Komentar Terhadap Tulisan Dr Kamarul Zaman Yusoff - “PEMIMPIN AMANAH BODOH, KUDA TUNGGANGAN DAP”
1. Dr Kamarul Yusoff telah merewang panjang berkaitan beberapa kenyataan ahli dan pimpinan AMANAH (tulisan FB beliau bertarikh 24/5/2017). KANUN hanya berminat untuk mengulas mengenai penyataan beliau terhadap KANUN.
2. Beliau menyatakan,
“Kepada Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang (KANUN) AMANAH, Wan Anwar Wan Ibrahim, bagaimana seorang peguam seperti kamu boleh menyatakan bahawa sekatan ke atas kebebasan berpersatuan hanya boleh dilakukan jika ada ancaman keselamatan ke atas Persekutuan atau ketenteraman awam sedangkan Seksyen 2A (1) dan Seksyen 13 Akta Pertubuhan terang-terang memberikan kuasa kepada Pendaftar Pertubuhan untuk membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan yang didapati melanggar syarat-syarat yang ditetapkan? Suka juga saya mencabar Wan Anwar Wan Ibrahim supaya membuat laporan polis kepada saya di bawah Akta Hasutan jika benar tulisan saya adalah berbentuk hasutan.”
3. KANUN mengajak beliau untuk merujuk kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan kebebasan berpersatuan seperti berikut:
Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
(a) …..
(b) …..
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—
(a) …..
(b) …..
(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.
4. Perkara 10(2)(c) Perlembagaan dengan jelas menyatakan sekatan yang boleh dibuat oleh Parlimen melalui akta termasuk Akta Pertubuhan 1966 adalah demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.
5. Oleh itu, Seksyen 2A dan 13 Akta Pertubuhan 1966 hendaklah dibaca dalam konteks Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 2A dan 13 itu tidak boleh ultra vires Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Atas dasar itu, maka pentafsiran kepada Seksyen 2A dan 13 mestilah konsisten dengan prinsip yang dinyatakan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
6. Dr Kamarul Yusoff menyatakan bahawa DAP menggugat agama Islam berdasarkan fahaman sempit beliau. KANUN mencabar beliau untuk menjelaskan dengan terperinci apakah maksud Islam Agama Persekutuan. Hal ini perlu diselesaikan terlebih dahulu supaya hujahan beliau tidak melencong dan tersasar.
7. KANUN juga melihat cabaran beliau supaya KANUN membuat laporan polis di bawah Akta Hasutan adalah menggambarkan beliau sendiri tidak pernah membaca Akta Hasutan, apatah lagi untuk mengkaji isi kandungan Akta Hasutan. KANUN tegas menyatakan bahawa kami sendiri tidak bersetuju dengan Akta Hasutan itu yang banyak digunakan untuk menyekat kebebasan bersuara di kalangan warganegara. Maka, mana mungkin KANUN pula hendak membuat laporan polis di bawah Akta Hasutan bagi menyekat kebebasan bersuara Dr Kamarul Yusoff. Apa yang KANUN nyatakan adalah bahawa motif utama Dr Kamarul Yusoff adalah untuk menjadi alat bagi menghasut orang ramai untuk membenci DAP dan Pakatan Harapan. Hasutan jahat sebegitu walaupun sangat buruk tetapi tidak termasuk dalam skop Akta Hasutan. Tulisan beliau itu hanyalah tulisan picisan politik yang bertujuan untuk membakar api kebencian orang ramai kepada DAP dan seterusnya memenangkan Barisan Nasional.
8. Selaku pensyarah universiti, eloklah beliau menumpukan kepada kerja-kerja akademik dan tidak menulis tulisan picisan di facebook sahaja yang bertujuan memenangkan Barisan Nasional dan mengalahkan Pakatan Harapan.
