini menegaskan barisan kepimpinan suruhanjaya itu tidak akan meletak jawatan hanya kerana didesak sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan proses Pilihan Raya Umum ke-13.

Menurutnya barisan kepimpinan SPR yang terdiri daripada beliau, timbalannya dan lima anggota jawatankuasa suruhanjaya itu, dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Peletakan jawatan barisan kepimpinan SPR yang merupakan sebuah badan bebas, tidak boleh dibuat secara tidak rela atau paksaan seperti yang didesak oleh sebuah kumpulan.

"Ia hanya boleh dibuat melalui undang-undang," katanya kepada pemberita selepas ditemu ramah stesen radio Nasional FM di Angkasapuri di sini.

Beliau berkata hanya Yang di-Pertuan Agong berhak mengeluarkan arahan kepada barisan kepimpinan SPR untuk meletak jawatan jika terbukti mereka melanggar peraturan dan undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Kalau kami melanggar undang-undang, cara yang baik adalah melalui petisyen dan berjumpa di mahkamah...buktikan dahulu kami melakukan perkara tersebut dan kita sama-sama lihat,"
katanya.

Abdul Aziz berkata berkata barisan kepimpinan SPR hanya boleh dilucutkan jawatan disebabkan bankrap, memegang jawatan lain dengan mendapat pendapatan, menjadi wakil rakyat, atau sebab-sebab lain seperti jenayah dan masalah mental seperti gila.

"Maknanya atas sebab kepercayaan awam tidak ada lagi ataupun melanggar peraturan Perlembagaan Persekutuan, dan ia boleh dilakukan melalui penubuhan tribunal," katanya.

Beliau juga berkata tindakan pembangkang mengheret rakyat untuk berhimpun kerana tidak puas hati dengan proses pilihan raya umum lepas tidak akan mengubah keputusan pilihan raya itu.

"Buktikan melalui undang-undang...jangan kita mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan orang lain, persepsi mereka yang keluar perhimpunan seolah-olah mereka percaya SPR menipu," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata SPR akan tetap meneruskan kajian semula persempadanan pilihan raya di negara ini menjelang akhir tahun ini dan ia akan dilaksanakan dengan telus.

Proses persempadanan semula yang terakhir dilakukan pada 2003 dan sepatutnya dibuat semula pada 2011, tetapi SPR telah menangguhkannya sehingga pilihan raya umum ke-13 selesai, katanya.

"Peguam Negara telah menasihati SPR untuk memulakan segera kajian semula persempadanan ini," katanya.

Beliau berkata di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2)(ii), persempadanan semula kawasan pilihan raya boleh dibuat dalam tempoh tidak kurang daripada lapan tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun daripada siapnya kajian sebelumnya.

Beliau berkata SPR diberi tempoh maksimum dua tahun untuk melengkapkan kajian dan kajian persempadanan itu terlebih dahulu akan dipamerkan kepada orang ramai sebelum dibawa ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk dibahas dan dilulus. - Bernama

Ulasan GB

Baguslah kalau dah ambil sikap macam tu sekalipun majoriti rakyat sudah buat keputusan mengundi Pakatan Rakyat (51%), yang bererti juga majoriti rakyat telah meminta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatannya kerana Pakatan selama ini bertungkus lumus berhimpun di seluruh negara meminta mereka berdua meletakkan jawatan.

Tidak mahu berundur secara sukarela, bererti kamu mahu berundur secara dipaksa...

Ok, fine, kita tunggu saja hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya..

Yang rakyat minta dan rakyat doakan ialah kedua-dua makhluk tersebut dihumbankan ke penjara di satu hari nanti. Muga Allah memperkenankannya, aminnn!

p/s GB hairan mengapa Pakatan Rakyat terlalu lembik di dalam hal ini. Pemimpin Pakatan Rakyat perlu bertindak pro-aktif. Bukan sekadar turun buat himpunan BLACK 505 sahaja, tetapi MESTI membuat dan kemukakan aduan terus kepada Majlis Raja-raja.

Persembahkan segera surat kepada Yang Dipertuan Agong agar Majlis raja-raja membincangkan hal tuntutan majoriti rakyat supaya kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dilucutkan jawatannya dan Perdana Menteri disiasat mengapa terlalu membela anggota SPR ini.

Juga pemimpin Pakatan perlu tegas di dalam Parlimen nanti supaya Suruhanjaya Diraja Siasat SPR dibentuk segera. Jika PM tidak mahu mendengarnya, maka usul tidak percaya dikemukan terhadapnya. Jika tak lulus, usul lagi, sampai berjaya. Jika Speaker menolak, usul tak percaya pula diberikan terhadapnya.

Biar ada rekod dalam hansard bahawa ada usul tak percaya telah dikemukakan terhadap Speaker berkenaan. Menjadi bukti bahawa PR telah berusaha sehabis daya.

Kena tegas dan sudah sampai masanya untuk wakil rakyat Pakatan bertindak. MAJORITI RAKYAT BERSAMA KAMU!




12 Jun 2013

[BERGAMBAR] Bot Terbalik Di Dungun, Dua Nelayan Dikhuatiri Lemas


Orang ramai mengerumuni pantai Sura untuk menyaksikan operasi mencari dan menyelamat bagi mengetahui perkembangan terkini tentang nasib yang menimpa dua sahabat yang masih hilang itu. - Foto: NIK MUHAMMAD RAFFIQ

Seorang nelayan terselamat manakala dua lagi rakannya dikhuatiri lemas apabila bot gentian kaca yang dinaiki mereka terbalik di perairan Pantai Sura Hujung, dekat sini semalam.

