21 Jul 2013

Agenda 16:16 Paling Menguntung Rakyat Terengganu


PAS memberi jaminan dapat menyelesaikan isu diskriminasi agihan peruntukan kepada DUN yang dimenangi Pakatan Rakyat sekiranya menang kerusi Dewan Undangan (DUN) Kuala Besut.

Walaupun tidak membentuk kerajaan baru yang sah di Terengganu, PAS meramalkan kemenangan 16:16 mampu menyekat Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said daripada menganiayai kawasan-kawasan DUN Pakatan Rakyat.

“Sebelum ini, Menteri Besar pernah berkata kerajaannya tidak memberikan peruntukan perumahan kepada kawasan yang BN tewas,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya lagi, iika pengundi Kuala Besut menjadikan kedudukan DUN 16:16 24 November ini, perkara ini boleh dielakkan.

“Para penyokong BN di Kuala Besut juga disarankan memberikan undi kepada calon PAS supaya Ahmad Said tidak turut menganiaya penyokong BN yang menyokong mereka di kawasan DUN yang dimenangi pembangkang,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau berpandangan senario 16:16 mampu menyeimbangkan peranan PAS dalam DUN bagi membolehkannya memastikan segala dasar, perbelanjaan, projek dan pembangunan yang ingin dilaksanakan berjalan dengan lebih adil dan telus.

Beliau bagaimanapun menegaskan Terengganu tetap kekal milik BN kerana perlantikan Menteri Besar dan Speaker telah dibuat, dan Dewan Undangan Negeri telah dibentuk.

“16:16 adalah satu anjakan bagi kepentingan rakyat Terengganu keseluruhannya bagi mengawal pelbagai projek yang membazir, mencari punca kepada pelbagai peristiwa bumbung bangunan runtuh, menyekat penyalahgunaan kuasa dan membendung ketidakadilan dalam pentadbiran kerajaan sekarang.

Rakyat Terengganu adalah pihak yang untung jikalau PAS memenangi PRK Kuala Besut 24 Julai ini,” katanya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum ini menyifatkan usaha PAS mewujudkan pentadbiran kerajaan Terengganu yang tergantung menerusi kempen 16:16 tidak akan diterima rakyat dan ia tindakan populis bagi meraih perhatian pengundi Kuala Besut.


Apa ertinya ‘Agenda 16-16’ kepada pengundi Kuala Besut?


Ramadhan Mubarak adalah bulan anugerah AlLah SWT buat seluruh ummat Islam. Semua ummat Islam yang diberi Allah usia dan kesihatan layak menjadi peserta dan mengecapi kelebihan berpuasa di bulan yang mulia ini.

Dalam bulan ini juga AlLah SWT memberikan pelbagai ‘bonus’ istimewa kepada barang siapa yang AlLah pilih. Sukar untuk mendapat kepastian siapa yang terpilih untuk pemberian ‘bonus’ ini seperti beramal ketika Lailatul Qadr.

Namun satu lagi ‘bonus’ yang menjadi pemberian AlLah lebih mudah dapat disaksikan siapakah penerimanya pada Ramadhan 1436H ini.

Ya, negara yang baru sahaja selesai pilihanraya umum ke-13 baru-baru ini sedang menyaksikan pilihanraya kecil (PRK) yang pertamanya. Hanya dalam pengetahuan Ilahi, mengapa negeri Terengganu dan khususnya DUN N.01 Kuala Besut, ‘dipilih’ AlLah SWT sebagai PRK pertama.

Umum sedar bahawa Pilihanraya Kecil sememangnya ‘bonus’ untuk sesebuah daerah atau kawasan parlimen. Hakikatnya PRK membawa pelbagai ‘habuan’ dan ‘pemberian’ dalam beranika rupa untuk rakyat dan pengundi. Pemberian wang tunai, pemberi-milikan tanah, jalan raya ditampal, peruntukan infrastruktur mencecah ratusan juta ringgit termasuk pemberian anak lembu, kambing dan ayam, menjadi amalan lumrah peguasa politik Umno-BN.

Namun mampukah pengundi-rakyat Kuala Besut benar-benar dapat menjadikan peluang ini ‘bonus’ ini sebagai ‘peluang kedua’ untuk melakukan apa yang telah ‘gagal’ mereka capai dalam PRU ke-13 yang lalu.

Peluang seperti ini adalah cukup unik untuk rakyat Kuala Besut yang mungkin tidak akan mereka ketemui dalam jangka hayat mereka lagi. Kebarangkalian peluang ini berlaku, tidak senang diramalkan dan tidak siapa dapat ramalkan mentelahan negara baru sahaja usai ‘perang besar’nya dalam PRU ke-13.

Sesungguhnya Takdir AlLah mendahului tadbir manusia. Sebelum kematian AlLahyarham Adun Kuala Besut, Dewan Undangan (DUN) Terengganu terikat dengan keputusan 17-15 dengan BN memilikki lebihan 2 kerusi negeri. Kini sebutan keramat bagi mencapai matlamat kedudukan kerusi '16:16', bukan sahaja menjadi ramalan pihak kolumnis akhbar tempatan bahkan cerdik pandai, ahli akademik dan professor di menara gading. Tidak kurang juga topik ini menjadi mainan di bibir penduduk di kedai-kedai kopi dan sembang selepas more solat tarawikh.

Persoalan Besarnya ialah;

Mampukah pengundi-penduduk Kuala Besut mengambil peluang ini untuk melakukan sesuatu yang bakal terakam sebagai satu sejarah politik negara yakni mengikat kedudukan 16-16 ?

Mampukah pengundi-penduduk Kuala Besut mengambil peluang ini melakukan ‘kejuta besar’ untuk memenangkan calon PAS-Pakatan Rakyat sekaligus mengakibatkan satu senario ini yang belum pernah berlaku dalam sejarah politik negara yang telah Merdeka selama 57 tahun ini?

Persoalan lebih dasar dan wajib dibahaskan dahulu ialah;

Mengapakah pengundi-rakyat Kuala Besut wajar bahkan hampir ‘wajib’ mempastikan pencapaian 16-16?

Inilah yang akan cuba di yakinkan penulis supaya pengundi-rakyat memahami kemestian untuk bersama-sama untuk menggalas ‘amanah besar’ ini.

Apa itu 16-16 dan apa pula implikasinya?

Pertamanya, 16-16 bermakna kedua-dua belah pihak samada Barisan Naisonal (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) tidak mempunyai kelebihan kerusi dan undi dalam belah-bahagi yang dilalukan dalam perbahasan enakmen atau usul dalam DUN. Pungutan suara atau belah-bahagi akan bakal berakhir dengan seri 16-16, dengan andaian semua ahli DUN hadir dari kedua-dua pihak.