WAN ANWAR WAN IBRAHIM
Timbalan Pengerusi
KANUN, Parti Amanah Negara
25 Mei 2017
ULASAN GB
Sekalipun GB agak sibuk kebelakangan ini dengan komputer GB yang agak uzur dan kerap rosak untuk melakukan kemaskini blog, namun ia tidak menghalang GB untuk mengikuti perkembangan semasa yang yang terbaru ini ialah mengenai isu seorang pemimpin DAP yang berjawatan Speaker DUN yang dihentam keras kerana menulis sebuah buku bertajuk "BECOMING HANNAH".
Seorang ahli akademik Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata buku karangan Speaker Hannah Yeoh yang dibelinya mampu mengubah dirinya sehingga terdorong terhadap ajaran Kristian.
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia UUM, Kamarul Zaman Yusoff berkata ini kerana kandungan buku itu “terlalu banyak kisah dan petikan dari Bible”. (-petikan FMT)
Dengan dua petikan di atas itu sudah cukup untuk menggambarkan betapa dangkal dan ceteknya pemikiran seorang "pensyarah universiti" yang ada di dalam negara kita.
Patutlah orang menyatakan terdapatnya ramai "professor dan phd kangkong" di unversiti kita.
Kritikannya terhadap buku Hannah Yeoh itu amat ketara bermotif politik dan apabila digeletek sedikit beliau tetiba melompat membanggakan dirinya dengan pelbagai anugerah dan pencapaiannya, ternyata benarlah betapa kangkungnya dia.
Izinkan GB untuk mengulas sedikit saja dari isu yang diperdebatkan iaitu mengenai konsep ketuhanan orang Kristian yang dijadikan alasan oleh pensyarah berkenaan merasa imannya tergugat lantarannya.
Iaitu mengenai konsep "son of God" atau child of God" yang ada ditulis di dalam buku Hannah.
Bagi orang awam yang tak pernah bergaul dengan orang kristian, "Son Of God" itu akan diterjemahkan secara literal - "anak Tuhan". Sedangkan maksud dan intipati umat Kristian istilah "Son Of God" itu adalah untuk menunjukkan rapatnya hubungan "manusia dengan Tuhan" dan di dalam Islam hubungan itu adalah hubungan khaliq-makhluq (pencipta dengan yang dicpta).
Di dalam Islam, manusia itu adalah makhluq dan "hamba"Nya, manakala di dalam Kristian hubungan itu dinukilkan di dalam frasa "Child of God" tetapi ia tetap merujuk hamba Allah dan bukannya "anak Tuhan" sepertimana diterjemah dan difahamkan oleh orang banyak.
Jadi kita sepatutnya gembira jika Hannah adalah seorang penganut Kristian yang taat, yang menjaga hubungannya dengan tuhan, yang kelak mana tahu ada sinar hidayah akan tercurah dihatinya untuk melihat ULTIMATE TRUTH, iaitu kalimah tauhid, Lailahailallah - The Is No God Save Him.
Sikap Hannah itu jauh lebih Islam dari umat Islam sendiri yang ramai diantaranya pada zahirnya Islam tetapi kufur di dalam tindak-tanduk hariannya.
Sebelum dari isu ini pun GB pernah menulis di dalam entri yang lepas-lepas. Petikan:
GB sudah acapkali menegur golongan agamawan yang berlagak bijak dan berlagak pandai ini supaya meminta mereka berdoa kepada Allah supaya Allah hanya menciptakan manusia hanya dari satu kumpulan atau bangsa dan menghapuskan kumpulan-kumpulan (bangsa-bangsa yang lain), jika terus-menerus menyerang orang yang lain dari kumpulan mereka.
Apakah hanya sanya kita ini dilahirkan dari rahim seorang ibu yang beragama Islam, maka orang lain tidak berhak untuk hidup dan menyatakan pendirian mereka?
GB ingin bertanya, taqdirnya dahulu jika anda-anda yang sewenang-wenangnya mengkafirharbikan orang bukan Islam, dilahirkan dari rahim seorang ibu bukan Islam, bagaimanakah agaknya sikap anda hari ini?