Kejadian pukul 4.45 petang itu menyebabkan dua nelayan berkenaan, Mohd Saifuddin Shafie, 18, dan Halim Hurus, 22, hilang manakala Mohd Mazli Mohamad, 30, berjaya diselamatkan.

Ketika kejadian, ketiga-tiga mereka dalam perjalanan pulang dari menangkap ikan dan ketika meluncur 300 meter menghampiri darat, bot yang dikemudi Halim dikatakan membuat pusingan mengelak selepas terlihat ombak kecil di hadapan.

Berikutan itu, bot yang dinaiki mereka dikatakan berpusing sebelum terbalik menyebabkan ketiga-tiga mereka tercampak ke dalam laut.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor berkata seorang daripada nelayan itu iaitu Mohd Mazli diselamatkan oleh penduduk tempatan yang berada di tepi pantai dan melihat kejadian itu.

Beliau berkata Mohd Mazli yang lemas dan tidak bermaya kemudiannya dihantar ke Hospital Dungun.

“Sehingga pukul 8 malam tadi, gerakan mencari dua lagi nelayan itu masih diteruskan melibatkan anggota Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung,” katanya kepada pemberita di sini.

Dahlan berkata ketiga-tiga nelayan itu yang berasal dari Kampung Sura Hujung keluar menangkap ikan sejak pagi.

Sementara itu, Hamidi Hurus, 19, ketika ditemui di hospital berkata ketika kejadian beliau berada di tepi pantai menunggu kepulangan abangnya, Halim.

“Masa itu saya melihat bot yang dinaiki abang berpusing saya nampak dengan jelas mereka semua tercampak ke laut,” katanya.

Hamidi berkata dia hanya berjaya menyelamatkan Mohd Hazli manakala abangnya dan seorang rakan lain hilang. – Bernama

Tragedi tiga sahabat

DUNGUN – “Tiba-tiba saya lihat bot yang mereka naiki berpusing, ketiga-tiganya tercampak dalam air, saya lihat mereka tenggelam timbul namun saya tak dapat buat apa-apa,” kata Hamidi Shafie, 19, adik kepada Halim Hurus, 22, salah seorang daripada mangsa lemas di Pantai Sura, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, bot gentian kaca berukuran kira-kira empat meter panjang dinaiki tiga sahabat itu dikatakan berpusing sebaik menghampiri pantai menyebabkan Mohd Shabudin, Halim Harun, 22, serta Mazli Muhammad, 30 tercampak ke dalam laut.

Ketika kejadian, mereka bertiga dalam perjalanan pulang ke pantai selepas keluar menangkap ikan di perairan Dungun kira-kira jam 7.30 pagi semalam.

Menurut Hamidi, kejadian cemas itu sempat disaksikannya kerana dia ketika itu berada di tepi laut menunggu kepulangan tiga sahabat itu.

Katanya, dalam keadaan cemas, dia terpaksa menunggu kira-kira 15 minit sebelum bot terbabit hanyut ke tepi pantai, lalu menghidupkan enjinnya semula dan memandu ke arah tiga rakan yang lemas itu.

Hamidi menceritakan, sebaik berjaya merapati lokasi sahabat itu lemas, dia terpandang kelibat Mazli lalu terus memautnya ke dalam bot.

"Ketika saya memaut Mazli ke dalam bot, dia beberapa kali menyebut nama Halim, saya cuba mencarinya namun dia sudah hilang dari pandangan.

“Saya kecewa sebab tak dapat selamatkannya," kata Hamidi yang masih trauma dengan kejadian menimpa abang dan rakannya itu.

Turun kali kedua cari mangsa

Hamidi kemudiannya membawa Mazli ke darat sebelum turun semula ke laut memandu bot untuk mencari dua lagi mangsa yang masih hilang.

Hamidi berkata, selepas tiba kali kedua di lokasi mangsa hilang, dia gagal mengesan dua mangsa, lalu pulang semula ke darat sebelum pihak berkuasa melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mangsa dilaporkan masih hilang itu.

Sementara itu, penduduk, Nasir Ismail, 48, berkata, Mazli dan dua rakannya yang masih hilang itu merupakan sahabat baik dan mereka dikatakan sering turun ke laut bersama untuk menangkap ikan.

Nasir berkata, sebaik menerima berita kejadian lemas itu, dia yang tinggal berdekatan bergegas ke pantai dan sempat memberi pertolongan kepada Mazli sebaik mangsa dibawa ke darat.

“Ketika itu dia sudah tidak bermaya. Saya beberapa kali cuba mengajarnya mengucap tapi dia tidak sedarkan diri, tak tahulah nasibnya bagaimana,” kata Nasir yang bekerja sebagai pemandu trak tunda.

Ibu doa anak ditemui

Ibu Sahbudin, Mariam Mat Ali, 54, ketika menyaksikan operasi mencari anaknya itu menceritakan, anaknya sebelum itu dikatakan tidak pulang ke rumah dan dia berkemungkinan bermalam di rumah Halim untuk memudahkan dua sahabat itu turun ke laut pada awal pagi.

Mariam berkata, mangsa, anak ketujuh daripada 10 beradik itu merupakan bekas pelajar kelas pendidikan khas sekolah Menengah Kebangsaan Sura dan turut mempunyai kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, sebaik pulang kerja, dia terkejut apabila dimaklumkan anak lelakinya yang mesra dengan panggilan Syamil itu lemas di laut.

