24 Nov 2015

Utusan & Harakah Masing-masing Kini Bermasalah

Utusan Melayu bakal berhentikan pekerja

Syarikat penerbitan akhbar pro-UMNO, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dikatakan bakal memberhentikan lebih 200 pekerjanya dalam tempoh terdekat ekoran menghadapi masalah kewangan yang semakin tenat.

Menurut sumber, Utusan Melayu yang menerbitkan Utusan Malaysia dan Kosmo! dengan kakitangan seramai 1,400 terpaksa mengurangkan jumlah pekerjanya sekurang-kurangnya 20 peratus ekoran masalah yang dihadapi itu.


Katanya, pekerja yang akan diberhentikan itu melibatkan banyak bahagian termasuk Jabatan Pengarang.

Katanya, semua itu berlaku disebabkan syarikat terbabit tidak lagi dapat menanggung kos operasi yang semakin meningkat terutama melibatkan bahan-bahan yang digunakan untuk percetakan akhbar.

“Pada masa ini kilang percetakan akhbar milik Utusan yang terletak di Tebrau telah ditutup dan pekerja-pekerja yang terbabit kini terpaksa menganggur.

“Manakala sebuah lagi kilang yang terletak di Gong Badak (Terengganu) yang digunakan untuk mencetak akhbar edaran Pantai Timur akan ditutup,” kata sumber berkenaan kepada FMT.

Sumber itu menyatakan, keadaan Utusan Melayu menjadi teruk sejak awal tahun ini dengan bermacam langkah diambil oleh pihak pengurusan, namun, segala usaha yang dilakukan tidak berjaya.

Jelas sumber itu lagi, gaji yang sepatutnya diterima oleh kakitangan eksekutif yang kebiasaannya dibayar pada 24 atau 25 haribulan hanya akan dibayar pada 28 November ini, sekaligus menguatkan lagi dakwaan tersebut.

“Ya…Utusan dah takde duit untuk membayar gaji pekerja. Saya tahu perkara ini pun setelah diberitahu oleh pihak atasan yang menguruskan gaji pekerja.

“Meskipun Ketua Pengarang syarikat itu sering kali menyatakan ada jalan keluar dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi, namun, sehingga hari ini ia tidak menjadi kenyataan,” kata sumber berkenaan.

Bagaimanapun kata sumber itu lagi, keputusan untuk memberhentikan pekerja itu merupakan langkah terakhir sekiranya syarikat tidak menemui jalan penyelesaian.

Sebelum ini, Utusan Melayu telah memberhentikan pekerja Utusan Printcorp sebelum menjualnya kerana menghadapi masalah kewangan. Tahun lalu, Utusan Melayu mengalami kerugian RM82.64 juta,meningkat tiga kali ganda berbanding tahun sebelumnya. -FMT

ULASAN GB

Kerana banyak sangat memfitnah, Utusan telah diheret beberapa kali ke mahkamah dan telah tewas dalam banyak kes yang melibatkan bukan saja puluhan malahh ratusan ribu ringgit.

Entah siapa lagi yang bebal sangat nak beli dan baca utusan. Ia adalah sama seperti menggalakkan akhbar itu untuk terus menabur fitnah ditambahi dengan isu-isu perkauman yang tebal.

Membeli dan membaca Utusan berererti meredhakan fitnah itu berterusan dan kemudian mendapat "saham dosa" dari fitnah-fitnah yang dipaparkan.

Penyakit Utusan nampaknya sudah berjangkit kepada akhbar lidah rasmi PAS juga yang bernama Harakah. Salinan surat dari pejabat agung PAS kini berlegar di media sosial yang meminta setiap cawangan PAS melanggan 10 naskah Harakah setiap keluaran. Alasan yang diberikan ialah agar ahli-ahli PAS mendapat maklumat yang terkini dan tepat.


Namun semua orang tahu Harakah kini sudah tidak laku di pasaran. Ramai pengedarnya sudah lari dan enggan menjual Harakah lagi.