Peruntukan bahawa Yang Dipertua DUN (Speaker) yang dikatakan mempunyai 'Undi Penentu' atau "Casting Vote" dalam suasana keputusan undian 'belah-bahagi' terikat 16-16, hanya boleh digunakan kalaulah Speaker adalah seorang ahli DUN yang dipilih rakyat dan bukan yang dilantik kerajaan yang secara ‘perlantikan' bukan dari anggota-ahli DUN yang dipilih rakyat. Keadaan di DUN Terengganu adalah seperti yang kedua yakni Speaker dilantik.

Ini membawa kita kepada 2 lagi senario atau kemungkinan. Pertama; Tuanku Sultan Terengganu memilih seorang Menteri Besar (MB) dari mana-mana belah pihak samada BN atau PR, yang pada hemat Tuanku Sultan mendapat kepercayaan rakyat Terengganu.

Andainya Baginda tidak mahu memilih maka senario terakhir maka opsyenya ialah membubarkan DUN Terengganu bagi memberi laluan kepada satu pemilihan kerajaan baru dalam satu pilihanraya negeri Terengganu melibatkan seluruhnya 32 kerusi negeri.

Walaubagaimana pun PAS bersedia dengan kemungkinan Tuanku Sultan akan memilih MB dari BN. PAS bersedia bertindak untuk menjadi pembangkang yang kuat dengan Umno-BN kekal sebagai kerajaan negeri Terengganu.

Penulis berpandangan bahawa bagi mendapatkan sebahagian besar ‘pengundi atas pagar’, senario Umno-BN kekal berkuasa adalah lebih memberikan ‘keselesaan’ untuk segmen pengundi ini. Faktor ‘Calon’, disamping ‘Isu dan Jentera’ juga adalah kritikal dalam PRK ini. Pelbagai ‘isu’ sedang sengit diperbahaskan dan berembung dalam PRK ini. PAS disaksikan mendominasikan ‘terjahan isu’ sementara Umno terpaksa mengikut rentak dan cuba menjawab balas.

Calon PAS Sdra Che Long, seperti diketahui umum mempunyai tarikan dan ‘goodwill’ tersendiri yang menjadikan ‘pengundi atas pagar’ selesa dengan beliau. Sangat menasabah segmen pengundi akan memberikan kelebihan undi kepada calon PAS ini.

Maka dalam percaturan strategi seperti itu, adalah realistik mengunjurkan bahawa ‘ pengundi atas pagar’ akan tergalak untuk memberikan kemenangan kepada calon PAS kalau tidak berlaku pertukaran kerajaan.

Ini sekaligus akan menyempurnakan ‘Agenda 16-16 PAS’ dalam PRK Kuala Besut nanti tanpa mencetuskan pelbagai senario ketidakstabilan dan huru-hara seperti digembargemburkan oleh pemimpin Umno.

Pengundi Kuala Besut menjadi ‘King-Maker’?

Dengan kata lain, pengundi Kuala Besut telah menjadi ‘King-Maker’ dalam penentuan arus politik negeri Terengganu. Walaupun apa pun senario kesudahan selepas 16-16 tercapai, jelasnya keputusan PRK ini akan menentukan masa depan politik negeri Terengganu. Itu yang dimaksudkan bahawa Kuala Besut mencipta sejarah.

Mengapakah rakyat-pengundi Kuala Besut perlu menjadi ‘King-Maker’ dalam politik Terengganu adalah penting untuk difahami pengundi dalam PRK N 01 ini. Untuk perhatian pengundi Kuala Besut, bukan sahaja keputusan PRK menentukn politik negeri Terengganu, bahkan seperti disebutkan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan, ia penentu dalam survival kerjaya politik DS Najib Tun Razak sendiri selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO! Bukan kepalang! Huraiannya tidak semudah sebutannya dan di sini bukan pentasnya.

Mengapa pengundi Kuala Besut mesti menjayakan 16-16?

1. Memberikan isyarat yang tajam dan peringatan keras kpada penguasa dan pemimpin politik Umno bahawa kepentingan rakyat di Kuala Besut khususnya dan Besut serta Terengganu amnya, tidak boleh lagi di ambil ringan. Kedudukan kemiskinan dan Kuala Besut serta ranking Terengganu sebagai negeri termiskin mesti ditamatkan dengan keputusan 16-16 dalam PRK ini.

2. ‘Agenda 16-16’ adalah gagasan membangunkan Kuala Besut khasnya dan Terengganu amnya! Ia adalah semacam ‘manifesto’ PAS dalam PRK ini untuk mewujudkan ‘Pembangunan Mapan’ dan ‘Keadilan Untuk Rakyat Terengganu’ sekaligus membenteras kezaliman serta peminggiran rakyat dalam arus pembangunan serta pembolotan kekayaan oleh penguasa politik.

3. Lebih terperinci 16-16 memberikan amaran kepada pemimpin Umno bahawa Kuala Besut jangan lagi tercicir dan terpinggir dari arus pembangunan berbanding dun-dun dalam kawasan Besut itu sendiri. 16-16 akan mempastikan pembangunan seimbang akan dicapai dan setaraf dengan Jerteh dan Kota Putera. Kuala Besut bakal menjadi Bandar lestari.

4. Memperbaikki sistem perairan-empangan di Kuala Besut seumpama di alami petani sawah di Kampong Nangka, Kampung Baru, Gong Manok dan Kampong Tok Saboh dengan mendayakan kelompok ini dengan infrastruktur perairan-empangan sekaligus menebus guna 1000 ekar tanah terbiar. 16-16 akan mengizinkan penanaman padi dua kali setahun dapat diusahakan bagi meningkatkan pendapatan petani.

5. Memajukan Kuala Besut sebagai kawasan pelancongan yang berdaya maju dan menarik dengan menaikkan taraf jeti Kuala Besut untuk menarik lebih ramai pelancong untuk ke Pulau Perhentian kecil dan Perhentian besar. Pastikan RM250 juta yang dijanji oleh TPM segera di bayar dan perancangan yang lebih mapan perlu disusun dan dilaksanakan.

6. 16-16 akan mempastikan rakyat khasnya kelompok nelayan yang memerlukan akan diberikan tanah untuk kediaman dan menangani aspek gejala sosial khususnya di kalangan muda-mudi. Pendidikan dan persoalan kerjaya mereka ditangani secara berkesan. 16-16 tidak akan mengizinkan tanah tanah berharga seperti dipesisir pantai dan di pulau-pulau pelancongan di’anugerahkan’ kepada wakil-wakil rakyat seperti amalan lama sementara rakyat ternafi.

7. 16-16 akan dapat menjadikan Dewan Undangan Negeri sebagai pentas semak-imbang paling berkesan dalam perbelanjaan RM1.8 bilion wang ihsan dan dana khas dalam perbelanjaan ybajet negeri (RM2 bilion) yang akan dipertanggungjawabkan secara telus.

8. 16-16 akan menuntut ruang pekerjaan kepada pelbagai pihak khususnya golongan muda dan wanita untuk dimajukan dalam pelbagai sektor pekerjaan khasnya mengambil berteraskan pelancongan.