“Bila diberitahu Syamil lemas di laut, saya rasa tiada harapan lagi. Apa pun saya berdoa dia segera ditemui,” kata Mariam yang kelihatan sugul.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat memaklumkan, gerakan mencari mangsa diteruskan.

Gerakan mencari juga turut melibatkan penduduk kampung. Sehingga jam 9 malam, keadaan Mazli dilaporkan stabil dan dirawat di Hospital Dungun, manakala operasi mencari dan menyelamat dua lagi yang masih hilang diteruskan.

Sabtu lalu, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, Nurul Nabilah Zubir menjadi mangsa lemas ketika sedang mandi-manda di pantai Teluk Gadung, kira-kira 500 meter dari lokasi tragedi lemas membabitkan tiga sahabat itu.

Ia kejadian kedua dalam tempoh seminggu.
-SH


Abang Sahbudin, Mohd Shahrizam (kiri) memeriksa beg pinggang, dipercayai milik Halim yang ditemui di permukaan laut berhampiran lokasti dua sahabat itu dilaporkan hilang. - Foto: NIK MUHAMMAD RAFFIQ

Penduduk kampung turut membantu mencari dua mangsa yang masih hilang dengan menggunakan bot gentian kaca. - Foto: NIK MUHAMMAD RAFFIQ



TERKINI Mangsa terakhir bot gentian kaca terbalik ditemui

DUNGUN - Gerakan mencari dua nelayan yang hilang selepas bot gentian kaca yang mereka naiki terbalik di perairan Pantai Sura Hujung di sini semalam, ditamatkan setelah mayat mereka ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor berkata mayat Mohd Saifuddin Shafie, 18, ditemui terapung oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 5.25 petang ini.

Terdahulu mayat seorang lagi nelayan, Halim Hurus, 22, ditemui kira-kira 1 pagi ini setelah terdampar di persisir pantai kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

Dalam kejadian kira-kira 4.45 petang semalam, tiga nelayan terhumban ke laut setelah bot yang mereka naiki terbalik. Seorang daripada mereka, Mohd Mazli Mohamad, 30, berjaya diselamatkan penduduk tempatan yang berada di tepi pantai.

Ketika kejadian, ketiga-tiga mereka dalam perjalanan pulang daripada menangkap ikan dan ketika meluncur 300 meter menghampiri daratan, bot yang dikemudi Halim dikatakan membuat pusingan mengelak selepas terlihat ombak kecil di hadapan.

Berikutan itu, bot yang dinaiki mereka dikatakan berpusing sebelum terbalik menyebabkan ketiga-tiga mereka tercampak ke laut.
- Bernama

Ali Rustam Pun Failkan Petisyen Jugak?


Ali Rustam ada bukti gambar

AYER KEROH - BN Melaka memfailkan dua petisyen pilihan raya bagi membantah keputusan PRU13 membabitkan kerusi Parlimen Bukit Katil dan Dun Bukit Baru.

Petisyen berkenaan difailkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di mahkamah tinggi di sini menerusi Rosfinah Rahmat dari Tetuan Rosfinah & Co serta Adli Ithnin dari Adli & Co kira-kira jam 3 petang semalam.

Sementara itu, Mohd Ali, ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan telah memfailkan dua petisyen pilihan raya bagi membantah keputusan PRU13 membabitkan dua kerusi berkenaan.

Menurutnya, petisyen itu dibuat selepas ada individu daripada PR didakwa berkempen sehingga ke depan pintu bilik mengundi.

Selain itu, katanya, pihak terbabit juga didakwa telah mengambil barang yang tertinggal di dalam beg peti undi yang dibawa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika dalam perjalanan.

“Kita ada gambar sebagai membuktikan tindakan ini. Mengikut undang-undang beg peti undi tidak dibenarkan dibuka ketika pegawai SPR sedang membawanya,”
katanya.

Pada PRU13 lepas, Mohd Ali, yang juga bekas Ketua Menteri, tewas di Parlimen Bukit Katil kepada Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang mendapat majoriti 5,477 undi.

Di Dun Bukit Baru pula, Karim Yaacob, yang juga Ketua Pemuda Umno Melaka, tewas kepada Dr Md Khalid Kassim dari Pas, yang mendapat majoriti 48 undi. -SH

Ulasan GB

Dulu Ali Rustam tuduh kaum Cina tak bagi undi kepadanya yang menyebabkan beliau kalah di Palimen Bukit Katil.

Sekarang semasa memfailkan petisyen lain pula dakwaannya.

Samada sahih atau tidak dakwaan Ali Rustam itu, ia adalah hal yang lain, namun aduannya menyatakan ada individu daripada PR didakwa berkempen sehingga ke depan pintu bilik mengundi agak menarik untuk diberikan ulasan.

Biasanya jika ada individu terutama PR melakukan kerja berkempen di pusat mengundi, bukankah di pusat mengundi apatah lagi di bilik mengundi itu ada petugas-petugas SPR yang bertugas dan boleh menahan mereka?Dalam hal ini ada gambar tak Tok Ali untuk melihat dan mengenalpasti siapakah gerangan yang berkempen itu? Jika tak da gambar tak dapatlah nak dijadikan alasan jika semata-mata membuat tuduhan rambang sedemikian. Silap gaya orang UMNO BN yang berbuat begitu.

Dan dari gambar yang ada, nampaknya Tok Ali sendiri yang berkempen sampai di depan pintu bilik mengundi! tengoklah ni.