AHLI PAS ENGGAN BELI HARAKAH

Ketua Cwg Pas Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul, KL, Hj Abdul Kadir Tauhid terpaksa berhenti drpd menjadi pengedar utama Harakah bg kws Bandar Baru Sentul berikutan semakin ramai ahli enggan membeli lidah rasmi Pas itu sebaik slps Muktamar Pas ke-61 awal Jun ini. Ini berikutan senario yg semakin buruk membadai parti Islam itu. Katanya, ramai lg pengedar2 kecil Harakah terpaksa berhenti kerana ahli2 sudah tidak berminat. Ujarnya, terdapat 6-7 orang yg memberitahu beliau, mereka sudah tak mahu jadi ahli Pas, kerana sangat flip flop, tak ada pendirian dan ada seorang yg mematah2kan kad keahlian Pas di hadapannya sehingga berkecai.

Difahamkan juga beberapa orang wartawan dan editor Harakah telah meletakkan jawatannya. Sebelumnya Harakah telah bertindak memberhentikan secara serta-merta khidmat Pengarang Harakah, Datuk Tarmizi Md Jam, pada 1 Oktober 2014, kerana mengkritik UG (kerajaan campuran) dalam pimpinan PAS. Diikuti pertengahan Disember tindakan yang sama ke atas Roslan Hamid (editor rencana) kerana menyiarkan tulisan Dinsman yang mengkritik ulama dalam pimpinan PAS.

"Dan yang paling zalim ialah tindakan ke atas Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman, atas alasan kesihatan, ketika beliau sedang bercuti sakit dan masih dalam rawatan doktor.

Sebelum ini, salah seorang pengasas lidah rasmi PAS, Harakah, Ishak Surin pernah mendedahkan selama dua dekad Datuk Mustafa Ali memegang jawatan Pengerusi Harakah, sudah terlalu banyak pembaziran yang dilakukan Setiausaha Agong PAS itu.

“Sehinggakan perjuangan dan imej Islam yang dibawa oleh PAS sedikit sebanyak tercemar,” tambah beliau.

Secara terus terang, Ishak memberitahu, malah Mustafa juga menggunakan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk kepentingan dirinya dan keselesaan dirinya sendiri.

“Terlalu banyak pembaziran yang dilakukan oleh Mustafa, sehingga melakukan apa yang tidak perlu dilakukan. Mustafa membazirkan wang hasil jualan akhbar Harakah untuk mengubahsuai biliknya menjadi bilik yang sangat mewah,” katanya dalam satu forum pendedahan bertajuk Harakah Dalam Bahaya, di Gombak awal tahun ini.

Ishak yang merupakan Yang Dipertua PAS kawasan Batu turut mempersoalkan apakah kepentingan bilik yang sebegitu mewah di Ibu Pejabat Harakah kepada pengarah urusan kerana menurutnya, permulaan wang jualan akhbar Harakah adalah daripada titik peluh rakyat (ahli) khususnya.

Bukan itu sahaja, Ishak turut melahirkan kekesalannya apabila melihat pihak pengurusan Harakah gagal untuk mengurus wang tersebut dengan baik.

Selain itu, veteren PAS itu juga turut kesal apabila mendapat tahu kebajikan kakitangan akhbar Harakah tidak dijaga sebaiknya.

“Gaji kakitangan Harakah tidak dicarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Bagaimana perkara ini boleh berlaku, kerana kita sering bercakap soal Islam, tetapi adakah ini gambaran sebuah parti yang membawa perjuangan Islam?

Ishak turut mendedahkan kewangan Harakah tidak pernah diaudit walaupun perkara ini sering dibangkitkan dalam muktamar PAS.

Demikianlah kisah Harakah yang kini persis saudara kembar Utusan.


43 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Akulah salah seorg yg xbeli tu.kakaka...dulu walaupun aku bukan ahli pas, ada ketika aku beli..tp skrg lgsg xdah...bukan takat nk beli, nk tgk free kt website harakah pn aku xminat dah..cerita skrg xmcm dulu...xbyk isu semasa yg dikupas...asek cerita mcm penglipurlara...berita yg xberapa berita sgt...

