19 Jan 2013

[ANGKARA SYAITAN DIKENALI] Papan Iklan PAS Dibakar


Seremban - Sebuah papan iklan Pas di Kampung Sungai Jai, Lenggeng, di sini dipercayai dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Penasihat Majlis Tindakan Dun Lenggeng, Zulkefly Mohamad Omar berkata, papan iklan ‘Janji Pakatan Rakyat’ tersebut dipercayai dibakar tiga hari lalu berdasarkan maklumat salah seorang saksi.

“Tindakan ini jelas melihat betapa terdesak dan takutnya pihak tertentu terhadap janji Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Ini menunjukkan Pakatan Rakyat lebih awal kemukakan manifesto berbanding Barisan Nasional (BN).

Ini terbukti kita telah bersedia untuk menunaikan janji negara berkebajikan kepada rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Berikutan kejadian itu, Timbalan Ketua Cawangan Pas Kampung Sungai Jai, Ibrahim Jalil membuat satu laporan polis di Balai Polis Lenggeng, semalam. -SH

[VIDEO] Beranikah Sharifah Zohra Bedepan & Berdebat Dengan Bawani?

Kumpulan pelajar cabar Sharifah berdebat dengan Bawani

Kesal dengan apa yang telah berlaku sewaktu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) Disember lalu, sekumpulan pelajar mencabar Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin berdebat dengan pelajar UUM, KS Bawani.

Kumpulan itu memberitahu satu sidang akhbar bersama Bawani hari ini bahawa siri debat dan forum sedang dirancang untuk bincangkan isu pendidikan percuma.

Bawani sendiri telah mengesahkan akan menghadiri dua daripada program tersebut dan berharap Sharifah akan hadir sama.

"Kami akan mengadakan satu bengkel mengenai pendidikan percuma pada 26 haribulan ini, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

"Saya juga menjemput Sharifah untuk datang dan membincangkan isu itu dengan kami," kata pelajar undang-undang tersebut yang menjadi popular selepas video Sharifah menegurnya sewaktu forum anjuran SW1M di UUM bulan lalu, tersebar di di Internet.

Satu lagi program yang akan dihadiri Bawani ialah forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Dengan tajuk "kebebasan akademik dan hak asasi manusia", forum itu juga telah mengesahkan kehadiran bekas profesor undang-undang Abdul Aziz Bari dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Maszlee Malik.

Seorang wakil dari SAMM, Wan Noor Faril Azli, berkata pihak penganjur telah menghantar jemputan ke pejabat SW1M beberapa hari lalu, dan mereka akan ke sana lewat petang ini untuk menyerahkan jemputan rasmi kepada Sharifah.

NGO lain yang menghadiri sidang akhbar hari ini ialah Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Kumpulan Mahasiswa Unisel, Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Rangkaian Rakyat Tertindas (Jerits).

Sebagai menunjukkan sokongan kepada Bawani, mereka juga menuntut Sharifah memohon maaf secara terbuka atas pelakuannya terhadap Bawani sewaktu forum di UMM bulan lepas.

Bagaimanapun, Bawani berkata permohonan maaf tidak penting baginya. -mk

Siapa Terlondeh, Siapa Sebenanya Yang Tidak Kredible, Najib Atau Deepak?

Mahfuz: PM harus saman Deepak

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan perundangan ke atas Deepak Jaikishan susulan kenyataan beliau berkenaan dengan usahawan itu semalam.

"PM harus ambil tindakan saman kerana tidak cukup hanya sekadar kata, 'apa yang dikatakan Deepak itu benar' dan tidak ada kewibawaan.... ini kerana apa yang dikatakan Deepak melibatkan pemimpin negara," kata Mahfuz hari ini.

Mahfuz berkata demikian susulan kenyataan Najib malam tadi, menyangkal dakwaan Deepak sambil menegaskan, beliau tidak ada sebarang kaitan dengan tindakan detektif bebas P.Balasubramaniam mengeluarkan akuan bersumpah kedua berhubung kematian wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2008.

Justeru, tegas Najib, pengedar karpet itu bukan seorang yang ada kredibiliti.

"Tidak benar. (Deepak) bukan seorang yang ada kewibawaan.... ini bukan satu isu," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam ini.

Akhir bulan lalu, PKR menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis segera menyiasat kenyataan lima individu yang terlibat dalam memalsukan akuan bersumpah Balasubramaniam.

Mahfuz berkata, beliau berpandangan bahawa Najib mengenali Deepak, sebab itu mengatakan ahli perniagaan itu bukan seorang yang berwibawa.

"Oleh itu, saya mencadangkan kepada Datuk Seri Najib agar mengambil tindakan saman ke atas Deepak," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Dalam pada itu, Mahfuz juga berkata, Pas bersedia bertemu dengan Deepak bagi mendengar permintaannya untuk mendapatkan perlindungan sebagai saksi.

Katanya, beliau bersedia untuk meluangkan masa selama dua jam kepada Deepak bagi mendengar "ceritanya."

"Jika sesuai saya akan membawa perkara ini ke Majlis Pimpinan Pakatan untuk dipertimbangkan," kata Mahfuz mengulas mengenai perlindungan yang diminta oleh Deepak sebelum ini.

Kata Mahfuz, memang ada peruntukan dalam undang-undang negara tentang perlindungan sebagai saksi.

"Deepak ada menyebut mengenai orang-orang kenamaan. Saya sedia menjadi seorang pendengar yang baik, dan saya akan mendengar apa yang hendak dikatakan oleh Deepak selama dua, saya mahu dia menghubungi saya, dan saya membawa ke Majlis Pimpinan Presiden Pakatan Rakyat hasrat dia untuk mendapatkan perlindungan sebagaimana diminta," katanya.


Cabar Najib buktikan pendedahan Deepak tak kredibel


KUALA LUMPUR 18 Jan: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dicabar buktikan segala pendedahan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan terhadapnya dan isteri tidak kredibel.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, penafian Najib berhubung pendedahan Deepak yang mengaitkannya dengan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibuu hanya sia-sia kerana menambah kesangsian rakyat.

“Tiada erti kalau setakat nafi. Itu tak menjawab namanya. Ini tuduhan berat kerana melibatkan kes jenayah yang didakwa dilakukan oleh pemimpin nombor satu negara.

“Saya cabar Najib buktikan semua pendedahan Deepak itu tidak kredibel. Mengikut lunas undang-undang, saya juga cabar Najib saman atau gesa polis tahan Deepak untuk siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Najib juga kata Shamsul perlu menjelaskan pendedahan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkenaan dakwaan Deepak bahawa dia membayar RM13 juta untuk membeli isteri Perdana Menteri itu barang kemas.

“Apakah dokumen-dokumen yang didedahkan menunjukkan pembelian barang-barang kemas Rosmah Mansor itu tidak kredibel? “Bagaimana pula pembelian saham syarikat Deepak? Apakah itu juga tidak kredibel?” soal Shamsul.

Sedangkan, katanya, salinan dokumen yang disampaikan kepada Rafizi oleh pihak ketiga yang mendapatnya daripada Deepak, menguatkan lagi kenyataan peniaga permaidani itu sebelum ini bahawa beliau membayar jumlah tersebut dalam tempoh tiga bulan untuk pembelian barang kemas mewah Rosmah.