Kedua mengenai pihak terbabit yang juga didakwa telah mengambil barang yang tertinggal di dalam beg peti undi yang dibawa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika dalam perjalanan.

Seperkara lagi siapa "pihak yang terbabit" itu? Yang berkempen itukah?

Nampaknya Tok Ali sendiri tak percaya kepada SPR!

Ambil barang yang tertinggal di dalam peti undi, bukan memasukkan sesuatu di dalam peti undi?

Sandaran dan alasan Tok Ali memfailkan petisyen nampaknya tak cukup kuat sekalipun dikatakan ada gambar kerana gambar itu berkemungkinan, seperti yang GB katakan tadi orang UMNO BN sendiri.

tetapi rasanya pihak Pakatan Rakyat tidak akan rasa resah gelisah, jauh sekali "kecut perut" dengan petisyen Tok Ali. Sekalipun katakanlah Tok Ali menang di dalam petisyen itu, rakyat Melaka sentiasa bersedia untuk menjalani pilihanraya semula bagi Parlimen Bukit Katil. Dan ia juga peluang untuk rakyat Bukit Katil untuk benamkan Tok Ali kali kedua....

Tok Ali sudah bersediakan?

Najib Mahu Singkir "5 Jahanam" Bilik Perang Yang Kalah PRU


Atas dari kiri: Datuk Latt Shariman Abdullah, Datuk Shahlan Ismail, Datuk Mohd Shafei Abdullah. Bawah dari kiri: Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan Datuk Mohamed Suffian Awang

Kesemua pembantu politik kepada Datuk Seri Najib Razak akan digugurkan daripada jawatan masing-masing kerana dikatakan meletakkan kepentingan diri melebihi perdana menteri dalam langkah dilihat untuk menyingkirkan tunggul-tunggul tidak berguna dari pejabat beliau menjelang pemilihan Umno tahun ini, kata sumber-sumber dari Barisan Nasional (BN) kepada The Malaysian Insider.

Dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya 5 Mei, Datuk Latt Shariman Abdullah, Datuk Shahlan Ismail, Datuk Mohd Shafei Abdullah, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan Datuk Mohamed Suffian Awang telah diserang oleh penulis-penulis blog Umno dan pengkritik pro-kerajaan kerana kekalahan memalukan mereka dalam pilihan raya umum ke 13.

Kelima-lima dilihat oleh ahli strategi “bilik perang” Najib mempunyai peluang terbaik untuk menang membantu gabungan pemerintah itu mendapatkan semula majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen yang mereka hilang semasa Pilihan Raya 2008.

Akan tetapi penulis-penulis blog Umno telah mengecam Najib (gambar) kerana membenarkan pembantu-pembantunya untuk bertanding, berhujah kelima-lima lelaki itu mempunyai sedikit sokongan akar umbi di kawasan pilihan raya mereka.

BN menang 133 kerusi daripada 222 anggota Dewan Rakyat dan Umno, tunjang kepada gabungan itu mendapat 88 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013 – meningkat sembilan kerusi berbanding 2008.

Akan tetapi sesetengah veteran parti telah menyalahkan prestasi kurang memberangsangkan parti itu dan BN kepada ahli strategi “bilik perang” Najib, dan memberikan petunjuk perdana menteri mungkin ditunjukkan pintu keluar jika tidak menyingkirkan ahli strateginya kerana nasihat buruk.

Dua pegawai khas Najib, Shahlan dan Latt Shariman,
dikalahkan oleh calon PAS di Kedah, walaupun BN berjaya merampas semula negeri jelapang padi itu dari Pakatan Rakyat (PR).

Shahlan kalah dengan 3,935 undi kepada Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena manakala Latt Shariman dikalahkan oleh Mohd Nasir Mustafa dengan 1,044 undi di kerusi Dewan Undangan Rakyat (DUN) Kubang Rotan.

Mohd Shafei yang merupakan setiausaha politik Najib di Kementerian Kewangan, kalah kepada Datuk Dr. Tan Kee Kwong dari PKR dengan 5,511 undi di kerusi Parlimen Kuala Lumpur, lebih besar dari kekalahan 2008.

Mohamad Fatmi dan Mohamed Suffian
 masing-masing kalah di kerusi Parlimen Kota Baru dan Kuantan.

Penyingkiran mereka yang kalah, adalah petanda pertama Najib serius menyingkirkan penasihatnya, ramai telah dipersalahkan kerana salah baca akar umbi menjelang pilihan raya paling sengit itu.

Bilik perang BN ditugaskan untuk memilih calon dan memberikan beberapa nasihat tentang strategi untuk menang pilihan raya.

Diantara ahli bilik perang BN termasuklah ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, Pengerusi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Datuk Seri Alies Anor Abdul, Pengarah Petronas Omar Mustapha Ong, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan bekas menteri Datuk Seri Idris Jusoh sebagai sebahagian daripada ahlinya.

Bilik perang meramalkan BN akan menang diantara 145 hingga 150 kerusi Parlimen dan akan merampas kembali Selangor dalam Pilihan Raya 2013 walaupun sesetengah pemimpin kanan BN meragui angka itu.

Pada tengah hari hari mengundi, bilik perang mengeluarkan “senarai putih” 118 kerusi dijamin menang akan tetapi sesetengahnya seperti Pasir Mas, Shah Alam dan Lembah Pantai kalah, dimana sebahagian ketua bahagian Umno mengatakan terdapat jurang diantara kepimpinan dengan akar umbi.