GB ingin bertanya, taqdirnya dahulu jika anda-anda yang membenci bukan Islam itu dilahirkan dari rahim seorang ibu bukan Islam, apakah anda-anda tidak akan menyentuh makanan yang diharamkan Islam seperti babi, arak dan sebagainya? Silap gaya andalah orang yang paling banyak melahap babi dan paling ke depan di dalam menentang hudud.
Dan anda bernasib baik kerana dilahirkan seorang Islam. Maka itu bersyukurlah dan jangan memandang rendah kepada orang lain yang tidak seagama dengan anda. Anda yang akan dipertanggungjawabkan jika anda tidak menyampaikan dakwah kepada mereka. Kita di suruh untuk berdakwah, bukan untuk menyemarakkan keganasan dan peperangan.
Itu sebab mengapa Islam mengajar kita untuk tidak "menghina" orang yang bukan dari kelompok kita. Tidak menghina ugama lain, tidak menghina "tuhan-tuhan" agama lain. Lihat ayat-ayat ini:
(2:148) Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadaNya. Maka berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(10:99) Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya?
(49:11) Hai orang-orang yg beriman, janganlah sekumpulan org laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
(6:107) Dan kalau Allah menghendaki, niscaya mereka tidak memperkutukan(Nya). Dan Kami tidak menjadikan kamu pemelihara bagi mereka; dan kamu sekali-kali bukanlah pemelihara bagi mereka.
(6:108) Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dgn melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.
(16:125) Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dgn cara yg baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yg lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang2 yang mendapat petunjuk.
Justeru itu, amat menghairankan samada PAS atau UMNO, kedua-duanya kini berlumba-lumba menyamarakkan api perkauman dan keganasan dibantu oleh agen utamanya bernama Utusan Malaysia. Apakah ini yang diajarkan oleh Islam?
Dan jangan lupa di dala gerakan menentang kepalsuan dan kezaliman, AL-Quran dengan indah mencatatkan bahawa:
"Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani (Kristian)." Yang demikian itu disebabkan kerana di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) kerana sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri." (Q.S. Al-Ma'idah, 82)
Hukum kebenaran dan keadilan pasti berjalan dan menghukum mereka yang melampaui batas ini dengan menghantar mereka ke lembah kehancuran dan kemusnahan sebelum mereka menghancur dan memusnahkan keharmonian dan keamanan negara.
Ini juga mengingatkan kita mengenai kata-kata Ibnu Sina seperti berikut:
FEATURED ADS

15 ulasan:
.
.
Tajuk buku pun dah jelas, apa sebab sibuk nak tahu. Bukan nya Hannah tu salah-seorang antara wanita Islam yang terunggul.
Dia pulak bagi promosi percuma. Tak banyak sikit dia telah menyumbang kepada gerakan Kristian.
Apa yang mendorong dia membaca buku tersebut sedangkan dia seorang Islam?
Dah baca, dakwa pulak boleh melemahkan iman. Tahap itu ke iman dia?
Lain lah kalau buku itu diedar secara percuma.
Salam.
Saya menyetujui pandangan Saudara GB. Janganlah kita menanam kebencian kepada penganut agama lain, sebaliknya lihatlah mereka dengan kasih sayang agar terbuka pintu hati mereka untuk mendekati Islam. Allahurabbi.
Wassalam.
Kot-kot dia ni Pengutip dedak yang ditabur ke atas tanah!! Sekiranya begitu, hina dan tiada maruahnya dia ni!!
Dia boleh buat buku sendiri, "Becoming Kangkung"..
semata2 agenda politik bn menggunakan professor kangkung
ini bukan tektik baru.. klu nk buat jahat pun gunalah tektik baru
dok sibuk buku Hannah sedangkan org melayu bukan minat membaca. buku agama sendiri pun tk baca, apalah lagi buku agama lain. klu dlm Bahasa English lagilah melayu tk minat baca.
kecualilah org umno dan pas baca ramai yg murtad.
dari masa ke semasa professor kangkung akan dilahirkan. tk lama kita akan dgr info2 mengenai jenis apa professor ini, apa masalahnya, apa sikapnya yg sampai rela menjadi kangkung melacur profesionalisma. dlm byk2 isu, professor kangkung sibukkan buku ditulis pemimpin DAP itu. kunun2nya akademik sgt lah.
