19 Jul 2013

[BERANI KERANA BENAR] Rafizi Bersedia Jika SPR Mahu Menyamannya


DRafizi ulang lagi, kait SPR dengan pembekal dakwat

MP Pandan Rafizi Ramli hari ini mengulangi dakwaan bahawa bahawa pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal yang digunakan semasa pilihan raya.

Rafizi mengulangi dakwaan tersebut di lobi Dewan Rakyat hari ini setelah diminta untuk berbuat demikian oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pengarah strategi PKR itu juga berkata beliau akan memfailkan satu usul khusus berhubung dakwaan tersebut.

Rafizi dalam sidang medianya mendakwa, syarikat yang mendapat kontrak membekalkan topi kepada SPR juga mempunyai kaitan dengan syarikat didakwa sebagai pembekal dakwat kekal, Integrated Challenger (M) Sdn Bhd.

Beliau mendakwa, syarikat pembekal topi kepada SPR, Nash Ventures Sdn Bhd – salah satu syarikat yang disebut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika ucapan di Dewan Rakyat semalam – mempunyai pertalian dengan pengarah Integrated Challenger.

"Salah seorang pengarah syarikat (Nash Venture) adalah pemegang syarikat dan pemegang saham Allisons Corp Sdn Bhd yang mendapat kontrak pembekalan dari Kementerian Pertahanan.

"Pemegang saham lain dan pengarah syarikat Allisons Corp Sdn Bhd adalah Mohamed Salleh Mohamed Alli.

"Mengikut nombor kad pengenalan, pengarah itu turut lahir di Singapura dan lahir pada tahun sama dengan Mohamed Salleh yang memungkinkan mereka adalah kenalan lama. Alamat rumah kediaman untuk pengarah itu dan Mohamed Salleh adalah sama. Besar kemungkinan mereka ada pertalian suami isteri," kata Rafizi.|

Sementara itu, Rafizi ketika diminta menjelaskan mengenai pertalian pegawai tertinggi SPR dengan syarikat pembekal dakwat kekal hanya berkata: "Saya sentiasa katakan, ia melibatkan kepimpinan SPR termasuk pengerusi dan timbalan SPR.

"...Jangan gaduh dengan saya, perkara utama ialah untuk mengesahkan nama (syarikat) itu. Kalau tak ada benda nak disembunyi terus terang sahaja," katanya lagi.

Beliau turut mendakwa, alamat perniagaan yang didaftarkan untuk ketiga-tiga syarikat tersebut juga adalah di alamat yang sama iaitu di Shah Alam.

Terdahulu Pandikar Amin berkata MP Pandan tersebut semasa berucap pada hari Selasa lalu menyebut ahli SPR yang tidak dapat mempertahankan diri di Dewan berkenaan.

Tindakan tersebut, menurut Pandikar Amin, melanggar peruntukan Peraturan Tetap 36(8) yang antara lainnya menghalang ahli Dewan daripada menyebut ahli SPR tersebut, kecuali dengan usul khusus bagi tujuan tersebut.

Pandikar Amin meminta Rafizi diminta mengulangi dakwaan tersebut di luar Dewan bagi membolehkan pengerusi dan timbalan pengerusi SPR, yang disebut oleh Rafizi, mendapatkan keadilan.

Ucapan MP di luar Dewan Rakyat tidak dilindungi kekebalan dari tindakan undang-undang.

Pandikar Amin meminta Rafizi berbuat demikian ketika memutuskan usul yang dikemukakan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) terdahulu yang mahu Rafizi dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan atas dakwaan tersebut.

Pandikar Amin menolak usul Reezal Merican yang mahu merujuk Rafizi ke jawatankuasa berkenaan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36 (12).

"Pandan yakin fakta dia betul. Sebelum itu dia suruh dedah tapi tak ada dedahan di buat. Cuma Pandan, untuk beri orang sana membela, kalau Pandan berani, dia ikhlas, dia ulang di luar," katanya.

"Jadi atas sebab itu saya terpaksa mohon maaf menolak (cadangan usul) Yang Berhomat untuk merujuk Pandan pada jawatankuasa hak dan keistimewaan," kata Pandikar. -mk


Rafizi to EC: Sue me


KUALA LUMPUR: PKR strategy director Rafizi Ramli told Parliament today that he was willing to make public his statement that a businessman linked to top Election Commission (EC) officials had secured the indelible ink contract through direct negotiations.

In repeating the assertion outside the Dewan Rakyat’s walls, the Pandan MP risks facing legal action from the EC as he will no longer be given immunity as a parliamentarian.

“I am ready for the EC to commence legal action against me,” Rafizi told reporters at the Parliament lobby, adding that he was unperturbed by such a turn of events as he had the facts on his side.

“I will also file a motion in the Dewan Rakyat so we can discuss the issue of the EC’s integrity during the next Parliament session,” he added.

Rafizi stressed that the onus was on the EC to convince the public, and not just him, that they were in the clear.

“In accordance to Article 114(2) of the Federal Constitution, the Election Commission must be appointed from among those whom have public confidence on their side.

“So the fight is not with me. The fight is for them to clear their name,” stressed Rafizi.