Perdana menteri keenam turut diberi tekanan dari Umno untuk menjauhkan dirinya daripada perancang bilik perang seperti Alies Anor, Omar dan Jamaluddin, kata sumber dalaman parti kepada The Malaysian Insider.

Beberapa ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dua hari lalu bagi membincangkan kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan pertempuran sengit dalam Pilihan Raya 2013 menegaskan mahu memberikan tekanan kepada Najib selepas beliau memenangi mandat pertama peribadi dengan kerusi kurang daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Penganalisis dan pemerhati politik telah mengatakan kepimpinan Najib dalam Umno mungkin akan dicabar dalam pemilihan akhir tahun ini, yang boleh menggugat kedudukannya untuk mempimpin gabungan 13 parti itu sekaligus kehilangan jawatan. -TMI

[VIDEO & GAMBAR] Hujan Tak Halang Ribuan Banjiri BLACK 505 Sungai Petani Malam tadi


Sekalipun hujan turun dan petir berdentum namun ia tidak sesekali menyekat momentum himpunan Black 505 di Sungai Petani malam tadi.

Hampir keseluruhan yang hadir tidak berganjak dan untuk mendengar ikon pembangkang Anwar Ibrahim dan rakan Pakatan Rakyat bercakap mengenai penipuan pilihanraya dan untuk mendapatkan perkembangan terkini terhadap tindakan undang-undang ke atas Anwar serta perancangan PR untuk bertindak ke atas Suruhanjaya Pilihanraya. SPR telah dilihat secara meluas sebagai bersalah kerana membantu Umno-BN memenangi PRU pada 5 Mei lepas melalui cara-cara yang tidak jujur dan tidak adil.

"Kita berharap untuk mendapatkan kehadiran yang ramai, kita telah bersedia untuknya. Pihak polis dan pihak berkuasa memberikan kerjasama yang baik. Kita boleh merancang tetapi bergantung kepada Yang Satu (Allah swt) untuk menentukannya. Malah, saya sudah berfikir berkemungkinan hujan akan turun dan telah membuat persediaan jika berlaku demikian. Bersyukur kepada Allah, kita mempunyai dewan yang baik dan sistem PA yang baik juga. Rakyat tidak berganjak, mereka menunggu sehingga akhir malah selepas hujan berhenti mereka terus mendengar ucapan-ucapan para pemimpin. Ini benar-benar menyentuh hati. Ia adalah semangat yang tinggi," kata Johari Abdul, ahli parlimen Sungai Petani.

Hujan turun kira-kira jam 10 malam, muncul tiba-tiba dan dengan lebatnya. Orangramai yang berada di padang, bergerak seperti dalam satu pasukan secara bersama-sama dan seperti satu alunan gelombang, menuju kearah pentas yang dibina di luar dewan yang berbumbung.

Dengan jumlah hadirin sebegitu ramai - dianggarkan 10,000 di atas padang - tiada seorang yang tercedera dan suasana kelam-kabut hanya berlaku seketika. Pasukan penganjur seperti mengetahui apa yang perlu dilakukan dan mereka bertindak pantas. Situasi begitu terkawal dan dalam tempoh hanya 10 minit, orangramai kembali duduk sekalipun kali ini di atas lantai dewan dan siap sedia untuk mendengar cermaha-ceramah yang disampaikan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan.

Tarikh Penting 22, 23 dan 24hb Jun

Selain Anwar dan Johari, lain-lain pemimpin yang menyertai himpunan Black 505 Sungai Petani malam tadi ialah Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, ahli parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, Naib Presiden PKR Tian Chua, ADUN Bukit Selambau Dr R Krishnamoorthy dan aktivis anak muda Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard.

Dengan sambutan yang ramai untuk himpunan Black 505, pemimpin Pakatan terus membelasah Umno-BN kerana "mencuri" kejayaan mereka. PR bercadang untuk mengadakan satu perhimpunan raksaksa pada 22 Jun ini, dimana mereka mensasarkan satu juta akan hadir.

"Apa-apa pun boleh berlaku pada tarikh 22, 23 dan 24 (Jun). Kita akan berada di sana (di parlimen untuk mengangkat sumpag) pada 24 dan juga 25 (ucapan perasmian Yang DIpertuan Agong). 22 merupakan hari yang besar dimana kita akan berhimpun di Padang Merbok - 505 - dan kita akan bermula pada jam 12 tengahari," kata Johari.

"Ada yang bercadang untuk tinggal semalaman di sana sehingga 23hb dan kemudian pada 24 hb merupakan hari mengangkat sumpah. Jadi ini rentetan peristiwa yang akan berlaku. 22hb itu adalah hari yang penting. (Pada) 23hb, orangramai mungkin mahu menunggu dan melihat apa yang bakal berlaku kerana mereka mengharapkan banyak pihak media akan berada di sana dari seluruh dunia, jadi mereka bleh mengambil kesempatan dari media ini dan mereka boleh menyuarakan ketidak-puashatian mereka terhadap kerajaan minoriti yang ada sekarang."

Pandikar Amin & Himpunan Jun 22

Di dalam pilihanraya 5 Mei, Umno-BN menang 133 kerusi di peringkat Parlimen berbanding Pakatan cuma 89. Tetapi Anwar enggan untuk mengakui kekalahan, mendakwa telah wujud penipuan dan salahlaku. Majoriti daripada 13 juta pengundi dilihat menyebelahi Anwar kerana Pakatan telah 51% dari undi popular tetapi tewas dengan BN sebanyak 44 kerusi di Parlimen.