Dilaporkan semalam, Najib membuka mulut menafikan dakwaan Deepak selepas lebih kurang dua bulan beliau mendakwa Najib terlibat dengan pembunuhan Altantuya.

Itu adalah reaksi pertama Najib sementara menunggu pilihan raya yang akan berlangsung tahun ini.

Dalam satu wawancara dengan lidah parti PAS, Deepak mendakwa Najib memainkan peranan utama dalam tindakan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam yang menarik balik pengakuan bersumpah (SD) pertama pada tahun 2008.

Deepak mendakwa Najib berbuat demikian demi mengelakkan tindakan yang mungkin diambil seteru dalam Umno bagi menghalang cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

“Beranikah Najib nafikan beliau tidak mengetahui tentang bayaran yang dibuat adiknya, Nazim Razak kepada Bala bagi mendapatkan beliau untuk megeluarkan SD 2, yang menyatakan beliau dipaksa untuk membuat SD1 – penglibatan Najib dan isterinya dengan pembunuhan Altantuya? tekan Shamsul -KD


Beranikah Najib buktikan Deepak tak kredible?


Oleh Dr Dzulkefly Ahmad,

1) Akhirnya PM Najib memecah kesunyiannya tentang satu isu yang buat beberapa minggu ini telah menjadi kebingungan rakyat.> Akhbar BN media-arus perdana menggelapkan samasekali isu ini. Hanya sebuah majalah kewangan berwibawa ‘The Edge’ (31 Dis 2012) ada membuat sedikit liputan dalam bentuk komentar ringkas. Itu pun bersabit urus-tadbir kontroversi yang sangat diralatkan olih plebagai pihak ‘analysts’ dalam bidang kewangan korporat. Ketelusan dan pertanggungjawaban korporat nyata di langgar dalam urusniaga ini.

2) Najib semalam tiba-tiba memecah ‘gag-order’ atau ‘tutup mulut’nya sendiri dengan secara tiba-tiba membuat kenyataan bahawa dakwaan Deepak tidak kredibiliti. Reaksi seperti itu biasa bagi orang yang didakwa. Apa kata kalau Deepak suruh Najib buktikan bahawa dirinya kredible? Parah! Najib silap menjawab tuduhan Deepak sebegini.

3) Setelah banyak kali penafian yang dibuat dek PM ini dalam pelbagai isu termasuk paling mutakhir dalam kes pemberian kontrak LRT Ampang dan George Kent, maka untuk kesekian kalinya dan sebesar isu ini, penafian beliau ditanggapi umum sebagai agak tidak mencukupi dan agak kelewatan...’too little too late’... untuk merelaikan kegusaran dan memuaskan umum.

4) Setelah seorang yang bernama Deepak Jaikishin, peniaga permaidani yang kini membuat pelbagai dakwaan serta tuduhan salah laku terhadap diri, isteri dan adiknya, maka bersediakah PM Najib, yang kini menuduh Deepak tidak kredible, untuk membuat beberapa penafian secara terbuka seperti berikut:

# Beranikah Najib membuat penafian bahawa beliau tidak kenal atau tidak tahu menahu tentang Deepak?

# Beranikah Najib yang ketika itu Menteri Pertahanan membuat penafian tidak tahu menahu tentang urus-niaga antara Deepak dan Raja Roopiah tentang pembinaan Puspahanas, yang berakhir dengan Deepak ditipu oleh Ketua Wanita Umno Selangor itu yang menjual tanah yang sama yang dijual ke Deepak kepada pihak ketiga?

# Bersediakah Najib membuat pengakuan bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan arahan LTAT melalui anak syarikatnya Boustead Holding Berhad, Bakti Wira, membeli 80% saham Asta Canggih? # Mampukah Najib manafikan bahawa beliau tidak ada pengetahuan tentang bayaran yang dibuat adiknya, Nazim Razak kepada PI Balasubramaiam bagi mendapatkan beliau untuk megeluarkan Akuan Bersumpah 2, SD2, yang menyatakan beliau dipaksa untuk membuat SD1 yang mensabitkan keterlibatan Najib dan isterinya dengan pembunuhan wanita Mongolia?

# Dapatkah Najib mengesahkan bahawa segala kerjasama Deepak adalah urusan dengan isterinya dan bukan dengan beliau secara langsung? Dengan kata lain dapat Najib menafikan bahawa beliau tidak mendapat apa-apa menafaat dari usaha Deepak?

# Akhir sekali beranikah Najib menyaman Deepak atas segala tuduhannya yang sangat menjatuhkan maruah dan kredibiliti-integriti dirinya, isterinya dan adiknya?

Buat ingatan umum secara ringkas diturun kesimpulan episode yang menekan Deepak utuk membuat expose’ yang mungkin sahaja boleh merobek akan apa jua kepercayaan yang masih berbaki.

5)Tuduhan adalah bersabitan hal untuk mendapat seorang penyiasat persendirian (personal investigator - PI P Balasubramaniam untuk menukar akuan bersumpah pertamanya (Statutory Declaration – SD) bahawa PM dan isterinya terlibat dalam pembunuhan seorang wanita mongolia Altantuya Shaaribu.

6) Bagi melaksanakan langkah tersebut Deepak mendakwa bahawa beliau telah berperanan untuk mendapat Balasubramaniam menukar SD1 ke SD2 yang menarik balik segala pertuduhan tentang keterlibatan PM dan isterinya. Bagi melaksanakan itu Deepak mendakwa bahawa adik PM Najib Razak, Nazim Razak telah membayar PI Bala itu sejumlah wang.

7) Deepak telah melancarkan serangan ke atas PM dan isterinya, apabila beliau tidak dibantu olih isteri PM setelah ditipu dalam satu urusan perniagaan beliau dengan seorang wanita Dato Raja Roopiah, yang juga Ketua Wanita Umno Selangor bersabitan projek pembinaan Pusat Penyelidikan Pertahanan Nasional (Puspahanas).

8) Bagi tujuan pembinaan Puspahanas, yang berharga RM100 juta, LTAT telah menganugerahkan syarikat Raja Roopiah, Awan Megah Sdn Bhd melalui kaedah ‘runding langsung’.

LTAT akan membayar Awan Megah RM27 juta tunai dan selebih kos pembinaan akan dibayar denga cara memberikan Awan Megah sekeping tanah 223 ekar di Kota Raja yang bernilai RM 72.5 juta.

9) Apabila Raja Roopiah gagal menerbitkan bon untuk membiayai pembinaan projek tersebut, Deepak telah diminta untuk membantu. Deepak telah membayar deposit RM13 juta kepada Raja Roopiah untuk menerbitkan bon tersebut (RM72.5 juta). Deepak akan membayar RM27 juta tunai kepada Raja Roopiah sebagai sebahagian bayaran untuk tanah 200 ekar dan selebihnya melalui bon yang diterbitkan.

10) Bagi cubaan untuk menutup mulut Deepak, Boustead Holding, sebuah badan pelaburan LTAT, telah mengarah anak syarikatnya, Bakti Wira, membayar Deepak RM30 juta sekaligus membeli 80% saham syarikat Deepak AstaCanggih Sdn Bhd. LTAT, anehnya pula membayar RM130 juta untuk mendapat 200 ekar tanahnya kembali yang diberikan kepada Awan Megah. 23 ekar selebihnya adalah kini kepunyaan Awan Megah. Menghairankan umum adalah mengapa LTAT perlu membayar RM130 juta untuk tanahnya sendiri (200 ekar) yang dijual pada harga hanya RM72.5 juta dan kini pulak berkurangan 23 ekar.