Tanpa Nama berkata...

Aku pun sama... hehe...

Tanpa Nama berkata...

Hari2 kutuk fitnah mat sabu ngan amanah. Cam mana ler tak bankrup.... tak berkat.

Unknown berkata...

Salam:

Chronology kemerosotan akhbar2 melayu seperti utusan:lebih kurang 20% merosot bila kuli bawa ahli2 umno keluar pada 1988 tertubuhnya S46.lebih kurang 50% merosot bila anwar BAWA KELUAR AHLI-AHLI UMNO pada 1998.Penjualan akbhar Harakah pada masa itu meningkat naik seperti rocket 200%.Utusan dan BH hilang punca,terpaksa cari idea buat akbhar tabloid seprti harakah.AKbhar TABLOID metro dan kosmo DILAHIRKAN UTK MENANDINGI hARAKAH.Pada 2015, harakah pula mengikut jejak langkah Utusan..entah berapa % yg merosot.Dari kajian saya di tempat saya di 12 tempat hotspot jualan Harakah sudah sunyi sepi.Akhbar "SINAR HARIAN" cukup bijak makan keliling.Baru2 ini bila Muhyidin di iniaya,lebih kurang 20% lagi penyokong2 tegar umno dah tak berminat dgn utusan,mereka membaca sinar harian.Bermakna orang2 yg tak suka umno/PAS sudah mendapatkan sinar harian.

Petanda-petanda ini menunjukkan apa????bermakna di PRU14 Nanti rakyat akan terjemahkan dalam kotak undi.
Saya berharaplah sangat Amanah cepat-cepat siapkan akbhar sendiri,sebab rakyat yg tak dapat access internet sungguh dahakan sesuatu berita yg betul-betul berita.Bukan berita bodek,sembunyikan berita pemimpin2 yg korup.

note:Saya dan 32 orng family dan beberapa ramai kawan dah tak beli harakah dah. Lebih baik gunakan duit sedekah di hari jumaat.

wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Klu hadi, harun, din ayam, zuhdi dan lain2 yg sewaktu dgnnya dipecat, mungkin harakah dpt diselamatkan.

Tanpa Nama berkata...

Membaca Harakah kini sama saja macam membaca Utusan. Sebelum ini, saya adalah peminat Harakah, tetapi kini TIDAK & saya lebih berminat membaca media bebas seperti Malaysiakini. Sinar Harian & Malaysian Insider pun bagus juga.

Unknown berkata...

minta hj hadi jadi penasihat harakah. kalau din ayam jadilah punasihat

Unknown berkata...

Samo la Den....bukan ahli PAS pun tapi masa dulu siap suruh pengedar org perseorangan iaitu bekas ktgn kt tmpt syrt aku bekerja utk suply setiap kali keluaran Harakah. La nie dah bertahun stop.....nak2 bila tgk PAS dlm keadaan sekarang lagi la....kalau bagi free pun tak akan dipercayai berita2 yg dimaklumkan.

Tanpa Nama berkata...

aku pun dgn bangga nye ngaku tak beli dah harakah. dulu beli jugak sekali ngan keadilan... skang tengok je la harakah tu... dan utusexn plak memang haram la aku beli dah bebelas tahun...

malu aku ngan cara korang nih pas...
malu aku dgn sapa2 yg dah undi korang atas dasar pr bersama...

Tanpa Nama berkata...

Dulu beli harakah sbb niat nak infaq ke jln Allah...utk bantu perjuangan rakyat marhaen...x pernah missed.... bukan beli satu ttp smpi 4 or 5 sbb senang bila dah baca tinggalkan shj kat mana2 meja warung or restoran mamak bg org lain baca free....

la ni...lepas muktamar hr tu...terserlah smua sifat mazmumah mrk....nak tgk pun xda maya dah...website harakah pun dah kena buang dr bookmarked....

nilai berita dah tiada erti...rasa berita mcmdibuat buat...rencana pun x menarik...

