23 Feb 2016

Bekas Ketua Muslimat PAS, Jamilah Ibrahim Yakin Dengan Perjuangan AMANAH

Namanya: Hajjah Jamilah bte Ibrahim, yang mesra dipanggil Mak Lah. Dilahirkan pada tahun 1947 di Derga, Alor Setar, Kedah dan merupakan adik ipar Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Ayahnya seorang guru pondok iaitu Allahyarham Haji Ibrahim Haji Abdullah dan ibunya Allahyarhamah Hajah Hawa Abdul Rahman. Suaminya Abdul Aziz Hassan bekas pensyarah ITM

Pada tahun 1984, Ustazah Jamilah diberi kepercayaan menjadi Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat. Ketika itu ketuanya adalah Ustazah Wan Asma' Wan Abdul Kadir.



Beliau memangku jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat pada tahun 1992 apabila ketuanya, Wan Asma' tidak sihat untuk meneruskan tugasnya sebagai ketua.

Pada tahun 1993, beliau menang tanpa bertanding untuk mengisi jawatan Ketua Dewan Muslimat.

Pada tahun 1997, beliau dipilih menjadi seorang senator (ahli Dewan Negara ) dengan cadangan dari TG Nik Abdul Azizi Nik Mat di DUN kelantan ketika itu.

Di bawah kepimpinannya sebagai Ketua Dewan Muslimat, banyak perubahan yang telah dilakukan iaitu dari masyarakat tidak mengenali apa itu 'Dewan Muslimat' nama itu menjadi seiring dengan 'wanita Umno' malah pergerakannya lebih aktif lagi.

Wajah dan nada suara yang lembut tidak menggambarkan bahawa beliau seorang muslimat yang lemah dan mudah dirayu dengan kemewahan. Sebaliknya beliau seorang muslimat yang tegas, berani dan mempunyai wawasan untuk memartabatkan hak dan nilai wanita yang selama ini telah diperalatkan oleh parti BN.

Pada hari pelancaran Parti AMANAH Negara pada 16 September 2015 lalu di Pusat Konvensyen Hiasan Dalaman, IDCC, Shah Alam Ustazah Jamilah telah menyerahkan borang untuk menyertai AMANAH kepada Presiden AMANAH, Tn Hj Mohammad Sabu.

Beliau menyatakan dengan kemunculan krisis yang berlaku di dalam PAS pada 2014/15, krisis yang melanda itu telah menyebabkan beliau merasakan beliau tidak nampak kepimpinan PAS yang ada sekarang boleh membawa vision yang lebih jauh untuk menekan kezaliman kepimpinan UMNO.

Tatkala beliau sedang mencari wadah baru untuk meneruskan perjuangannya, tiba-tiba parti baharu, AMANAH muncul dan setelah melihat begitu ramai aktivis yang telah lama duduk di dalam PAS menyertainya sednagkan mereka inilah yang dahulunya mengangkat martabat PAS sebelum ini, maka Ustazah Jamilah yakin AMANAH, beliau yakin dengan parti AMANAH.

Beliau menyatakan beliau amat berpuashati dapat melibatkan diri di dalam AMANAH. Beliau kini aktif sebagai ahli jawatan kuasa Angkatan Wanita AMANAH (AWAN).

Sila ikuti wawancara Unit Media Baru AMANAH bersama Ustazah Jamilah yang diadakan baru-baru ini.




18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku cadangkan Amanah buat satu bulletin amamah atau page atau paper atau apa2 sajalah khusus update serta komentar drp penyokong2 amanah sbb kbnykn penyokong amanah ternanti2 update Amamah.sekurang2 nya kalo ada rujukan senang org nk ambil tahu hal2 amanah lepastu jgn lupa wujud kan ruangan komentar supaya penyokong Amanah blh menyatakan pendapat,pndangan atau pun mengadu masalah2. Mcm diperak tgk Amanah slow aje xtau apa2 perkembangan disetiap negeri.Harap amanah kerja keras kearah itu supaya org nampak kerja2 amanah secara xlangsung blh menangkis fitnah pas dan umno. Hrp Amanah lebih proactive

Unknown berkata...

Seorang lagi dikalangan yg terbaik..

pemuda parit kings berkata...

Assalamualaikum sahabat...rasanya sudah ada akbar amanah.cuma blum semua tahu dan blum tersebar luas...insyaAllah akan sampi ditangan sahabat...jgn risau dan ragu...setahu saya..kluarannya sebulan sekali buat masa ni...bykkan lihat info dari blog ni...insyaAllah akan terjawab...

pemuda parit kings berkata...

Amanah takkan slow sahabat...cuma kita perlu bergerak...amanah memang baru...tp pendokongnya sgt berpengalaman..pemimpin yg sarat dgn ilmu...tunggu shj...insyaAllah akbar amanah akan sampi ketangan sahabat dgn harga rm1.50..harap sahabat gembira dgn berita ini...setiap kemenangan harus berkerja dan bergerak...

Tanpa Nama berkata...

Go AMANAH Go. InsyaAllah

Tanpa Nama berkata...

Offline Risalah atau bulettin ataupun tabloid memang diperlukan. Tepat sekali...TQ Ancient Mariner.