Tegasnya pelbagai pihak melihat tadbir-urus projek ini melanggari pelbagai amalan baik atau ‘best practice’.

Mengapa tanah kementerian Pertahanan diberikan kepada pihak yang tidak punya pegalaman secara runding langsung, termasuk tidak punya kekuatan kewangan dan pada akhirnya rugi dalam pembelian kembali tanah milik mereka sendiri asalnya dengan perbezaaan harga sebanyak RM57.5 juta?

Sementara Najib spontan menghukum Deepak tidak kredible, sebenarnya umum cenderung untuk memikirkan sebaliknya.

Bagaimana Najib mahu meyakinkan rakyat dan pengundi bahawa beliau telah berubah dan atas dasar itu layak diberi peluang sekali lagi kalau pelbagai dakwaan Deepak gagal ditangkis secara tuntas dan muktamad?


18 Jan 2013

Isu Air Selangor: Ternyata, Kerajaan Pusat Zalimi Rakyat Selangor!


Kerajaan Pusat Memihak Kepada SYABAS Bukan Rakyat

Kerajaan Pusat dilihat lebih berminat menjaga kepentingan kroni dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berbanding rakyat dalam isu air di Selangor sehingga masalah itu berlarutan tanpa penyelesaian.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkara tersebut boleh diselesaikan cepat sekiranya Kerajaan Pusat mengutamakan rakyat dan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri.

“Ia bukan isu politik tetapi isu rakyat. Kembalikan hak air kepada rakyat. Jangan diswastakan lagi, itu yang paling penting.

“Undang-undang bersetuju hak air boleh dikembalikan tetapi ada tiga pihak mesti bersetuju, Kerajaan Negeri, Kerajaan Pusat dan pemegang saham.

“Kerajaan Pusat tidak memihak kepada rakyat tetapi memihak kepada kroni. Kalau Kerajaan Pusat kata setuju ambil, esok kita boleh selesaikan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Turut hadir, Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Abdul Khalid berkata, penswastaan air dilakukan itu adalah satu kesilapan kerana diserahkan kepada syarikat yang tidak mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk mengendalikan operasi air.

Katanya, ini diakui sendiri oleh bekas Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik dan menyarankan ia diserahkan kembali kepada Kerajaan Negeri.

“Ini jelas kita sudah melihat beberapa perkara termasuk penjagaan pam yang tidak dijaga dibiarkan saja rosak selama setahun, baru sekarang sibuk nak betulkan hinggakan (Datin Seri) Rosmah sendiri kena angkut air,” katanya -selangorku


Air S'gor: Siapa sebenarnya bermain politik


SHAH ALAM: Tindakan BN Selangor menuduh kerajaan negeri bermain politik dalam isu air seperti memperjudikan nasib lebih 5 juta pengguna di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata, usaha kerajaan kegeri mengambilalih perkhidmatan air dengan niat semata-mata mahu menjaga kebajikan pengguna yang tidak mendapat pembelaan dari kerajaan sebelum ini hanya mementingkan tembolok dan kroni sendiri.

BN katanya bukan sahaja pandai menuduh, malah juga langsung tidak memberi kerjasama dalam usaha kerajaan negeri mengambil alih pegurusan air di negeri ini.

Katanya, sebagai bukti, sehingga kini rakyat dipaksa menggunakan perkhidmatan syarikat konsesi yang langsung tiada kepakaran dalam industri air menyebabkan rakyat mendapat perkhidmatan tidak memuaskan seperti gangguan bekalan air serta kadar tarif yang tidak munasabah.

“Malangnya, selepas empat tahun berunding usaha pengambilalihan ini masih gagal kerana kerajaan Pusat tidak menyokong usaha ini lantaran lebih mementingkan syarikat konsesi daripada kebajikan rakyat.

“Bukan sekadar itu, syarikat konsesi ini mendapat sokongan kuat daripada pemimpin-pemimpin Umno yang turut melemparkan tuduhan tidak berasas mengenai isu air dan menghentam usaha Menteri Besar, Tan Sri Seri Abdul Khalid Ibrahim mengambilalih perkhidmatan air,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab Tuduhan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed bahawa Kerajaan Selangor bermain politik dalam isu air.

Siapa bermain politik

Menurut Faekah, jika sememangnya kerajaan Persekutuan tidak setuju perkhidmatan air diambil alih kerajaan negeri, mengapa kerajaan meluluskan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang membenarkan kerajaan negeri mengambilalih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi.

"Mengapa penstrukturan air boleh dilaksanakan di Terengganu, Perak dan Melaka dan tidak Selangor? soalnya.

Faekah juga yakin, sekiranya Kerajaan Negeri diberi peluang mengurus sendiri air ia akan membuktikan dasar penswastaan BN yang diberi kepada kroni adalah gagal.

Oleh itu katanya, tidak hairan pemimpin Umno bermati-matian mempertahankan konsesi ini dan akan melakukan apa sahaja untuk menggagalkan usaha Pakatan Rakyat Selangor di dalam isu air ini.

Ini kerana, BN percaya jika kerajaan Selangor dibenar mengambilalih perkhidmatan air maka peluang mereka untuk kembali menang di Selangor akan terus terkubur.



Mahathir Mengaku Beri IC, Berhelah Tuduh Tunku Lebih Teruk Daripadanya

Beri IC: Tunku lebih teruk dari saya, kata Dr M

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman melakukan perkara "lebih teruk" dalam tindakan memberi kad pengenalan kepada warga asing.

Mahathir ketika ditanya pemberita, mengakui bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya.

Namun beliau mendakwa tindakan berkenaan dijalankan mengikut undang-undang.

"Kita patut tengok balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?

"Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang," katanya dalam sidang media selepas program Bicara Minda Tun Mahathir di Shah Alam hari ini.

Ditanya sama ada pemberian kad pengenalan itu bertujuan untuk pilihan raya kerana ia dijalankan dua minggu sebelum pilihan raya Sabah, Mahathir berkena beliau "tidak tahu".

Bekas perdana menteri – yang menjawat jawatan itu selama 22 tahun – itu berkata, perkara itu mungkin berlaku secara kebetulan tetapi menegaskan sekali lagi bahawa ianya mengikut undang-undang.

"Saya buat sebelum pilihan raya. Mungkin kebetulan. Saya tak tahu. Tapi ia mengikut undang-undang. Perkara itu berlaku sebelum pilihan raya tak bermakna melanggar undang-undang," katanya lagi.

Ditanya lagi sama ada pemberian kad pengenalan itu bertujuan untuk membolehkan Umno merampas kuasa di Sabah, Mahathir berkata penerima kad pengenalan itu bebas untuk mengundi mana-mana parti selepas menjadi warganegara.

"Itu hak mereka. Bila dah jadi warganegara, mereka nak sokong Umno, BN atau apa-apa itu mereka punya hak," katanya.

Semalam, dua bekas orang kanan Mahathir dikaitkan oleh saksi yang memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah.

Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah semalam memberi keterangan bahawa dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan setiausaha politik kepada Dr Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Seorang lagi saksi, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mendakwa menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.

Turut hadir dalam program di Shah Alam hari ini ialah bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. -mk


Projek IC: Mahathir hentam Tunku untuk lepaskan diri


Kenyataan terkini oleh Tun Dr Mahathir Mohammad untuk membersihkan dirinya daripada segala salahlaku dalam pemberian kad pengenalan haram yang sedang dalam siasatan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja menggambarkan dirinya sebagai angkuh, tidak menyesal dan manipulator sejarah yang tidak bertanggung jawab.

Percubaan Dr Mahathir untuk mengheret Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman, dalam kekotoran ini adalah keji dan hina.

Beliau cuba untuk mengaburi pandangan rakyat dengan menyamakan penipuan kad pengenalan yang dikendalikan dalam keadaan sembunyi semasa beliau memegang tampuk kuasa Perdana Menteri dengan pemberian kewarganegaraan di semenanjung Malaysia semasa era Tunku.

Beliau berterusan menghina akal kita dengan menganggap bahawa rakyat tidak berupaya untuk membezakan antara operasi gelap yang diselubungi rahsia yang sememangnya suatu jenayah dengan perkara yang berlaku dengan keputusan secara kolektif semasa pembentukan sejarah kemerdekaan kita.

Maka, yang kedua itu bukanlah subjek siasatan sepertimana projek kad pengenalan tersebut. Oleh itu Dr Mahathir harus hentikan sikap berdolak-dalih beliau yang mengalih tumpuan kita terhadap isu utama.

Projek haram ini berlaku hanya dua minggu sebelum Plihan Raya Umum 1994 dan Dr Mahathir harus berhenti berpura-pura yang beliau tidak mampu melihat kaitannya dengan konklusi yang jelas bahawa wujud skim kewarganegaraan untuk undi.

Saya tetap terkejut apabila mendapati bahawa pesalah-pesalah dalam penipuan tersebut telah menginap di rumah Aziz Shamsuddin dan membuat manfaat daripadanya sebagai pusat operasi untuk mengeluarkan kad pengenalan palsu tersebut.

Tidak lebih mengejutkan apabila ada keterangan bahawa Megat Junid Megat Ayub pernah mengarahkan pegawai atasan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengeluarkan resit penerimaan kad pengenalan itu.

Aziz Shamsuddin dan Megat Junid tidak mungkin mampun melaksanakan penipuan yang sebegitu rapi tanpa arahan atau persetujuan daripada orang atasan mereka, yang tentunya ketika itu adalah Dr. Mahathir.

Saya tetap dengan seruan saya bahawa Dr.

Mahathir harus disiasat atas dakwaan mengkhianati rakyat dan Negara dengan menjual kedaulatan kita dengan mengizinkan skim keji ini hanya untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional kekal di Sabah.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden KEADILAN



Pengakuan Mahathir beri IC pada pendatang bukti Umno ‘jual’ negara


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bingkas membidas dan menjawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir Mohamad di sebalik pengakuannya memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya.

Pertama sekali, Tun Mahathir sudah mengaku menjadi dalang utama projek pemberian kad pengenalan kepada warga asing dua minggu sebelum pilihanraya 1990. Inilah jawapan yang dicari-cari selama ini, telah dilafaz sendiri oleh Tun Mahathir.

Walau apapun alasannya, pemberian kewarganegaraan segera khususnya di musim pilihanraya harus diterjemah sebagai jalan singkat untuk regim terus berkuasa. Pemberian kad pengenalan secara terburu-buru sempena pilihanraya secara langsung membolehkan si penerima anugerah warganegara segera ini terus mengundi. Ia sangat tidak adil khususnya buat rakyat Sabah ketika itu dan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Maka dengan pengakuan Tun Mahathir hari ini setelah lama mendiamkan diri, apakah ada lagi pengakuan atau pendedahan yang lebih sensasi untuk membolehkan rakyat seluruh tanahair sedar bahawa regim pemerintah tergamak menjual negara ini demi mengekalkan kuasa melalui kewarganegaraan segera? Hanya selepas negara dikejutkan dengan pendedahan oleh bekas Ketua Jabatan di JPN Sabah dan bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, menjadikan Tun Mahathir tidak punya pilihan selain mengaku perbuatannya.

Pengakuan Tun Mahathir ini wajar dipandang serius terutamanya apabila menyedari modus operandi yang sama dijangka bakal digunakan oleh Umno dan Barisan Nasional dalam pertembungan PRU-13, berdasarkan mood kebangkitan rakyat yang akan menyaksikan pemerintahan 56 tahun mampu ditamatkan. Umno dan BN tidak mampu mengekang arus perubahan malah turut sedar betapa mereka akan tumbang kali ini. Maka operasi Sabah 1990 diperluas ke semenanjung!

Kedua, Tun Mahathir mendakwa bahawa tindakkannya memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah tidak seteruk Tunku Abdul Rahman Putra yang kononnya telah memberi kerakyatan kepada sejuta penerima yang tidak layak. Lupakah Tun Mahathir bahawa ketika sejuta kerakyatan yang diberi suatu ketika dahulu adalah demi membentuk sebuah negara merdeka? Apakah kesumat yang melanda Tun Mahathir sehingga tergamak mengungkit pemberian hak sejuta kerakyatan yang dikontra dengan ‘hak keistimewaan orang melayu’? Apakah hari ini Tun Mahathir ingin katakan bahawa orang cina dan india tidak layak mendapat kerakyatan? Ternyata sentimen perkauman itu tetap menebal walaupun Tun Mahathir di hujung usia, dan barangkali ia satu candu untuk Tun Mahathir melupakan salahsiah asal usulnya.

Penghinaan Tun Mahathir terhadap bekas Perdana Menteri yang Umno sendiri gelar sebagai Bapa Kemerdekaan dilihat agak keterlaluan. Kekalutan Tun Mahathir cuba membela diri dengan mensabitkan seseorang yang sudah mati, yang sudah tentu tidak mampu menjawab tuduhan bagi membela diri adalah sangat tidak ‘gentleman’. Tidak cukupkah penghinaan yang Tun Mahathir lakukan kepada Tunku Abdul Rahman ketika beliau masih hidup?

Ketiga, Tun Mahathir turut mendakwa pemberian kad pengenalan kepada warga asing itu kononnya mengikut landas undang-undang walaupun ketika itu secara kebetulan menjelang pilihanraya. Ya, memang secara kebetulan kerana inilah ‘kebetulan’ yang dicari bagi menghadapi pilihanraya. Ini satu kebetulan yang membolehkan kuasa dirampas di Sabah, dan akan menjadi satu lagi ‘kebetulan’ untuk Umno merampas Selangor pula.

Ketika ini PRU-13 menjelang tiba, dan secara kebetulan negeri Selangor menjadi sasaran utama untuk dirampas oleh Umno maka secara ‘kebetulan’ juga negeri Selangor dipenuhi oleh pendatang asing yang mempunyai kad pengenalan biru. Perkara ini telah acap kali didedahkan dan sering menjadi perhatian.