lbh baik professor kangkung bela nasib IPT yg kekurangan bajet, bela bantuan2 pelajaran pelajar2 yg sgt terhad sekarang ini, naikkan taraf university yg sedang jatuh teruk dimata dunia serta system pelajaran yg sepatutnya membina jati diri pelajar bukan melahirkan penjilat yg beku otaknya.
professor kangkung tk ubah mcm juga saifool bukhari. bukan calang2 org yg sanggup mencanang dia diliwat. majority org ada maruah dan kemaluan tp masih ada segelintir yg sanggup buat apa saja demi dedak. sanggup paksa org percaya aku diliwat aku diliwat tolooonglah percaya bontot aku kena liwatt. begitu jugalah professor kangkung.
dok canag toloogn lah percaya Hannah sedang menyebar krisitian. ini sgt bahaya !! terjerit2 professor kangkung menyalak dlm keadaan jiwa dan akal rakyat sgt tertumpu kepada masalah kesempitan hidup dn tk minat dgn buku2 begitu.
ada tak kulit buku tu kata 'buku ini ditujukan kepada org melayu islam?' kalau tkde apa masalahnya dia nk tulis 100 buku pun. ada tak dia paksa buku tu dibaca leh org islam, kalau tkde apa masalahnya. kalau dh tau iman walaun tipis sgt, kenapa baca?
setiap ajaran agama apa pun menghendaki umatnya beribadat, sembahyang dll. kalau masuk Kristian pun kena ke gereja juga. kena dengar ceramah juga, baca buku agama juga(English lagilah penin nk baca). org yg malas, apa agama pun tk memberi kesan kpd mereka. berilah buku kitab hebat mcmana pun, tk memberi kesan.
yg murtad kebanyakannya kerana desakan hidup. Kristian dtg bantu, badan2 kebajikan islam lembab nk bantu. byk cekadak, kena pulak gst lg. maka akan adalah yg murtad. bukan kerana terpengaruh dgn ajaran.
aspek ini yg pemimpin kena tengok dan bertanggungjawab. kesempitan umat yg menyebabkan mereka murtad dek kerana pemimpin kaya raya mengabai keperluan umat. pemimpin munafik ckp islam depan2 tapi belakang merekalah yg bernafsu dedak. umat yg lemah iman meluat dgn sikap munafik ini lantas murtad kerana protes.
so tk perlu nk salahkan penulis buku mcm tu. salahkan diri sendiri yg memerintah lalai yg jadi punca org murtad. org islam boleh murtad bukan kerana hukuman tak cukup 100 rotan, tak cukup RM100,000 denda atau tak cukup 30 tahun penjara.. tetapi org blh murtad kerana tiada tempat tinggal, susah nk makan, tidak terbela hidup mereka, pemimpin munafik menjual agama, pemimpin munafik ckp wasatiyah tp dialah yg sgt bermewah.. dll selain dpd iman tipis.
sekian adanya.
aku lahir dsingapura. sejak kecil tiap bulan akan dtg melalui posmen majalah2 kristian Tomorrows World dan The Plain Truth ke rumah aku. ini bukan majalah koman krn mrk guna glossy paper.
inilah bacaan aku, ayh tak mampu nak beli komik. dan kerananya aku pandai berbahasa inggris dgn baik.
aku kenali moses seblm aku mengenali musa, david seblm daud, joseph seblm yusof, Jonah sblm yunus, Jacob sblm yaakob. aku pernah baca bible - kitab kecil warna maroon; pernah tidur dibangku ruang besar dlm gereja.
tp aku tetap Islam hingga la ni.
adakah buku Hanna tu lebih hebat, lebih berpengaruh dr Tomorrows World dan The Plain Truth? adakah begitu rapuh iman mamat tu, hingga boleh tergugat keimanan dia?
mungkin mamat tu dah jadi kapir kristian skrg ni kalau dia alami kehidupan aku masa kecil dulu.
aku syorkan pd mamat tu supaya lihat ke dlm diri dia; cari mana yg kurang. kalau dia rasa tergugat dgn buku Hannah tu, bermakna ilmu agama dan amalan dia amat cetek. at this point in time, dia masih lg jahiliyah.
kalau dia sanggup korban masa belajar bbelas tahun utk dpt phd, demi kesenangan dunia yg tak sampai 100 thn, maka dia patut luangkan masa sebyk itu utk mendalami agama utk kesenangan yg abadi. aku bukan bcerita pasal bab feqah.
