23 Mei 2016

AMANAH Tetap Pendirian Bertanding Di PRK Sungai Besar

Amanah wakili PH sebelum ada keputusan baru, tegas Ir Izham Hashim

Selagi tiada perbincangan semula berkaitan pengagihan kerusi secara menyeluruh antara komponen parti dalam Pakatan Harapan, Amanah layak meletakkan calon di semua kerusi yang ditandingi Pas sebelum ini.

Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim berkata, antara tujuan penubuhan Amanah pada 16 September tahun lalu adalah untuk mengambil alih tempat Pas dalam Pakatan Harapan.

"Segala pendekatan lain akan dilihat sebagai membuli Amanah dan menjadikan Pakatan Harapan bahan ketawa orang. Kita bukan nak lawan Pas.


"Musuh utama Pakatan Harapan ialah BN tetapi oleh sebab Pas tiada dalam Pakatan Harapan maka kita tidak dapat mengawal tindakan mereka," tegasnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya keutuhan Pakatan Harapan diutamakan terlebih dahulu tanpa gerak kerja gabungan itu terjejas jika Pas turut bertanding.

Menurut Izham, Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar perlu menjadi bukti bagi meyakinkan rakyat bahawa Pakatan Harapan berupaya mengambil alih kerajaan Persekutuan dari BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Mengulas lanjut, ujarnya, tujuan penyertaan Pakatan Harapan dalam PRK ini adalah untuk menghantar mesej kepada rakyat bahawa gabungan pembangkang itu bersedia menggantikan BN sebagai kerajaan.

"Kita juga ingin melihat trend sokongan yang jelas kepada Pakatan Harapan walaupun terpaksa berdepan pertandingan lebih dua penjuru supaya dapat dibuat persiapan menjelang pilihan raya umum ini.

"Jika kita masuk PRK ini dalam keadaan Pakatan Harapan kelihatan seperti hidup segan mati pun mahu dan Pas terus dimanjai walaupun semua tahu mereka punca perpecahan Pakatan Rakyat, maka ucap selamat tinggal sajalah kepada Putrajaya," tegasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, PKR telah berunding dengan Pas sebelum ini walaupun parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak termasuk dalam komponen Pakatan Harapan.

PKR melalui Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui rundingan berhubung pembahagian calon bertanding bagi PRK serentak itu melibatkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Pengarah Pilihan Raya, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Politik Hadi, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.

Walau bagaimanapun, keputusan muktamad berhubung calon bertanding hanya akan diketahui selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan esok (hari ini). -MD

ULASAN GB

Kita sokong 100%.

Walaupun ada ura-ura PKR juga akan meletakkan calonnya hasil dari pemainan licik geng Azmin, namun kita yakin rakyat akan menghukum PKR lantaran pengkhianatannya terhadap Pakatan Harapan.

PAS? Itu hal mereka. Dia bukan dalam Pakatan Harapan. Dia blok ketiga.

AMANAH kini mendapat sokongan padu dari rakyat berbilang kaum di Selangor khususnya di Sungai Besar.

Buktinya:

Mesra Bersama Pemimpin Di Sekinchan




Majlis Makan Malam Parti Amanah Negara Negeri Selangor di Worldwide Business Centre, Seksyen 13 Shah Alam.




IKLAN BERBAYAR


21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan GB, apa yang tuan maksudkan dengan pengkhianatan Azmin? Azmin tidak pernah khianat kepada PH. Azmin dari awal dengan jelas ingin bermain dengan PH dan PAS/Blok ke3. Apakah Azmin mendapat mandat dari Majlis Presiden PH? Wallahuaklam, tuan GB lebih tahu dari saya. Tetapi apa yang dapat di lihat, Azmin dengan berani berbincang dan mmbuat keputusan sendiri dengan PAS/Blok Ke3. Di mana Majlis Presiden PH (kalau ada dan berfungsi)? Tidak pernah Presiden PKR sendiri menegur anak buahnya. Tidak pernah Majlis Presiden mengeluar kenyataan untuk menyatakan pendirian dalam soal perbincangan dan keputusan Azmin dengan PAS. So?

Untuk sebuah organisasi politik, samada bersendirian atau berkumpulan, harus berani untuk menyatakan pendirian. Apatah lagi barisan pembangkang yang tidak punya apa-apa selain dari memberikan sebuah harapan baru kepada publik bahawa mereka adalah lebih baik berbanding dengan parti pemerintah dari segi konsep dan integriti. Kalau konsep tidak jelas, integriti pulak dilihat sebagai cakap2 kosong.....entahlah. Kalau kita minta rakyat menilai kerajaan yang sedia ada, pasti juga mereka menilai apa yang ada dalam barisan pembangkang... Kalau selama ini kita selalu melaungkan bahawa rakyat tidak bodoh, maka dengan penilaian mereka, mereka masih memilih yang sedia ada, apakah mereka kita akan cop bodoh, semata-mata kerana mereka tidak memihak kepada kita? Padahal kita tidak berupaya memberikan sebuah gagasan yang cerdik kepada mereka. Wallahuaklam.