Dari aspek nasional pula, Umno dan Barisan Nasional begitu lemah dalam survivalnya untuk pertahankan Putrajaya. Secara kebetulan juga, ratusan ribu pendatang asing telah dipanggil ‘interview’ secara besar-besaran di Kompleks Imigresen Precinct 2 Putrajaya di atas nama pemutihan 6P. Projek 6P ini dilakukan secara terburu-buru demi perlaksanaan sistem biometrik untuk warga asing. Sistem biometrik ini juga merupakan sistem yang dicadang oleh SPR sebagai alternatif kepada tuntutan penggunaan dakwat kekal.

Mujurlah sistem biometrik tidak diguna dalam pilihanraya atas desakan penggunaan dakwat kekal, jika tidak pastinya satu lagi ‘kebetulan’ berlaku.

Sesungguhnya insiden kebetulan yang berlaku pada tahun 1990 di Sabah sepertimana yang disebut oleh Tun Mahathir kini berlaku semula menjelang PRU-13 dan kali ini ia menjalar ke seluruh negara. Pelbagai ‘kebetulan’ yang melampaui keraguan munahsabah, apakah rakyat masih tidak sedar?

Ingatlah, pemberian kad pengenalan kepada warga asing adalah satu pengkhianatan. Lihatlah bagaimana kedudukan warga asing di serata pelusuk negara walaupun tanpa memiliki dokumen yang sah, mereka mampu berniaga di pasar pagi, pasar petang siang dan malam, membuka gerai, bengkel malah ada yang jauh lebih ‘advance’ memiliki syarikat pembinaan sendiri. Bayangkan jika warga asing yang belum layak ini diberikan kad pengenalan secara sewenang-wenangnya demi membantu Umno dan BN menang pilihanraya, akhirnya rakyat akan merempat di bumi sendiri!

Justeru itu, pengakuan Tun Mahathir ini menjadi rujukan terpenting untuk rakyat bangkit menghumban pemerintah yang menipu pilihanraya khususnya dalam soal kewarganegaraan segera. Paling penting, pengakuan Tun Mahathir yang juga bekas 22 tahun Presiden Umno membuktikan, sah sahih muktamad, Umno sanggup jual negara ini kepada warga asing demi untuk terus kekal berkuasa!

Demi rakyat dan kecintaan terhadap negara ini, SAMM dengan kerjasama pelbagai organisasi massa akan sekali lagi menjelajah ke seluruh tanahair termasuk Sabah dan Sarawak bagi meniup kesedaran awam dalam isu babitkan warga asing dan juga menggerakkan massa untuk mengekang warga asing daripada menjadi pengundi talibarut regim pemerintah. Turut akan dipersembahkan sepanjang jelajah ialah teknik mengenalpasti pendatang asing yang cuba mengundi dan teknik tangkapan awam yang berkesan.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM

[VIDEO] Pengakuan Fathul Bari Kahwin Senyap-senyap Di Siam

Pengantin baru dah jawab isu dia nikah di siam senyap2.

14 minit dia ambik masa. Antara alasannya ialah:

1) dia nikah dgn org filipin
2) terpaksa nikah kat siam sbb nak islamkan minah tu
3) daftar nikah kat Ganu sbb wife org ganu
4) lambat daftar sbb sibuk berceramah
5) x hebahkan sbb nak tarbiyyah wife pakai tutup aurat

Well,

1) kalu stakat disebabkan nikah dgn org filipin, wife pun tau, rasanya prosedur mudah je kalu kat perlis.

X de pening kepala pun.

2) dia nak Islamkan minah tu sebab tu nikah kat siam. Maybe jabatan agama Islam malaysia ni x layak utk Islamkan minah tu kot. Maybe kedutaan filipina x de kat malaysia kot.

3) pasal daftar nikah, okey la. No problem.

4) pasal lambat daftar pun, okey la. Cuma nasib baik la dia x kena tangkap basah dalam tempoh tu.

5) x yah tunggu buat kenduri la. Memadai sehari lepas nikah, umum dalam media ke apa ke yg "saya dah nikah lg satu", tunjuk dokumen sekadar elak fitnah dan bagitau umum "saya akan tunjuk siapa isteri saya bila tiba waktunya". Bila ko senyap2 mcm ni, kan susah.

Apa2hal pun, aku xtau la org lain tp aku x kata ko salah nikah kat siam. Aku ucap tahniah lagi. Cuma lepas ni jgn la sorok2..

P/s - dia menyatakan kebanggaannya berjaya mengislamkan sorg kristian. Aku sendiri penah islamkan 3 org sahabat non muslim masa zaman sekolah aku - x perlu dibangga sgt sampai keluar hadis kott..

Member aku pensyarah kolej universiti tempatan pun mengislamkan someone melalui jalan nikah. X de pun dia sampai keluar hadis. Tapi dia bgtau org awal2 dia AKAN NIKAH. Bukan dah berbulan lepas tu baru bgtau. -FB

Ulasan GB

Sungguh menghairankan. Sibuk berceramah jadi alasan untuk melewatkan pendaftaran (melewatkan pematuhan undnag-undang syariah.

Sepatutnya Fathul Baru sudah boleh di dakwa di mahkaman lantaran kesalahan kerana mengabaikan pematuhan terhadap pendaftaran pernikahannya.



Laporan sebelum ini
klik untuk baca


,br>

[VIDEO & GAMBAR] Jakarta Dilanda Banjir Besar, 8 Maut


Banjir besar: 8 maut, Jakarta diisytihar darurat

Kejadian banjir besar yang melanda kotaraya Jakarta sejak Selasa lepas telah mengorbankan lapan orang dan 15,447 orang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir setakat ini.

Berikutan keadaan banjir semakin buruk semalam hingga melumpuhkan aktiviti harian warga kota, kerajaan pentadbiran ibukota Jakarta telah mengisytiharkan keadaan darurat bencana banjir hingga 27 Januari ini.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) sejumlah 44 kawasan penempatan di 25 daerah kecil di Jakarta terjejas membabitkan penduduk berjumlah 94,624 orang.

Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan ibu negara (wanita pertama) Ibu Ani Yudhoyono turut meninjau beberapa kawasan penempatan penduduk yang dilanda banjir.

Gabenor Jakarta Joko Widodo turut meninjau ke kawasan banjir di pusat bandar dan beberapa kawasan penempatan penduduk, secara berasingan. - Bernama


Banjir Besar Jakarta 2013 Jadi Perhatian Internasional


Dalam artikelnya, Aljazirah menulis sekitar 20 ribu orang dipindahkan dan empat orang terkorban akibat banjir Jakarta.

Hujan lebat yang terjadi di Jakarta telah membawa penderitaan penduduk lainnya.

Banjir diberitakan telah biasa terjadi di Jakarta di musim hujan. Tapi, hujan yang terjadi pada Kamis hari ini membuat banjir meluas.

Banjir telah menggenangi perumahan, perkantoran, sekolah, hingga jalan-jalan ibukota yang dihuni 14 juta orang.

"Warga Jakarta tidak bisa masuk pejabat hari ini, dan di antara mereka ada yang terpaksa berjalan kaki atau menggunakan sepeda motor kerana kenderaan terhambat. Banjir Jakarta hari ini dilaporkan lebih buruk dari yang biasa terjadi tiap tahun," demikian antara lain isi artikel tersebut.

