17 Jan 2013

[MELETUP] Surat Nikah Fathul Bari Di Selatan Thailand Tersebar


Fathul Bari Berkahwin Gadis Filipina?

Harap sangat ulama muda Umno yang lantang dan berani serta sesekali melahirkan pandangan kontroversi mengenai Islam ini menjelaskan berhubung penyebaran surat pengesahan perkahwinan beliau dengan gadis Filipina bernama Maria Joy Erlado.

Menurut fotostat surat pengesahan itu yang dikirimkan kepada saya malam ini oleh seorang penjenguk, perkahwinan Fathul Bari dengan Maria Joy Erlado itu berlangsung di pejabat The Islamic Committe of Songkhla Thailand pada 29 Mei 2012.

Surat pengesahan itu tertuju kepada Konsul Jeneral Malaysia sebagai pemakluman rasmi berhubungan pernikahan itu.

Menurut surat pemakluman itu yang menjadi jurunikah ialah Naib Kadhi Syarie Wilayah Songkhla Abdul Wahab Senawan.

Pernikahan itu kemudian disahkan oleh Mahkamah Syariah Terengganu. Turut diemilkan kepada saya salinan fotostat bahagian pertama satu writ mahkamah - permohonan perkahwinan orang bernama Fathul Bari bin Mat Jahya (pemohon) dengan Maria Joy Erlado (responden).

Permohonan saman itu didengar di hadapan hakim Ismail Yahya yang bersidang sebagai Hakim.

Tiada apa yang perlu disembunyikan perkara yang baik ini. Dan Fathul Bari yang dilihat seorang ulama muda yang berani, berterus terang perlu tampil ke hadapan menjelaskan perkara ini. Adalah cantik kalau beliau mengadakan majlis walimatus urus secara terbuka, kalau boleh di PWTC.

Kalau perkara ini benar saya bagi pihak penjengok blog Merah Tinta mengucapkan selamat pangantin baru kepada kedua pasangan tersebut. - mso [wm.kl.1:41 am 17/01/2013]

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau x da apa-apa apasal mahu nikah kat songkhla bukan dalam Malaysia? satu teladan krg baik ulamak umno...

Tanpa Nama berkata...

xpelah.. benda klu betul .. sah ikut syariah.. cuma heran la , kenapa xkawin dalam Msia.. duit berlambak..

Carlos Santiago berkata...

Aku nak tweet la tanya fathul ni..hahahaha...

BANkami

Tanpa Nama berkata...

berita baik camni jika sahih patut diwarwarkan. Walaupon aku x berkenan ngan si fathul bari ni, tapi sebab dia da menjalankan sunnah dgn berkahwin ( kalu betul) maka ucapan tahniah dari aku. Selamat pengantin baru. Semoga hidup dalam redha Allah dan berbahagia hingga akhir hayat. Amin!!

Tanpa Nama berkata...

mungkin dia tahu nak kawin kat mesia banyak pantang larang... jalan mudah pergi sempadan... lepas ni boleh le jengok sapa gerangan maria joy tu he hee..

Tanpa Nama berkata...

type no ic 801104026089 kt daftar pemilih spr dah betui dah bedak nih... jeng jejeng

Tanpa Nama berkata...

Ni pernikahan kedua dia ke yang baru pertama?

Tanpa Nama berkata...

fuhhh ada 56 saman speed trap budak ni.. tak bayorrr kerrr

Tanpa Nama berkata...

pergh nafsu ustaz, suka awek filipino yek ehehehe~ patutla semua org pon sesat, khawarij la apa la..

Tanpa Nama berkata...

Memang betul Mamat ni ada 56 saman, siap ada gambar lagi, boleh check kat Myeg. Polis tak keluar waran tangkap ke? Rasanya tak sebab orang kuat UMNO

Tanpa Nama berkata...

Perkhawinan itu tidak menjadi masalah tapi menjadi masalahnya masyarakat M'sia tidak tahu you khawin dan upacara harus dibuat m'sia yang semestinya tempat tinggal kau bukan di Thailand yang bukan tempat bermastautin. So i harap Ustaz FB kena jelaskan dengan jawapan yang betul bukan jawab bukan - bukan kalau tidak ia akan jadi fitnah percayalah.

Tanpa Nama berkata...

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=qz3zVlh0gAY

ustaz Fb cerita pasal kahwin kat siam :)

Tanpa Nama berkata...

Orang filipina...? Macam mana ble kenal... Asal x melayu je... Mesti ada sebab ni.. Ustaz jawab skit kenal mana? Filipina dtg mesia kerja urut ke atau kenal kat mana? With your line of work sebagai ustaz boleh ada masa kenal ngan filipinoy? Lain macam ni....

Tanpa Nama berkata...

Kata dia ulama tapi nikah di negara orang. Nak sembunyi apa kalau betul kahwin. Lebih baik nikah di negara sendiri, tak ada proses daftar lagi. Rupanya dia ni penakut kat bini kerana nikah sembunyi-sembunyi.