Cepatlah...moga ada pengganti kpd akhbar2 ni....

belum daftar ahli amanah...tapi amat menyokong kerja2 amal oleh....

LEMAN RAJA LAWAN.

YG BENAR...HAMBA ALLAH.

Tanpa Nama berkata...

INILAH AKIBAT ILMU AKHIRAT SHJ DIUTAMAKAN TAPI ILMU DUNIA DTINGGALKAN. I DON WANT TO GIVE EXAMPLE FOR ILMU DUNIA DIUTAMAKAN, ILMU AKHIRAT DITINGGALKAN CAUSE THIS EXAMPLE SANGAT BANYAK. WHEN ILMU AKHIRAT SHJ DIUTAMAKAN SEMUA URUSAN DUNIA TAK DAPAT NAK LAKSANAKAN KERANA TIADA ILMU. THAT WHY RUKUN ISLAM IS BALANCE MENGAMBIL BERAT BOTH OF THEM ILMU DUNIA DAN AKHIRAT. 3 OUT 5 IS RELATED IS TO ILMU AKHIRAT / AGAMA, 2 OUT 5 IS RELETED TO ILMU DUNIA. THAT I WANT TO ASK PAS HOW U WANT TO LAKSANAKAN ZAKAT DAN MENUNAIKAN HAJI DI KOTA MAKAHMAH WITHOUT SATU ILMU DUNIA UNTUK YOUR CARI PEKERJAAN DI BUMI ALLAH NI? TAKKAN NAK HARAPKAN DERMA SEMATA - MATA? LU FIKIRLAH SENDIRI.

abrarmujahideen berkata...

Dlu beli harakah semata nak baca tulisan pak subky sekarang da hampeh..veteran masih buta hati.

abrarmujahideen berkata...

Da lame delete bookmark harakah..mcm malaysia today...penerbitan xbertanggungjaeb

Tanpa Nama berkata...

Dulu nk langkah harakah pun rase bersalah.. Skrg aku pijak2 je.. Berita x betul..

Tanpa Nama berkata...

Aku pun sama, dah lama tidak beli harakah yang satu ketika dulu ia seolah menjadi barang melepaskan gian. Mesti dicari sapai dapat, itu dulu..... Sekarang ni, berapa harganya senaskhah serta hari apa ia diterbitkan pun aku tak tahu.

asal bukan umno dan Pas dan Dap berkata...

aku ngan bapak aku pn dah stop beli harakah. bye bye PAS.

Tanpa Nama berkata...

Harap pas blh berubah..makin hr makin teruk dn ramai sgt dh mula benci dgn pas ni..

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, berita yang amat mengembirakan bagi aku. Dulu peminat Harakah sekarang tarak... bagi free pun aku tak akan ambil, Utusex memang dah pulaukan lama - puluhan tahun. Sekarang kedua-dua paper tu elok dibuat bungkus goreng pisang...

Tanpa Nama berkata...

Amanah. Kau ni pun bengap soal pentingnya sebaran maklumat ni kenapa? Dah le dalam media tenet pun ciput je tak macam malaysiakini, tak kan dalam media cetak tak de sehelai pun kertas rakyat nak baca.

Tauke perabut pun senang2 tabur 10 ribu flyer free ke rumah2. Tauke senyum jugak kerana orang susah pun kena datang beli kerusi makan kalau dah patah riuk.

Macam tu jugak kalau amanah boleh tabur flyer free ke rumah2. Orang buta politik pun boleh celik bila hari ngundi nanti. Ok. Tak best le flyer2 ni. Kita cetak surat khabarlah. Kita jual.

Dengar sini. Kalau boleh bagi free lagi bagus. Macam the sun tu. Tak kan tak de penyumbang dari orang kita dan pengiklan yang menyokong. Cetak nipis2 sudah le. Suruh budak2 pegi tabur ke rumah2 atau letak tempat stategik. Nak jual boleh. Tapi kesianlah rakyat makin miskin sekarang nih.

