17 Jan 2013

[PASCA HKR112] Jika Kerajaan UMNO BN Tidak Berubah, Maka ...

HKR112: Kehadiran 500,000 amaran akhir kepada BN

KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) menegaskan kehadiran 500,000 ke himpunan Sabtu lalu merupakan amaran akhir rakyat kepada kerajaan BN.

Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, himpunan tersebut jelas menggambarkan amaran rakyat agar kerajaan menjalankan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan telus.

"Himpunan baru-baru ini merupakan amaran kepada BN agar melakukan pilihan raya dengan telus dan adil.

"Kalau berlaku penipuan, rakyat akan keluar ke jalan raya lagi untuk humban mereka," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Mohamad juga berkata, pihaknya sudah membuktikan bahawa mereka memberikan kerjasama kepada pihak polis dan bersedia untuk terus bekerjasama dengan pihak keselamatan.

"Pihak sekretariat beri kerjasama sebelum, semasa dan selepas himpunan ini pun kita akan terus bekerjasama dengan polis," katanya sambil merakamkan ucapan penghargaan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan semua pihak yang terlibat menjayakan HKR.

Menjawab tuduhan sesetengah pihak bahawa HKR bertujuan menggulingkan kerajaan, beliau berkata perkara itu akan dilakukan dalam PRU ke-13.

"Ya, memang kita mahu menggulingkan kerajaan. Kita akan gulingkan kerajaan melalui peti undi dalam PRU ke-13," katanya.

HKR berjaya membuat kutipan derma dari rakyat berjumlah RM268,802.10.

Wang itu akan digunakan bagi menampung perbelanjaan HKR yang telah dianjurkan di seluruh negara.

"Dengan ini saya merayu orang ramai agar terus menghulurkan sumbangan kepada kami ke akaun "Tabung Impian Rakyat Malaysia" Maybank 562106235615," katanya.

Ulasan GB

Bagi GB mudah saja, jika kerajaan UMNO BN tidak berubah walaupun rakyat sudah berhimpun untuk menyuarakan tuntutan dan bantahan terhadap pilihanraya yang bersih, telus dan adil, tetapi jangan lupa, Allah tetap Maha Melihat & Maha Mendengar.

GB yakin Dia akan "campurtangan" akhirnya untuk menghumban UMNO BN keluar dari Putrajaya!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada org kata SPR itu sudah bebas dan adil...

Cuba lihat media massa, BN terang2 berkempen dan hentam PR setiap masa namun tiada sebarang ruang diberi walaupun seminit kepada PR utk menjawabnya balik, adilkah namanya tu?

Ingat RTM1, RTM2, TV3 tu bukannya TV BN, itu tv atas dana cukai rakyat tak kira apa parti sekali pun...kalau tv milik parti mcm tv PAS tak kisahlah...

Osama berkata...

Apa kata kita hasut & hasut rakyat tutk turun berdemo lagi! khususnya warga selangor himpunkan di pejabat SPR bgi mendesak SPR bersohkan senarai pemilih PRU ke 13 nanti! Buang nama2 yg tak diketahui asal usul & jantina mereka! Desak pengerusi SPR letak jawatan!
Mohon campur tangan DYM Sri Paduka Yg Di Pertuan Agung & Sultan Selangor utk menitahkan pembersihan nama2 yg mencurugakan walau sidah dimaklumkan pd bsginda sultan sebelum ini!
Rakyat wajib menekan SPR mansuhkan undang2 yg berat sebelah yg semata2 hendak memenangkan umno Be End! Kita bukan mahu utk baginda sultan berpolitik tpi rakyat mahu pembelaan dlm mencegah & mengelak penipuan!
Dari rakyat utk rakyat demi memelihara kesucian agama islam!
Tiada agama yg menghukumkan penipuan itu dosa, penyelewengan itu dosa, pecah amanah itu dosa & salah guna kuasa iru dosa!
Amal makruf nahi mungkar...