2 Jun 2016

[VIDEO] Pakatan Harapan Bertaut Semula Untuk Hadapi PRK

Pakatan Harapan pertama kali sertai pilihan raya

Buat pertama kalinya, Pakatan Harapan meletakkan calonnya secara rasmi untuk bertanding dalam pilihan raya selepas ia ditubuhkan beberapa bulan lalu selepas hancurnya Pakatan Rakyat, kata ketua sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifudin Abdullah.

Ketika berucap di majlis pengenalan calon mereka malam tadi, pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar menjadi pilihan raya pertama Pakatan Harapan yang dianggotai oleh Amanah, PKR dan DAP meletakkan calon rasmi mereka.


"Ini adalah calon Pakatan Harapan yang diwakili oleh Amanah," kata Saifudin ketika berucap memperkenalkan Azhar Ab Shukur di Dewan Sri Bernam, Sungai Besar malam tadi.

Selepas ditubuhkan, Amanah, DAP dan PKR menyertai pilihan raya negeri Sarawak namun ia atas nama parti masing-masing bukan atas nama Pakatan Harapan.

Ada antara calon-calon mereka bertembung antara satu sama lain misalnya antara PKR dengan DAP.

Istilah calon Pakatan Harapan digunakan oleh kesemua pemimpin yang berucap. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail memulakan istilah itu dan dengan tegas berkata "Ini adalah calon Pakatan Harapan.".

Baju rasmi Pakatan Harapan yang mempunyai tiga jalur, oren, biru PKR dan merah DAP mula dipakai buat pertama kalinya dalam majlis malam tadi oleh sebahagian pemimpin yang hadir.

Ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang yang turut berucap berkata, ini adalah calon Pakatan Harapan yang diwakili oleh Amanah.

Azhar diperkenalkan oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam majlis yang penuh sesak dengan para penyokong ketiga-tiga parti Pakatan Harapan malam tadi.

Ia juga diikuti secara langsung oleh lebih 1500 penonton video melalui Facebook Amanah di samping ribuan lagi yang mendengarnya melalui radio internet, DPedas.fm.

"Suasana ini mengulangi ketika Pakatan Rakyat diperkenalkan buat pertama kalinya dahulu. Suasana itu kini kita dapat kembali," kata Mohamad yang berucap memperkenalkan calon itu.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke yang turut berucap memberikan jaminan, pemimpin DAP akan berada setiap hari dalam kawasan pilihan raya kecil yang mempunyai 33% pengundi Cina ini bagi memastikan kemenangan Pakatan Harapan.

Turut berucap adalah Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dan naib presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof.

Dengan pengumuman ini, pertandingan tiga penjuru akan berlaku di Sungai Besar iaitu Pakatan Harapan melawan calon Barisan Nasional yang diwakili Budiman Radhi dan calon Pas Dr Rani Othman.

Malam ini, Pakatan Harapan akan memperkenalkan calon mereka di Kuala Kangsar pula.

Kedua-dua pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian ahli parlimen mereka dalam kemalangan helikopter ketika berkempen dalam pilihan raya negeri Sarawak.

Penamaan calon akan diadakan 5 Jun ini manakala pilihan raya akan diadakan pada 18 Jun ketika umat Islam sedang berpuasa. -MD


ULASAN GB

Sebelum ini Pakatan Harapan teruji di Sarawak. Berpecah. Sehingga komponen bertemu sesama sendiri.

Yang buat huru-hara PH di PRN Sarawak pun "tak diiznkan" Allah untuk berada di majlis perisytiharan calon PH semalam. Itu kerja Allah, jangan tanya lebih-lebih.

Namun dua PRK kali ini - Sungai Besar dan Kuala Kangsar mempertautkan semula kesemua parti komponen PH untuk berada di dalam satu pasukan bagi menghadapi Barisan Nasional dan Blok PASIK.

Pakatan Harapan - pilihan TERBAIK untuk rakyat! Yakinlah.


IKLAN BERBAYAR


14 ulasan:

Unknown berkata...

Well done! Semangat Pakatan Harapan.
GB, minta tolong..inform kepada Media AMANAH. Next time, Shooting video biar stabil dan jelas.

