12 Jun 2013

Ali Rustam Pun Failkan Petisyen Jugak?


Ali Rustam ada bukti gambar

AYER KEROH - BN Melaka memfailkan dua petisyen pilihan raya bagi membantah keputusan PRU13 membabitkan kerusi Parlimen Bukit Katil dan Dun Bukit Baru.

Petisyen berkenaan difailkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di mahkamah tinggi di sini menerusi Rosfinah Rahmat dari Tetuan Rosfinah & Co serta Adli Ithnin dari Adli & Co kira-kira jam 3 petang semalam.

Sementara itu, Mohd Ali, ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan telah memfailkan dua petisyen pilihan raya bagi membantah keputusan PRU13 membabitkan dua kerusi berkenaan.

Menurutnya, petisyen itu dibuat selepas ada individu daripada PR didakwa berkempen sehingga ke depan pintu bilik mengundi.

Selain itu, katanya, pihak terbabit juga didakwa telah mengambil barang yang tertinggal di dalam beg peti undi yang dibawa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika dalam perjalanan.

“Kita ada gambar sebagai membuktikan tindakan ini. Mengikut undang-undang beg peti undi tidak dibenarkan dibuka ketika pegawai SPR sedang membawanya,”
katanya.

Pada PRU13 lepas, Mohd Ali, yang juga bekas Ketua Menteri, tewas di Parlimen Bukit Katil kepada Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang mendapat majoriti 5,477 undi.

Di Dun Bukit Baru pula, Karim Yaacob, yang juga Ketua Pemuda Umno Melaka, tewas kepada Dr Md Khalid Kassim dari Pas, yang mendapat majoriti 48 undi. -SH

Ulasan GB

Dulu Ali Rustam tuduh kaum Cina tak bagi undi kepadanya yang menyebabkan beliau kalah di Palimen Bukit Katil.

Sekarang semasa memfailkan petisyen lain pula dakwaannya.

Samada sahih atau tidak dakwaan Ali Rustam itu, ia adalah hal yang lain, namun aduannya menyatakan ada individu daripada PR didakwa berkempen sehingga ke depan pintu bilik mengundi agak menarik untuk diberikan ulasan.

Biasanya jika ada individu terutama PR melakukan kerja berkempen di pusat mengundi, bukankah di pusat mengundi apatah lagi di bilik mengundi itu ada petugas-petugas SPR yang bertugas dan boleh menahan mereka?Dalam hal ini ada gambar tak Tok Ali untuk melihat dan mengenalpasti siapakah gerangan yang berkempen itu? Jika tak da gambar tak dapatlah nak dijadikan alasan jika semata-mata membuat tuduhan rambang sedemikian. Silap gaya orang UMNO BN yang berbuat begitu.

Dan dari gambar yang ada, nampaknya Tok Ali sendiri yang berkempen sampai di depan pintu bilik mengundi! tengoklah ni.


Kedua mengenai pihak terbabit yang juga didakwa telah mengambil barang yang tertinggal di dalam beg peti undi yang dibawa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika dalam perjalanan.

Seperkara lagi siapa "pihak yang terbabit" itu? Yang berkempen itukah?

Nampaknya Tok Ali sendiri tak percaya kepada SPR!

Ambil barang yang tertinggal di dalam peti undi, bukan memasukkan sesuatu di dalam peti undi?

Sandaran dan alasan Tok Ali memfailkan petisyen nampaknya tak cukup kuat sekalipun dikatakan ada gambar kerana gambar itu berkemungkinan, seperti yang GB katakan tadi orang UMNO BN sendiri.

tetapi rasanya pihak Pakatan Rakyat tidak akan rasa resah gelisah, jauh sekali "kecut perut" dengan petisyen Tok Ali. Sekalipun katakanlah Tok Ali menang di dalam petisyen itu, rakyat Melaka sentiasa bersedia untuk menjalani pilihanraya semula bagi Parlimen Bukit Katil. Dan ia juga peluang untuk rakyat Bukit Katil untuk benamkan Tok Ali kali kedua....

Tok Ali sudah bersediakan?

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

best jugak kalau kene ngundi lagik...kot2 dari majoriti 4k lebih bleh pergi 20k lebey....mana tau....kekekeke

Carlos Santiago berkata...

dia buat petisyen apa. ke petisyen org cina sokong ustaz azhar. hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Udah Udah lah Tok Ali bagi lah can dengan orang lain pula jadi YB tak kan anak jadi YB sampai ke akhir hayat. Dah terang Lagi bersuluh rakyat Melaka tak mahu Tok Ali depa mahu tongkat Ali shj yg ini lebih power Tok Ali dah tak Ada power. kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

P/raya semula lgi bagus.

BaDiN berkata...

Org gila tak sedar diri dan berkata org ini,org itu gila,org gila saja yg sanggup undi org gila,Ketam ajar anaknya berjalan betul.

Tanpa Nama berkata...

Sbg org Melayu di Melaka, saya harus menyatakan secara jujur di sini bahawa ramai masyarakat melayu mempunyai persepsi Ali Ketam mengamalkan rasuah, kronisme berleluasa jadi walaupun nampak Melaka gempak maju (sebab pelancongan je), ramai org melayu sendiri memangkah PKR di kawasan Tok Ali. Org2 Melayu ini sedar bahawa di sebalik kemajuan yg sentiasa digembar-gemburkan oleh media perdana, banyak kesan dari rasuah,kronisme dan salah guna kuasa telah menyebabkan duit rakyat telah diselewengkan malahan langsung disenyapkan begitu saja. Projek2 yg tidak perlu tetap dilaksanakan untuk memastikan org melayu tetap terikat nyawa dan bergantubg hidup kepada Ameno. Projek2 yg perlu pula dijalankan tetapi dengan harga terlampau tinggi dari sepatutnya kerana tender tidak telus dan rasuah mengila. Sayang, saudara2 melayu islam org2 tua kampung masih tidak boleh nampak dan tidak kisah akan perkara2 salah mcm ni. Jadi marilah kita sama2 mendidik org2 melayu kampung secara bijak dan istiqamah agar mereka terbuka mata hati yang telah digelapkan.

Tanpa Nama berkata...

saya tak suka dia kerana banyak sekat ceramah ugama,jadi kalau cuma kemajuan tapi rakyat tak sholat itu lah pemimpin tolol.Bila kita balik keugama , Allah akan tunjukkan yang yang benar, contoh Selangor Kelantan dan Pulau Pinang semua MB mengalakkan ceramah di semua masjid, ini kerja Allah belasannya, lihat.Walupun Trenganung dan lain negeri banyak ceramah tapi penipu punya pasal, umno menang.Wasatiyah konon, tapi belanja duit rakyat rak nak gila.Sholat lah wahai umat Islam Malaysia kerana ia nya tiang segala tiang. Kalau pemimpin macammana tinggi pandai pun kalau tak sholat lima waktu, samalah binatang pujaan.

Tanpa Nama berkata...

Tanya Pegawai kerajaan di melaka samada federal atau negeri samada lega Tok Ali x jadi "gurubessr" sekolahkan mereka yg selia projek kroni dia. Banyak kerja langgar undang2 Pegawai kena buat untuk jaga kroni dia. X caya tanya Pegawai 2 tu.

Tanpa Nama berkata...

ada kawan saya dari melaka cerita..(kisah benar)..

ali kata "penjawat awam org suruhan dia"..

dia xsedar ka penjawat awam pon rakyat juga?