17 Okt 2016

Pujuk PAS Tapi Tak Sampai "Melutut"

Pakatan Harapan akan terus pujuk Pas

JITRA - Pakatan Harapan akan terus berusaha memujuk Pas menjalin kerjasama dengan parti pembangkang lain untuk mengelak pertandingan tiga penjuru pada PRU14, meskipun Pas seakan-akan menutup pintu rundingan.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, masih ada masa untuk perbincangan.


“PRU14 masih jauh. Dalam politik apa pun boleh berlaku," katanya pada sidang media selepas Konvensyen Pakatan Harapan Kedah, semalam.

Mohamad mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin yang menegaskan parti itu tidak akan bekerjasama dengan DAP, malah sanggup berdepan pertandi-ngan tiga penjuru pada PRU14 kerana DAP mungkir janji dan enggan bekerjasama dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mohamad berkata, Sekretariat Pakatan Harapan menubuhkan jawatankuasa khas untuk runding dengan semua parti pembangkang berhubung agihan kerusi.

“Kita putuskan jawatankuasa itu ditubuhkan untuk bincang dengan semua parti,” katanya.

Ditanya sama ada pihaknya yakin mendapat persetujuan Pas untuk pastikan hasrat pembangkang untuk satu lawan satu dengan BN tercapai, Mohamad berkata, usaha berterusan dilakukan.

“Kita cuba sedaya upaya. Jika kita pinang orang tak mahu, kita nak buat macam mana,” katanya.

Beliau nafikan akan menggunakan khidmat Bersatu sebagai ‘orang tengah’ untuk berunding dengan Pas jika Pas berdegil.

“Kita bekerja atas Pakatan Harapan, ini termasuk bincang bersama Bersatu. Kita akan cuba namun terserah kepada Pas untuk buat keputusan,” katanya.

Menurutnya, calon Kabinet bayangan Pakatan Harapan juga masih belum dibincangkan.

“Semua calon itu, termasuk calon menteri besar setiap negeri, belum dibincang, masih terlalu awal. Kita tiada kerana kita ada ramai pemimpin berwibawa,” katanya. -SH


Amanah mahu rundingan dengan Pas ditentukan batas waktu

Parti Amanah Negara (Amanah) mengalu-galukan hasrat Pengerusi Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PBPM) Tun Mahathir Mohamad untuk terus memujuk Pas supaya bergabung tenaga bersama parti-parti politik pembangkang bagi menentang BN dalam pilihan raya umum akan datang, namun menggesa ia dilaksanakan menurut batas waktu tertentu.

"Amanah juga ingin mempertegaskan walaupun pintu rundingan sentiasa terbuka luas namum batas waktu perundingan mesti ditentukan supaya segala keputusan dan penentuan hala tuju kita dapat dimuktamadkan dengan segera," kata Naib Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, waktu masih ada untuk buktikan kepada rakyat negara ini bahawa kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memujuk Pas.

"Ini sangat penting supaya biar rakyat faham dengan jelas dikemudian hari nanti parti manakah yang sebenarnya merosakan segala impian dan harapan untuk menolak Barisan Nasional," katanya.

Kekuatan sedia ada katanya, iaitu Pakatan Harapan dan Bersatu yang telah dibina dan mula mendapat keyakinan rakyat mestilah diperkukuhkan lagi sebagai asas untuk membina permuafakatan politik yang lebih besar.

"Saya sangat yakin dan percaya bahawa rakyat telah terdidik dan mempunyai maklumat yang cukup untuk memberikan sokongan kepada parti-parti politik yang telah jelas menzahirkan pendirian mereka untuk menentang kezaliman Barisan Nasional .

"Rakyat akan menolak parti yang bersengkokol dengan kezaliman Barisan Nasional walaupun berhempas pulas menyatakan mereka tidak bersama Barisan Nasional," katanya.
-MD


ULASAN GB

AMANAH masih rasional. Kita menghulurkan tangan kepada untuk mereka bersama kita jika mereka ikhlas ingin menentang UMNO BN. Tetapi jika PAS enggan untuk menerimanya, maka jelaslah bahawa mereka sebenarnya sekutu UMNO.

Kita hulur tangan tetapi bukan "melutut" seperti yang dihiruk-pikukkan oleh sekalian cyber-trooper PAS di media sosial.

GB lebih tertarik dengan kenyataan dan pendirian Dato Husam Musa: Kukuhkan Pakatan Harapan, Usah Hiraukan PAS.