Aljazirah juga melaporkan, bahwa ketinggian air akibat banjir ini mencapai empat meter, lebih tinggi dari hari Rabu (16/1/2013) kemarin.

"Musim hujan, gundulnya hutan di bukit sebelah barat Jakarta, perencanaan yang kacau, serta keberadaan ratusan sungai menyebabkan banjir tersebut. Hal itu masih ditambah miskinnya infrastruktur yang memadai di Jakarta, meskipun pertumbuhan ekonomi di Indonesia dinilai menggembirakan," tulis Aljazirah.

-obornews






[VIDEO] Berdolak-dalik, Khairy Bakal Disaman Hina Mahkamah

Keadilan pertimbang untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Khairy Jamaluddin ekoran pembohongannya berhubung syarat penyelesaian (settlement terms) yang dimeterai dalam kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno itu.

Semalam, Khairy menarik balik kenyataan beliau pada 2007 yang memfitnah Anwar sebagai pengkhianat Melayu, ‘boneka’ Amerika dan Yahudi.

Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali berkata, syarat penyelesaian yang dimeterai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh kedua-dua pihak semalam jelas menyatakan Khairy menarik balik pendiriannya.

“(Namun) kenyataan Khairy dalam Sinar Harian semalam menyebut ‘beliau tidak menarik balik kenyataannya ke atas Anwar, tetapi cuma berkata apa yang dipetik itu tidak betul dan tidak tepat’.

“Beliau juga cuba gambarkan seolah-olah Anwar pohon perkara itu diselesaikan di luar mahkamah kerana bimbang dengan perbicaraan penuh,” jelas Azmin pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Beliau berkata, dua kenyataan ini bukan sahaja angkuh dan bohong, malah bertentangan dengan syarat penyelesaian yang dimeterai kedua-dua pihak.


“Tindakan Khairy yang memutar belit persetujuannya sendiri di hadapan hakim boleh dikira menghina mahkamah,” tegas Azmin.

Berikutan itu, kata Azmin, KEADILAN menimbang untuk heret Khairy ke mahkamah.

“Kita sedang pantau dengan rapat kenyataan Khairy…Kita akan ambil nasihat dari peguam (untuk tindakan selanjutnya).

“Malah, isu ini turut dibangkitkan dalam mesyuarat Biro Politik KEADILAN semalam,” kata Azmin lagi.

Ketika ditanya wartawan, beliau turut menjelaskan Khairy sendiri yang memohon Syarat Penyelesaian ini dari mahkamah.

Khairy memfitnah Anwar dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak dan disiarkan di media seluruh negara pada 3 Ogos 2007. -KD

Kes "Pak Janggut": Utusan Kalah Lagi, Pintu Rayuan Berakhir!

Lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang memihak kepada anggota Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad.

Dalam keputusannya hari ini Mahkamah Persekutuan memutuskan tidak memberikan kebenaran kepada pihak Utusan untuk merayu sekaligus keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi sebelum ini dikekalkan.

Mahkamah juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00.

Lima orang Hakim yang bersidang di dalam rayuan hari ini adaalah Hakim Tan Sri Richard Malanjun, Hakim Datuk Bentara Luar Datuk Haji Hashim Bin Datuk Hj. Yusoff, Hakim Datuk Ahmad Bin Hj Maarof, Hakim Datuk Hasan bin Lah dan Hakim Datuk Jeffery Tan Kok Wha.

Mahkamah Rayuan pada 24 Mei 2012 telah menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Pada 21 November 2011 Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Tuan Prasad Sandhosham Abraham telah memutuskan bahawa artikel di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 10/9/2009 bertajuk ““ZULKIFLI BIDAS ‘PAK JANGGUT’ ” adalah memfitnah ke atas YB Khalid Samad.

Antara lain artikel tersebut menulis:

“Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membidas individu yang digelarnya ‘Pak Janggut’ yang sanggup memutar belit ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seskyen 23, Shah Alam yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan itu.

Menurutnya, ‘Pak Janggut’ turut menyalahkan umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.

“Yang paling pelik, ‘Pak Janggut’ ini sanggup memutar belit ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil,"katanya.”


Untuk rekod, pada tahun 2010 Khalid Samad telah memfailkan Writ Saman ke atas Utusan melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates atas dakwaan artikel Utusan tersebut telah memfitnah beliau.

Mahkamah Tinggi memutuskan perkataan 'Pak Janggut' di artikel tersebut adalah merujuk kepada Khalid Samad kerana sebelum artikel tersebut diterbitkan Khalid Samad ada menulis surat kepada penduduk seksyen 23 Shah Alam supaya mereka berlaku adil walaupun ke atas orang bukan Islam dalam isu penempatan semula kuil hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam.

Utusan telah memfailkan rayuan ke atas keputusan Hakim tersebut di mana rayuan tersebut telah didengar di Mahkamah Rayuaan.

Di Mahkamah Rayuan, Mahkamah telah membenarkan permohonan Notis Usul yang difailkan oleh peguam Khalid Samad bagi membatalkan rayuan Utusan atas alasan Notis Rayuan tersebut cacat kerana pihak Utusan telah gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Rayuan terlebih dahulu sebelum memfailkan rayuan mereka.

Sekaligus rayuan tersebut adalah bercanggah dengan seksyen 68 (1) (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang memperuntukkan bahawa sebarang rayuan yang kurang dari RM 250,000-00 wajib mendapatkan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu.

Mahkamah Rayuan juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00 kepada Khalid Samad.

Dengan penolakkan rayuan Utusan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini maka usaha Utusan untuk merayu ke atas keputusan yang memihak kepada Khalid Samad berakhir.

Pada pendengaran rayuan hari ini , Khalid Samad diwakili oleh Cik Azhana binti Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Utusan diwakili oleh Encik Mohana Kumar dari Tetuan Shafiee Mohan.

Menurut peguam Hanipa Maidin, Khalid akan memfailkan Notis Taksiran Kos di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat bagi menuntut segala kos perbicaraan di Mahkamah Tinggi yang perlu dibayar oleh Utusan ke atas Khalid. -HD

17 Jan 2013

Blogger UMNO, Pisau.Net Akhirnya Tersungkur Kerana Memfitnah!


Isu tanah Kelantan: pisau.net akui fakta silap

IPOH – Selepas hampir sebulan kemelut isu pemilikan tanah seluas 4,200 hektar di Gua Musang, Kelantan menjadi topik hangat, sebuah blog, pisau.net yang memaparkan artikel berhubung isu berkenaan mengeluarkan kenyataan ralat.

Kenyataan ralat yang dikeluarkan 13 Januari itu menyebut bahawa tiada berlaku penukaran tanah bagi menebus jawatan Menteri Besar Perak antara dua pemimpin DAP iaitu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Artikel bertajuk ‘Pembetulan fakta tanah Ngeh dan Nga di Kelantan’ itu menyebut bahawa berlaku percanggahan fakta tidak tepat yang diperoleh daripada sumber sebelum ini dan menyifatkan bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan demi kebenaran.

Mengulas perkara itu, Koo Ham yang juga Pengerusi DAP berkata, penafian yang dikeluarkan blogger itu jelas menunjukkan isu yang digembar-gemburkan selama ini tidak benar dan berunsur fitnah.