Walau nipis tapi kena sumbat berita biar padat. Jangan tempek gambar2 pemimpin amanah atau pakatan harapan besar2. Itu tak penting. Buat kembang hidung dia buat ape. Besarkan graf2 atau isu2 panas semata2. Beri tahu orang kampung gambaran duit billion2 tu besar mana.

Ini dok cerita meluat sana meluat sini kat utusan buat hape. Bagi le jalan macam mana nak kuatkan media kita pulak. Jangan marah ye kawan2, he he.

Abdul Said berkata...

Berdasarkan apa yang berlaku disekeliling kita maka bolehlah diandaikan seperti berikut:
1. Undi Hadi = Undi Najib
2. Undi PAS = Undi UMNO
3. Baca Harakah = Baca Utusan
4. Beli Harakah = Beli Utusan

Unknown berkata...

Kerana kemunafikan lah maka kedua dua akhbar itu seolah olah tidak di berkati. "MUNAFIK" buka sahaja di tujukan kepada mereka yang pura pura Islam. Munafik juga di tujukan kepada mereka yang bercakap tak serupa bikin, janji lain tapi yang di tunaikan lain pula bentuk nya. Biasa nya orang politik. Para pengarang yang tidak berpijak di bumi nyata kerana takut kan pehak berkuasa juga sama. Belum pun di azab di padang Mashyar di dunia lagi sudah di bayar cash.

Harakah: Walau pun sebelum ini saya ahli PAS ada juga membelek nya tetapi setelah PAS menjadi PAS-CHAI, melihat akhbar itu pun tekak saya menjadi mual. Sepatut nya sebelum mengambil atau meng"IA" kan cadangan Mokhtar a/l Sneak PAS yang konon nya penuh dengan ULAMAK dapat membezakan cadangan se seorang yang ternyata munafik. Nak tau betul tak apa yang saya kata cari lah berita berkaitan dengan si Mokhtar ni.
Yang aneh nya setelah dia membuat onar jarang pula pengesahan berkaitan dengan diri nya di siar oleh Harakah. Sepatut nya setelah dia menjadi "HERO" perpecahan dia perlu di sanjung.

Saperkara lagi yang "ULAMAK" dalam PAS terlepas pandang ada lah PJ Perak!!! Macam mana seorang bekas pegawai kastam yang bermasa'alah sehingga di nasehat kan berhenti boleh di pilih walau pun dia bukan Ulamak. Mungkin pada pandangan PAS, ia nya seorang Ulamak kot.

Pembaziran yang di laku kan oleh "SELUAR DALAM" sebenar nya sudah lama di bangkit kan. Malang nya masih tiada tindakan. Ia nya sama dengan tindakan 50 budak hitam dan "PENDOA" yang membaca doa laknat, kata "PEGAWAI TATA-TERTIB" nak di ambil tindakan, mana dia?

Bagi pehak AMANAH segeralah untuk menerbit kan akhbar sendiri juga di harapkan laman web yang sedia ada itu di kemas kini setiap masa. Kalau dapat elok lah di ada kan siaran langsung setiap progrem sekurang kurang nya melalyi web radio yang juga sudah lama ujud.

Unknown berkata...

Dengar, kakitangan Harakah ada yang sudah behenti dan berkerja di tempat lain. Kerana, tidak bersetuju dengan polisi pengurusan dan org atasan bersikap bodoh sombong.

Setiap kerosakan yang berlaku memang disebabkan oleh para pemimpin yang berlagak pandai dan ego.

Jika mereka tidak sedar-sedar juga..Harakah dan Pemimpin-pemimpin mereka akan lenyap di mata rakyat.

abrarmujahideen berkata...

AMANAH..bawalah tugas rasul..sebarkanlah wahyu kebenaran..dgn alat moden dgn bijaksana..lembutkanlah hati2 mereka

Tanpa Nama berkata...

Dulu beli harakah sbb nk bntu perjuangan PAs...semenjak PAs jadi barua umno...dah stop beli & baca harakah...bye2 PAs.

