18 Nov 2015

PAS Amalkan Politik Geli-geli Kerana Takut Lebih Banyak Hilang Kerusi...

PAS perlu jadi jantan, hentikan politik ‘geli-geli’ – Zasyaf Ishak

Memang tidak banyak yang diharapkan dalam strategi pembangkang untuk tidak meluluskan Bajet 2016.

Berdasarkan kiraan mana sekalipun, nampak jelas niat untuk memalukan Perdana Menteri tidak boleh berlaku dengan mudah.

Ini Malaysia.

Politik kita bukan terkenal dengan integriti dan maruah.


Tetapi apa yang lebih mengecewakan adalah pendirian politik parti berteraskan Islam, berkepimpinan ulama, juga mengambil pendirian yang cacamarba dan tidak matang.

Politik yang boleh diterangkan dengan mudah dengan budaya “geli-geli” orang muda; sangat memualkan.


Atas dasar apa, PAS sebagai sebuah parti yang berpengalaman dan lama berada dalam politik Malaysia, mengambil pendirian “berkecuali” dan tidak bersama menentang Bajet 2016?

Ini strategi politik jenis apa?

Di mana kesungguhan dan istiqamah PAS dalam menentang sebuah kerajaan yang menzalimi rakyat?

Kenyataan kononnya wakil PAS yang terlibat dalam undian menolak Bajet 2016 akan dipanggil untuk memberikan penerangan.

Ini satu lagi politik “play safe” dan lakonan politik bertaraf amatur.

Jika benar, PAS mementingkan disiplin, wakil PAS ini wajar dipecat serta merta.

Itupun kalau PAS ada kesungguhan untuk berbuat demikian.


Permainan politik PAS ini bertaraf anak remaja yang tidak pasti akan kemampuan “kelakiannya”.

Disebabkan tidak pasti, yang boleh dilakukan hanya “geli-geli”.

Permainan politik seperti ini sifar maruah dan memalukan.

Tidak ada elemen kesungguhan dan keazaman. Tidak ada jiwa untuk bersama dalam membangkang kezaliman.


Jika benar, percaturan ini dilakukan bagi memberikan laluan kepada “unity government”, ianya masih tidak utuh dan kuat.

Jika benar “multaqa” dan jiwa politik PAS sudah bersama Najib, ianya wajar dipertonton melalui keputusan jelas memberi sokongan kepada Bajet 2016.

Atau ada “pengeras” yang belum dilunaskan bagi memungkinkan PAS menunjukkan kejantanan sebenar dalam politik.

PAS patut membuat pendekatan solid menyokong Najib dan meminta perjanjian yang jelas dalam kerangka “unity government”.

Ini termasuklah membenarkan PAS memimpin Kelantan dengan lebih utuh dan kuat.

Umno tidak perlu bertanding di kawasan yang sekian lama menjadi milik PAS.

Umno dan PAS hanya perlu bermusuh dengan Amanah, PKR dan DAP.

Pendirian politik PAS mutakhir ini tidak didokong dan didorong strategi politik menyeluruh, tetapi bersifat peribadi.

Presiden PAS diberikan mandat penuh untuk menentukan tarikh hijrah sebenar menyokong Umno. Yang berlaku sekarang hanya lakonan dan bersifat “geli-geli”.


Politik “geli-geli” PAS ini buat rakyat umum berasa geli geleman.

Bila tok guru dan ustaz juga sudah pandai “geli-geli”, suasana politik akan jadi lebih rosak.

Maruah dalam perjalanan untuk digadai.


PAS tidak kenakan tindakan displin ahli Parlimen tolak Bajet 2016

PAS tidak akan mengambil tindakan tatatertib terhadap ahli Parlimen mereka yang tidak menyokong Bajet 2016 ketika ia diundi di Dewan Rakyat malam tadi, kata Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hasan.

Takiyuddin yang ditemui di lobi Parlimen hari ini berkata, tindakan mereka bukanlah perkara yang serius dan mereka boleh membincangkannya melalui sesi “minum kopi”.