FEATURED ADS


32 ulasan:

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Salam buat Tuan Greenboc.

Pakcu nak tegur sikit cara tuan ulas berkenaan ajak PAS ke Barisan Pembangkang tu. Rasanya kurang manis jika guna perkataan "melutut" dan cop sekutu UMNO.

PAS ada cara tersendiri untuk hidup dan sudah lama hidup tampa gabungan dengan siapa-siapa. Cuma parti tuan yang baru nak hidup dan entah hidup lagi di hari-hari mendatang. Jadi jangan terlalu celupar sangat dan menyombong diri dengan berasa diri terlalu kuat seperti bukit yang tak runtuh selamanya. Kita lihat nanti siapa yang melutut dan sekutu Chauvanis sebenarnya di PRU akan datang.

Maaf jika tulisan Pakcu panas sikit...mungkin kerana air pasang tinggi kok....

Tanpa Nama berkata...

Pengorbanan aku sebagai penyokong pas terasa sangat sia2 selama lebih 30 tahun.hashim jasin serupa saja dgn hadi awang.perangai sombong bongkak ketegaq bodoh menyebabkan aku menyampah yg amat sangat....

Tanpa Nama berkata...


Macam budak-budak nak kena pujuk.

Dia kan dah matang. Ada otak pandai, ada akal pakai, ada bijak gadai...

Lobai buruk rupa kalau nak kena pujuk.

Masalahnya lobai2 ni ada yg dah tersedak dedak, sama dgn Zul Kulim, Zaharin Md Hashim dll yg keluar PR menyokong najis. Mereka ini dah dlm tangan najis. Klu najis dedahkan, habislah kredibiliti mereka.

Biarlah mereka tenggelam dgn najis.

Walaun juga yg jadi orang2 yg rugi.

Tanpa Nama berkata...

haha...

pujuklah pas utk berug bersama ph. wlpn mrk pernah cuba berug dgn umno.

waspada pd anjing yg suka menyalak babi dlm bukit.

jgn lupa hadis yg membawa maksud 'jgn dipatuk ular 2x dilubang yg sama.'

akhir kalam ialah pas barua umno...

Unknown berkata...

Salam;

Saya CLUELESS,SPEECHLESS,walaubagaimanapun,terpulanglah pada pimpinan,jika tuan-tuan tak beri 'DATE-LINE' dan tak buat kerja memperkukuhkan parti,jentera parti,kerjasama PH/Bersatu dari sekarang, takut-takut nanti,yg 'Di kejar tak dapat,yg dikendung berciciran'


sekian.

Mat Safian berkata...

Aku nak tegur skit Pak Cu kat atas tu...hang cakap perkataan 'melutut' tu kurang sopan?

Tu yang Hadi Awang gelarkan AMANAH sebagai anjing dan babi tu, kira sopan ka?

Tanpa Nama berkata...

Salam Pak Cu
Memang kurang manis guna 'melutut' tapi Pak Cu tahu tak.. Ingat tak siapa yang kata siapa yang 'melutut' dulu..?

Kalau Pak Cu ingat .. bukan sahaja melutut.. Macam-macam yang orang itu cakap.

Pemimpin AMANAH kata kami hanya memujuk dan tidak akan melutut. Jadi Pak Cu kena faham mereka tidak mahu sesiapa pun melutut kerana perkataan itu memang bahasa orang celupar dan orang yang sombong...


Tanpa Nama berkata...

Kalau PAS boleh hidup tanpa gabungan dengan sesiapa, yang PIGS tu binatang ke apa ?

Kerana rasa tersisih dan rasa semakin lemah maka PAS pun wujudkan gabungan.

Yang berjalan terkial-kial.

Silap. Sepatutnya PAS terus hidup bersendirian selama-lama nya kerana sebagai Ketua PIGS PAS gagal berfungsi.

Tanpa Nama berkata...

Jgn risau pas tak mampu duda lama lama terutama pas di pantai barat mereka tahu nak menang kena undi semua bangsa
Sampai masa berkahwin la pas , cuma ambe rasa dgn UMNO lagi secucuk pasal mereka sgt sombong dan sekufuf
Lagi pun siapa yg ada dlm saf pas semua yg tinggal berapa kerap je bertaraf parlimen yg lain cuma peringkat jkkk

Tanpa Nama berkata...