Tanpa Nama berkata...

memandangkan cawangan aku pun baru sahaja berkubur, maka selamatlah dari perlu melanggan 10 naskah setiap keluaran.

jangan terkejut pulak pengedar Harakah tak jumpa markaz.

mana-mana cawangan yang masih malu-malu kucing, terimalah bala baru ni




Tanpa Nama berkata...

Samo la den pun dulu rajin beli harakah,tgk internet baca harakahdaily...la ni sentuh harakah pun xmaula.pandang pun xmau.bookmark terus DELETE..... Rs mcm org bodoh pulak bace harakah... Tulisan syok sendiri.. Sesuai utk bacaan golongan walaon je....Lebih hina dari utusan sbb menggunakan nama islam utk mfitnah...



Tanpa Nama berkata...

Tak payah nak selamatkan harakah biar ia terkubur. Dasar perjuangan dah berubah. Tak payah nak sokong bagi saja duit beli harakah tu ke tabung masjid garenti ada sahaam untuk akhirat punya. SORRY AKU TAKKAN BELI HARAKAH LAGI MENENGOK PUN MENYAMPAH.

Tanpa Nama berkata...

nasib baik mustafa ali bersama pas dan pegang jawatan penting pula tu. rosak harakah dan pas akibatnya. ulama2 kaki hukum pas tak mau komen ke

sawachikaeri berkata...

Maaf cakap....

sebenarnya utusan ni dah lingkup sejak tahun lalu...Utusan printcorp selaku anak syarikat utusan melayu telh gulung tikar pada Oktober 2014.Kilangnya di bangi telah ditutup dan semua mesin cetakkannya telah dijual.Puncanya jual kepada kroni...tetapi utusan melayu masih pegang saham empat puluh peratus.

Lebih malang....semua pekerjanya....diulangi...semua pekerjanya tidak dibayar gaji mulai bulai Mei 2014 hingga oktober 2014.Kes dibawa ke mahkamah...dan mahkamah telah mengarahkan kroni utusan ini membayar tunggakan gaji dan pampasan.Tetapi mereka buat tak peduli.utusan melayu selaku pemegang saham 40% jua buat tak endah.

Bayangkan abang saya pernah bertugas di utusan ini selama 32 tahun tetapi tidak dapat apa apa bayaran dan pampasan.Kini abang saya hanya bekerja di kilang fish ball untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Utusan melayu hanya memberi wang ikhsan rm1k sahaja pada huju tahun lalu.Lebih menyedihkan...pekerja yang terinaya ini telah berjumpa dgn najib dan noh omar...tapi sia- sia sahaja

air gunung berkata...

Aku sokong.aku sokong..bernas kepala hotak kamu anon 7:33 pg.dari mula2 lg bro Omar Daud dok pong pang pang mender neh...so ayuh Amanah...sahut cabaran....

Tanpa Nama berkata...

Saya menjual kedua-dua akhbar ini sejak belum zaman reformasi lagi. Masa itu saya boleh jual 300 - 400 naskah utusan satu hari manakala Harakah, berapa banyak datang pun habis dalam masa 3 hari.

Sekarang, tahun 2015 bulan november, jualan harian utusan hanya 15 keping sahaja.

Harakah lagi teruk, nak laku 10 keping pun perit.

Utusan hanya dibeli oleh golongan 60 tahun keatas sahaja manakala harakah hanya dilanggan oleh totok Pas.

Pemandu yang hantar utusan memaklumkan bayaran upah hantar 3 bulan bayar satu bulan, dua bulan utusan tangguh. Ini berlaku sejak tahun lalu lagi.

Harakah da Utusan ni sama saja.

Tanpa Nama berkata...



BAKAL JADI PEMBACA SURAT KHABAR 'AMANAH' .. berkata :

Jika berjaya, ada lah yang sakit mental, mejerit-jerit depan rumah orang. Dan yang lebih teruk lagi, ada yang jadi pengedar bawa meja nya ke hulu ke hilir dan meletak harakah atas meja dan ... tapi sendiri yang beli . di baca nya 10 kali kerana dia sendiri beli satu naskah demi satu naskah. hehehe ..

matahari berkata...