Menurutnya, ia juga jelas membuktikan bahawa Barisan Nasional (BN) Perak seakan kehabisan modal dengan menjadikan isu sedemikian sebagai mainan politik.

“Terbukti, tuduhan mereka sebelum ini tidak berasas. Saya akui, pendedahan yang dinyatakan blog ini sedikit sebanyak telah membersihkan nama kami, namun ia masih belum cukup,” katanya pada sidang media, semalam.

Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata, penyiaran artikel ‘ralat’ itu tidak memadai, sebaliknya beliau menuntut agar pengendali pisau.net tampil dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Katanya, pendedahan yang dilakukan bukan perkara kecil kerana memberi impak terhadap imej dan reputasi pemimpin Pakatan Rakyat (PR) terutama Nik Aziz.

“Selain menyiarkan artikel penuh di blog, kita juga mahu pisau.net membuat kenyataan awam berhubung penafian ini di lima akhbar arus perdana dalam tempoh tujuh hari sebaik surat rasmi diterima daripada kami,” katanya sambil memaklumkan writ saman akan tetap diteruskan terhadap blog berkenaan.

pisau.net menyatakan pendedahan yang dilakukan mengenai skandal berkenaan bukan isu baru apabila blog pro pakatan MediaPerak.net pernah mendedahkan konflik sama pada Jun 2012.

Tinjauan semalam mendapati, laman blog berkenaan tidak lagi boleh diakses.

Isu pemilikan tanah berkenaan tercetus dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Perak ke-12, Disember lalu apabila Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menggesa Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberi penjelasan berhubung isu itu.

Pembelian tanah berkenaan didakwa sebagai ganjaran kepada DAP atas perjanjian membenarkan Mohammad Nizar yang juga Adun Pasir Panjang menjadi menteri besar.

Ulasan GB

Satu demi satu blogger pencacai UMNO terkedu lantaran fitnah-fitnah yang direka dan ditaburkan. Sebelum ini Novandri (Dr.Mim) memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan AJK PAS Pusat itu seorang bishop.

Kes Papagomo disaman Datuk Husam masih berjalan di mahkamah dan yang menjelekkan, papagomo enggan mengaku blog itu miliknya.

Parpukari telah dikneali sebagai penyebar gambar palsu mengenai muslimat PAS yang kononnya diraba semasa HKR 112.

Sementara blogger-blogger pencacai UMNO yang lain sedang berbaris menunggu "ganjaran" masing-masing. GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

papagomo dan sekalian blogger pencacai pasti BINASA. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Allah tidak akan mengizinkan kebatilan mengatasi kebenaran.

Pemfitnah, wartawan akhbar dan blogger pencacai akan tetap terhukum akhirnya. Kita sama-sama tunggu dan lihat.

[PASCA HKR112] Jika Kerajaan UMNO BN Tidak Berubah, Maka ...

HKR112: Kehadiran 500,000 amaran akhir kepada BN

KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) menegaskan kehadiran 500,000 ke himpunan Sabtu lalu merupakan amaran akhir rakyat kepada kerajaan BN.

Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, himpunan tersebut jelas menggambarkan amaran rakyat agar kerajaan menjalankan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan telus.

"Himpunan baru-baru ini merupakan amaran kepada BN agar melakukan pilihan raya dengan telus dan adil.

"Kalau berlaku penipuan, rakyat akan keluar ke jalan raya lagi untuk humban mereka," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Mohamad juga berkata, pihaknya sudah membuktikan bahawa mereka memberikan kerjasama kepada pihak polis dan bersedia untuk terus bekerjasama dengan pihak keselamatan.

"Pihak sekretariat beri kerjasama sebelum, semasa dan selepas himpunan ini pun kita akan terus bekerjasama dengan polis," katanya sambil merakamkan ucapan penghargaan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan semua pihak yang terlibat menjayakan HKR.

Menjawab tuduhan sesetengah pihak bahawa HKR bertujuan menggulingkan kerajaan, beliau berkata perkara itu akan dilakukan dalam PRU ke-13.

"Ya, memang kita mahu menggulingkan kerajaan. Kita akan gulingkan kerajaan melalui peti undi dalam PRU ke-13," katanya.

HKR berjaya membuat kutipan derma dari rakyat berjumlah RM268,802.10.

Wang itu akan digunakan bagi menampung perbelanjaan HKR yang telah dianjurkan di seluruh negara.

"Dengan ini saya merayu orang ramai agar terus menghulurkan sumbangan kepada kami ke akaun "Tabung Impian Rakyat Malaysia" Maybank 562106235615," katanya.

Ulasan GB

Bagi GB mudah saja, jika kerajaan UMNO BN tidak berubah walaupun rakyat sudah berhimpun untuk menyuarakan tuntutan dan bantahan terhadap pilihanraya yang bersih, telus dan adil, tetapi jangan lupa, Allah tetap Maha Melihat & Maha Mendengar.

GB yakin Dia akan "campurtangan" akhirnya untuk menghumban UMNO BN keluar dari Putrajaya!

Bila "Anjing Tersepit" Dilepaskan: KJ Tak Mengaku Tarik Balik Kenyataan

Meskipun laporan media menyebut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah mencapai penyelesaian kes fitnah RM100 juta semalam, 'perang' membabitkan kedua-dua mereka berterusan di dunia siber.

Kedua-dua Anwar dan Khairy berbalas mesej menerusi Twitter semalam bagi mengatakan kenyataan dan pendirian masing-masing.

Susulan kepada kenyataan pagi semalam, Anwar sekali lagi menegaskan Khairy telah menerima balik kenyataan berbaur fitnah, yang didakwa dibuat lima tahun yang lalu.

"Khairy tarik (balik) fitnah; saya tak teruskan saman," kata Anwar menjawab soalan beberapa pengikutnya yang bertanya apa sebenarnya berlaku ekoran kenyataan yang berbeza.

Tengah hari semalam, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, "sila baca kenyataan penyelesaian, bukan Utusan; secara efektif, ia satu tindakan menarik balik (kenyataan)."

Blog Anwar malam tadi menyebut, berikutan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Khairy bertentangan dengan keputusan dicapai di mahkamah, satu sidang media akan diadakan pagi ini di ibu pejabat PKR.

Sidang media yang dijangka diadakan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali antara lain menyentuh kes saman fitnah yang difailkan oleh Anwar dan penyelesaian direkodkan oleh mahkamah semalam.

Dalam pada itu, bekas koordinator media Anwar pula menulis menerusi Twitter, "@Khairykj Tipu. Anwar tidak tarik saman. Ia satu penyelesaian. Terima penyelesaian bukti anda yang tarik balik kenyataan."

Khairy dalam mesejnya menyebut bahawa "beliau saman saya. Beliau menarik balik kes."

Laporan media menyebut kes saman fitnah RM100 juta yang difail Anwar terhadap Khairy pada September 2007 diselesaikan selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Penyelesaian itu direkod Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam semasa kes disebut di hadapan beliau.

Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Anwar memberitahu mahkamah kes itu diselesai memandangkan defendan (Khairy) bersedia untuk mengatakan beliau tidak mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan.

"Tiada perintah untuk kos," katanya.