Hoiii pak chu bedoh. Biasanye parti lama akan mampus. Parti baru akan amik alih. Mcm manusia. Yg tua akan mati. Yg muda akan ganti. Logik mudah maa. Firaun pon tumbang. Pis akan rebah di kelantan. Sbb membalak bsama olamak. Siapa olamak? Mad yakob hadi awe nik amar nik beduh tontowi germany nasrudin meranti moktar senik azli taliban sidek noor??? Poorahhh. Kikikiki

Tanpa Nama berkata...

Hidup lama pun tak berguna kalau di hujung nyawa terpalit dengan berbagai-bagai perkara tak baik. RM 90 Juta, Membalak dengan seratus-rakusnya, buat perumpamaan bodoh samakan BERSIH dengan arab spring, dah fitnah tapi saman tak nak bayar, minta RM 20 ribu tapi yang dapat pinggan mangkuk..lepas ini tenguk pulak macamana pembentangan hudud.

Bukit tak runtuh tapi bukit jadi gondol !


Tanpa Nama berkata...

PAS??? biarlah dia terjun dgn labu2nya... Usah dirayu..usah dipujuk... nanti mkn diri
memang dulu PAS satu parti yg dihormati tp tidak kini..
kita perlukan parti yg berjuang dgn telus.... nampak gaya PAS dah tiada tu semua
lisan & tidakan tidak pernah seiring skrg ini.. abaikan saja PAS

Malaysiabaru berkata...

Tantawi akan pecat reformis terakhir pas iaitu tuan itik tuan mangkuk titm

Seterusnya jadi timb prsdeng. Kemudian di halau hadi jadi murshitdoll.
Lepastu Nik abudoh jadi timb tanyawi dan control pas 30 tahun lagi bersekutukan umngok

Nak pujuk ka? Gila kau tun..

Dgr nasihat husam tu... Kukuhkan amanah dan pribumi!!!!

Tanpa Nama berkata...

ikut kira2nya buat masa sekarang pas perlukn ph dn bgitu jg sbaliknya. jika jumlh
penyokong gabungn amanah dn ppbm bolh melebihi pas ada kmngkinan ph bolh menang prtndingn 3 pnjuru.apa kira pn amanah dn ppbm prlu krja kuat untk mndaptkn penyokong 2juta lbih. option trbuka kpd pas apa mrka suka. jika mrka inginkn kemenangan mrka bolh join ph jka tidk trpksalh dibiarkn mrka brsndirian.pas prlu memahami ini bukn msaalh siapa kuat ttpi msaalh kira2 yg mmrlukn ksatuan.cuba pas fikrkn kira2 apa nk dgunakn untk menang kcuali d klntn dn trngganu jika brsndirian.

Tanpa Nama berkata...

Kerana dah lama hidup dan kerana memilih Mursyidul sebab umurnya maka PAS jadi parti orang tua nyanyok. Masa bila pula DAP mungkir janji? Isu yang jadi perbalahan ketika itu bukankah PAS beriya-iya nak buat hudud dengan mendapat sokongan UMNO Kelantan ? Sekarang mana hudud? Hudud mana ?

Baru dua tiga hari jadi Mursyidul ... Dah buat autakareh.

Nak tenguk apa jadi bila se orang Mursyidul selalu berbohong dan putar belit.

Baik Mursyidul .. Baik Presiden, dua-dua senyap bila MCA tolak dan tidak benarkan Hj Hadi buat pembentangan hudud. Yang buat kenyataan marah kan MCA ialah cai biasa je.

Bila bangkit lawan 2 penjuru, tahu pulak dua-dua jawab termasuk lah Abduh.

Tanpa Nama berkata...

Membaham balak bersama ularmak.duit balak di tanah org asli halal,menganiaya org asli tidak mengapa sebab orang asli kapir.org yg menentang isu balak adalah org yg menentang pimpinan ulamak.yg menentang pimpinan ulamak termasuk dlm kaum kafir harbi..zalim pada org islam (gst,1mdb,seleweng tabung haji,duit zakat) di depan mata dilupakan/'dihalalkan' kerana itu dianggap mainan politik.yang penting amanat wala'unta tuang presideng,ruu 355 itu hudud kena paksa semua ahli parlimen dan adun sokong ruu 355.terapkan budaya kafir mengkafir dikalangan jemaah & rakyat jelata supaya ruu355 dilaksanakan.'menyalahgunakan' ilmu agama yg ada utk mengkafirharbikan segenap manusia dan org islam yg lain adalah matlamat PIS sekarang.berbeza dgn ajaran yg diajar oleh rasulullah.ruu355 masih dianggap hudud walaupun ia bukannya hudud.kegilaan ape yg berjangkit pada tubuh bdn ularmak pis,menghina mnecerca umat manusia lain jika menolak ruu355(hudud ala pis) tanpa berbincang.jahanam...