"Jangan jadikan isu ini terlalu serius, kita akan panggil mereka untuk “minum kopi” saja, pasal kejadian semalam. Saya tidak fikir bukan isu besar," kata ahli Parlimen Kota Baru itu kepada pemberita.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar semalam berkata, hanya 3 daripada 14 ahli Parlimen PAS yang mengundi menolak Bajet 2016 semasa sesi pengundian belah bahagi (blok) dijalankan,

Mahfuz merupakan salah seorang daripada 3 wakil rakyat yang menolak bajet itu, 2 lagi ialah Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian) dan Datuk Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh).

Semasa sesi pengundian bajet itu berlangsung semalam, 7 ahli Parlimen PAS tidak hadir.

PAS sebelum ini sudah membuat pendirian mengambil sikap berkecuali daripada keputusan Pakatan Harapan yang mahu memboikot Bajet 2016 yang dibentangkan pada 23 Oktober lalu.

Takiyuddin berkata, pihaknya tidak menganggap isu undi bajet ini adalah isu besar dan tidak menunjukkan terdapat perpecahan di dalam PAS.

"Bagi saya, isu undi itu tidak bagi kesan besar pada parti, kalau kita ambil sikap tolak tetap akan lulus juga.

"Kita buat keputusan parti tidak menolak semua bajet dan tidak terima semua. Kita tolak yang tidak baik, terima yang baik itu pendirian kita.

"Bukan kita pihak mana mana, kalau baik untuk rakyat kita sokonglah," katanya lagi.
-TMI


ULASAN GB

PAS mengamalkan "politik geli-geli" kerana takut akan kehilangan lebih banyak kerusi parlimennya.

PAS sudah pun kehilangan 6 kerusi parlimen kepada Parti Amanah Negara. Barisan ahli parlimen Amanah diketuai oleh Dr Mujahid Yusuf Rawa selaku Ketua Whip Amanah. Beliau ahli parlimen Parit Buntar juga Naib Presiden Amanah. Ahli parlimen lain adalah Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala Terengganu), Mohamed Hanipa Maidin (Sepang) dan Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja).

Jika PAS mengambil tindakan dengan memecat 3 orang lagi iaitu Mahfuz Omar (Pokok Sena), Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh) dan Ahmad Baihaqi (Kubang Kerian), bererti AMANAH akan memperolehi 3 lagi kerusi parlimen. Sepastinya PAS sudah tidak mampu menghadapi keadaan sedemikian apabila kerusinya parlimennya yang pada asalnya 20 kini sudah menjadi 14 dan akan terus berkurang kepada 11.

Ada yang menuduh AMANAH sebagai pengkhianat kerana tak bertanding di dalam pilihanraya tetapi tiba-tiba sudah ada kerusi.

Hal ini telah GB jawab sebelum ini:

51% pengundi semasa PRU13 yang lalu telah mengundi calon Pakatan Rakyat (PR). Bererti calon-calon PAS yang menang pada PRU13 adalah kerana rakyat mengundi mereka di atas dasar PAS adalah komponen PR. AMANAH menghormati kehendak dan pilihan rakyat dan mengekalkan PR melalui Pakatan Harapan dan mereka meninggalkan PAS kerana PAS telah mengkhinati amanah rakyat. PAS itu adalah pengkhianat, bukan AMANAH.

Di Selangor PAS berhempas-pulas mempertahankan kedudukan di dalam kerajaan negeri walaupun diminta melepaskan jawatan di atas alasan kononnya mereka menang kerana PR.


Itu kenyataan daripada Iskandar Samad, Pesuruhjaya PAS Selangor yang kemudian kenyataannya diulangi oleh Setiausaha PAS Selangor, Kharuddin Othman. Kedua-duanya adalah penyokong tegar Hassan Ali sebelum ini.