9. Secara kesimpulannya 16-16 akan memberikan ruang untuk persaingan lebih sihat dan sengit di dewan undangan negeri dalam memajukan sebuah pelan pembangunan untuk negeri Terengganu amnya dan daerah Kuala Besut khasnya.
-Dr Dzulkefly Ahmad/HD

DAP Akui Che Long Ada Kelebihan Peribadi

Besut: DAP Terengganu berkeyakinan tidak mustahil calon PAS yang bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut bakal membuat kejutan pada hari mengundi, 24 Julai nanti.

Pengerusinya, Ng Chai Hing berkata populariti calon PAS, Endot@Azlan Yusof yang mesra dengan panggilan Che Long di kalangan masyarakat setempat diakui benar.

Menurutnya, tinjauan kempen DAP di Kuala Besut ini mendapati rakyat terutama pengundi tempat rata-rata mengenali Che Long yang bertanding pilihan raya ini.

“Saya lihat calon kita (Pakatan Rakyat) yang diwakili oleh PAS ini boleh buat kejutan menang pada hari mengundi. Sebab, beliau dikenali ramai oleh penduduk setempat walau pun di kalangan orang Umno.

“Calon PAS ini tidak ada masalah dengan rakyat, suka tolong orang, baik dan mesra dengan rakyat. Ramai orang kenali dia, itu kelebihan peribadi Che Long.

“Saya dan rakan-rakan DAP telah buat kempen di Kuala Besut ini dan sambutan cukup baik kerana calon kita tidak ada masalah dengan orang ramai,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau memulakan kempen di Kuala Besut bagi mencari serta mengenal pasti pengundi Tionghua yang terlibat dengan pilihan raya kali ini.

Justeru, kata Chai Hing, jentera kempen PAS dan Pakatan Rakyat perlu bekerja lebih kuat bagi mempastikan Che Long menang meski pun dengan kelebihan satu undi.

Tambahnya lagi, rakyat di Kuala Besut ini perlu mengambil peluang besar ini untuk membuat perubahan bagi menjadikan kuasa politik Terengganu seimbang. -HD

Abby Abadi Di Kuala Besut Dengan Suami ‘Orang Jamaah’


Besut: Selebriti Abby Abadi mengumunkan bahawa beliau datang berkempen pada PRK Dun Kuala Besut bersama suami tersayang, Farhan dari Kelantan yang merupakan 'orang jamaah'.

Perkara itu dimuatkan dalam laman http://prkkualabesut.pas.org.my malam tadi seperti di bawah.

Malam ini di UPU Seberang Barat, Kuala Besut, Abby Abadi secara rasminya mengumunkan bahawa beliau datang bersama suami tersayang, sdr Farhan dari Kelantan dan 'orang Jamaah' didalam ceramah beliau bersama sama Ust Zulkifli Yaakob untuk mengajak semua pengundi DUN Kuala Besut memangkah PAS dalam PRK 24 Julai nanti.

Abby yang aktif dengan dunia politik Islam turut serta berkempen bagi membantu kemenangan calon PAS, Endot@Azlan Yusof atau mesra dengan paggilan Che Long.

Ketika program Bicara Keluarga Bahagian di pentas “Jom Bersama Che Long” anjuran Markaz Unit Peti Undi (UPU) Kampung Baharu, Abby Abadi turut mengajak rakyat terutama pengundi pilihan raya kecil N1 Kuala Besut memilih Islam.

Ini kerana, katanya sama ada seseorang yang beragama Islam itu suka atau tidak mesti bersama-sama dengan dasar dan perjuangan Islam.

Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana kenal dengan perjuangan Islam setelah bersama-sama dengan PAS.
-HD

20 Jul 2013

Erdogan Bertegas Enggan Layan ElBaradei


Akhbar harian Turki, Zaman melaporkan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan enggan berbicara dengan Naib Presiden Mohamed ElBaradei dari Mesir apabila beliau menawarkan diri untuk mengadakan rundingan dengan Turki.

Sebaliknya Erdogan menempelak ElBaradei dengan mengatakan beliau bukan dilantik ke jawatan itu secara sah tetapi pelantikannya adalah hasil dari rampasan kuasa tentera.

Kata Erdogan, beliau menerima sepucuk surat dari ElBaradei memohon diadakan perbualan telefon berikutan kritikan keras beliau terhadap rampasan kuasa oleh pasukan tentera di Mesir.

“Kenapa saya perlu bercakap dengan awak? Awak bukan (naib presiden) yang dilantik. Awak seorang naib presiden yang dilantik hasil dari kudeta tentera,” kata Erdogan merujuk kepada ElBaradei pada satu majlis di Ankara.

ElBaradei, bekas Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), dilantik sebagai naib presiden Mesir untuk hubungan luar selepas tentera mengguling Presiden Dr Mohamed Morsi pada 3 Julai lalu dan mengisytiharkan ketua hakim mahkamah perlembagaan, Adli Mansour sebagai presiden sementara.

Sikap Erdogan ini berbeza dengan sikap kebanyakan pemimpin Arab yang lain yang merestui tindakan tentera Mesir menggulingkan Morsi dari parti Ikhwanul Muslimin. Para pemimpin negara Arab, terutama Arab Saudi, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu dan Jordan menyatakan sokongan secara terang-terangan menyokong tindakan tentera Mesir itu.

Malahan bantuan kewangan berjumlah ratusan juta dolar dari negara-negara tersebut datang mencurah-curah bagi menandakan sokongan mereka. Negara-negara Arab ini jugalah yang menyemarakkan api peperangan saudara di Syria dengan membiayai para pemberontak di negara itu.

Dengan berselindung di sebalik imej Islam, mereka inilah yang sebenarnya bekerja untuk Amerika Syarikat dan Israel bagi mengucar-kacirkan rantau Afrika Utara dan Timur Tengah demi kepentingan kedudukan mereka untuk terus menerajui kerajaan dan merampok harta kekayaan milik negara.

Kestabilan politik Mesir dan hasrat kerajaan pimpinan Morsi untuk melaksanakan syariat Islam menjadi ancaman terbesar kepada negara haram Israel. Maka sebab itu, apabila kerajaan Morsi ditumbangkan maka arahan pertama dari Israel ialah agar tentera Mesir merobohkan terowong bawah tanah ke Gaza dan menutup pintu Rafah.

Terowong bawah tanah ini merupakan urat nadi atau ‘nyawa’ bagi para penduduk Gaza untuk berhubung dengan dunia luar kerana melalui terowong-terowong ini segala bentuk bantuan terutama keperluan makanan disalurkan.

Tindakan jahat, khianat

Tindakan tentera meroboh dan menutup terowong-terowong ini adalah satu tindakan jahat dan khianat terhadap umat Islam dan rakyatnya sendiri serta sekali gus penduduk Palestin di Gaza terkurung dan terpenjara dalam negara mereka sendiri.

Dalam pada itu, tentera Mesir akan terus menangkap dan menahan para pemimpin Ikhwan dan para penyokongnya sehingga kebangkitan rakyat di negara itu dihampuskan atau kembali reda. Mereka melakukan kekejaman ini untuk memenuhi nafsu tuan-tuan mereka, Amerika dan Israel.