Tanpa Nama berkata...

pemikiran pak cu dah tak bolih memikirkan mana yang baik dan mana yang lebih baik.otaknya dah beku,jangan marah pakcu.terbukalah sikit pakcu.fikirlah kezaliman pemerintah yang ada .kesusahan rakyat.jangan fikir parti tu islam je.

Tanpa Nama berkata...

Jgn pedulikan pas...aku yakin pas akan hilang undi pru14...dah banyak pro-pas yg beralih pandangan ke Amanah.
ANAK KENYALANG

Lelakidicermin berkata...

Sebelum pru 14.. kalau tak salah aku.. pas akan ada pemilihan kepimpinan. Takkan TDM tak tahu cara nak buat masa pemilihan tu. Presiden PBS yang begitu gak satu masa dulu boleh tunduk..
Lagi satu aku harap kes 90 juta yg WJS war2 kan itu benar.. kalau benar dekat pru nanti sentiasa di dendangkan.. baru rakyat malaysia tahu pakai serban tp makan dedak..
Lagi satu pujuk PARTI IKATAN menyertai PH.. ia nya akan memberi kesan amat besar bila gabungan di pecahkan..TDM takkan tak boleh pujuk presiden parti IKATAN tu.. mamak dgn mamak.. takkan tak tahu.. hanya 3 cara itu pas boleh faham adap dan hormati apa itu gabungan dan bersatu.. tp aku rasa tiga2 perkara ni.. dah dlm otak TDM dah..jadi kita tak perlu risau..
Betul ke PERSATUAN ULAMAK2 DUNIA.. tgh , menyiasat tuang presiden.. sbb isu syiah yg tuang presiden keluarkan kenyataan...?

Lelakidicermin berkata...

Kapada pak cu..betul ke cara parti pas ini... dlm PH nak mencari kekuatan.. masa itu lah nak bentangkan akta 355.. kalau puak2 ada akal sikit.. carilah kekuatan dulu.. lepas nak ubah akta 355.. 366 .. 377.. 388..sampai akta 1000 ubah lah. Sebagai contoh.. kenduri tgh berjln.. masa tu lah nak cari kayu api.. nak ambik air di telaga. Itu cerdik ke ngok... ada akai ke...itu menunjukkan sikap parti islam pendek akainya..

Tanpa Nama berkata...

Tolong jawab yg 90juta dulu..baru kita bincang..dasar ulamak dedak..mana ada duit..situ kau singgah..haram jadah..

Tanpa Nama berkata...

Teruskan memujuk PAS.

Apabila ada berita tidak baik mengenai Najib hendak lah di susuli dengan kenyataan mengajak semua pembangkang bersatu untuk satu lawan satu.

Pujuk bukan mengharap PAS supaya berlawan satu sama satu.. Tapi pujuk demi pujuk supaya PAS mengumumkan dan mengesahkan yang PAS bersama-sama UMNO !

Tanpa Nama berkata...




Seronok..

Baca bab2 "melutut" sicakor siku lutot nih..hihi


Ini jenih2 ularmak bewok nih belajor kat kitab nabi yg mana satu yg hukum hakam Islam tu boleh dipinda2 ikut kepala dorang?


Boleh pulak hukum hakam itu diturun & diNAIK kan mcm palevuttoh dorang


Mana ada ajaran Islam yg nabi SAW tlh bawa itu yg suruh kita bayor denda saman DUIT @ harta klu buat salah!?


Hukum hakam kesalahan ddlm Islam yg tlh pun dirakam ddlm Quran adalah JELAS & TERANG dgn "berpuasa" ATAU sembelih "kibas" @ kambing bg makan org miskin..

Nota: mana ada bayor denda DUIT?


ATAU..

Dgn "kisas" iaitu klu mati/bunuh dibalas bunuh@ mati..@ klu cedera anggota WAJIB dibalas dgn cedera anggota yg setimpal dgn nya KECUALI diampun/maafkan oleh pihak yg teraniaya, dan itulah yg sebaik2nya..

Nota: mana ada bayor denda harta/DUIT??


DAN..

klu berzina @ mabuk @ curi ikutlah STANDARD yg tlh termaktub ddlm Quran hadis dan bukan nya LAHAP nak saman DUIT dan boleh pulok pinda2 sbb nak amik DUIT..