Anwar, 64, telah memulakan himpunan Black 505 untuk memprotes pengundian yang dianggapnya tidak adil. Pakatan telah menuntut Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatannya. Mereka juga mahu pilihanraya semula di 30 kerusi 'yang meragukan".

Lain-lain tindakan dimulai Pakatan untuk meluahkan rasa tidak puashati mereka terhadap keputusan PRU13 termasuklah pemboikotan taklimat Dewan rakyat semalam.

Ini menyebabkan Pandikar Amin, Speaker BN pada sessi parlimen yang lalu, melenting dan mengeluarkan amaran kepada pemimpin Pakatan jika mereka memboikot upacara mengangkat sumpah pada 24 Jun, dia tidak akan membenarkan mereka mengangkat sumpah di tarikh yang lain. Pemimpin Pakatan kemudian akan berrisiko kehilangan status wakil rakyat, kata Pandikar, yang kata-katanya telah disifatkan sebagai ugutan yang "bertentangan dengan undang-undang" dan terang-terangan melanggar Perintah Tetap Dewan Rakyat dan Perlembagaan Persekutuan.

Himpunan di Sungei Petani malam tadi adalah himpunan yang ke 12 di dalam siri Black 505. Selepas ini ialah di Kota Bahru, Kelantan pada malam ini, diikuti pada 16 Jun 16 di Batu Pahat, Johor. Namun himpunan 22 Jun mwerupakan himpuan yang sedang ditunggu-tunggu.

"Sama seperti ini, satu perhimpunan aman, namun di dalam skala yang lebih besar - satu acara nasional - bagi menunjukkan kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa kmai tidak sesekali merestui penipuan," kata Anwar, merujuk kepada himpunan yang bakal berlansung pada 22 Jun. Beliau menjelaskan ia adalah perhimpunan aman dan bukan satu protes jalanraya. - malaysian-chronicle/terjemahan bebas oleh GB














[VIDEO]: Upacara Mencuci Kaabah Sempena Kedatangan Ramadan


Smelam berlangsung upacara membersihkan Kaabah sempena kehadiran bulan Ramadan tak berapa lama lagi.

Kaabah dicuci dengan campuran khas air zam-zam dan air mawar.

Upacara itu diketuai Gabenor Makkah, Putera Khaled A-Faisal dan imam Sheikh Abdul Rahman as Sudais dan penolongnya, Muhammad A-Khozaim.

Turut hadir beberapa diplomat asing dari beberapa buah negara Islam. -mynewshub


11 Jun 2013

[VIDEO & GAMBAR] Perlis Yang Kecil Pun Mampu Tarik 7,000 Hadiri BLACK 505


Kangar: Sekalipun berstatus negeri terkecil di malaysia, sekitar 7,000 orang membanjiri dataran kompleks perniagaan di Kampung Bakau dekat sini malam tadi dalam program Black 505 peringkat negeri Perlis.

Himpunan membantah penipuan di dalam pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini dianggap sebagai antara himpunan paling besar pernah diadakan di negeri ini sekaligus menggambarkan satu fenomena kebangkitan rakyat menuntut sebuah sistem pilihan raya yang lebih telus di negara ini selain mendesak pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya mletakkan jawatan.

Walaupun pada awalnya, pihak polis dikatakan tidak memberikan kebenaran bagi mengadakan perhimpunan ini, program tetap diteruskan dengan kehadiran orang ramai dari pelbagai kaum.

Ia juga untuk menyambut kehadiran pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Majlis bermula dengan ucapan dari pimpinan tempatan termasuk Ketua Cabang PKR Kangar, Ko Chu Liang; Pengerusi PKR Perlis, Mohd Faisol Abdul Rahman; ADUN PAS Sanglang, Mohd Shukri Ramli serta Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz Idris Yaacob.

Turut menyampaikan ucapan, wakil DAP, Syed Araniri Syed Ahmad Al-Idrus; ADUN Indera Kayangan; Chan Ming Kai; Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman; Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail; ADUN Sidam, Dr Robert Ling dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Majlis yang disusuli dengan tepukan dan tiupan trumpet oleh hadirin ini dimeriahkan lagi bila Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin mengambil pentas.

Seterusnya, majlis dikendalikan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan sejurus kemudian beliau menjemput Mohamad Sabu untuk menyampikan ucapan sebelum di akhiri dengan ucapan oleh Anwar.

Majlis diakhiri dengan semua pimpinan dan hadirin menyanyikan lagu Negaraku. -HD







Jangan Biar BN Bertapak Lagi Di Selangor


Jangan biar Barisan Nasional (BN) bertapak lagi di negeri Selangor,” tegas Pengerusi Dewan Himpunan PAS Pusat (DHPP) Hu Pang Chow.

Beliau berkata, BN sudah dua penggal ditolak oleh rakyat negeri ini, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 pada 2008 dan PRU-13 lalu, dan tugas kita sekarang ini ialah untuk memastikan BN tidak boleh lagi bertapak di negeri Selangor.

“Malahan Pakatan Rakyat sekarang ini lebih kuat kerana kita memenangi lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) berbanding BN,” terang beliau selepas ditemui dalam satu majlis Pakatan Rakyat di KIP Industrial Park dekat sini baru-baru ini.

Pada PRU-13, DAP dan PAS masing-masing memenangi 15 kerusi, dan PKR menang 14 kerusi berbanding dengan BN yang hanya memenangi 12 kerusi dari sejumlah 56 kerusi Dun Selangor.