Tanpa Nama berkata...

Sokong
Jangan biar pas dan unmo menang

Tanpa Nama berkata...

Tak ada video ker ????

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan memberikan peluang kepada Amanah menjadi wakil PH di kedua-dua kerusi tersebut. Hatta tuntutan Amanah untuk semua kerusi yang ditandingi Pas juga ada benarnya dan layak diberikan.

Persoalan tindakan Azmin memang menibulkan keraguan dan curiga kepada penyokong PH. Atas kapasiti apakah Azmin bertindak menjadi jurubincang? dan bagi pihak siapakah beliau wakili?

Rata-rata sudah jelas, tidak lagi perlu berbincang dengan Pas, dengan sikap keras kepala dan berasakan mereka kuat. Maka pendirian Pas dapat dilihat sebagai teguh walaupun sebenarnya mereka juga kecut perut untuk memperjudikan sokongan yang dikatakan melimpah kepada Pas sekarang.

Yang perlu difokuskan iaah kepada kesepakatan PH dalam memberikan ruang dan peluang kepada Amanah. Dalam Hal ini Dap sekali lagi berjaya menunjukkan komitmen dan kebijakan politik mereka dalam pakatan. Mereka secara jelas telah meberikan peluang dan menyokong Amanah untuk mewakili PH.

Sebaliknya PKR masih berdiam diri dan seakan-akan merestui perundingan yang Azmin lakukan. Atau adakah PKR ingin meletakkan calon mereka di SB.

Majlis Presiden dan sekretariat PH perlu lebih berperanan dalam memastikan kesepakatan dalam membuat keputusan.

Tanpa Nama berkata...

Ada 1Cerita dari Pulau Kerengga.

Pada suatu masa tak berapa lama dahulu kala, ada seorang ulamak namanya Haji Maki Al Fitenah melancong ke Damsyik ingin memcari bakal isteri ketiga dibuat baka.

Setibanya disana, Al Fitenah yang terlalu buncit jatuh pengsan sehinggakan hampir putus nyawa.
Kepalanya yang berserban mengecut tiba2 kerana kehilangan air.
Otak pun dah rosak terlalu lama tanpa angin.
Hatinya yang hitam hanya menunggu detik menjadi busuk.

Sebelum hamper menemui ajal , berita kegembiraan sampailah ke pengetahuan seorang Raja namanya Bugis Al Rasulwah.
Sepantas kilat baginda bertitah kepada duta2 Arab segera menghadap perintah mencemar duli Raja Mesir Sisi Al Zalimi iaitu sahabat sejiwa sehati baginda supaya dipinjamkan Pawang Diraja terhandal iaitu Brahim Al Kelapa.

Sebagai dermawang, Raja Al Rasulwah akan menghantar sebuah Bas Udara Diraja dengan 26 pikul emas supaya Al Fitenah di mammifikasikan taat barang perintah.

Sekembalinya dari tanah minyak, Haji Maki Al Fitenah teramat berhutang kepada baginda Raja Al Rasulwah kerana dikurniakan otak besar dari kepala lembu dan hati putih bagai kulit babi.

Justeru untuk memenangi peperangan, makhluk yang telah menyerapi ulamak Haji Maki Al Fitenah harus dijadikan agenda sasaran utama lebih daripada Raja Bugis Al Rasulwah.
Wallahuaklam.

Pemuda parit kings berkata...

Berani mengatakan pendirian...PH memang jelas...yg membuat tak jelas adalah individu yg berkepentingan...semua sudah tahu akan tujuan PH...jgn kerana nila setitik...rosak semuanya...ramai pandangan suruh menolak azmin...boleh ka?apapun BG saya simpan sampai PRU akan datang...hukum yg bermasalah...naikkan pemimpin yg menjaga kebajikan rakyat...mudah shj...sembang panjang pun mcm tu jugak...apakah usaha kita sebagai rakyat utk naikkan PH???hahaha...rencah lama lagi baik...tapi dgn adunan yg terkini...insyaAllah...rakyat akan tahu siapa yg betul2 benar...

Unknown berkata...

Salam


Amanah/PH QUALIFIED bertanding ka2 tempat .Jangan buang masa lagi.Biarkan Azmin/pkr jgn dilayan,sebenarnya jika kajian dibuat grass-root pkr akan pupus sikit demi sikit,kecuali Rafizi dan group2nya faham keadaan ini.

