22 Mei 2016

Siapa Lantik Azmin Wakili PH Berunding Dengan PAS?

Pilih Pas atau Pakatan Harapan, PKR perlu tegas elak rakyat muak

Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang terus mengundang kekalutan politik tanah air. Ungkapan lebih baik Pas mengembala lembu Umno daripada babi DAP walaupun dinafikan kemudiannya dilihat tetap mengundang persepsi buruk masyarakat bukan Melayu terhadap agama Islam itu sendiri.

Pada masa sama, ‘ribut di cawan kopi’ antara Hadi dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilihat hanya menjejaskan fokus Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, 18 Jun ini.


Terbaharu, apabila Azmin dengan nada sindiran bersimpati dengan Hadi kerana dianggap tidak tahu apa yang berlaku dalam parti diterajui Ahli Parlimen Marang itu sendiri.

Hadi pula sebelum ini menafikan adanya pertemuan Pas dengan Azmin walaupun Menteri Besar Selangor tersebut mendakwa sudah ada dua kali pertemuan dengan kepimpinan Pas.

Sikap Pas yang berdolak-dalih serta mengelirukan ini bukan satu gejala yang baharu. Situasi yang dianggap banyak pihak sebagai ‘u-turn’ atau ‘pusing roundabout tak henti’ inilah punca yang membawa kepada perpecahan Pas dengan kemuncaknya kematian Mursyidul Am parti itu, Tuan Guru Nik Aziz pada 12 Februari tahun lalu.

Kecenderungan Azmin yang dilihat masih menagih kasih Pas jika berlanjutan dibimbangi hanya akan merencat keyakinan majoriti rakyat daripada kelompok atas pagar dan tidak berparti terhadap Pakatan Harapan.

Tindakan terus melayan keegoan Pas dibimbangi boleh menimbulkan tanggapan umum bahawa pembangkang sedang berdepan masalah kritikal walhal Pakatan Harapan dan Pas melalui Blok Ketiga yang dibanggakannya adalah dua entiti berlainan.

Sudah tiba masa Azmin harus tegas memilih untuk terus memperkukuh Pakatan Harapan bukan lagi masih terus ‘memberi muka’ kepada Pas setelah memecahkan Pakatan Rakyat.

Meninggalkan Pas untuk parti itu hanyut bersama perangai bodoh sombong mereka itu lebih praktikal. Sebaliknya, melayan Pas yang tidak tentu hala tuju politik dengan kenyataan yang berubah-ubah hampir setiap hari tidak memberi faedah kepada masa depan Pakatan Harapan.

Slogan Pas kononnya ‘istiqamah hingga kemenangan’ dilihat hanya retorik kosong yang sama sekali tidak seiring dengan strategi bersatu hati dalam gabungan pembangkang sedia ada – Pakatan Harapan.

Selain BN, Pas pada masa ini hanya ancaman kepada Pakatan Harapan seperti telah terbukti pada musnahnya Pakatan Rakyat sebelum ini yang berpunca daripada pendirian politik lintang-pukang Pas.

Sikap PKR khususnya Azmin yang mungkin menganggap Pas penting hanya akan memporak-perandakan kerajaan negeri Selangor seterusnya Pakatan Harapan menjelang PRU14 ini.

Tanggapan sesetengah pimpinan PKR kononnya Pas diperlukan kerana kekuatan akar umbi sudah tidak relevan lagi pada masa ini memandangkan trend kepimpinan Pas yang lemah lagi melemahkan kemaraan gabungan pembangkang untuk menumbangkan rejim Umno-BN.

Sebaliknya, PKR harus membulatkan tekad menyokong dan bekerjasama dengan Amanah yang diterajui Mohamad Sabu kerana lebih relevan dengan mood perubahan rakyat.

Bahkan, dakwaan tentang kekuatan akar umbi Pas termasuk kuantiti dan kualiti jentera pilihan raya di segenap peringkat juga pada masa ini sebenarnya sudah berada dalam lipatan sejarah.