Tindakan PAS yang mengamalkan politik geli-geli itu memang sifar maruah. Menuduh orang lain pengkhianat sedangkan merekalah yang pengkhianat sebenar.

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. PAS sudah tidak layak berada di parlimen. Banyak lagi kerusi PAS akan melayang, terutama kerusi-kerusi yang ahli parlimennya kerap ponteng dan makan gaji buta dan wang elaun haram. Sunatullah tidak berubah!

15 ulasan:

Unknown berkata...

Pas mengelar PAN pengkianat...mengharapkan perkataan pengkhianat tu boleh di bawa ke pru14.. tak di sangka perkataan itu di matikan dgn kesah buah je...mangga harum manis.skg pas dah kena psikologi politik...mengamalkan POLITIK GELI-GELI..walau pun perkataan nampak biasa... kesannya klu kita sebut dua tiga kali.. kita akan jijik dgn perkataan tu dan parti yg di gelar POLITIK GELI-GELI..pas mungkin tidak sedar apa yg terjadi ini...

Unknown berkata...

Salam:

Jasa-jasa 2 orang pemimpin pembankang/saorang pemimpin BN:

Orang-yg tak mengelarkan dirinya ulamak apatah lagi berilmu agama,

DSAI:masa mudanya menghabiskan remajanya diawal 70'an BERSAMA idealisma islam,kumpulan pemuda bersamanya mengerakkan rakyat semasa untuk keadilan sosial,membantu rakyat termiskin.Tertubuhnya "Yayasan Anda" membantu remaja2 ketika itu yg gagal dalam pelajaran.manakala DSAI merengkuk 2 thn dlam penjara. NAJIB dimana dimasa itu??Ayahnya hantarnya ka london,sebab diKL di sekolah st john,tak lulus MCE,Dilondon ambil "A" Level pun kantoi,berpoya-poya dgn gf2 mat Salleh,join geng Happies/woodstock,seluar bell-botom popular masa itu.Dimana Hadi masa itu?? mungkin mengaji ilmu agama!!kalau Hadi ada ilmu agama yg tulin,adakah DSAI kaki betina??/kaki jantan.Perhatikan anak2 DSAI dan Anak2 Najib??beza langit dan bumi??
Semasa DSAI dlm umno,kawasan balak nak diberi oleh sakaran dandai KM sabah dimasa itu,tapi DSAI menolaknya??syarikat gas MOI nak diberikan pada adiknya DSAI menolaknya??kenapa HADI tak menolak menantunya dipilih jadi CEO peranSANG SELANGOR.berBEZAKAN..masa itu DSAI TPM ,Hadi hanya presiden PAS sahaja,bagaimana agaknya jika Hadi jadi TPM Malaysia?
Untuk agama islam,DSAI dan groupnya menjadi pelupur wanita bertudung,,PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM,penubuhan UIA,BERSIH/CEKAP/AMANAH,Hadi jadi pelupur masyarakat berpecah-belah,Najib jadi pelupur "melicinkan duit negara" dan mengalakkan wanita tak bertudung macam isterinya.
Untuk rakyat DSAI sanggup nyawa2 ikan,mata lebaM dibelasah x-igp,Hadi sanggup ponteng parlimen,pergi japan terima gaji/elaun bulanan BUTA,Najib perabih duit negara dgn belanja2 keluarga mewah2 DAN BELANJA KAWAN2.

Tiada apa lagi yg diharapkan oleh HADI/NAJIB...CHRONOLOGY hidup berpolitik mereka adalah sama sahaja, yg saorng gunakan agama bangsa, dan saorang lagi gunakan bangsa dan agama.

Wallah'ualam.

Tanpa Nama berkata...