Sepatutnya bila pkr memerintah selangor,parti pkr bertambah tenaga,tapi hakikatnya parti ini mula mereput,disebabkan sebahagian ketua2 pemimpin pkr hanya mementingkan aku dan group aku sahaja.Apa nak jadi pada ahli2 setempat dan pkr seluruhnya semuanya dah tak dipedulikan.Bayangkan banyak tempat, signboard parti pun tak ada,ada yg ada dah mereput,takada saorang pun nak peduli.Bos kat atas syiok sendiri,menyangkakan ahli2 masih bersama mereka?kalau pkr kuat dgn grass-rootnya,kenapa azmin terhegeh-hegeh masih berkawan dgn pas.Jika Amanah bijak mengexploit keadaan ini,insyallah ramai grass-root,pkr/umno/pas dapat berpayung dgn satu payung yg besar,kukuh,dimana pemimpin 2 Amanah dapat membuktikan di zaman yg serba mencabar ini,masih ada lagi pemimpin2 yg BOLEH DIPERCAYAI DAN BOLEH DIBERI AMANAH.

sekian.

Unknown berkata...

Pertembungan beberapa penjuru akan memberikan kemenangan kpd BN,tetapi penting kpd pembangkang utk menjadi sebagai kayu pengukur bagi menghadapi PRU 14

nick berkata...

Kenapa masih ada lagi cerita tentang perundingan dengan PAS? Bukankah satu fakta bahawa PAS bukan sekutu PH malah PAS menubuhkan blok ketiga dengan tujuan untuk menggerunkan PH dan tidak mahu berlawan dengan UMNO dan BN? PAS hanya ingin mengejar jawatan serta kedudukan sahaja dan hanya dengan bersekongkol dengan UMNO, cita2 dan niat itu akan termakbul. PAS sudah berterus terang tentang niat mereka untuk menjadi parti politik oportunis, jadi apa keperluannya untuk berunding dengan PAS lagi?

Sudah sampai masanya PH membetulkan tujuan dan niat penubuhannya iaitu menjatuhkan UMNO dan BN dan menduduki Putrajaya. PH adalah kesatuan antara 3 parti politik iaitu PKR, DAP dan Amanah. PAS sudah tiada dalam sebarang kira2 dan sifir PH lagi. Maka, PH sudah sepatutnya berdiri teguh dan mempersembahkan kepada rakyat kesungguhan mereka untuk menjadi alternatif kepada BN yang ditunggangi UMNO. PH sepatutnya tidak lagi sibuk berunding dengan mana2 parti politik yang tidak sependapat dan suka bermusuhan dengan mereka. PH sepatutnya sudah menerima hakikat bahawa PRU14 yang akan datang merupakan pertandingan 3 atau lebih penjuru dan sudah memula membuat perancangan dan usaha2 untuk menghadapi pertandingan pelbagai penjuru dalam PRU itu, bukannya sibuk bernostalgia dan berangan2 tentang keikhlasan dan kealiman Pak2 lebai yang sudah terkenal dengan ego, sombong dan takbur.

PH ibaratnya seperti keretapi ekspres yang tidak akan berhenti selagi ia belum sampai ke destinasinya. Sesiapa yang ingin menaiki keretapi itu mestilah naik dipermulaan perjalanan dan sesiapa yang tidak mahu naik atau ketinggalan, tidak akan dihiraukan mahupun dikasihani dan dipujuk. Sesiapa yang tidak mahu bersama dengan PH usah dipujuk apatahlagi dirasuah. PH adalah satu perjuangan untuk rakyat dan parti politik yang tidak megutamakan kepentingan rakyat tidak boleh ada bersama dengan PH. End of story and end of any compromises and discussion!

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...

... tendang Azmin dan kartelnya keluar dari PKR. Tukar Presiden dan Naib Presiden (anak-beranak). Ada lagi yg layak untuk pimpin PKR. Sepatah haram teguran pun tak keluar dari mulut Presiden PKR bila Azmin gi kowtim ngan PAS. Azmin membuktikan kata hadi awang.. Wan Azizah tak layak jadi pemimpin!!! Azmin dah buktikan!!! Kalau PRK ni pun tunggang-langgang pilih wakil... pergi mampus la PH... (tlg la jgn musnahkan harapan rakyat). Azmin Hadi Azizah.. kalau nak mampus.. lsntak korang la. Jgn libatkan rakyat!!!

Tanpa Nama berkata...

Setuju sgt2...Amanah adalah pengganti kpd pas dlm PH, secara prinsipnya kedua dua kerusi tersebut perlu diberikan ruang kpd Amanah utk bertanding.
Isu pas tidak berbangkit dlm soal ini, dia bukan anggota PH.
Prk ini juga menguji keikhlasan setiap komponen gabungan dlm PH pada masa ini dan seterusnya pada PRU akan dtg.
Tindakan Azmin ingin letakkan calon pkr di sg besar sudah mula menampakkan caranya yg besar kepala dan memperlekehkan serta tidak percaya akan keupayaan Amanah.