Ramai ahli Pas kini dipanggil ‘harum manis’ iaitu di luar nampak hijau – Pas tetapi pandangan politik cenderung kepada ‘oren’ – Amanah.

Mereka yang tidak senang dengan wajah Pas hari ini hanya menanti masa untuk berhijrah kepada Amanah dan langkah itu dijangka lebih cepat jika beberapa pemimpin Pas seperti Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar berbuat demikian terlebih dahulu.

Buktinya, bukan satu rahsia lagi, apabila banyak mesyuarat Pas di peringkat cawangan dan kawasan bermasalah lantaran tidak cukup ahli.

Sebahagian besar kekuatan itu bersama anggota yang rajin ‘buat kerja’ sudah berpindah kepada Amanah ditambah gandingan barisan pemimpinnya yang teguh tekad politik mereka jauh berbeza dengan Pas.

Hal ini dapat dilihat pada kepimpinan Pas yang berdepan krisis budaya politik keliru dan lagi mengaibkan sejak penyingkiran pemimpin yang profesional dan rasional pada muktamar Pas tahun lalu.

Hanya yang tinggal dalam Pas pada masa ini ulamak dalam bidang agama manakala ulamak dalam bidang lain pupus dan jika ada pun, peranan mereka sudah terpencil.

Lihat saja reaksi penyokong Pas pada status Facebook Naib Presiden parti itu, Datuk Iskandar Abdul Samad tentang perlunya seorang bapa mendapatkan pandangan anak-anak walaupun mempunyai kuasa ‘veto’. Rata-rata komentar mereka mengecam Iskandar kerana menganggap Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga bekas arkitek dan pensyarah itu menyindir Presiden Pas.

Lain pula halnnya dengan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria. Bekas pegawai kanan Kastam yang pernah dinasihatkan berhenti itu dalam status Facebook terbaharu meletakkan komentar, “Selamat berjuang khadam DAP” pada pautan berita internet bertajuk, “Da’i terkenal Rohingya dibunuh secara sadis di Yangon, Burma”.

Menyimpang jauh lari daripada agama Islam yang membawa rahmat sekalian alam, kenyataan Razman dilihat tidak lebih bernada hasutan apabila mengaitkan DAP dengan kezaliman dan penindasan ke atas umat Islam.

Justeru, PKR perlu segera kembali fokus kepada Amanah dan DAP yang merupakan rakan komponen Pakatan Harapan. Hentikan daripada melayan Pas jika tidak mahu melihat pengundi jemu atau keliru ketika hari semakin menghampiri Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). -Arif Atan/MD

ULASAN GB

Memang pelik perangai Azmin Ali ni.

Entah bila kala dan bila masa beliau dilantik menjadi wakil Pakatan Harapan (PH) untuk bernegosiasi dengan PAS kita pun tak tahu. Mungkin masuk bakuil kot, melantik diri sendiri!

Azmin sudah huru-harakan PH semasa PRN Sarawak yang baru lalu, sekarang dia mahu huru-harakan PRK pula.

Sungguh jahat peranan yang beliau mainkan ini.

Lansung tidak berpegang kepada Perjanjian Pakatan Harapan dengan membelakangkan parti komponen lain iaitu AMANAH dan DAP.

GB sudah menyatakan sebelum ini hasil dari pengkhianatan yang dilakukan oleh Azmin di Sarawak, PKR seluruhnya akan menimpa bencana.

Setelah mengkhianati DAP di Sarawak, kni beliau cuba mengkhianati AMANAH.

Azmin terlupa akan jasa-jasa AMANAH kepadanya kerana dengan sebab tindakan 2 orang ADUN AMANAHlah, Shaari Sungip dan Hasnul Baharuddin yang dicop dan difitnahkan sebagai "barua" dan "broker" oleh Presiden PAS yang telah menyebabkan beliau berjaya menjadi Menteri Besar Selangor. TETAPI kuasa Allah menetapkan kedua-dua YB ini akhirnya mendapat sokongan rakyat apabila tertubuhnya Parti Amanah Negara!