Saya dilahir dari rahim seorang ibu yang bukan Islam. Masih ramai lagi saudara sedarah dengan saya yang masih belum Islam tapi depa tak pernah memusuhi saya. Kami selalu berbincang tentang konsep agama termasuk Islam dan kami sentiasa terbuka pandangan kami sehinggakan hubungan kami lebih akrab. Saya masih percaya dan yakin bahawa HIDAYAH ni HANYA datang dari Allah swt dan bukan dari kita, manusia yang hina dina ni. Apakah saya wajib memusuhi saudara saya sedangkan depa tak pernah memusuhi saya?
Melayu dan Islam ... mitos di Malaysia ni. Di Malaysia ni, bila sebut Melayu, seolah-olah depa tu Islam sedangkan Islam adalah Islam dan Melayu tu bukan Islam. Melayu ialah keturunan. Bagi saya, kalau nak perjuangkan Melayu, teruskan TETAPI jangan kaitkan dengan Islam sebab Islam tidak memBENARkan hal ini berlaku. Bagi pejuang Melayu, sampai hari ini, saya masih belum terjumpa satu pun TANAH PERKUBURAN yang dilabel dengan TANAH PERKUBURAN MELAYU pun? Ultra Melayu pun tak berani berdepan dengan malaikat MAUT sebagai MElayu. Jadi kenapa kita harus hidup sebagai Melayu sedangkan ianya tidak memberi manafaat di alam kubur atau akhirat nanti? Jangan sekali-kali banding dengan orang Cina ... sebab Cina ada Tanah Perkuburan Cina malahan bersifat etnik lagi iaitu Hokkien, KwangDong, ...
Iman Melayu Islam begitu tipis dan mudah goyah ... inilah pandang dan falsafah yang ingin ditanam ke dalam diri Melayu seperti mana dilakukan oleh politikus Melayu malahan agamawan Melayu. Depa cuba menggambarkan keIMANan Melayu lemah dan mudah terpesong dan hanya depa shj yang dapat meMANTAPkan, mengKUKUHkan dan memperTAHANkan keIMANan Melayu. Sekali sebut, dua kali sebut, ..., dan kalau diulang-ulang berkali-kali, maka "doa" dan "wirid" itu akan jadi macam BENAR.
Melayu dan Islam mesti dipisahkan semasa berbicara. Dikhuatiri ianya akan mencemarkan Islam. Bolehkah sup kambing dimasukkan secebis kecil daging babi ... dan sup tu masih HALAL diminum???
Maafkan saya sekiranya bicara saya ini melukai hati saudara Islam saya yang berketurunan Melayu. Saya bukan Ridhuan Tee yang dah berubah kulitnya ...
Sedih dgn pandangan cetek seorang Pensyarah University. Pada saya tindakan pensyarah itu hanya kepada publisiti murahan dan "Political Reward" yg bakal diterima dpd seorang pemimpin yg kehilangan sokongan.
Lihat sahaja individu yg secara terang terangan menyokong Pemimpin berkenaan.
Sebagai contoh: Seorang Ketua Bahagian yg bermati matian menyokong pemimpin berkenaan. Isteri beliau di lantik memegang jawatan penting ...
So.... bersedia mengganyang "pembangkang" untuk dapat reward berkenaan.
Saya setuju dengan pandangan tuan. Bila islam ialah baka, maka sukar untuk diletakkan benchmark sebab tak pernah melihat ke luar.