Nota: mana dtg nya bayor denda pinda2 soal DUIT???




Semak betul2 dgn dlm2..

Sama2 kita betul2 rujuk Quran & Hadis..
Hukum SYARIAH @ Ruu @ apa jadah skalipun namanya tu, yg kenakan denda/saman bayaran DUIT itu smua dtg nya drp ajaran "nabi" yg mana????



Apb kesalahan itu didenda dgn DUIT/harta, itu dgn terang2 tlh pun meniru gaya undang2 ciptaan dan rekaan Yahudi kafir harbi ciptaan manusia...yg jls syirik sesat & MURTAD!...klu begini tak rosak jahannam lg ke AKIDAH!?????


"Laa Ajriya ILLA Min Indil LLAH.." = Tiada Aku(nabi2) minta harta/DUIT/upah ddlm(seruan suci ini) selain hanyalah dari sisi(HAQ/ketetapan) ALLAH semata2!

Nota: nabi2 takde buat ikut akal nafsu FITNAH suka2 dan pinda2!



Boleh ker ulormak bewok cakor siku lutot nih sedor insaf dan faham gamoknyer yer?

Sbbnya demer nih kebulor sgt dedak/DUIT tue..huhuhu

Sbb tu ler sorang drp org kuat demer mintak kebumi kat California iaitu bumi Yahudi LGBT kafir harbi tue, tak ker gitu!?



Nota:
Skrg klu nak NIKAH pun kena bayor...ini ajaran sesat murtad dari "nabi" yg mana??
Bukankah Islam itu MUDAH = LAPANG = Lg MUDAH dan lg MELAPANGKAN!


MUDAH dan MELAPANGKAN itu adalah symbol memberi KASEH SAYANG yg mnjd pasak dan paksi ddlm misi "Rahmatan lil Alaamiin"..


Perlukah lg nak melutut kpd ularmok bewok dan geng2 PIGS yg menyalak BABI ddlm bukit t.hari!?...AKIDAH sape yg dah rosak weh!







Tanpa Nama berkata...

Betul dah tu. Kita pujuk selagi boleh pujuk dengan suatu kompromi untuk objektif dan kemaslahatan pemerintahan yang boleh diterima bersama. Tetapi tidak ada gunanya kalau gabungan parti-parti pembangkang hanya berpakat untuk menumbangkan kerajaan yang sedia ada sahaja. Lepas dapat perintah negara bercakaran sama sendiri. Hilang habis semuanya nawaitu nak perintah negara dan mensejahterakan rakyat. Takutnya wal asal balik asal boleh jadi lebih parah.

Kalau mengajak untuk bergabung dengan persefahaman yang longgar dan setelah menang bertengkar sama sendiri, mana dia janji nak mensejahterakan rakyat?

Akhirnya rakyat melihat seperti hari ini, politik ini hanya untuk membuncitkan perut orang yang bergelumang di dalamnya....

Tanpa Nama berkata...

pakcu dah tertinggal bas kot. GB hanya memulangkan buah keras dari Pas semula. itu pun masih bernada lembut lagi. kalau belah sana. cakap deras sampai mcm langit nak runtuh. speaker nak pecah. kalau pakcu membaca blog ni lagi. Ingatlah pakcu. pemimpin2 pas semua senang2 belaka kini. hidup mewah. berjalan ke sana kemari. masa zaman almarhum Tok guru Nik Aziz dulu. semua tak berani nak tunjuk mewah. takut benar dgn tok guru. sebab tok guru hidup cara zuhud. tak bagi pemimpin2 bermewah-mewah. kini apa yg berlaku sebaliknya. tok guru takde. semua pemimpin macam banduan terlepas. cakap mulut pun semua main lepas. mana zuhudnya. mana istiqamahnya. mana tawadhuknya. mana akhlaknya. mana akidahnya. lebih2 bila ustaz2 muda cari makan. di maki hamun dan berfatwalah ia, pengkhianat, halal darah, terpesong akidah, mcm2 disebut demi nak memburukkan pihak yg mereka tidak suka.

tgk kelantan tu habis gondol sana sini. siapa punya kerja pakcu. umno kaa.. apa Islam tak ajar ke bagaimana nak jaga bumi. kerajaan hanya pemegang amanah je. Islam ajar ke rosakkan hutan sampai org asli terjejas. tanah adat mereka dicerobohi. air sungai kotor dan keruh. banjir kilat dan debu. dah tu pulak hasil sepatutnya banyak tapi dinilai sedikit. bukankah ini satu penipuan dan penyelewengan. mcm2 lagi la. apa pun kita tunggu saja pengakhirannya.