Tak fahamla dgn pas,semasa kempen pru13 berdegar2 akan jadi jaguh pembela Rakyat dan akan tentang penindasan terhadap Rakyat.Mungkin depa byk dpt gaji buta yg selasa dan tak terasa kesusahan kami yg berhadapan dgn Gst,myk yg mahal,kenaikan tol,hrga brg yg mahal,peruntukan yg krg utk Ipta,1 mdb dan ncm2 lagi.Kalau dah jadi pembangkang makan gaji buta tu haram lebai,lbh baik berhenti dok rumah diam2,malu dan hampa kami dgn pemimpn2 cap Ayam.Betulla bila TGNA sudah tiada baru nampak dgn jelas lebai2 baruah,kaki tuang dan perasan bagus.Realitinya mmg hampas!!!Tggu Pru 14!!Derma je la gaji dan elaun tu!!!

Tanpa Nama berkata...

playsafe pulak ko pas yek... apsal takut sangat nak sokong?
aku setuju la ngan gb, pas nih dah boleh dianggap sekongkol dah dengan amno... dah lupa diri kenapa pengundi pilih dia pru13 yg lepas...

ya, ada tempat pas kuat... tetapi lebih banyak tempat pengundi memilih pr... memang aku harap pas dpt pengajaran lah sesi pru akan dtg... harap2 sangat..

Unknown berkata...

Gred A+ saya beri kpd coretan profil 3 orang pemimpin politik kita. Tak ramai orang Melayu, khasnya mereka di kampung2 dan Felda, tahu akan sejarah hidup mereka sejak usia muda.

Tanpa Nama berkata...



Siapa kah yang akan bangun membela nasib pemimpin yang terainaya dan di fitnah selepas ini ?

Hj Hadi telah berjaya setakat ini kerana akan melahirkan ramai lagi budak yang sanggup menjadi 'mangsa' seperti Saiful !


Tanpa Nama berkata...



Hanya mereka yang berumur 45 tahun ke atas yang kencing manis dan darah tinggi yang kronik faham apa yang di maksudkan dengan 'geli-geli'.

Tanpa Nama berkata...

Baru kita tahu siapa pelingkup pis yang sebenarnya. Awal2 lagi dia buat fatwa provok supaya terjadi kafir mengkafir. Lepas tu dua negeri pegang kejap saja. Padahal hampir mustahil mono boleh ambik balik. Pru 13 dia sengaja buat kecoh soal percalonan. Akhirnya mono perintah lagi.

Baru kita tahu dia ini agen mono rupanya. Sekarang dia balik ke pangkuan bondanya, rockmah. Kembali mencium tangan ayahnya, nojeep. Jap lagi nak istihar secara terang2 'Aku ni mono. Tak pernah sehari pun dalam pis. Yang kau bahalol percayakan aku buat ape?'

Dengan gaji dan elaun hampir seratus ribu sebulan, dia dah boleh hidup bagai raja. Tapi masih buat2 susah kerana nak menipu orang kampung. Masih pakai serban dan jubah kerana nak dapat pangkat ulamak. Masih berdegar2 ceramah supaya orang dengar cakap dia. Sungguh kasihan orang lurus yang percayakan setan ini.

Kita sangat2 kuat keyakinan bahawa setan ini akan diberi watikah oleh ayahnya nojeep agar buat satu lagi jasa yang amat besar demi kuasa melayu. Dia akan jadi muntri igama ganti sarjen jommel. Di tangannya nanti ada senduk dan belanga. Maka dia akan gaul habis semua fahaman yang berbau islam supaya jadi dalca. Lepas itu dia paksa kita telan. Dia akan buka pintu seluas2nya kepada syiah dan lain2 lagi. Dan dia nak sangat2 tutup mata dalam suasana hingar bingar bunyi bom sana sini tak habis2nya orang islam bergaduh.

Aku mesti masuk syorga katanya. Nabi pun belum tentu masuk kerana berdosa tak lantik ali jadi khalipah pertama selepas baginda wafat. Itulah kata gurunya, shihab dari indon.

Walaupun dah seribu tahun dia dalam tanah. Di atas tanah masih berbunyi bom bam bom bam orang melayu bergaduh. Rumah dah rata dengan bumi. Yang tersisa tinggal bawah pelapik longkang. Agama dah hancur. Makan minum belasahlah asal hidup. Inilah hasil kerja setan ini.