Tanpa Nama berkata...

Haha.. kalo ikutkan PAS..sorang demi sorang x nak masuk syurga khayalan derang..

Apa ada lagi dlm PAS?? Kebodohan dan kebebalan yg berpanjangan.

Tanpa Nama berkata...

Semoga Mak Lah tidak menyesal kerana ada orang kata Amanah akan bertahan 2 tahun saja. Ada lebih kurang satu setengah tahun lagi.

abrarmujahideen berkata...

Kata kunci perjuangan yg ikhlas adalah tumpaskan kezaliman dan gantikan dgn kebenaran yang HAQ..KHALAS

Unknown berkata...

Bagi aku AMANAH slow..walau pun tak sampai tahap lembab..tp boleh di banggakan sbb dlm slow2 byk yg ada nama jadi ahli parti.bg aku kalau gerak kerja tersusun dan aķtif. AMANAH akan bersaing dgn DAP.. akan meninggalkkan PKR kebelakang. Aku harap mulai skg AMANAH akan dpt menghilang kata2 setiap ahli2 pas yang AMANAH ni org suruhan DAP.. dpt AMANAH menghilangkan kata2 pas itu.. AMANAH akan di pandang tinggi.. semua org akan menghampirinya.. aku selalu terfikir bagaimama ANAMAH hendak menghilangkan perkataan org suruhan itu..

Tanpa Nama berkata...

Satu demi satu harumanis gugur dan masuk ke bakul AMANAH !

Walaupun pun disambut dengan rasa gembira tetapi terasa sedih juga apabila mereka terpaksa meninggalkan PAS yang telah menjadi sebahagian dari kehidupan mereka.

Maaf cakap, tidak ada parti yang menempuh kesukaran dan halangan sepertimana yang dilalui oleh PAS sejak awal penubuhan mereka, baik UMNO, baik AMANAH.

Yang penting perjuangan dan matlamatnya bukan kerana taat kepada pemimpin dengan menyerah segala kata putus dan tindakan kepada pemimpin.

Jika yang 30 tahun dan ada yang lebih pun sanggup meninggalkan PAS jangan lah yang 10 tahun kata apa sekalipun tetap sayangkan PAS. Banyak mana sayang nya ?

Tanpa Nama berkata...

Demi Allah dan Rasul. Daku ini tidak pernah sekerat hari pun berada di bawah bendera kapal layar maupun dacing. Semasa zaman kapal layar di Kedah pada tahun2 60an dulu daku masih bersekolah rendah. Rajin menampal poster kecil bulan bintang PAS di batang pokok kelapa. Sesudah bertukar lambang bulan, daku sudah awal remaja. Walau belum boleh mengundi, daku tetap berkhidmat membantu parti PAS dalam pilihan raya walau dimarahi guru ngaji.

Daku bersyukur dapat bergabung dengan Kak Lah di Shah Alam pada tahun 1986. Kami membina parti PAS ini dengan bersungguh2 selama 30 tahun sampailah saatnya daku terpaksa meninggalkan parti ini kerana ia telah dirampas oleh agen2 BN yang diketuai oleh Hadi.

Semoga Allah SWT memanjangkan umur Kak Lah sehingga beliau menyaksikan kemenangan Amanah. Anggaplah beliau mewakili Almarhum kekanda iparnya, Tuan Guru Ustaz Fadzil Nor.

pemuda parit kings berkata...

Maaf menjawab tuan...bab kata amanah xde menempuh payah seperti pas rasanya x cukup kukuh...sbb setiap parti yg baru ditubuhkan pasti akan mengharungi pelbagai dugaan dan tomahan...tiada bezanya...cuma amanah agak mudah bila pandang dari sudut pengalaman mereka yg berada dlm amanah...amanah juga tgh meniti saat suka dan duka dlm menegakkan cita2 utk membantu rakyat tanpa mengira kaum dan agama...

pemuda parit kings berkata...

Maaf tuan...bukan lembab...kita sendiri kena bergerak...jgn mengharapkan org lain demi kelangsungan parti...benda baru..itu perkara biasa...ada kekurangannya...jgn samakan dgn pas yg sudah lama...atau umno sendiri...

pemuda parit kings berkata...

Mudah sahaja bg saya selaku penyokong dan penggerak amanah...itu cuma kata2 org yg tak puas hati pada amanah...bg saya itulah penguat semangat saya utk buktikan amanah akan berusaha lebih baik lg dari pakatan mahu pun pihak lawan...percayalah...

pemuda parit kings berkata...

Syabas dan tahniah tuan...semoga Allah perkukuhkan lagi niat tuan2 sekian...jgn kita menoleh sesuatu yg lepas...hadapi apa yg ada dihadapan...insyaAllah berjaya...ameen...

SuJeng berkata...

Rasanya itu ari ada Facebook kelab penyokong parti Amanah. Tapi x nmpk kemaskini harian. Knapa x masukkan apa sahaja berita mengenai aktiviti parti.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah mak lah...semoga Allah memberkati perjuangan murni mak lah dan semoga dilindungi dan dikurniakan Allah kesihatan yg baik serta dipanjangkan umur.