Hu berkata, BN sudah tersilap percaturan dengan cita-citanya untuk menawan kembali negeri Selangor dengan memberi tumpuan khusus seperti penambahan hampir setengah juta pengundi di negeri ini sahaja menjelang PRU-13.

Katanya, BN Selangor juga melantik (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri dalam usaha mereka untuk merampas semula negeri Selangor.

“Ternyata rakyat Selangor, yang terdiri dari semua kaum menolak BN dan mahukan perubahan dan memilih kerajaan negeri Pakatan yang terbukti dapat memerintah jauh lebih baik berbanding BN,”
jelas beliau.

Hu juga menolak teori ‘tsunami Cina’ yang ditimbulkan oleh Najib walaupun menurut beliau, lebih 80 peratus pengundi Cina di kawasan bandar dan pinggir bandar di Selangor memilih Pakatan.

Beliau menasihatkan kerajaan negeri supaya memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan menunaikan semua janji yang terkandung dalam manifesto bagi membuktikan kerajaan negeri benar-benar berjiwa rakyat. -FMT

Harun Taib Tidak Faham Politik — Mohd Sayuti Omar


Kata Harun Taib beliau tidak setuju kalau himpunan diadakan untuk melakukan revolusi, sebaliknya dia setuju kalau himpunan secara aman dengan mengadakan ceramah. Kerana ujarnya cara itu pernah dibuat oleh Pas.

Kenyataan beliau ini seperti dia menarik balik kenyataannya sebelum ini yang tidak setuju dengan himpunan politik seperti Black505 bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 yang didakwa tidak ada dan jahat. Justifikasinya untuk menarik kenyataan itu ialah kerana parti (Pas) bersetuju dengan himpunan Black505.

Semalam mesyuarat jawatankuasa Pas membuat keputusan semua ahli Pas diarah menghadiri himpunan Black505 pada 15 Jun ini di Padang Merbok Kuala Lumpur.

Harun juga mengakui pendapat beliau sebelum ini yang melarang himpunan Black505 adalah pendapat peribadi. Walaupun Ketua Urusan Dewan Ulama' ini akur dengan kehendak parti tetapi alasan diberikan untuk membolehkan himpunan diadakan masih mengelirukan, ertinya bukan persetujuan 100 peratus.

Dia bersetuju kalau himpunan itu bukan untuk melakukan revolusi? Apakah Harun Taib ini faham atau tidak dengan politik? Atau beliau bercakap dari atas bendul rumahnya dan mengikut perasanya sendiri saja? Apakah politik yang beliau faham dan apaklah politik yang beliau tidak faham?

Siapa yang mentafsirkan kepadanya himpunan Black505 itu untuk menggerakan revolusi? Apakah dia juga faham dengan perkataan dan pengertian revolusi? Harun telah meletakkan dirinya dalam keadaan yang berat. Dia berfikir sesuatu yang orang tidak berfikir dan menganggap orang berfikir seperti dia fikir. Saya rasa Harun mendapat maklumat mengenai himpunan itu bukan dari partinya tetapi dari akhbar Utusan Malaysia dan wartawan yang sering menghubunginya.

Telatah atau cara Harun berfikir lari jauh. Ibarat berpakat hendak mengusung rumah, tetapi dia berfikir orang ramai diajak untuk meruntuhkan bukit dan mengusung batu bawa balik ke rumah. Pemahaman Harun dalam soal ini terlalu jauh sebenarnya dan menyekasakan dirinya sendiri. Percanggahan fahaman ini juga meroakkan reputasi beliau dan dewan yang beliau ketuai itu. Elok berhenti sajalah.

Baik juga rasanya kalau Harun Taib dimasukkan semula ke dalam madrasah politik yang realistik iani politik berasaskan fakta semasa bukannya politik berasaskan hukum agama. Pemikiran dan pemahaman seperti Harun inilah yang mencemarkan demokrasi dan merosakkan strategi politik Pas dan rakannya sebagai sebuah gerakan massa.

Orang seperti Harun sebenarnya tidak layak untuk mengulas mengenai politik. Ia bukan memberi kebaikan sebaliknya keburukan kerana ada pendapat dan kenyataanya kontra dengan keputusan parti. Ahli Pas pula jangan mudah menerima pandangan politik dari seseorang yang mendapat pendidikan tinggi dari institusi terkenal, atau digelar ulama tanpa diadaptasikan dengan politik semasa berdasarkan realiti.

Untuk pengetahuan Harun, Pakatan Rakyat masih menerima konsep dan prinsip demokrasi. Belum ada tanda-tanda untuk mereka melaikukan aksi revolusi merampas kuasa secara kekerasa atau pun meruntuhkan institusi raja. Cara Harun mentafsir sesuatu tidak ubah seperti dia metafsirkan keadaan dirinya yang hanya demam tetapi dirasakan sudah mengalami sakit jantung. Maka ubah yang diambil adalah untuk jatung sedangkan dia hanya demam saja. Sampai ke bila pun Harun tidak akan sembuh dan rasional.

Saya melihat orang macam Harun Taib ini bukan lagi membantu menggalakkan perjuangan Pas tetapi banyak menyusah dan membantutkan usaha pihak lain. Seelokknya menjelang muktamar ini Harun berundur sajalah. -msomelayu

Najib Goyang, Ahli Parlimen Sabah & Sarawak Jumpa Ku Li


Ahli Parlimen BN yang tidak gembira bertemu selepas kemenangan PRU13

KUALA LUMPUR, 11 Jun — Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Parlimen dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah malam tadi bagi membincangkan kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan pertempuran sengit dalam Pilihan Raya 2013.