Harakah makin bosan. Dah lama x beli. Dapat free pon , x hadap.

Cikgu hisham berkata...

Pas/harakah silap besar. Dulu yang banyak beli harakah adalah golongan professional/pertengahan/penuntut,....,SBB rata2 mereka ni berduit n terpelajar..hanya ahli pas yang tahap pemikiran tolol/pil kuda/ saja yang rela diperbodohkan. Cuba fikir jika tgna masih Ada,,adakah beliau setuju dengan hala tuju pas skrg ni...

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Harakah akhbar goreng pisang panas adalah kenangan semalam. Semalam yang tidak akan berulang pada bila-bila masa mendatang. Golongan pembaca tegar Harakah adalah golongan profesional dan progesif Pas. Malangnya mereka ini berjaya disingkirkan oleh golongan ulama melalui Muktamar 2015. Golongan ulama dan pro ulama tidak gemar membaca akhbar, walaupun akhbar yang dierbitkan sendiri oleh parti mereka. Mereka lebih gemar membaca kitab-kitab agama. Golongan ulama ini terpaksa mengusai ilmu-ilmu agama berbanding pengetahuan semasa. Dengan mengusai ilmu-ilmu agama, para ustaz ini sering diundang memberi ceramah agama di masjid dan surau. Selepas memberikan ceramah, maka akan menerima "sampul". Maka mereka ini biasa menerima gelaran "ustaz sampul".

Pada asalanya Harakah adalah bahan bacaan alternatif golongan pro pembangkang. Harakah sudah hilang khalayak pembacanya apabila mula menyerang parti-parti lain yang pro pembangkang. Utusan Malaysia dan Berian harian sudang kehilangan fungsi. Fungsi menyerang parti-parti yang tidak sehaluan dengan Umno sudah diambil-alih Harakah. Utusan Malaysia dan Berita Harian tidak laku di pasaran kerana ahli-ahli Umno memang tidak minat membaca. Harakah pula mula memasarkan dirinya untuk ahli-ahli Umno yang sememangnya kedekut membeli bahan bacaan dan malas membaca. Barangkali Harakah hanya boleh survive jika ketua-ketua cawangan Pas menjadi agen jualan, manakala YDP Pas Kawasan sebagai pembekal kepada semua cawangan.

Tanpa Nama berkata...

Amanah tolong buat satu lidah rasmi suara2 dari Amanah

Tanpa Nama berkata...

Omakkau menyatu kan mereka Umngok dan Pas. Meluat aku kat admin omakkau. Dah macam agen Umno dan Pas plak.

Unknown berkata...

Bukan saja dah berhenti beli
baca pun teman dah xsio

Unknown berkata...

Ingat dulu penjual akbar berbangsa cina sanggup jual harakah.. bila tanya nape jual..sbb ramai org cari.. boleh fahamlah.. lagi satu aku ingat tempat aku beli harakah..dia letaknya meja..letak beratus harakah dan bekas berisi dgn duit siling depan rumah. Kira sape nak beli memang iklas.. layan diri..kalau duit kita besar pandai2 tukar siling sendiri...skg suasana tu takde lagi...

basri bin omar berkata...

Bg free pun depa xbca kerana dah besa MALAS ....cuma Suka dgr Cerita KARUT.. Xbrlandaskn fakta... Kemudian Tuduh org Fitnah bla xdak modai..Wallahu aklam..

pak maun berkata...

Ye. Semasa aku bukan ahli pas, aku beli dan baca Harakah. Tp skrg bila dah jadi ahli, x usahkan nak beli, jeling pun x nak

Tanpa Nama berkata...

Bimbang org tak nak makan goreng pisang yg dibungkus tu pulak, harakah najis berat..

Tanpa Nama berkata...

Blog Omakkau memang blog siaka, sialcelaka..