Tanpa Nama berkata...

Satu kenyataan yang paling bangang dari pemimpin PAS dengan memberi alasan 'kalau kita ambil sikap tolak tetap akan lulus juga.'

Mengapa PAS tetap bentangkan hudud sedangkan jika di bentang pun tetap tidak akan di luluskan?

Ketiga-tiga ahli parlimen PAS berhak berhujah dengan semua ahli parlimen PAS yang lain sebelum PAS membuat keputusan untuk menyokong bajet tersebut. Dan bukan merendahkan pendirian mereka dengan setakat minum kopi.

Jika tidak terima semua bajet dan tidak tolak semua bajet, bererti hanya seorang dari 17 ahli parlimen yang berkecuali dan baki 16 hendak lah dibahagi kan dua dimana 8 menyokong dan 8 menolak.

Dengan menolak bajet tersebut dan berpihak kepada Pakatan Harapan samalah dengan tindakan Salleh Man yang menyokong Pakatan Harapan.

Kita cakap macam ini sebab sejak Hj Hadi buat perangai, sudah tidak ada keadilan yang di tuntut oleh Islam dalam PAS.

Tanpa Nama berkata...

pru akan dtg nanti, pengundi2 elok berkecuali.

apa2 pun pengkhianat2 ini sudah ada pencen seumur hidup yg ditangguh oleh rakyat wlpn selama pegang jawatan tidak berjuang utk rakyat. mrk tak perlu lg nak bsusah payah kerja.

yg kena kerja sampai mati ialah pengundi2 yg sokong org2 mcm ni...

myDesignWorld berkata...

Terbaik. Terima kasih kerana mengingatkan kami.

Tanpa Nama berkata...



Sekarang nampak jelas mengapa Najib mengunakan Hj Hadi. Setelah bertahun-tahun mengunakan isu agama sebagai senjata politik akhirnya isu tersebut makan diri UMNO sendiri. Apabila isu agama ini dapat di hadapi bersama oleh PR, UMNO cuba pula menguna isu kaum. Malangnya rakyat berbilang kaum bersatu menolak Najib dan UMNO.

Kini Najib dan UMNO mengunakan satu cara yang paling dahsyat dan yang paling menakutkan bukan sahaja di negara ini malah di negara-negara Islam yang lain iaitu Syiah !

Jika langkah awal mutalqa bulan disember ini tidak mendapat bantahan dari mereka yang diberi tanggung-jawab , kita akan saksi permainan UMNO dan kecaman dan kesalahan akan di tunding kepada ahli PAS sekali pun kita tahu bagaimana UMNO menguna ejen nya membuat kacau semasa pilihanraya.

Hidup Najib! berkata...

HjHadi tahu pas x kan kemana..cara nak senang kena bersatu ngan umno..tp umno buat x reti je..

Tanpa Nama berkata...

Pas ni keliru, yang beratnya pas juga mengelirukan marhaen jahil macam aku ni..
Dulu kalau berhujah dengan pihak non partisan mereka akan cakap, perlu pilih antara syurga atau neraka.. tak boleh ditengah tengah, skrg diorang berkecuali boleh pulak!!!
Dulu cakap hanya islam menjamin kesejahteraan, skrg mengaku bajet mampu mensejahterakan rakyat walau tak ikut syariaat!!!
Umngok diakui licik tapi rasanya geng walaon lebih licik, ditambah dengan kebolehan putar belit ayat tuhan.. lebih bahaya!!

Tanpa Nama berkata...

Wahai kawan yang bertempik Hidup Najib. Umno bukan buat reti le. Dengan ahli lebih sejuta dan pemimpin bodoh nak mampos, kau yang cerdik boleh program apa saja untuk kepentingan kau. Kau panggil saja master2 dalam apco tu. Tau lah dia aturkan. Yang penting tok ketuanya dah serah leher..