Pokoknya,
Sblum kita mencari alasan2 picisan takde pun senipis kulit bawang drp buku Hannah itu, apakata kita kaji dgn jujur sejujur2nya isu2 yg terang2 merosakkan AKIDAH yg ada didepa mata kita semua skrg ini..
1) 1MDB isu mencuri klepet dgn menipu serta mengelirukan umat yg tertindas--skejap kata DERMA, skejap kena ada 4 org saksi, skejap lg kata dah pulangkan kpd pak'Arab pulok dah..apakah jenis AKIDAH trang2 mnipu yg sebobrok ini?
2) FITNAH merapu2 barua broka & pilkuda, senyap2 dpt 90juta ttpi TAK berani serta berbelit2 bertangguh2 utk menyaman MARUAH diri yg dah cemar, telahan pulak slalu berjubah bersorban & mnjd imam semayang serta berbuih2 mulut dgn zikir hadis dan Quran! Jenis topeng AKIDAH apakah yg sejijik ini??
1) & 2) jenis AKIDAH diatas itu adalah terang2 merupakan jenis AKIDAH bobrok penipu & PENDUSTA bahkan yg ke yg 2) itu merupakan sebobrok2 AKIDAH krn berpura2 dgn TOPENG jubah sorban & Quran demi melindungi bangkai KHIANAT dan kepura2an niat yg sgt2 songsang!
Adakah Allah yg menurunkan RIBUT tepat kemuka mrk t.hari tidak tahu betapa lacur & bobroknya AKIDAH mrk itu?
Adakah akidah Hannah itu lebih bahaya jk dibandingkan dgn kedua2 AKIDAH yg menipu mengeliru mngklepet serta benar2 menindas mnzalimi rkyat ketika ini!?
Klu lu org tanya itu RIBUT, jwpan nya sgt2 terang & nyata, & jgn WAS WAS ragu2 lg kawan..org yg mintak JAHANNAM itulah yg JAHANNAM sekali akidahnya!
Klu disis RIBUT pon dah kena hempap dan TERAJANG so adakah lg nilai AKIDAH-jahannam mrk ini disisi Allah!? fulstop!!
mamat lecturer tu ada byk kelulusan, byk anugerah dia dpt. jgn main2, mmg bijak si mamat sintok tuh..
Kalaulah prof kangkung kamarul zaman baca ulasan GB dan semua pengulas di atas malu besar dia. Manakan tidak, ulasan-ulasan yang bernas dari kalangan bukan professor jika dibanding komen prof kangkung kamarul zaman dalam fb nya. Janganlah membuka pekung menunjukkan ketololan kamu wahai prof kangkung kamarul zaman hoi!
Kalaulah dengan membaca buku Hannah ni kamu boleh murtad, tak tahulah saya nipis mana iman kamu
Sebenar dr biodata encik pensyarah ni.. dia takdelah lama benar berkhikmat dgn UUM.bagi aku en pensyarah sama je dgn artis melayu kat malaysia ni.. bila nama kita org tak kenal..atau dlm dunia hiburan.. suam2 kuku..artis itu mesti buat sesuatu membuat mana dia selalu di mainkan di media2. Tak kesahlah..kena tangkap basah ke.. berpakain tali coli nampak ke.. asal nama di mainkan di media..walau pun isu tak penting.. yg penting cara persembahan..gitu en pensyarah..buat sesuatu yg nama dia org malaysia kenal..kalau ada apa2.. universiti lain atau syarikat2.. akan ambik dia.. sbb nama dah terkenal..gitulah sifat2 org melayu..
Ini bkn lagi prof kangkong. Tapi ini lah prof dedak. Kerjanya menyedut dedak. Ada pernah dia tegur najib umnok gst rasuah 1mdb kleptokrasi dll? Tak ada kan. Cuba check no. ahli umno dio. Mgkn darah nya pon warna biru bn. Dulu pengerusi n setiusaha spr pon ahli umno. Prof dedak. Stop. Khalass. Kahkahkah
Pensyarah camnilah yang direkrut Tuhan Haron dan si Kahar Nabi Melayu yang letak jawatan dulu. Senyumlah Iblis!
Catat Ulasan