The Malaysian Insider difahamkan, lebih kurang sedozen ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang tidak mahu menyeberang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi turut tidak gembira dengan Putrajaya kerana tidak diberikan apa-apa kepada mereka selepas menang.

“Ahli Parlimen Malaysia Timur bertemu Ku Li di rumahnya untuk membincangkan langkah seterusnya kerana mereka tidak gembira dengan Putrajaya,” kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada nama samaran putera raja itu.

Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen.

BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.

Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri.

“Ahli Parlimen dari Malaysia Timur tidak mahu meninggalkan BN akan tetapi mahukan sesuatu dari kemenangan mereka.

“Mereka bertemu Ku Li untuk melihat apa yang mereka boleh lakukan untuk meluahkan kekecewaan mereka,” tambah sumber itu.

Putera raja Kelantan itu mahu mencabar Najib untuk jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti lalu akan tetapi tidak mendapatkan pencalonan cukup untuk layak, di mana pemenangnya kebiasaannya menjadi perdana menteri dalam kerajaan BN.

Beliau mewakili Gua Musang semenjak 1974 dan sudah beberapa kali cuba untuk mendapatkan jawatan perdana menteri tetapi tidak berjaya.

Satu lagi sumber memberitahu ahli Parlimen Malaysia Timur adalah yang terbaru untuk memberikan tekanan kepada Najib selepas beliau memenangi mandat pertama peribadi dengan kerusi kurang daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Najib sudah diberikan tekanan dalam Umno dan sekarang ini, selepas keputusan buruk dalam pilihan raya,”
tambah beliau.

Umno memenangi 88 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013, meningkat sembilan berbanding 2008 akan tetapi beberapa veteran parti menyalahkan parti itu dan prestasi buruk BN kepada ahli strategi “bilik perang”, dan membayangkan perdana menteri mungkin perlu ditunjukkan pintu keluar jika dia tidak membuang ahli strateginya kerana nasihat buruk mereka.

“Ahli-ahli Parlimen ini tidak boleh melakukan banyak kecuali memanggil untuk undi tidak percaya. Menjadikannya sebagai agenda sudah satu kejayaan untuk menzahirkan kekecewaan mereka.

“Atau mereka boleh biarkan ahli Umno semasa pemilihan parti akhir tahun menunjukkan kepada PM bagaimana mereka rasa,” tambah sumber tersebut.

Sumber itu juga memberitahu, ahli Parlimen BN yang bertemu Tengku Razaleigh tidak dijangkakan untuk menunjukkan perasaan mereka sehingga Parlimen bermula pada 24 Jun.

“Apa pun, ini hanyalah lebih tekanan kepada Najib untuk memuaskan hati semua pihak dalam BN, “katanya.

Prof Mohammad Agus: SPR Gagal!


Prof. Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff tidak sependapat dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR yang menyatakan SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus Pilihan raya Umum ke-13 yang lalu.

“Pada saya SPR gagal,” tulis beliau di Facebook.

Menurut penganalisis politik itu jika SPR berjaya, maka untuk apa PM mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri dari Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR pada 1 Jun 2013.

Berikut ialah tulis penuh beliau.

Saya tidak sependapat dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR yang menyatakan SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Pada saya SPR gagal.

Jika SPR berjaya, maka untuk apa PM mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri dari Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR pada 1 Jun 2013.

Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik, PM tidak akan membuat pengumuman sedemikian. Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik tidak akan berlaku bantahan dan perhimpunan 505 seperti yang berlaku sekarang ini.

Bagi saya, jika sekadar menyediakan dakwat kekal pun gagal dilaksanakan dengan baik, jika sekadar menyediakan daftar pemilih yang bersih gagal dilaksanakan dengan baik, maka saya kira sudah sampai masanya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan.

Cumanya, yang saya tidak faham dengan pengumuman PM ini ialah kenapa perlu ditubuhkan jawatankuasa untuk memantau SPR?

Saya kira tidak perlu jawatankuasa untuk memantau SPR kerana SPR adalah sebuah badan bebas. Yang kita perlu sekarang ialah anggota SPR yang boleh bertindak cekap untuk mengurus pilihan raya yang adil dan bebas. Itu yang kita belum ada!

Begitupun, sekiranya kerajaan ingin menubuhkan jawatankuasa bagi mereformasikan SPR dan sistem pilihan raya kita, maka hal berikut perlu diberikan perhatian:

(i) kerajaan perlulah menubuhkan sebuah panel yang terdiri dari wakil parti mengikut kuota undi popular yang diterima oleh parti, dan setiap parti hendaklah berhak menamakan wakil masing-masing, bukannya ditentukan oleh kerajaan;

(ii) jawatankuasa ini juga perlulah diberi rangka kerja untuk mengkaji beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981, Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002 dan Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003.

Di akhir analisisnya, saya merasakan kerajaan dan PR perlu mengambil tindakan berikut:

(i) mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR supaya meletakkan jawatan,

(ii) PR menghentikan perhimpunan 505 bagi memberi peluang kepada proses petisyen pilihan raya diadili di mahkamah undang-undang.

Dengan pendekatan ini, semoganya tidak ada lagi perhimpunan 505 diadakan dan kerajaan boleh terus menumpukan masa untuk merancang pembangunan negara. Sesungguhnya, rakyat dahagakan kehidupan yang selesa.
-HD