Malah seluruh kerajaan Selangor sepatutnya "berterima kasih" kepada kedua-dua ADUN Amanah itu kerana dengan tindakan merekalah kerajaan PR terselamat di Selangor. Jika tidak PKR sudah tercampak keluar apabila PAS dan UMNO ketika itu sudah merancang untuk wujudkan kerajaan perpaduan di Selangor.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PKR bakal terima bahananya akibat perbuatan Azmin. PH huru-hara dikerjanya semasa PRN Sarawak. DAP dan Amanah yang dikhianati akan tetap mendapat pembelaan dari hukum Allah berkenaan.

Dah pun berlaku. PKR kini benar-benar ditimpa bencana hasil pengkhianatannya terhadap rakan dalam PH. PKR berantakan kini. Surat Dari Penjara tidak mendapat sokongan lagi, persengketaan pimpinan PKR sudah tidak menjadi rahsia lagi khuususnya diantara Rafizi dan kartel Azmin dan Azmin mencipta musuh-musuhnya sendiri di dalam PKR dan PH.

Teruskan kerja-kerja jahat kamu wahai Azmin, dan kamu akan tetap menerima hukumannya.


IKLAN BERBAYAR


16 ulasan:

Unknown berkata...

Azmin Ali tunjuk taiko nya, runding dengan PAS mungkin sebab atas jawatan MB Selangor(Sg. Besar).

Apa2hal pun...esok, mesyuarat Majlis Presiden PH. AMANAH dan Abang Mat Sabu Sila pastikan kita semua ada telor.

Tanpa Nama berkata...

Asyik2 Azmin. Presiden mana presiden?? Presiden tak kata apa pun. Azmin yang lebih2.

Mat Safian berkata...

Azmin ni kena tubuh parti baru, kemudian join Blok ketiga.

Tanpa Nama berkata...

Bukan salah Azmin.Salah presiden pkr sendiri yg xmenjalankan tgjwb sbg presiden,Wan Azizah senyap shj seolah2 Wan Azizah xwujud,maka Azmin naik kepala lah sbb xda sesiapa berani bertindak.maka walaon2 pas semua bersorak betul la kata2 hadi yg wan Azizah xlayak jd ketua sbb dia perempuan..came on wan azizah, Anda presiden,rakyat mengharapkan anda tp anda xbuat apa2,rakyat meluat dgn Azmin tp wan Azizah xblh buat apa2..Apalah gunanya presiden kalau sebagai puppet shj.mmg kedengaran agak kasar tp rata2 itulah yg rakyat katakan presiden pkr hanya sbg puppet shj xda fungsi lain.kecewa nya aku dgn ph.aku rasa bkn aku sorg je kecewa. Ramai lagi senasib dgn aku.kesian kami rakyat marhaen.dpt pemimpin penyamun,dpt pembangkang yg bermasalah..adui...

Unknown berkata...

Politik naga dlm politik buaya..politik binatang buas..

Unknown berkata...

Aku rasa PKR takde masalah yg bermasalah nie Azmin. Pasukan PH mesti mengambil keputusan dengan cepat supaya kartel Azmin tidak boleh sewenang-wenangnya bergerak solo. GO Amanah.. Go PH... Harapan untuk rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Bijak juga Rosmah cucuk hidung Lebai Bodoh AdiWang dan AA.

Tanpa Nama berkata...

Sapa lantik azmin ali dok runding2 dgn PAS ni,,, ka sendiri lantik diri dia,,, pandai2 la si azmin ali abg azwan ali ni,,,

Malaysiabaru berkata...

Tak boleh ker aznin muhasabah diri

Pergi lari masuk gua broga dgn kak zu dan taik chua

Dulu Pas yg tak nak aznin lepas pru13. Maka tan Sri k gagap terus jd mb. Dap pun tak nak azmin. Skrg pas dan dap dah dpt BALA

Min esok pegi unrah kita jumpa tempat biasa... Aku mandrum otak sewel ko nih

Tanpa Nama berkata...

Apa pun Amanah mesti bertanding dikedua2 PRK ini. Jangan kasi PKR, Pas lantak dia punya pasal. Pas bukan wakili PH. Abang Mat mesti tegas jgn kecewakan kami.