Tetapi rakyat Mesir yang memilih Ikhwan Muslimin untuk menerajui kerajaan melalui pilihan raya baru-baru ini dalam sistem demokrasi yang adil terus menganjurkan demonstrasi secara besar-besaran agar kerajaan tentera mengembalikan kuasa kepada Morsi.

Penggulingan Morsi melalui kudeta tentera merupakan satu contoh di mana sistem demokrasi diperkotak-katikkan dan hanya menjadi alat untuk Barat dan Amerika untuk menguasai dunia Islam yang kaya dengan minyak itu.

Jika sistem demokrasi itu tidak memihak dan menguntungkan mereka maka mereka akan berusaha untuk menggulingkan kerajaan pilihan rakyat. Dalam kes Mesir, kononnya Morsi tidak pandai mentadbir pada hal beliau hanya setahun menjadi presiden.

Rampasan kuasa tentera juga pernah berlaku di Algeria apabila pilihan raya presiden itu memihak kepada parti Islam FIS di mana Ali Benhaj dipilih sebagai presiden dan dengan bantuan Perancis kerajaan pilihan rakyat itu digulingkan.

Erdogan mungkin satu-satunya pemimpin Arab yang tinggal, selain Mahmud Ahmedinejad dari Iran yang berbangsa Parsi, yang secara berani dan lantang mengkritik dan menentang Barat dan sekutu-sekutunya.

Keberanian Erdogan jelas kita lihat apabila beliau menempelak Presiden Israel, Simon Peres dalam satu forum ekonomi di Geneva berhubung tindakan tentera Israel menyerang kapal Flotila yang membawa bantuan kemanusiaan untuk para penduduk Palestin dan Gaza.

Di samping mengkritik ElBaradei, Erdogan juga mengkritik Barat sebagai tidak mempunyai pendirian dan harga diri untuk mengecam apa yang berlaku di Mesir.

Sudah tentu kita mahu melihat lebih ramai lagi para pemimpin Arab untuk terus tampil dan dengan berani mempertahankan kedaulatan dan maruah negara-negara masing-masing dari terus dihina dan dihinjak-hinjak oleh kuasa Barat dan sekutunya.

Masjid dan Surau Lebih Aktif di Bawah Pakatan Rakyat

Peranan masjid dan surau di sekitar kawasan negeri Selangor dilihat lebih aktif dalam menganjurkan program yang bukan hanya berbentuk keagamaan, malah turut merangkumi aktiviti kemasyarakatan sejak negeri itu ditadbir Pakatan Rakyat (PR) pada Mac 2008.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya mengembalikan fungsi masjid dan surau sebagai tumpuan masyarakat Islam untuk beribadah dan mendapat ilmu.

Menurutnya, bagi merancakkan program Ihya Ramadan pada tahun ini, Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memperuntukkan sebanyak RM2.7 juta untuk diagihkan kepada semua masjid dan surau di negeri ini.

Katanya, bagi masjid peruntukan sebanyak RM1,650 akan diserahkan, sementara surau yang mengadakan solat Jumaat akan menerima sumbangan sejumlah RM1,250 dan RM1,000 pula akan diberikan kepada surau di seluruh Selangor.

“Masjid dan surau diamarahkan dengan begitu baik sekali sejak PR memerintah, malah jauh lebih baik daripada 10 tahun yang lalu.

“Saya menerima banyak respon positif daripada masyarakat setempat yang begitu berpusu-pusu untuk mengunjungi masjid di sekitar Selangor kerana teruja terhadap aktiviti dan program keagamaan serta ilmu yang dianjurkan,” katanya semasa menghadiri Majlis Penyerahan Kurma kepada Masjid di sekitar DUN Pelabuhan Klang, di sini.

Dalam majlis itu, Faekah yang mewakili Abdul Khalid menyerahkan kira-kira 2,000 pek buah kurma kepada setiap 10 buah masjid di sekitar DUN itu.

Antara masjid yang menerima sumbangan tersebut ialah Masjid Bukit Tinggi, Masjid Pendamar, Masjid Kampung Idaman, Masjid Ar Rahman dan Masjid Ubudiah.

Agihan kurma telah dilaksanakan sejak tahun 2008 lagi bagi beberapa kawasan di sekitar Selangor di mana tidak kurang 10,000 pek akan diagihkan kepada rakyat. -selangorku

[PRK Kuala Besut] Pengundi Awal Mengundi Hari Ini, Keputusan Diumum 10 Mlm, 24 Julai.


Sebanyak 1,134 anggota tentera dan pasangan serta 14 anggota polis layak melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang berlangsung hari ini.

Mereka melaksanakan tanggungjawab itu menerusi dua saluran yang dibuka di Dewan Serba guna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak.

Undian awal itu juga menyaksikan pengundi mencelup jari ke dalam dakwat kekal, berbanding kaedah mencalit pada kuku semasa pilihan raya umum Mei lalu.

PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.

PRK itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku ABd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 24 Julai ini sebagai hari pengundian bagi 16,534 pemilih biasa. - Bernama


Keputusan PRK Kuala Besut diumum 10 malam, 24 Julai


Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut hanya akan dimumkan pada jam 10 malam, 24 Julai bagi menghormati pemimpin parti politik yang menunaikan solat Terawih, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika mengumumkan perkara itu berkata, walaupun semua peti undi diterima pihaknya sebelum waktu itu, SPR tetap hanya akan mengumumkan keputusan selepas waktu itu.

"Kita bercadang umum keputusan PRK pada jam 10 malam paling awal, walaupun semua 36 peti undi sudah dikira. Walaupun kita sudah tahu keputusannya, tetapi keputusan rasmi akan dibuat selepas jam 10 malam.

"Kita jangka mereka yang pergi solat terawih sudah balik, kalau tidak kita tidak menghormati mereka," katanya pada sidang media selepas melawat pusat mengundi awal di Pangkalan Tentera Udara Gong Kedak, hari ini.

Proses pengundian awal hari ini menyaksikan 1,148 pengundi yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, termasuk 14 anggota polis mengundi di sini bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut.

Setakat jam 12 tengahari tadi, dianggarkan 53 peratus pengundi keluar dan dianggarkan 95 peratus pengundi awal akan keluar mengundi.

“Sehingga sekarang baru 53 peratus yang hadir sebab kita sudah berbincang dengan pihak kem supaya pengundi datang berperingkat untuk elakkan kesesakan," katanya.

Bagi tujuan undi awal hari ini, Wan Ahmad berkata pengendali pilihan raya itu menyediakan empat botol dakwat kekal bagi dua saluran.
-TMI

Tiada Tindakan Ke Atas Ibrahim Ali & Zul Nordin Percepatkan UMNO BN Pupus!


Peguam Negara mengkelaskan kes Datuk Zulkifli Noordin yang didakwa menghina agama Hindu sebagai 'tiada tindakan lanjut' (NFA) selepas polis memajukan hasil siasatan kes itu kepada mereka, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Semua laporan yang kami terima, siasatan secukupnya telah dibuat.