Tanpa Nama berkata...

Agree

GEBU berkata...

Tindakan Azmin adalah tindakan yg bodoh sebagai Timbalan Presiden PKR. Sepatutnya dia berbincang dg Pakatan Harapan bukan dg PAS yg tidak ada kaitan dg Pakatan Harapan....kenapa Azmin tak berbincang dg UMNO/BN terus supaya mereka tak payah letak calun?

Mat Safian berkata...

Semua org sudah al maklum dgn kartel Azmin. Memang fokus mereka adalah merosakkan PH dari dalam sebagaimana PAS merosakkan PR dahulu. Nak kutuk Presiden PKR sbb tak tegas pun tak blh jugak, kita tak tahu realiti sebenar situasi dlm PKR. Tapi Nurul Izzah nampaknya dah mula tinggikan suara dlm ceramah2nya menyindir kartel Azmin yg anggap DSAI tak layak jd PM.

Sbg PH yg masih utuh, sebaiknya pimpinan AMANAH dan DAP yg sedar permasalahan dalaman PKR ini perlu beri kekuatan kpd kumpulan pimpinan pro-Anwar dlm PKR. Masuk campur urusan parti mereka, bila buat ceramah jgn lagi jemput pimpinan dari kartel Azmin. Mulakan dgn ceramah perdana utk jauhkan kartel Azmin dari penyokong PH.

Pimpinan AMANAH dan DAP juga perlu larang pimpinan parti mereka dr berceramah bersama kartel Azmin. Kita masih ada masa utk perbetulkannya dan jangan leka dgn Deklarasi Rakyat. Tandatangan dah 1 juta lebih, jd kurangkan program bersama Tun M.

Tanpa Nama berkata...

Nasihat aku kepada PAS kalau setakat nak jadi penasihat sajer tak payahlah bertanding, buat pecah belah undi jer nanti

Tanpa Nama berkata...

Jom pakat ukur baju kat 2 PRK tu nanti, hok mano x cukup inci minta khidmat latipoh koyak jahitkan!!!

iswara berkata...

ABCD,Asal Bukan Cap Dacing.
Pangkah siapa shj yg pasti undi utk umno tidak berpecah,undi utk pembangkang sdh pasti pecah 2.
3 penjuru tidak mungkin dpt dielakkan sbb egois,besar diri,aku lebih layak ada dlm diri.
Cap dacing gembira sakan bila ada pertarungan 3 penjuru.
Wajib tolak cap dacing menang.
Sokong pembangkang hingga umno jadi pembangkang nasional.

iswara berkata...

Dalam keadaan jarang berlaku, orang Umno akan berkempen atas tiket Parti Amanah Negara (Amanah) khususnya pada dua pilihan raya kecil serentak Jun ini, kata Mohamad Sabu.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, ia merupakan trend dan gelombang politik terkini sedang berlaku ekoran penolakan ahli Umno terhadap presiden mereka yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan segala skandal yang berlaku.

Pertemuan dengan jentera di Kuala Kangsar
Pertemuan dengan jentera di Kuala Kangsar
"Bukan soal nama dia Najib. Yang masalahnya sebab dia jadi Perdana Menteri. Segala akibat daripada skandal yang lakukan telah menyusahkan rakyat.

"Tidak pelik pada pilihan raya kecil ini nanti orang Umno akan berkempen atas tiket Amanah. Inilah trend politik yang sedang berlaku di mana parti yang berbuat baik akan disokong, yang buat jahat akan ditentang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah perdana sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar di Taman Jasa di sini malam tadi.

Mengulas lanjut Mohamad berkata, itulah sebabnya wujud gerakan Deklarasi Rakyat yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendesak Najib meletak jawatan.

Mohamad berkata, gerakan ini biarpun dipelopori ahli, pemimpin dan bekas pemimpin Umno, namun kini boleh bekerjasama dengan pembangkang atas matlamat yang sama iaitu negara ini diselamatkan dengan Najib perlu dijatuhkan.
Umno setuju bantu Pan dlm Prk ini.
Pas kesaorangan lwn umno/Pan

Pemuda parit kings berkata...

Terbaik..moga amanah berjaya...ameen..

Kg Morten berkata...

Rasanya dah jemu dengan keadaan dgn PKR ni. Amanah MESTI buat keputusan tuntas bertanding di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Jangan nampak Amanah dibuli Azmin. Biar ada telur sikit; ajar Azmin dan PKR sikit. PAS persetankan apa dia nak buat.

Unknown berkata...

Garakan Azmin berjumpa hadi hanya untuk melihat apakah jawapan yg akan diberikan hadi kepada beliau...mungkin azmin sudah nampak yg mana pas seperti bersekongkol dgn umno bn ni...nah sekarang telah jelas pas lebih menyanyangi umno dari rakyat am nya....