siapa yg menipu. atas dunia ni kalau pandai menipu. memang boleh lepas. sebab itulah semakin ramai org menceburi kerjaya sebagai penipu. tgk saja seorg motivator penipu PHD tu. ramai juga penyokongnya. yg dah kena tipu siap ada ijazah dan ada konvo lagi. seronok betul mereka ditipu hidup2. tapi masih tidak sedar2. mungkin nilai duit buat mereka tiada apa2. janji dapat merasa hebat dgn dapat bergraduasi ala2 siswazah sebenar. itu belum masuk skim tipu dan perawat penipu. adakah semuanya akan berjaya dibanteras oleh undang2. tidak kan. begitulah ahli2 pas yg sudah ditipu dgn momokkan agama. no ahli ke syurga la. derma tabung utk saham akhirat la. tapi para pemimpin senang lenang je. boleh beli kereta besar. berjalan sini sana. semuanya modal air liur saja. pandai bercakap. mudahlah dokrin2 mereka menusuk kedalam minda2 ahli. akhirnya ahli jadi dungu dan hanya percaya cakap pemimpin mereka saja. selain dari tu. pada mereka itu semua tipu dan fitnah belaka. sama tak dgn penyokong2 DR PHD tipu tu. dokrin2nya mampu membodohkan akal hingga tidak dapat beza baik dan buruk. adakah menipu org dgn niat baik itu halal hukumnya. adakah mencuri dgn niat baik itu halal hukumnya. kalau halal ramailah org jadi robin hood. ramailah ustaz2 jadian dan lebai2 jadian dan DR jadian. tapi memang dah ramai pun sekarang ni. sebab org kita memang mudah ditipu, suka ditipu dan sanggup membiarkan diri mereka ditipu.

Tanpa Nama berkata...

Aku xfaham la ph ni...knp perlu pujuk pas?kita dah tahu perangai pas.lagi nak pujuk kee...nt masuk balik, khianat sesama rakan ph...xserik lagi kah...igtla nasihat nik aziz.jgn kena patuk 2 kali wahai ph...

Adie berkata...

Pakcu... Ckap ajelah nk join umno senang... Jgn hipokrit. Pakcu nk BN menang lg yer PRU14...

Tanpa Nama berkata...

Itu sebab nya PAS di pujuk berkali-kali.. Pujuk demi pujuk.. Tapi bukan sampai melutut.. Pujuk sampai PAS mengalah dan mengumumkan secara resmi yang PAS bergabung dengan UMNO.. Hihihi..

Din berkata...

Biarkan lah parti pembohong bersiri ni terjun dgn labu2nya. Presideng Paspispus tiada agenda nasional utk memertabat negara ke arah negara maju dn syumul dlm memmertabatkan ugama islam sebagai addin utk semua. Tidak pernah dengar dr mulut beliau tentang hala tuju negara,tentang ekonomi negara, tentang pendidikan, tentang kesihatan...apa entah yg dia rasa hebat dgn Ruu tu pun entah...dunia dia dlm sarban dia..setiap kata2nya busuk, asyik nk bergaduh dgn org..di doakan semuga pas kalah semua kerusi di Selangor...

Unknown berkata...

Sapa kenal ust hashim jasin..mursyidul am yg baru..bekas adun sanglang, ketua pembangkang dun perlis berpenggal2 lamanya..jawab..hmm..

Pemuda parit kings berkata...

Buat Pokcu yg tersayang...

Pertama nya..... haha haha haha haha haha haha hhaha..

Keduanya....sebaik2nya pokcu selidik dulu sebelum berkata...pokcu nk buat lawak ka?

Sedih benar bila baca ulasan pokcu bercampur Lucu...
Baik pokcu ambil tahu isu2 Dari dulu hinggalah sekarang...harap pokcu tak tersalah langkah...

Maaf yea pokcu...mungkin dedak dah penuh dalam mulut..

Pemuda Pinang Sebatang berkata...

kenapa ya AF Global?Anda kenal dia dgn baik?Kita hargai usaha dia dahulu begitu lama bawah kepimpinan ATGNA&AUFN..tp kini nadanya sangat berbeza dgn nadanya dahulu..mungkin sebab tahaluf dgn PIGS kot..polisi PMDS mmg camtu ye..