"Kertas siasatan kes kemudiannya kami kemukakan kepada pihak peguam negara untuk arahan selanjutnya.

"Jadi dalam kes Datuk Zulkifli Noordin, peguam negara dah arah hentikan siasatan, no further action," katanya dalam sidang media selepas majlis berbuka puasa Polis Diraja Malaysia dan menteri dalam negeri malam tadi.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan berkenaan status kes bekas calon BN Shah Alam itu dan gesaan membakar Bible oleh Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.

Dalam ucapan kontroversi itu, didakwa dibuat 10 tahun lalu, Zulkifli kelihatan seperti menyampaikan ceramah agama di surau dan menceritakan perbualannya dengan seorang penjual berhala Hindu berhampiran di Kuala Lumpur yang kedainya baru dilanda banjir.

Merujuk kepada kes Ibrahim Ali pula, Khalid menjelaskan yang kertas siasatan juga telah dimajukan kepada peguam negara tetapi sehingga kini peguam negara masih belum mengeluarkan arahan lanjut tentang kes itu.

Kes Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin kembali mencuri perhatian memandangkan timbulnya pendangan yang mempersoalkan layanan berbeza ke atas mereka berbanding pasangan Alvin-Vivian, yang didakwa mempersenda Islam melalui bahan yang dimuatkan di Internet. -mk


Gagal bertindak ke atas Ibrahim Ali bukti benarkan hina agama lain


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengecam kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Abdul Rahman Dahlan yang rasis dan melampau terhadap ‘hak’ Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang mengancam untuk membakar kitab Bible.

Beliau berkata, Kabinet mesti menolak sokongan Abdul Rahman itu kerana beliau gagal mewakili seluruh rakyat Malaysia apabila menyifatkan kenyataan Ibrahim itu hanya membetulkan kesilapan cetak kitab Bible dan membakar adalah jalan terbaik sama seperti umat Islam membakar naskhah Al-Quran yang tersalah cetak.

“Saya tidak boleh terima kenyataan seorang yang rasis dan pelampau seperti Ibrahim mahu membakar Bible sebagai usaha untuk membetulkan kitab itu sebagaimana orang bukan Islam tidak sepatutnya dibenarkan membakar kitab suci agama lain.

“Ibrahim tidak patut dibenarkan membakar kitab Bible terutamanya apabila ia mahu dilakukan sebagai tanda protes terhadap agama Kristian.

“Tidak ada sesiapa menerima logik dan rasionalnya kenyataan Abdul Rahman itu apabila Ibrahim menyuruh bakar kitab Bible yang mengandungi kalimah ‘Allah’ berbanding kes pasangan blogger lucah Alvin Tan dan Vivian Lee kerana menyinggung perasaan umat Islam,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, kegagalan untuk bertindak terhadap Ibrahim boleh dianggap bahawa penghinaan terhadap agama lain selain Islam adalah dibenarkan di negara ini.

Beliau berkata, DAP menyokong tindakan terhadap pasangan blogger terbabit kerana mereka menghina agama lain, namun mengapa ancaman seseorang yang anti-bukan Islam dan anti-bukan Melayu seperti Ibrahim tidak boleh dihukum dengan cara serupa kerana menggugat keharmonian antara agama.

Ahli Parlimen Bagan itu juga anggapan Abdul Rahman bahawa ancaman Ibrahim untuk membakar Bible sebagai normal jelas memperlihatkan kedua-duanya berkongsi pemikiran yang anti-bukan Islam dan jelas mengkuburkan konsep 1Malaysia Perdana Menteri.

“Rakyat Malaysia juga mempertikaikan kenapa pasangan anak muda itu boleh dihukum di atas apa yang mereka siarkan di Facebook, tetapi calon BN di Shah Alam Zulkifli Noordin yang membuat kenyataan anti-Hindu di YouTube tidak pula dihukum.

“Jelas sekali BN mengamalkan ‘double standard’ serta pendakwaan terpilih dengan hanya menghukum kenyataan anti-Islam tetapi bukan kenyataan anti-bukan Islam.

“Yang penting sekarang ialah sama ada pihak Kabinet (Islam dan bukan Islam) akan mengambil tindakan terhadap kenyataan yang mengejutkan daripada menteri baru dari Sabah itu yang langsung tidak menghormati masyarakat Kristian dan bukan Islam.

“Bolehkah ahli Kabinet, terutamanya menteri yang bukan beragama Islam, menerima pandangan Abdul Rahman yang rasis dan melampau bahawa penghinaan terhadap agama lain adalah sesuatu yang normal,” katanya.

-roketkini



Ulasan GB

Apakah pemimpin UMNO BN, KDN dan Polis tidak "membaca" keputusan PRU13 dimana kedua-dua tokoh rasis tersebut, Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin telah ditolak oleh rakyat apabila kedua-duanya kalah teruk di dalam pilihanraya yang lalu?

Dan kini masih mahu terus membela mereka?

Kalau demikian sikap pemimpin UMNO BN, KDN dan Polis, ini berarti hayat UMNO BN semakin hampir ke lubang kubur kerana dengan melakukan dan mengambil tindakan secara berpilih dan diskriminasi akan hanya mengundang kemarahan rakyat terutama kaum bukan Melayu terhadap UMNO BN dan kerajaan. Teruskan dengan sikap sedemikian!

Tunggu dan lihat hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya.

Abby Ajak Pengundi Kuala Besut Pilih Parti Yang Perjuangkan Islam


Selebriti terkenal tanahair yang kembali menghayati hidup Islam dan aktif dengan dunia politik Islam turut serta berkempen bagi membantu kemenangan calon PAS, Haji Endot@Azlan Yusof atau ‘Che Long’.

Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan kini turut berada di Kuala Besut bagi membantu kempen Che Long.

Ketika program Bicara Keluarga Bahagian di pentas “Jom Bersama Che Long” anjuran Markaz Unit Peti Undi (UPU) Kampung Baharu, Abby Abadi turut mengajak rakyat terutama pengundi pilihan raya kecil N1 Kuala Besut memilih Islam.

Ini kerana, katanya sama ada seseorang yang beragama Islam itu suka atau tidak mesti bersama-sama dengan dasar dan perjuangan Islam.

Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana kenal dengan perjuangan Islam setelah bersama-sama dengan PAS.

“Saya bersyukur apabila bersama dengan PAS, tahu perjuangan Islam, kenal dengan dunia politik dan membuatkan saya hendak bersama-sama dengan perjuangan Islam ini.

“Saya bersyukur di atas kesempatan ini dan menyeru kepada yang mengaku beragama Islam supaya bersama dengan perjuangan Islam. Kita kena bersama dengan Islam sama ada Islam menang atau kalah, Islam di atas atau di bawah…kita kena bersama dengan Islam dan itu yang terbaik untuk kita semua.