Unknown berkata...

Terbaekkkk....kota raja no problem 1undi pasti utk calon PH...bye bye PAS.....x sabar pru 14...
Shah alam peace yoo

Tanpa Nama berkata...

'80 peratus ahli PAS Johor lari masuk AMANAH'
Diterbitkan pada 02 June 2016 18:12 124 tontonan
Perwakilan Johor, Shamsudin Jaafar sedih apabila beliau mendedahkan hampir 80 peratus meninggalkan PAS dan lari masuk Parti Amanah Negara, AMANAH.

rujuk sumber;
http://www.kinitv.com/video/34479O74

Tanpa Nama berkata...

Syukur tolonglah bangkitkan semula kepercayaan rakyat. Jgn berpecah lg

Pemuda parit kings berkata...

Ya Allah...berkatilah perjuangan kami ya Allah...jadikan setiap calon dlm PH in...insan yg bisa berbakti utk rakyat semua Tampa mengira agama...bangsa...mahu pun darjat...semoga Allah memberkati perjuangan kami dlm PH...dimana kesatuan PH membuat hati tersentuh...moga amanah Dan nama PH khasnya dpt membuktikan keyakinan yg tunggu buat rakyat semua...insyaAllah jika dgn niat yg tulus ikhlas...berjaya dgn jayanya...ameeennnn...

Pemuda parit kings berkata...

Buat GB...


Saya ingin syorkan kpd PH agar buat kerjasama selalu dgn agenda2 rakyat...turun bersama dgn nama PH...beri bantuan utk rakyat yg memerlukan...dgn nama PH...Bukan nama parti...insyaAllah rakyat akan jelas...

Malaysiabaru berkata...

Azming sudahlah

Bubarlah kartel haram kamu dlm pkr

Terimalah hakikat pas mahu bersendirian dan hidup mewah bersama umno

Pakatan harapan kena start from scratch

Pas dah biasa kawin 3/4 kali dan bini sampai 5 pun ada amalan sesat pas nib

MIN CUKUP MIN sebelum aku tibai ko senasib tan Sri gagap !!!

Berilah sokongan padu kpd AMANAH

Tanpa Nama berkata...

Azmin apa kabar? Hehehe masih berunding ke?

Saiful berkata...

Cayalah ..tiada ygmustahil..

Tanpa Nama berkata...

Betul tu...perbanyakkan agenda bersama atas nama Pakatan Harapan dan bukan parti sendiri...Amanah perlu ke depan menonjolkan jiwa islam yg syumul dan menjuarai isu rakyat lebih drp pas, Dap jgn kerap sgt menyanggah isu berkenaan melayu dan islam, hati2 dgn isu2 sensitif spt itu, pkr pereratkan jalinan muhibbah antara semua kaum dlm negara...in shaa Allah jika masing2 memainkan peranan yg jitu tak mustahil Pakatan Harapan akan menggantikan BN di Putrajaya...rakyat sedang dahaga utk melihat satu gabungan yg padu yg mampu meyakinkan rakyat...

dt rahman pekan berkata...

selain drpd sesi ceramah, saya cadangkan urustia menyediakan 'fact sheet' terutama nya mengenai 1MDB. ia nya harus rengkas/jelas dan dalam semua bahasa.

Insya'allah jika pengundi mengetahui 'jenayah kolar putih' yg telah berlaku maka mereka akan lebih bijak memilih wakil rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Hanya perpaduan yang mampu tewaskan UMNO BN.

Bersatu mesti lah padu.

Pakatan Harapan tidak ada bendera sendiri, oleh itu ada baiknya semua pemimpin pakatan memakai baju yang sama tiga jalur, oren, biru dan merah yang satu corak. Bukan seperti baju sebelum ini, yang hanya menampal logo parti di dada.


Dan jangan buat kek berlogo parti kemudian di potong dengan keris atau pisau. Itu petanda sial dan membawa keburukan. Cukup kek tersebut berwarna oren biru dan merah.


Tanpa Nama berkata...

Terbaik n apa khabar azming...msh berunding lg ke...n cartel2 azming camne nk buat plan B ke...hu2

Pemuda parit kings berkata...

Terbaik!!!!