On Tuesday, Rafizi told the House that Mohamed Salleh Mohamad Ali was awarded the contract to supply the EC with indelible ink, caps and T-shirts for the 13th general election.

He claimed that Mohamed Salleh had close relations with BN’s top brass, including the EC chairman and deputy chairman.

Rafizi was spurred to repeat his stance outside of the Dewan Rakyat when Speaker Pandikar Amin Mulia suggested he do so today, during the debate session in Parliament.

Motion denied

Earlier today, Pandikar had denied a motion from Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas-BN) to refer Rafizi to the rights and privileges committee for his remarks on the indelible ink contract.

Reezal Merican had contended that Rafizi’s claims had “misled” and “insulted” the House, and in doing so violated Standing Order 36(12).

But Pandikar pointed out that Rafizi’s statement had failed to meet the three criteria required to refer a lawmaker to the committee: (1) the statement is false, (2) the MP knows the statement is false but does not correct it, (3), the MP has the intention to mislead the House.

“I cannot say that the statements were misleading, because there were no opposing facts. And if you wanted to refer him to the committee, you should have done this immediately,” said Pandikar, in denying the motion.

“Another thing is intention. Pandan was sure he had his facts and was confident he was right. So if Pandan is brave and sincere, he will repeat his statement outside.”

He added that Rafizi’s remarks only violated Standing Order 36(8), which does not allow parliamentarians to mention certain public figures, including members of the EC, in the House unless a motion was moved for that purpose.

This prompted Rafizi to stand up in Parliament and say: “I will file a motion under 36(8) to discuss the Election Commission and I shall repeat my remarks outside the House.”

‘Shahidan confirmed my expose’

Later, in a press conference at the Parliament lobby, Rafizi claimed that his assertions had been vindicated by the fact that Minister in the Prime Minister’s Department Shahidan Kassim had yet to issue a denial on the matter.

Instead, Shahidan had admitted yesterday that a firm named Nash Ventures, also allegedly controlled by Mohamed Salleh, was awarded a contract to supply caps to the EC during the recent elections.

“I had previously said three firms controlled by Mohamed Salleh received contracts through direct negotiations through the EC, including his main company, Integrated Challenger (M) Sdn Bhd,” said Rafizi.

“Nash Ventures is also linked to Mohamed Salleh. One of the directors of Nash Ventures is Shamsia Mansoor, who is also the director and shareholder of Allisons Corp. The other director and shareholder of Allisons Corp is none other than Mohamed Salleh.”

He suggested that Mohamed Salleh and Shamsia were related, citing the fact that both had the same home address.

He said that the fact that Mohamed Salleh’s companies’ financial records with the Company Commissions Malaysia had not been updated since 2009 also suggested cosy ties with EC’s top brass.

“Among the key criteria for a project to be awarded to a firm through direct negotiations is sound financial position. This is because such negotiations are done for immediate performance work.

“This is why I question why a company whose financial records have not been updated and filed since 2009 was chosen to supply the indelible ink,” said Rafizi. -FMT




7 ulasan:

Aliff Tan berkata...

Saya menyokong penuh tindakan YB Rafizi. Nampak benar beliau membela kebenaran demi rakyat. Sepatutnya orang sebegini diangkat menjaga amanah negara. Belaiu berani menegakkan kebenaran dan setiap satu perkara yang diungkit, saya yakin "bukti" sudah berada di tangan beliau. Teruskan YB. Kami bersama YB

Amuraria berkata...

SYABAS MP RAFIZI !BERANI KERANA BENAR BUKAN MAHU SELINDUNG SESIAPA ATAU KRONI MACAM YANG GEROMBOLAN SEKUTU APCO PARTI PANDI KUTTY SELALU BUAT ! SEMAU MAHU BUAT DUIT & TAMAK TAPI SEMBUNYI TANGAN MACAM ALLAH SWT TAK NAMPAK ! ABU JANGAN LUPA !

waksab berkata...

Nantikan kesudahan drama TV3..mencari Mohammad Salleh ini..Sad ending atau happy ending..

Awanama berkata...

woit woit..
rkyat nak dpt MP mcm Rafizi bukan senang woi..risk taker GILERR!

rkyat untung
rkyat untung untung
rkyat untung jk PTPTN & TOL free
rkyat untung minyak/barang turun
rkyat untung kreta ada qualiti murah
rkyat untung sbb 'IQ" rafizi d'BEST
rkyat untung merit/talent is d'BEST
rkyat untung integrty/trnsprency d'BEST top of d'BEST!

Rafizi bukan SPM pngkat 3
Rafizi bukan pnghafal yg mlambak2?

Awanama berkata...

Salute... Untuk pejuang kebenaran.

Andre Irwan berkata...

Bravo Rafizi.
Doa aku pada Allah swt memperlihara kamu macam TGNA. Susah nak jumpa pemimpin yang bijak, berintegriti, beramanah dan berjiwa rakyat.
Rakyat didahulukan sepatutnya bermakna Rakyat didahulukan kebahagiaannya dan bukan didahulukan jadi sembilihan.
Moga Allah swt merahmati mu dan kita semua, insyaallah.

Awanama berkata...

aku bangga dgn mu... rafizi tmbahn kau orang teganung kite!! teruskan prjuangan mu.. insyaAllah