“Bila kita mengaku beragama Islam, sembahyang sahaja tidak cukup. Kita hidup ini untuk buat persediaan mati di akhirat dan dunia ini hanya tempat sementara sahaja,” ujarnya di hadapan hampir 500 hadirin.

Abby Abadi turut menyelar sikap pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang sekian lamanya melabelkan kumpulan PAS sebagai parti ‘sesat’.

Bahkan, katanya tuduhan PAS itu sesat turut terlekat dalam kepala golongan artis yang mempercayainya.

“Saya tidak mahu bersama dengan PAS pada mulanya kerana yang ada dalam kepala saya waktu itu orang PAS ini ‘sesat’. Inilah salah satu sebab paling besar saya lawan Umno sekarang.

“Sebab dari dulu lagi orang Umno kata PAS sesat. Tapi, saya tengok orang PAS ini kuat agama tapi bila doh orang kata PAS sesat, saya takutlah. Rupanya, saya yang tidak betul dulunya.

“Sebab bila kita kata, kita orang Islam tetapi tidak ikut Islam. Kita kena ambil Islam kesemuanya dan tidak boleh separuh-separuh,” tegasnya.

Beliau menaruh harapan agar PAS diberikan kemenangan oleh Allah dalam pilihan raya ini untuk mengimbangi kuasa politik Umno-BN.

Katanya, para pengundi di Dun Kuala Besut ini mesti memenangkan Che Long bagi menjadikan Pakatan Rakyat dan BN sama kuat dengan 16-16 kerusi Dun Terengganu. -BO

[BERGAMBAR] Abby & Farhan Sudah Bernikah. Tahniah Abby, Semuga Diberkati Allah


Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi hari ini telah mengesahkan bahawa beliau telah melangsungkan perkahwinan lebih seminggu lalu.

“Ya memang betul saya sudah berkahwin,” jawapnya ringkas.

Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai berita pernikahannya itu, Abby enggan mengulas lanjut.

“Pasal perkahwinan itu, saya tidak boleh ulas lanjut lagi.

"Nanti saya beritahu perkembangan kerana saya sedang memandu ke Kuala Besut,” katanya lagi.


Sementara itu, melalui laman mikro Twitternya, Abby berkata, beliau telah sah menjadi isteri.

“Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya.

"Maaf sebab maklumkan lambat,” katanya.

Menurut Abby, lelaki itu bernama Farhan dan berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan yang usianya lebih muda dari Abby.

Dijangkakan majlis perkahwinan antara Abby Abadi dan Farhan akan dilangsungkan pasa bulan Syawal ini iaitu pada Hari raya Aidilfitri 2013 mahupun belum dipastikan lagi dimana majlis perkahwinan itu akan berlangsung.





Ulasan GB

Apabila berkahwinnya seorang itu, syaitan menangis dukacita kerana tertutuplah satu peluang bagi syaitan untuk menggoda anak Adam supaya terjebak dengan maksiat.

Rasulullah juga pernah bersabda maksudnya, apabila berkahwinnya seorang anak Adam, sempurnalah separuh daripada agamanya. Maka sempurnakanlah yang separuh lagi dengan Taqwa.

Dan kerana itulah disyariatkan perkahwinan.

Tahniah Abby dan semuga pernikahanmu diberkati dan dirahmati Allah swt.

19 Jul 2013

[KES PELIK] TG Nik Aziz Dihalang Solat Di Masjid TUDM


Besut: Hasrat Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menunaikan solat Maghrib di Masjid Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Gong Kedak malam tadi tidak kesampaian.

Kehadiran mantan Menteri Besar Kelantan ke masjid berkenaan di atas undangan pihak tertentu.

Dan persetujuan juga telah dicapai pihak pengurusan masjid bagi membenarkan bekas Menteri Besar Kelantan bertandang ke masjid berkenaan.

Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) Cawangan Kelantan, Mejar (B) Yusoff Ali berkata, memang pada awalnya telah dipersetujui bagi membolehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menunaikan solat di masjid berkenaan.

Bagaimanapun katanya, pada saat-saat akhir kebenaran ditarik balik kemungkinan atas arahan pihak atasan.

Kata beliau tidak sepatutnya dilarang mana-mana pihak datang ke masjid berkenaan, memandangkan sebelum ini pemimpin utama Umno juga bebas datang ke situ.

“Kita faham kerana pegawai di kem berkenaan semuanya kawan-kawan saya yang pernah khidmat bersama di TUDM sebelum ini, namun kerana tekanan atasan mereka tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya ketika ditemui di lokasi ceramah di Kampung Beris Pak Abu malam tadi.

Hadir sama pada ceramah itu Mursyidul Am, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh, Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu, Datuk Hussin Awang dan Presiden Kerabat, Kol (B) Nazari Mokhtar.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga memberitahu beliau tidak dibenarkan solat di masjid tersebut biar pun pada ada persetujuan diberi.

Menurut penduduk sejak hari penamaan calon pada Jumaat lepas masjid di kem TUDM Gong Kedak diadakan majlis berbuka puasa setiap hari sehingga sekarang.

Mereka juga melahirkan rasa hairan sedangkan sebelum ini tidak pernah diadakan majlis berbuka secara besar-besaran setiap hari di kem berkenaan, yang turut terbuka kepada penduduk tempatan.

Terdapat banyak khemah yang lengkap dengan meja dan kerusi disediakan di bahagian belakang masjid TUDM. -HD

Lagi Kes Guru Mati Ditembak Dalam Kereta


Kulim - Seorang guru lelaki berusia 45 tahun maut ditembak ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat simpang empat Keladi yang menjadi laluannya untuk mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Brapit, Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.20 tengah hari semalam. Mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Wish dan tinggal di Taman Bidara keluar rumah seperti biasa untuk ke sekolah.

“Apabila sampai di lampu isyarat simpang empat Keladi, mangsa menghentikan kenderaan dipandunya sebelum didatangi dua lelaki tidak dikenali dari arah belakang kereta dengan menunggang motosikal. Sebaik sahaja berada di sebelah mangsa, seorang daripada lelaki itu melepaskan tembakan dipercayai menggunakan pistol dan mengenai mangsa. Guru yang tidak dapat melarikan diri ditemui maut dalam keadaan terperosok di kerusi penumpang.

"Sehingga kini polis sedang mencari motif pembunuhan dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Sebanyak 11 kelongsong peluru ditemui bertaburan di tempat kejadian dan beliau mempercayai suspek menggunakan senjata jenis pistol dan bukan revolver.

Menurutnya, ini merupakan kejadian kedua selepas seorang pengusaha premis menjual besi lusuh di ditembak di lampu isyarat Taman Kuchai, di sini kira-kira jam 8.30 malam Mei lalu.

Menurut Ghuzlan, cara pembunuhan seperti ini lazimnya digunakan oleh penembak upahan kerana apabila mangsa berada di dalam kereta dan menghampiri lampu isyarat, tembakan yang dilepaskan pasti mengena sasaran kerana ketika itu kenderaan mangsa tidak bergerak.

Mereka yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian ini boleh menghubungi Asisten Superintendan Tharmalinggam di talian 04-4916999.