Tanpa Nama berkata...

Sejak jadi MB, mamat ni perasan dia mcm bagus...tunggulah pru akan dtg, tahulah nasib ko...

Tanpa Nama berkata...

Betul tuan, tapi kalau lama2 presiden dan pemimpin utama pkr biarkan perkara ini, org ramai akan mula anggap pkr dah mula tak guna secara keseluruhannya...bertindak segera sebelum terlambat..

Tanpa Nama berkata...

Tidak salah Azmin memulakan langkah berunding dan memberi pandangan nya sendiri untuk mengatasi keadaan. Tetapi rundingan dengan beberapa pemimpin PAS yang berkaitan mestilah di maklumkan kepada pemimpin tertinggi AMANAH dan DAP dari masa ke semasa.

Rundingan secara resmi dengan PAS atau secara terbuka@terus tidak akan terjadi kerana kedegilan seorang tua yang tinggi egonya. Iskandar keciwa bukan kerana keputusan PAS untuk bertanding di kedua-dua kawasan tetapi kerana orang tua tersebut menolak terus mendengar pandangan dari mereka yang terlibat dengan rundingan bersama Azmin.

Adakah pemimpin PH tahu mengenai rundingan Azmin dengan PAS? Pada pandangan saya dari beberapa reaksi jawapan yang di beri oleh AMANAH dan DAP, mereka tahu tetapi buat seolah-olah tidak tahu. Jika tekaan saya betul, di sini lah letaknya salah betul nya tindakan Azmin dan pemimpin AMANAH dan DAP.

Betulnya cara sekarang ialah kerana faktor masa. Jadi sekadar memaklumkan adanya rundingan dengan pemimpin PAS kepada pemimpin AMANAH dan DAP melalui telefon atau mesej sudah memadai. Pemimpin PH sedar perlunya satu lawan satu.

Keperluan melibatkan kedua-dua pihak antara PH dengan PAS belum sesuai masanya. Jika dibawa terus kepada Hj Hadi dan pemimpin tertinggi yang lain@lebih tepat kumpulan cai, apa kah reaksi Hj Hadi? Jika dengan anak-anak nya sendiri tidak diberi perhatian, apa lah hendak diharap pada layanan baik Hj Hadi yang tengah kemaruk angau dengan Najib.

Iskandar, Tuan Ibrahim lebih tahu kerana mereka mengambil risiko walaupun sudah tahu perangai Hj Hadi sekarang ini? Sudah tentu ini yang dikatakan oleh Hj Hadi kepada mereka. 'Tak faham-faham. Tidak ada rundingan. Tidak lah.... ' macam-macam lagi. Ada kemungkinan desakan Azmin meminta Exco PAS letak jawatan ialah untuk memberi kesempatan pemimpin PAS Selangor berbincang dengan Hj Hadi.

Ini Hj Hadi zaman era 1MDB...

Salahnya pula ialah apabila penyokong yang merasa tertipu sebelum ini tidak tahu apa-apa selain syak wasangka pada pemimpin-pemimpin PAS. Rundingan Azmin dengan pemimpin-pemimpin PAS perlu mempunyai 'had masa'.

Dan mesti mendapat reaksi positif dari pemimpin pertengahan dalam kedua-dua parti iaitu AMANAH dan DAP yang membuat kenyataan menimbang perlunya Azmin memulakan usaha damai tersebut supaya penyokong PH tidak merasa di tipu.

Saya seperti kebanyakan penyokong PH memilih lupakan PAS dan tumpukan usaha mengukuhkan PH.

Tanpa Nama berkata...

SEJAHTERA.
KALAU PIHAK PEMBANGKANG INGINKAN KEMENANGAN DALAM POLITIK.
HADI DAN AZMIN PERLU DIKELUARKAN..
ITU SAJA ...

Tanpa Nama berkata...

Betul tu,br la aku tau nape pkr xcalonkan die sbg calon mb sbl ni.mcm ni sifat die

Pemuda parit kings berkata...

Tunggu pru...