Hakim Su turut berterima kasih kepada kedua-dua pihak kerana menjimatkan masa mahkamah. -SH

Anwar dalam samannya mendakwa Khairy, yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya pada satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang disiar media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama.

Ulasan GB

Ibarat anjing tersepit yang dilepaskan. Kalau dah mengaku kenyataannya itu palsu dan tidak tepat, bererti sudah enggan untuk masuk ke gelanggang, bererti, sudah KO terlebih awal. Selepas itu tuduh pihak lawan yang enggan bertempur. Bangang!

[MELETUP] Surat Nikah Fathul Bari Di Selatan Thailand Tersebar


Fathul Bari Berkahwin Gadis Filipina?

Harap sangat ulama muda Umno yang lantang dan berani serta sesekali melahirkan pandangan kontroversi mengenai Islam ini menjelaskan berhubung penyebaran surat pengesahan perkahwinan beliau dengan gadis Filipina bernama Maria Joy Erlado.

Menurut fotostat surat pengesahan itu yang dikirimkan kepada saya malam ini oleh seorang penjenguk, perkahwinan Fathul Bari dengan Maria Joy Erlado itu berlangsung di pejabat The Islamic Committe of Songkhla Thailand pada 29 Mei 2012.

Surat pengesahan itu tertuju kepada Konsul Jeneral Malaysia sebagai pemakluman rasmi berhubungan pernikahan itu.

Menurut surat pemakluman itu yang menjadi jurunikah ialah Naib Kadhi Syarie Wilayah Songkhla Abdul Wahab Senawan.

Pernikahan itu kemudian disahkan oleh Mahkamah Syariah Terengganu. Turut diemilkan kepada saya salinan fotostat bahagian pertama satu writ mahkamah - permohonan perkahwinan orang bernama Fathul Bari bin Mat Jahya (pemohon) dengan Maria Joy Erlado (responden).

Permohonan saman itu didengar di hadapan hakim Ismail Yahya yang bersidang sebagai Hakim.

Tiada apa yang perlu disembunyikan perkara yang baik ini. Dan Fathul Bari yang dilihat seorang ulama muda yang berani, berterus terang perlu tampil ke hadapan menjelaskan perkara ini. Adalah cantik kalau beliau mengadakan majlis walimatus urus secara terbuka, kalau boleh di PWTC.

Kalau perkara ini benar saya bagi pihak penjengok blog Merah Tinta mengucapkan selamat pangantin baru kepada kedua pasangan tersebut. - mso [wm.kl.1:41 am 17/01/2013]

[EDISI BINATANG] Samseng UMNO Berterusan, Nik Nazmi Jadi Mangsa Ditendang Di Johor

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor mengutuk serangan ala samseng yang dilakukan oleh sekumpulan Pemuda Umno BN terhadap Yang Berhormat Nik Nazmi Nik Ahmad (Adun Sri Setia) bagi menghalang program ceramah diadakan di Flat Sri Stulang, Johor Bahru malam tadi.

Ketua AMK Johor, Mohamad Nazri Ismail yang turut berada di Balai Polis Majidee selepas dimaklumkan mengenai insiden itu, menyelar tindakan pemuda Umno/BN yang tidak menghormati dan memahami sistem demokrasi yang di amalkan di negara ini.

Beliau turut mengingatkan agar Pemuda Umno BN mengamalkan politik matang bukan mengamalkan politik rakus dan menyerang ganas seperti binatang.

Beliau juga meminta agar Ketua Pemuda Umno Johor mentarbiah pemudanya agar bertindak matang dan bukan bertindak kebudak-budakan.

Kejadian ini juga jelas membuktikan bahawa Umno BN mendidik anak muda supaya menjadi pelaku jenayah, samseng serta menjadi penyebab kepada kerosakan ahlak anak muda dengan tindakan serangan ganas terhadap beberapa program Pakatan Rakyat sebelum ini.

Justeru beliau menyeru anak-anak muda agar bersama Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno/BN pada pilihanraya umum nanti.

Jelas apa yang dilakukan oleh sekumpulan pemuda Umno BN adalah ketakutan mereka sendiri yang berdepan dengan jentera penerangan Keadilan yang semakin aktif dan mengorak langkah serta serius untuk menumbangkan Umno BN pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Nazri juga meminta kerjasama mana-mana Ketua Cabang untuk mengadakan perbincangan dengan AMK di cabang masing-masing sebelum mengadakan aktiviti atau program parti yang melibatkan kepimpinan pusat agar AMK dapat membuat tinjauan di kawasan tersebut terlebih dahulu dan membuat persiapan yang perlu bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Beliau turut mengingatkan agar AMK di setiap cabang perlu aktif dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku menjelangnya pilihanraya umum.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada anggota polis yang berjaya menghalang pemuda Umno BN dari bertindak lebih ganas.

Pun begitu, YB Nik Nazmi turut ditendang di kakinya manakala sebuah kenderaan turut di tendang sehingga kemek di bahagian pintu.

Nazri juga mengucapkan terima kasih kepada AMK Pasir Gudang, Johor Bahru dan Gelang Patah yang hadir memberi bantuan dan sokongan.

AMK Johor

‘Cam Muka Saya Betul-Betul’

Rantau Abang : “Cam muka saya betul-betul, saya akan hantar balik kereta awak nanti,” itulah yang diungkapkan penjenayah kepada seorang wanita selepas memasuki rumah sebelum melarikan barang berharga dan sebuah kereta Proton Pesona milik tuan rumah dalam kejadian samun bersenjata di sini, awal pagi semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Azura Ali, 38, sedang tidur di bilik utama bersama seorang anak lelakinya berusia 8 bulan, manakala tiga lagi ahli keluarganya yang lain termasuk ibunya, Minah Talib, 76, bapanya Ali Mat Min, 88, dan seorang anak lelaki berusia 10 tahun tidur di bilik bahagian atas.

Azura yang masih trauma dengan kejadian itu berkata, ketika kejadian suaminya tiada di rumah.

Dia hanya menyedari kehadiran tetamu tidak diundang itu kira-kira jam 4.30 pagi selepas salah seorang penjenayah terbabit cuba menekup dan mengikat mulutnya dengan kain lampin sebelum bertanyakan barang kemas miliknya.

Azura berkata, dia takut untuk menjerit meminta tolong kerana salah seorang daripada suspek bersenjatakan pisau.

“Beberapa kali dia bertanyakan barang kemas, tapi saya beritahu tak ada.

“Selepas berjaya mendapatkan beg tangan, dia terus mengambil kunci kereta lalu mengambil kereta saya sebelum beredar pergi. Peliknya dia tunjukkan mukanya pada saya, tak pakai topeng,” katanya.

Menurut juruwang di sebuah pasaraya di Dungun itu, dia bernasib baik kerana beg tangan yang dilarikan suspek terbabit cuma mengandungi wang tunai RM12, selain telefon bimbit dan dokumen penting seperti kad bank.

Menurutnya, selepas perompak berlalu pergi, dia membuka ikatan mulut sebelum mengejutkan ibunya yang sedang tidur di bilik bahagian atas.

Azura kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun kira-kira jam 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian dan pihaknya kini sedang giat memburu suspek yang disyaki.

Proton Pesona yang dilarikan sehingga pagi semalam masih belum ditemui -SH