Kemelut Zahid Hamidi-Amir Bazli Belum Berakhir. Proses Pengantaraan Mungkin Cacat

Proses pengantaraan kes pukul Zahid Hamidi mungkin cacat

Kemelut tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi belum berakhir walaupun persetujuan penyelesaian di luar mahkamah tercapai kerana mungkin ada kecacatan dalam proses pengantaraan itu.

Sumber kehakiman yang arif dengan prosedur pengantaraan berkata, agak aneh untuk Hakim Mahkamah Sesyen, Rohani Ismail menjadi perantara tanpa kehadiran peguam.

"Tidak ada peraturan yang membolehkan perantara untuk tidak membenarkan peguam mewakili pihak-pihak untuk tidak hadir,"
katanya.

"Sebarang pampasan lanjut yang dipersetujui kedua-dua pihak perlu dirujuk dan direkodkan oleh mahkamah bicara. Perantara tidak ada dalam bahagian ini," katanya.

Persoalan kini timbul mengenai siapa yang mewujudkan pengantaraan itu dan bagaimana perkara itu dirujuk dengan cepat selepas Mahkamah Persekutuan sudah pun menetapkan tuntutan itu perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi yang dijadualkan pada 27 Ogos ini.

Peguam, Karpal Singh yang mewakili Amir Bazli Abdullah yang membawa tuntutan itu terhadap Ahmad Zahid, memberitahu The Malaysian Insider, semalam, beliau sedang meneliti perkara itu.

"Saya perlu mendapat arahan daripada anak guam sebelum mengambil tindakan lanjut," katanya.

Datuk Shamsul Bahrain Ibrahim, peguam yang mewakili Ahmad Zahid, semalam, memberitahu pemberita bahawa pampasan akan diputuskan tanpa campur tangan peguam.

Beliau menambah, kedua-dua pihak, Ahmad Zahid dan Amir Bazli bersetuju untuk menarik balik tindakan mahkamah terhadap satu sama lain dan mencapai penyelesaian secara damai.

Amir Bazli juga dipetik berkata, berpuas hati dengan hasil pengantaraan itu tetapi teragak-agak untuk mendedahkan syarat dan termanya.

Terdahulu, Karpal memberitahu meminta supaya pengantaraan itu dilakukan bersama peguam, tetapi hakim tidak membenarkan.

Karpal berkata, beliau tidak tahu apa yang berlaku dalam pertemuan yang berlangsung selama 90 minit itu.

Amir Bazli Abdullah, 41 memfailkan tuntutan saman pada 4 Julai, 2007 dengan mendakwa Ahmad Zahid menumbuknya di muka pada 16 Januari 2006 di Kelab Reakreasi Country Heights di Kajang, menyebabkan kecederaan tulang hidungnya dan mata.

Amir juga mendakwa Ahmad Zahid mengancam untuk membunuhnya dan dikurung secara salah di kediaman Ahmad Zahir di Country Heights.

Beliau membuat laporan polis tetapi pendakwaraya tidak mengenakan tuduhan jenayah terhadap Ahmad Zahid.

Di kompleks Mahkamah Shah Alam, semalam, Ahmad Zahid hadiri diiringi polis dan ditemani kira-kira 30 penyokongnya. -TMI

Lagi Hadiah Untuk Rakyat: Tarif Eletrik Mungkin Dinaikkan

Ada kemungkinan tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, kata Tenaga Nasional hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan telah memberikan subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.

"Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB, tetapi akan diputuskan oleh kerajaan.

"Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang.

"Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan subsidi ini," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu hari ini.

Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada 5 Mei.

Kerajaan memberikan subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan isi rumah yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 ke bawah sebulan dikecualikan daripada membayar bil.

Moggie berkata penggunaan kuasa dengan cekap oleh pengeluar dan pengguna adalah faktor utama untuk menyokong industri kuasa.

"Jika semua orang aktif menggunakan tenaga elektrik dengan cara yang lebih cekap selagi mungkin, ini akan membantu mengurangkan sebarang kesan," tegas beliau.

Pada Januari, kerajaan berkata rebat ke atas bil bulanan tenaga elektrik di bawah RM20 telah diperluaskan kepada semua pengguna domestik yang layak hingga Disember tahun ini.

Tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM146 juta bagi 1.1 juta pengguna domestik di seluruh negara. - Bernama

NGO Lapor Polis Terhadap Peguam Negara, Tidak Dakwa Zul Noordin Hina Hindu

Satu gabungan NGO hari ini membuat laporan polis terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang didakwa menyalahguna kuasa dan mengamalkan pendakwaan terpilih.

Dalam laporan yang difailkan di balai polis Travers di Kuala Lumpur, NGO tersebut memberikan polis tempoh dua minggu untuk mengambil tindakan terhadap AG.

Jika tidak, NGO tersebut memberi amaran akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

“Kami minta polis siasat AG, mengambil tindakan terhadapnya kerana membuat pendakwaan terpilih, beliau telah menyalahguna kuasanya, mereka perlu menangkapnya serta-merta,” kata Presiden Pertubuhan Hak dan Kebajikan Rakyat (Power), S Gobi Krishnan.

Gobi membangkitkan tuduhan terhadap penulis blog Alvin Tan dan Vivian Lee serta keengganan Peguam Negara mendakwa Naib Presiden PERKASA, Zulkifli Noordin (gambar) sebagai bukti berlakunya pendakwaan terpilih.

“Kami mengalu-alukan berita pendakwaan penulis blog tersebut kerana kita tidak mahu sesiapa pun menghina mana-mana agama, tetapi AG mesti mengambil tindakan dalam semua kes (menghina agama)” katanya.

Gobi bertanya apakah satu gambar di Facebook sudah dianggap satu bukti yang cukup tetapi tidak pula video YouTube. Beliau merujuk kepada video yang didakwa menunjukkan Zulkifli menghina agama Hindu. -MR

[BERANI KERANA BENAR] Rafizi Bersedia Jika SPR Mahu Menyamannya


DRafizi ulang lagi, kait SPR dengan pembekal dakwat

MP Pandan Rafizi Ramli hari ini mengulangi dakwaan bahawa bahawa pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal yang digunakan semasa pilihan raya.

Rafizi mengulangi dakwaan tersebut di lobi Dewan Rakyat hari ini setelah diminta untuk berbuat demikian oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pengarah strategi PKR itu juga berkata beliau akan memfailkan satu usul khusus berhubung dakwaan tersebut.

Rafizi dalam sidang medianya mendakwa, syarikat yang mendapat kontrak membekalkan topi kepada SPR juga mempunyai kaitan dengan syarikat didakwa sebagai pembekal dakwat kekal, Integrated Challenger (M) Sdn Bhd.

Beliau mendakwa, syarikat pembekal topi kepada SPR, Nash Ventures Sdn Bhd – salah satu syarikat yang disebut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika ucapan di Dewan Rakyat semalam – mempunyai pertalian dengan pengarah Integrated Challenger.

"Salah seorang pengarah syarikat (Nash Venture) adalah pemegang syarikat dan pemegang saham Allisons Corp Sdn Bhd yang mendapat kontrak pembekalan dari Kementerian Pertahanan.

"Pemegang saham lain dan pengarah syarikat Allisons Corp Sdn Bhd adalah Mohamed Salleh Mohamed Alli.

"Mengikut nombor kad pengenalan, pengarah itu turut lahir di Singapura dan lahir pada tahun sama dengan Mohamed Salleh yang memungkinkan mereka adalah kenalan lama. Alamat rumah kediaman untuk pengarah itu dan Mohamed Salleh adalah sama. Besar kemungkinan mereka ada pertalian suami isteri," kata Rafizi.|

Sementara itu, Rafizi ketika diminta menjelaskan mengenai pertalian pegawai tertinggi SPR dengan syarikat pembekal dakwat kekal hanya berkata: "Saya sentiasa katakan, ia melibatkan kepimpinan SPR termasuk pengerusi dan timbalan SPR.

"...Jangan gaduh dengan saya, perkara utama ialah untuk mengesahkan nama (syarikat) itu. Kalau tak ada benda nak disembunyi terus terang sahaja," katanya lagi.

Beliau turut mendakwa, alamat perniagaan yang didaftarkan untuk ketiga-tiga syarikat tersebut juga adalah di alamat yang sama iaitu di Shah Alam.

Terdahulu Pandikar Amin berkata MP Pandan tersebut semasa berucap pada hari Selasa lalu menyebut ahli SPR yang tidak dapat mempertahankan diri di Dewan berkenaan.

Tindakan tersebut, menurut Pandikar Amin, melanggar peruntukan Peraturan Tetap 36(8) yang antara lainnya menghalang ahli Dewan daripada menyebut ahli SPR tersebut, kecuali dengan usul khusus bagi tujuan tersebut.

Pandikar Amin meminta Rafizi diminta mengulangi dakwaan tersebut di luar Dewan bagi membolehkan pengerusi dan timbalan pengerusi SPR, yang disebut oleh Rafizi, mendapatkan keadilan.

Ucapan MP di luar Dewan Rakyat tidak dilindungi kekebalan dari tindakan undang-undang.

Pandikar Amin meminta Rafizi berbuat demikian ketika memutuskan usul yang dikemukakan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) terdahulu yang mahu Rafizi dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan atas dakwaan tersebut.

Pandikar Amin menolak usul Reezal Merican yang mahu merujuk Rafizi ke jawatankuasa berkenaan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36 (12).

"Pandan yakin fakta dia betul. Sebelum itu dia suruh dedah tapi tak ada dedahan di buat. Cuma Pandan, untuk beri orang sana membela, kalau Pandan berani, dia ikhlas, dia ulang di luar," katanya.

"Jadi atas sebab itu saya terpaksa mohon maaf menolak (cadangan usul) Yang Berhomat untuk merujuk Pandan pada jawatankuasa hak dan keistimewaan," kata Pandikar. -mk


Rafizi to EC: Sue me


KUALA LUMPUR: PKR strategy director Rafizi Ramli told Parliament today that he was willing to make public his statement that a businessman linked to top Election Commission (EC) officials had secured the indelible ink contract through direct negotiations.

In repeating the assertion outside the Dewan Rakyat’s walls, the Pandan MP risks facing legal action from the EC as he will no longer be given immunity as a parliamentarian.

“I am ready for the EC to commence legal action against me,” Rafizi told reporters at the Parliament lobby, adding that he was unperturbed by such a turn of events as he had the facts on his side.

“I will also file a motion in the Dewan Rakyat so we can discuss the issue of the EC’s integrity during the next Parliament session,” he added.

Rafizi stressed that the onus was on the EC to convince the public, and not just him, that they were in the clear.

“In accordance to Article 114(2) of the Federal Constitution, the Election Commission must be appointed from among those whom have public confidence on their side.

“So the fight is not with me. The fight is for them to clear their name,” stressed Rafizi.

On Tuesday, Rafizi told the House that Mohamed Salleh Mohamad Ali was awarded the contract to supply the EC with indelible ink, caps and T-shirts for the 13th general election.

He claimed that Mohamed Salleh had close relations with BN’s top brass, including the EC chairman and deputy chairman.

Rafizi was spurred to repeat his stance outside of the Dewan Rakyat when Speaker Pandikar Amin Mulia suggested he do so today, during the debate session in Parliament.

Motion denied

Earlier today, Pandikar had denied a motion from Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas-BN) to refer Rafizi to the rights and privileges committee for his remarks on the indelible ink contract.

Reezal Merican had contended that Rafizi’s claims had “misled” and “insulted” the House, and in doing so violated Standing Order 36(12).

But Pandikar pointed out that Rafizi’s statement had failed to meet the three criteria required to refer a lawmaker to the committee: (1) the statement is false, (2) the MP knows the statement is false but does not correct it, (3), the MP has the intention to mislead the House.

“I cannot say that the statements were misleading, because there were no opposing facts. And if you wanted to refer him to the committee, you should have done this immediately,” said Pandikar, in denying the motion.

“Another thing is intention. Pandan was sure he had his facts and was confident he was right. So if Pandan is brave and sincere, he will repeat his statement outside.”

He added that Rafizi’s remarks only violated Standing Order 36(8), which does not allow parliamentarians to mention certain public figures, including members of the EC, in the House unless a motion was moved for that purpose.

This prompted Rafizi to stand up in Parliament and say: “I will file a motion under 36(8) to discuss the Election Commission and I shall repeat my remarks outside the House.”

‘Shahidan confirmed my expose’

Later, in a press conference at the Parliament lobby, Rafizi claimed that his assertions had been vindicated by the fact that Minister in the Prime Minister’s Department Shahidan Kassim had yet to issue a denial on the matter.

Instead, Shahidan had admitted yesterday that a firm named Nash Ventures, also allegedly controlled by Mohamed Salleh, was awarded a contract to supply caps to the EC during the recent elections.

“I had previously said three firms controlled by Mohamed Salleh received contracts through direct negotiations through the EC, including his main company, Integrated Challenger (M) Sdn Bhd,” said Rafizi.

“Nash Ventures is also linked to Mohamed Salleh. One of the directors of Nash Ventures is Shamsia Mansoor, who is also the director and shareholder of Allisons Corp. The other director and shareholder of Allisons Corp is none other than Mohamed Salleh.”

He suggested that Mohamed Salleh and Shamsia were related, citing the fact that both had the same home address.

He said that the fact that Mohamed Salleh’s companies’ financial records with the Company Commissions Malaysia had not been updated since 2009 also suggested cosy ties with EC’s top brass.

“Among the key criteria for a project to be awarded to a firm through direct negotiations is sound financial position. This is because such negotiations are done for immediate performance work.

“This is why I question why a company whose financial records have not been updated and filed since 2009 was chosen to supply the indelible ink,” said Rafizi. -FMT